
Tak susah nak tampil cantik secara semula jadi. Hanya gunakan bahan alami dan anda tak perlu keluarkan bajet yang banyak. Hasilnya akan buat wajah kusam jadi berseri-seri. Tetapi apa yang penting adalah disiplin. Harus rajin mengamalkannya setiap masa untuk kekal cantik dan berseri.
Hijabista kongsikan 6 bahan alami yang boleh bantu anda memutihkan gigi dan buat wajah tampak lebih bersei. Ayuh, cubanya sendiri!
Serdak Teh
Kepada penggemar teh, anda jangan buang sisa serdak teh kerana sisa teh tersebut boleh dijadikan masker. Ia dapat mengembalikan kulit wajah kita supaya tampak sihat dan segar-bugar.
Kulit Buah Oren
Sebenarnya kulit oren boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Hanya dengan menggosokkan kulit oren tersebut pada gigi, insyaAllah gigi kita akan terlihat lebih bersinar. Oleh itu, selepas mengupas kulit buah oren nanti, usahlah dibuang, ya?
Madu
Ketahuilah madu juga dapat menghilangkan masalah bekas jerawat. Ratakan masker madu pada kesan jerawat, tunggu selama lima minit dan cuci. Amalkannya seminggu dua kali. Pasti mustajab.
Kayu Manis
Anti jerawat? Gunakan serbuk kayu manis yang dibancuh dengan air suam dan sapukan di kawasan jerawat dengan rata biarkan sehingga lima minit. Insya-Allah jerawat tersebut akan mengecut pada kadar lebih cepat.
Aloe Vera
Cara untuk melebatkan bulu kening ialah dengan meramas daun lidah buaya sehingga melekit dan sapukan pada kening setiap malam; pasti kening anda akan kelihatan lebih lebat dari sedia kala jika sering diamalkan.
Tomato
Ambil buah tomato dan sapu pada muka menjelang waktu pagi dan malam. Muka akan akan lama-kelamaan menjadi lebih licin dan halus.
Hilangkan Ketuat Dengan Cara Mudah, Guna Cuka Epal & Vaseline Sahaja!

Ketuat memang sangat menyakitkan. Bukan sahaja ia membuatkan kita rasa tidak selesa dek kerana rasa sakit pada bahagian yang ditumbuhi ketuat tetapi dalam masa yang sama boleh membuat keyakinan diri kita ‘merudum.’ Apa tidaknya, jika ketuat tumbuh di tangan, tentulah rasa segan apabila hendak bersalaman dengan orang lain. Hilangkan dengan cara mudah, guna cuka apple cider dan vaseline sahaja!
Berikut perkongsian yang dipetik dari Facebook Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda tentang cara-cara merawat ketuat menggunakan ramuan cara DIY. Mungkin ramai yang pernah mengalami masalah ketuat. Ada yang di kaki, ada yang di tangan. Macam mana pun, ketuat ni memang menyemak dan anda pasti lagi suka kalau ia hilang betul tak?
ARTIKEL BERKAITAN: Tak Sangka Boleh Hilangkan Jerawat & Buat Kulit Bersih, Ini 7 Fungsi Hebat Cuka…
APAKAH PUNCA KETUAT?
Ketuat berpunca daripada virus HPV. Kebanyakan orang memang menjadi pembawa kepada virus ini. Tak semua orang akan mendapat ketuat, tetapi sesetengah orang yang badannya tak dapat memendam kegiatan virus ini akan mendapat ketuat.
BAGAIMANA HENDAK HAPUSKAN KETUAT?
Ketuat mempunyai “akar” yang mana akar ini jika tidak dihapuskan, akan membolehkan ketuat tumbuh kembali. Kita perlu memusnahkan akar ketuat supaya ketuat tidak datang kembali.
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MENGHILANGKAN KETUAT:
1. Cuka epal – Ini bahan aktif yang akan membunuh ketuat. Asid asetik dalam cuka sangat efektif untuk membunuh akar ketuat. Kalau tak ada Apple Cider Vinegar boleh guna cuka makan yang biasa tu. Balsamic vinegar pun boleh tapi mahal.
2. Kapas – Kapas akan menyerap dan menyimpan cuka. Gunakan kapas yang daya menyerapnya kuat. Facial cotton pun boleh digunakan.
3. Plaster atau Duck Tape – Plaster atau duck tape bertujuan untuk memegang kapas yang direndam dalam cuka. Gunakan tape yang kuat daya lekatnya.
4. Vaseline – Asid dalam cuka tidak kenal kulit sihat atau kulit ketuat. Dengan menyapukan vaseline pada kulit sihat, ia terlindung dari tindakbalas cuka.
LIHAT KESAN DARIPADA SAPUAN RAMUAN INI:
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber kredit: Koleksi Resepi Terbaik Untuk Keluarga Anda
Masa Yang Sesuai ‘Stock Up’ Produk Penjagaan Kecantikan. Menarik 10.10 Pilihan Editor Istimewa Dari Sephora

Musim percutian terapi diri untuk berehat dari kengkangan kerja. Kebanyakkan penjagaan kulit malah alat solekan di produksi bagi kesesuaian empat musim, namun bercuti di negara bermusimkan khatulistiwa editor juga tidak terlepas pandang senarai produk penjagaan kulit untuk dibawa bersama.
Mempunyai kulit jenis kombinasi tidak perlu membawa semua penjagaan kulit yang anda ada. Bawa Bersama yang utama untuk melengkapkan rutin penjagaan kulit anda dan yang pasti kulit tetap terpelihara dari persekitaran dan sinaran UV.
Kali ini editor ingin berkongsi produk penjagaan kulit yang boleh anda dapati di sephora. Produk terbaharu yang mempunyai 1001 manfaat untuk kulit anda. Hijabi inilah masanya nak stock up produk kecantikan anda!
1. Pixi +C Vit Undereye Brightener
Vitamin C revolusioner ini menyuntikkan penambah penyempurnaan kulit memberi kulit kemasan berseri dan lembap. Diformulasikan untuk menambahkan kilauan serta merta, bangunkan kulit wajah dan beri kulit cahaya muda, penyempurnaan ini memberikan penghidratan untuk kulit yang berkhasiat, lembut, kelihatan lebih sihat. Untuk menggunakannya, sapukan jumlah berukuran syiling ke seluruh wajah yang bergerak ke luar dan ke atas sebelum memakai solekan. Boleh digunakan solo atau bawah solekan untuk kesempurnaan warna tambahan.
2. Pixi +C Vit Priming Oil
Disuntik dengan vitamin C, minyak kecantikan tiga fasa ini sangat hebat formula yang menyuburkan, memberi tenaga dan menyeimbangkan persiapan dan prima untuk cahaya yang berseri. + C Priming Oil menyerap seketika, meninggalkan kulit terhidrat dan halus, siap untuk aplikasi solek sempurna. Untuk digunakan, sapukan perlahan-lahan untuk mencampurkan & melicinkan beberapa titis ke kulit di antara aplikasi rutin dan solekan skintreats anda.
3. Pixi +C Vit Lip Brightener
Diinspirasikan dari bahan-bahan yang menyukai kulit, bibir ini menyuntikkan vitamin C balsem melicinkan dengan sedikit warna dan kilauan. Pixi +C Vit Lip Brightener adalah balsem berkhasiat yang diformulasikan untuk merawat bibir kering dalam sekelip mata. Formula pelbagai tindakan dengan segera menenangkan bibir sambil melembutkannya dari masa ke masa.
4. Stila Complete Harmony Lip & Cheek Stick in Kitten Highlighter
Gincu dua dalam satu lekapkan dengan warna-warna berkrim, lut sinar yang menyatu dengan indah untuk memerah muka yang segar dan menjadikannya mudah dibawa. Complete Harmony menampilkan warna universal yang melengkapkan semua warna kulit, serta Bronzer dan Highlighter, semuanya diformulasikan untuk digunakan di mana sahaja juga bila-bila masa. Leret ke seluruh wajah atau gunakan strategi untuk mengukir dan berkontur.
5. Tata Harper Water-Lock Moisturizer Jar
Pelembap ini mengandungi peptida bunga oren untuk menguatkan penghalang kulit untuk meningkatkan pengekalan air dan mengunci kelembapan ke dalam kulit. Ini juga mengandungi sfera karbohidrat delima untuk menyerap dan memerangkap air untuk memberikan kelembapan berterusan yang dapat terkunci ke dalam kulit. Bersama-sama mereka membentuk penghalang yang fleksibel dan bernafas untuk kesan penghalusan seketika dan tahan lama. Paling menarik didatangkan dengan jar isian semula.
6. Kristin Ess Fragrance Free Dry Shampoo Powder
Bagi anda yang mempunyai kulit kepala berminyak dan sensitif, sukar untuk rawat walaupun beberapa hari tanpa mencuci. Sama ada itu masalah anda atau hanya mahu melewatkan hari untuk pencucian, gunakan ini di akar rambut untuk menambah nutrisi tambahan dapat menyerap lebihan minyak. Syampu Pembersih Harian Tanpa Wangian, mirip dengan The One Signature Shampoo, formula ini membersihkan tanpa pelucutan, mengembalikan kilauan dan menambahkan kelantangan tetapi formula ini mengandungi wangian sifar.
7. Dr.Jart+ Cryo Rubber™ So Cool Duo
Kit penjagaan kulit ini mengandungi 2 kit topeng yang berbeza. Getah Cryo dengan asid hyaluronik Pelembap memberikan penghidratan yang melimpah dengan ampul asid hyaluronik pelembapnya dan topeng getah yang membungkus kulit dengan ketat sambil menyejukkan kulit; meningkatkan kesan pelembapan. Cryo Rubber with Soothing Allantoin memulihkan kulit yang rosak dan melindungi kulit yang peka. Topeng getah membungkus kulit dengan sangat ketat sambil menyejukkan kulit untuk meningkatkan kesan menenangkan.
8. FARMACY Very Cherry Bright 15% Clean Vitamin C Serum
Serum pencerah Vitamin C 15% yang kuat ini dikuasakan oleh ceri acerola yang kaya dengan vitamin C dalam koktel 4 bentuk vitamin C dan 4 bentuk asid hyaluronik, dan botani yang menenangkan kulit yang berfungsi secara sinergis untuk mencerahkan, menegangkan, dan menghidrat kulit secara jelas serta-merta dan dari masa ke masa. Bahan-bahan yang dipetik ceri dalam formula bersih ini mengurangkan penampilan kusam, bintik-bintik gelap, dan garis-garis halus untuk kulit yang berseri, kelihatan muda tanpa kerengsaan atau masa pemulihan.
9. Supergoop! CC Screen 100% Mineral CC Cream SPF 50
Krim tabir suria warna SPF 50 mineral bersih, bebas minyak, yang memberikan penjagaan lengkap untuk kulit anda dengan liputan semula jadi yang boleh dibina. Bahan yang bersih dan berkhasiat serta perlindungan bukan nano spektrum luas untuk kulit yang sihat, sentiasa. Formula bernafas dan melenturkan warna serta-merta meningkatkan warna kulit, menutupi ketidaksempurnaan dan memberikan cahaya yang semula jadi.
10. FENTY BEAUTY Glossy Posse: Holo’Daze Lip Gloss Set Mini (Limited Edition)
Wow yakin tanpa lipstik! Perhatikan bibir anda dengan kilauan yang meledak dengan lip gloss yang paling laris, kini dalam empat warna yang baharu dan boleh dipakai dengan semua warna kulit. Lihat koleksi edisi terhad 4 ini nuansa Bom Gloss mini: CAKE SHAKE, BABY BRUT , TAFFY TEA dan RUBY MILK. Aroma pic menyatu di bibir dan sangat berkilat juga tidak melekit dan diperkaya dengan shea butter untuk membantu keadaan bibir lembap sentiasa.
Untuk hijabi yang suka membeli secara online, menariknya 10.10 ini tawaran istimewa potongan 15% tanpa min. berbelanja dan diskaun 20% dengan min. membelanjakan RM300. Apa lagi sis jom stock up produk kecantikan anda!
Solekan Ke Pejabat Tak Perlu Tebal-tebal, Ringkas Dah Cukup!

Naikkan semangat atau hidupkan mood ke pejabat dengan menggayakan solekan segar ke pejabat. Tidak kira individu itu seorang yang sering bersolek atau sebaliknya, yang pasti setiap wanita mempunyai koleksi alat solek tersendiri atau setidak-tidaknya set asas seperti bedak padat, gincu, pemerah pipi, celak dan bedak asas.
Setiap wanita perlu tahu betapa pentingnya solekan dalam kehidupan seharian kerana penampilan tanpa solekan itu umpama perkara yang tidak sempurna. Wajah kelihatan pucat dan tidak bermaya sekiranya tidak disolek. Bukan bermaksud perlu bersolek tebal, cukup sekadar mengenakan solekan ringkas.
Berikut tip solekan ringkas ke pejabat:
CONCEALER
Concealer atau penyamar noda berfungsi untuk menutup lingkaran gelap bawah mata dan parut jerawat. Sapukan secara nipis, cukup hanya untuk melindungi cela itu sahaja bukan tebal seperti tepung gomak.
PEMBAYANG MATA
Untuk ke pejabat, gunakan hanya warna pembayang mata yang tidak terlalu gelap dan terang. Warna seperti pic, coklat cair dan merah jambu cair adalah pilihan yang sangat sesuai. Elakkan daripada menggunakan warna-warna terang seperti biru, merah dan ungu terang.
MASKARA
Serlahkan bahagian mata dengan menggunakan maskara. Maskara akan membuatkan mata anda tampak lebih besar dan hidup. Gunakan warna hitam kerana ia sesuai dengan suasana bekerja.
PEMERAH PIPI
Layangan pemerah pipi mampu menambah seri pada wajah. Gunakan warna-warna yang lembut agar ia tampak serasi dan tidak berlebihan.
LIPSTIK
Solekan seakan tidak lengkap tanpa olesan lipstik pada bibir. Sapuan lipstik menjadikan wajah kelihatan lebih segar dan manis. Lipstik daripada tekstur matte akan membuatkan warnanya kekal lebih lama.