Kalau anda pergi ke kedai RM2 atau apa-apa kedai jamu, pasti anda akan jumpa sabun betik yang berwarna oren itu. Ramai yang telah cuba dan ia cukup menjadi bualan hangat ketika ini, jadi betul ke keberkesanannya?
Terdapat kajian yang dikeluarkan oleh Universiti Perubatan Cina Nanjing, ia menunjukkan bahawa sabun betik ini dapat merawat cela pada kulit wajah dan juga parut. Dikatakaan ia boleh menghilangkan keratin yang rosak di mana ia boleh terbentuk di lapisan kulit dan membentuk menjadi benjolan kecil.
Betik juga kaya dengan vitamin A yang mampu mengawal pertumbuhan dan merawat jerawat pada muka. Krim retinol juga diperbuat dari vitamin A topikal yang banyak digunakan untuk mengubati serta mencegah masalah jerawat.
Ads
Sabun Betik Boleh Mencerahkan Kulit!
Sumber dari Canva
Betik menjadi bahan yang agak popular dalam mengatasi masalah melasma. Kandungan seperti enzim, beta-karoten, vitamin, dan fitokimia adalah antara yang membantu dalam mencerahkan ton kulit menjadi sekata.
Terbukti secara klinikal dimana kandungan yang kaya dalam betik dapat membantu juga melarutkan segala protein yang tidak aktif. Lalu, ia bukan sahaja memberi efek cerah malah melembutkan juga permukaan kulit.
Sebagai panduan ringkas, sabun betik ini juga memberikan banyak manfaat seperti:
Namun, tidak semua yang sesuai untuk menggunakan sabun betik ini kerana ia mengandungi susu getah. Jadi anda perlu berhati-hati terutama sekali mereka yang mempunyai kulit sensitif atau masalah kulit seperti ekzema.
Apa yang istimewa bagi 29 September hari ini? Ia merupakan hari istimewa bagi Hari Jantung Sedunia! Hari Jantung Sedunia ini di sambut bertujuan untuk memperingati kesedaran kepentingan menjaga kesihatan jantung!
Jadi bagi hari istimewa mengingati kesihatan jantung ini, anda perlu beberapa fakta yang menarik mengenai jantung manusia. Ayuh kita lihat bersama keistimewaan jantung manusia hasil ciptaan Yang Maha Esa.
Bila kita soal mengenai jantung, siapa sahaja tidak tahu bertapa pentingnya organ ini sebagai tunjang utama untuk mengepam darah ke sulurh tubuh badan. Bahkan, jika organ ini terhenti, tiadalah pengganti yang dapat mengepam darah ke seluruh organ dan seseorang itu akan mati dengan segera!
Di Malaysia, purata bilangan kes kematian adalah berpunca dari masalah jantung, ramai yang telah pergi akibat sakit jantung. Tetapi ramai juga yang tidak tahu kepentingan menjaga jantung ini walaupun ia merupakan satu kepentingan buat diri kita untuk sentiasa berwaspada tentangnya.
Jadi ada beberapa fakta yang menarik tentang jantung manusia yang telah di kongsikan dan di perincikan oleh hellodoktor, ayuh kita lihat bersama!
Anda pernahkan dengar sewaktu kecil-kecil dahulu bahawa saiz jantung kita hanya sebesar penumbur tangan ini? Ya, fakta itu sememangnya betul kerana anggaran saiz jantung manusia adalah sebesar penumbuk. Walaupun ia kelihatan kecil berbanding organ pada tubuh badan, lihatlah kekuatannya untuk mengepam darah ke seluruh badan dan juga otot.
Bagi kadar degupan jantung bagi orang yang normal adalah antara 60 hingga 90 degupan dalam masa seminit. Jadi apabila di darabkan dengan masa satu hari iaitu 24 jam, ia akan memperoleh kadar degupan sebanyak 86,400 hingga 129,600 degupan dalam masa sehari! Walaupun begitu, organ ini akan terus-menerus berdegup tanpa henti. Jika jantung berhenti buat seketika waktu atau beberapa minit, anda boleh terus pitam kerana darah tidak akan sampai ke otak.
Kalau anda hendak tahu, degupan jantung ini di kawal oleh satu sistem konduksi yang boleh menghasilkan aliran elektrik dengan sendiri untuk merangsang otot-otot jantung mengecut dan mengendur. Oleh dengan itu, bila ia di keluarkan dari badan, aliran elektrik tersebut akan terhasil dengan sendiri. Apa yang lagi menarik? Ia masih berdegup!
Penyakit jantung sering menjadi punca nombor satu kematian di dunia, ia juga di sebut sebagai penyakit jantung iskemik (IHD). Ia menjadi penyakit nombor satu di peringkat global dan juga Malaysia di mana punca masalah ini berlaku apabila salur darah koronari yang membekalkan darah ke sel-sel jantung tersumbat di sebabkan oleh darah dan oksigen tidak sampai ke sel tersebut sehingga boleh menjejaskan fungsi organ ini.
Kebanyakan sel lain, ia boleh membiak dan berkembang untuk menggantikan sel yang telah rosak, bukan buat sel jantung. Sel pada jantung tidak berkebolehan untuk membiak oleh itu menjadi satu organ yang sangat penting buat manusia. Jika kulit kita terlukam sudah pasti badan akan memberi isyarat untuk ke sel kulit dan membentuk satu sel baru bagi menggantikan sel yang telah mati (telah menjadi luka). Tidak pula pada jantung kerana ia tidak mampu untuk menyembuh dan berkebolehan seperti itu.
Sempena hari jantung sedunia, kami dari Hijabista ingin menyarankan anda supaya sering jaga kesihatan diri dan jantung. Jantung hanya ada satu sahaja dalam dunia ini di cipta khas untuk setiap makhluk yang hidup, pastikan anda bertanggungjawab dan jangan lakukan perkara yang boleh memudaratkan diri. Selamat hari jantung sedunia semua!
Apabila menjadi Public Figure dan dikenali, sudah pasti mendapat perhatian dan spotlight dari orang ramai. Atas dasar ini, maka pasti ada individu-individu yang tidak bertanggungjawab serta gemar mengambil kesempatan ‘menangguk di air yang keruh’ seperti apa berlaku kepada pelakon dan juga personaliti popular, Mira Filzah ini.
Menerusi hantaran di IG Story miliknya, Mira menguar-uarkan bahawa terdapat segelintir pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan namanya tanpa segan silu dan menyamar bagi mendapatkan sponsor menerusi aplikasi WhatsApp.
Perkara ini mula diketahui oleh Mira sendiri apabila dimaklumkan oleh jirannya berhubung perkara berkenaan, kerana secara kebetulan jiran Mira adalah kenalan rapat pengusaha biskut tersebut.
Jirannya memaklumkan bahawa, pengusaha biskut itu menerima satu mesej di aplikasi WhatsApp oleh individu yang mendakwa dirinya sebagai ‘Mira Filzah’. Akibat merasa sangsi dan khuatir dengan perkara itu, pengusaha biskut tersebut meminta jiran Mira untuk mendapatkan kesahihan dengan bertanyakan perkara ini kepada tuan empunya badan.
Justeru, Mira menafikan sekeras-kerasnya perkara ini dan dengan tegas menyatakan bahawa dia tidak pernah meminta sebarang sponsor secara peribadi menerusi aplikasi WhatsApp.
Mira turut menyatakan kekesalan serta ketidakpuasan hatinya berhubung perkara yang berlaku ini. Sehubungan itu, tegasnya kenyataan ini dibuat agar orang ramai lebih cakna dan waspada serta tidak termakan ‘umpan’ pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
“Ini apa yang kita tahu, apa yang kita tak tahu, tak tahu lah kan. Jadi Mira rasa better Mira post dekat sini. Kalau ada sesiapa minta sponsor apa-apa melalui WhatsApp, itu bukan Mira.”
Jadi, berhati-hati lah sis! Ingat tak semua nombor individu yang mesej anda menggunakan nama artis dan personaliti-personaliti terkemuka itu benar, awas ya! Sekarang ini scammer berleluasa di mana-mana sahaja. Malah, mereka sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan tanpa kita sedari.
Hijabista sarankan agar sis semua semak dahulu kesahihan individu yang menghubungi anda, sebelum bersetuju dengan permintaan yang dianjurkan mereka.
Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan meskipun anda sudah punya kelulusan dari pusat pengajian tinggi. Pendek kata walaupun sudah punya kelulusan yang bagus, ia bukanlah ‘jalan mudah’ untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan.
Budaya mendapat kerja menggunakan ‘orang dalam’ tidak kiralah dengan bantuan ahli keluarga dan juga kenalan seakan menjadi perkara biasa pada hari ini. Persoalannya ia dianggap melanggar hak orang lain selain menyalahi etika serta diragui hukum hakamnya.
Apakah hukum dapat kerja menggunakan ‘kabel’ atau ‘kroni’? Jika ada satu syarikat yang mahu cari pekerja dan salah seorang daripada calon yang ditemuduga berjaya dapat kerja tersebut tetapi dengan bantuan ‘kabel’ atau orang yang rapat dia dalam syarikat tersebut, tidakkah menafikan hak yang lain?
Berkenaan isu dapat kerja menggunakan kabel atau kroni ini boleh dilihat dari segi perspektif yang berbeza. Perspektif yang pertama adalah melalui cara yang dibenarkan seperti meminta tolong rakan-rakan untuk memudahkan urusan memohon pekerjaan, atau seorang majikan memilih pekerja atas dasar telah mengenali pekerja tersebut yang datang daripada keluarga yang miskin dan pada masa yang sama mempunyai nilai kompetensi dan kelayakan yang bersesuaian.
Perspektif yang kedua pula adalah melalui sogokan, rasuah atau atas dasar kenal semata-mata tanpa sebarang nilai kompetensi atau kelayakan. Maka inilah contoh yang buruk dan haram dilakukan kerana ia telah menzalimi mereka yang berhak.
Isu kabel atau favouritism[1] sudah menjadi budaya di dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi di dalam dunia pekerjaan. Konsep menggunakan kabel atau kroni untuk mendapatkan pekerjaan boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza.
Maksudnya: “Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Surah al-Nisa’ (85)
Syeikh Wahbah al-Zuhaili dalam tafsirnya mengatakan syafaat atau pertolongan terbahagi kepada dua iaitu baik dan buruk. Syafaat yang baik (حَسَنَةً)seperti mengambil berat hak-hak seorang Muslim dengan cara menghindarkannya daripada bahaya, atau mendorongnya ke arah kebaikan dengan niat ikhlas demi Allah SWT serta tidak mengambil sogokan atau rasuah. Maka pertolongan seperti ini adalah diharuskan kecuali menolong orang untuk meringankan hukuman hadd atau melanggar hak orang lain.
Syafaat atau pertolongan yang buruk (سَيِّئَةً) pula adalah berlawanan dengan syafaat yang baik. Antara contoh sekarang adalah seperti orang tengah atau pertolongan dalam perkara keburukan dengan cara menyogok menggunakan wang dan harta, untuk menafikan hak orang lain atau mengambil harta orang lain.
Berdasarkan huraian tafsir di atas, kita dapat mengenal pasti bahawa pertolongan boleh dibahagikan kepada dua perspektif. Perspektif yang pertama adalah melalui cara yang dibenarkan seperti meminta tolong rakan-rakan untuk memudahkan urusan kehidupan tanpa menafikan hak orang lain. Contohnya, seorang majikan memilih pekerja atas dasar ingin membantu pekerja tersebut yang datang daripada keluarga yang miskin.
Perspektif yang kedua pula adalah melalui cara yang buruk dan haram. Islam melarang menggunakan ‘kabel’ dengan cara membayar sejumlah wang atau harta kepada orang lain dengan niat untuk mendapatkan sesuatu. Sabda Nabi Muhammad SAW:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِي الْحُكْمِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam membuat keputusan berkenaan sesuatu perkara. Riwayat Tirmizi (1336)
Imam al-San’ani dalam syarah Bulughul Maram menerangkan bahawa Islam melarang dan melaknat orang yang memberi serta menerima rasuah dalam memutuskan sesuatu keputusan. Perkataan (الرَّاشِي) juga boleh diertikan dengan orang tengah yang menjalankan urusan rasuah sama ada dia mengambil sedikit daripada hasil rasuah tersebut ataupun tidak.
Muhammad Soleh al-Munajjid pula menghuraikan dengan teliti berkenaan hukum mendapatkan sesuatu pekerjaan menggunakan ‘kabel’. Beliau mengatakan jika pertolongan oleh seseorang dalam syarikat itu mengakibatkan lucutnya hak orang yang lebih layak dari segi kompetensi serta keupayaan untuk menjalankan tugas dengan cekap, maka pertolongan itu adalah haram hukumnya.
Ia adalah ketidakadilan kepada mereka yang lebih layak, serta ketidakadilan yang dilakukan oleh autoriti kerana menghalang keupayaan orang lain untuk berkhidmat dengan cekap, tidak membantu mereka untuk membina potensi diri, dan menjadi satu kehinaan kepada negara dan rakyat. Keadaan ini akan membuatkan orang berhasad dengki, bersangka buruk dan merosakkan masyarakat secara tidak langsung. Ada pun jika tidak melanggar hak orang lain, maka ianya tidak mengapa dan dituntut di dalam Islam.
Mari kita bersama-sama renungi sepotong hadis Nabi SAW:
Maksudnya: “Apakah kamu tahu siapakah itu golongan yang muflis?” Mereka berkata orang yang muflis itu ialah orang yang tidak mempunyai dirham dan harta. Lantas Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang di akhirat kelak dia akan datang bersama dengan amalan solat, puasa dan zakat (kebajikan), tetapi disebabkan dia mencela orang lain, menfitnah, memakan harta orang lain dengan cara yang haram, menumpahkan darah sesama manusia, maka pahala amalannya akan berpindah kepada sesiapa yang dizalimi olehnya. Dan jika pahala amalan baiknya tidak cukup untuk menebus dosanya, maka dosa-dosanya itu akan dikira sebagai amalannya lantas dimasukkan ke dalam neraka”. Riwayat Muslim (2581)
Imam Nawawi melalui hadis ini menjelaskan mengenai akibat orang yang menzalimi dan melanggar hak orang yang lain. Pelaku dosa tersebut akan dibinasakan oleh Allah SWT dengan teruknya sehinggakan dia tidak mempunyai apa-apa. Maka amalan baiknya akan diambil oleh orang yang berhutang (dizalimi) kepadanya, dan jika amalan baiknya sudah sikit maka akan diisi dengan amalan kejahatannya pula lalu dimasukkan ke dalam api neraka. Ini adalah balasan bagi orang-orang yang melanggar batas hak orang yang lain.
Berdasar kepada penjelasan di atas maka kami simpulkan terdapat dua jenis ‘kabel’ iaitu yang pertama yang dibuat atas dasar telah saling mengenali dan bertujuan membantu pada masa yang sama individu berkenaan mempunyai kompetensi yang bersesuaian. Maka ‘pertolongan’ yang sebegini adalah harus dan dibenarkan.
Sementara kategori yang kedua iaitulah ‘pertolongan’ dengan cara sogokan atau apa-apa bentuk favouritisme yang tidak berasaskan kompetensi. Maka inilah jenis yang diharamkan kerana ia menzalimi hak orang lain dan boleh menyemai budaya kerja tidak sihat dan pelbagai kemudharatan yang lain.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.