Bagi hijabis sekiranya rambut beruban ketika usia muda agak menyusahkan dan merosakkan pandangan mata ketika membuka tudung. Rambut beruban sering berlaku dalam kalangan mereka yang sudah berusia.

Ada juga segelintir individu yang sudahpun mempunyai rambut beruban sebelum tua. Ada individu yang akan mengalami uban yang ketara apabila umur mencecah 50-an. Bagaimanapun, ada juga mengalami masalah uban walaupun usia masih muda dan belum mencecah 30 tahun.

Ada banyak alasan mengapa rambut beruban di usia muda. Faktor munculnya uban yang paling sering ditemui, iaitu arteriosklerosis dan masalah pembuluh darah. Rambut beruban juga terjadi disebabkan kerosakan pada sistem penghantaran pigmen dari akar rambut ke sel keratinocytes (sel kulit muda) di batang rambut.

Faktor genetik antara cepat beruban

Faktor genetik memainkan peranan dalam masalah berkenaan. Jika ibu atau ayah mempunyai masalah ini, ada kemungkinan ia akan berlaku kepada anak mereka. Ada juga beberapa penyakit genetik yang menyebabkan uban sebelum tua seperti Sindrom Down, Progeria dan Sindrom Rothmund Thompson. Sesetengah pakar berpendapat faktor tekanan mempercepatkan proses rambut beruban ini beberapa tahun lebih awal.

Kekurangan protein antara punca uban

Rambut beruban terlalu awal juga boleh berlaku kepada mereka yang menghadapi kekurangan protein berpanjangan seperti dalam masa kebuluran; penyakit celiac (penyakit yang mana usus kecil tidak dapat mencerna protein tertentu); kekurangan zat besi dan zat tembaga yang terlalu ketara di dalam tubuh.

Sesetengah ubat boleh menyebabkan uban sebelum tua, seperti chloroquine (digunakan untuk mengelakkan malaria) dan interferon-alpha (protein buatan yang dihasilkan badan untuk melawan jangkitan) di samping penggunaan sesetengah bahan kimia seperti dithranol.

Tiada bukti saintifik uban dengan banyak berfikir

Masih tidak ada bukti saintifik mengaitkan faktor banyak berfikir dengan masalah uban. Hormon tekanan mungkin menyebabkan keradangan yang menggalakkan pengeluaran radikal bebas. Ini memberi kesan negatif kepada jangka hayat atau aktiviti sel pigmen melanocyte. Ini akan menjejaskan sistem penghantaran pigmen ke sel keratinocyte pada batang rambut,” katanya.

Rambut beruban boleh diatasi

Untuk arteriosklerosis, kita boleh menggunakan ubat untuk mengaturnya. Selain itu kita juga boleh mengurut kulit kepala untuk memperbaiki sirkulasi darah dan nutrisi pada akar rambut. Juga dengan makanan dibawah ini boleh menyembuhkan arteriosklerosis.

IKLAN

Anggur

Banyakkan makan buah anggur, kerana buah anggur boleh mencairkan gumpalan darah dan antikoagulan untuk melarang pembekuan darah.

Nenas

Nenas boleh membekal protein, melarutkan pembekuan darah dan memperbaiki sirkulasi darah.

Lemon

IKLAN

Asam sitrat pada lemon dan ion kalsiumnya akan bergabung membentuk senyawa yang mudah larut sehingga memudahkan ion kalsium untuk meningkatkan pembekuan darah. Asam sitrat berperanan untuk meningkatkan aktiviti pembuluh kapilari darah.

Sawi putih

Sawi putih kaya akan vitamin C yang mampu mengurangi kolestrol pada manusia, meningkatkan elastisitas pembuluh darah dan memperbaiki ateriosklerosis.

Ubi Kayu & Labu kuning

 

IKLAN

 

Ubi kayu dan labu mengandung vitamin yang bermanfaat untuk melebarkan pembuluh darah, meningkatkan sirkulasi darah dan memperbaiki arteriosklerosis.

Bawang putih

Bawang putih memiliki efek yang baik terhadap sistem pembuluh darah, boleh mengurangkan tekanan darah dan lipid darah. Makan 2 biji bawang putih boleh mengatur tekanan darah dan memperbaiki arteriosklerosis.

Ubi kentang

Protein pada ubi kentang boleh menjaga keanjalan pembuluh darah, menghambat arteriosklerosis serta meningkatkan eksresi kolestrol dalam tubuh.

SUMBER: BH PLUS

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI