Hari ini merupakan hari bersejarah kerana berlakunya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Tepat jam 8 pagi tadi, pintu 8,958 pusat mengundi di seluruh negara dibuka dan lebih 20 juta pengundi mempunyai masa 10 jam sehingga 6 petang untuk memilih wakil rakyat.
Menjadi sebahagian rakyat Malaysia, golongan artis dan selebriti tempatan juga tidak terlepas melaksanakan tanggungjawab memilih barisan pimpinan kerajaan baharu. Ramai artis yang sudah membuat hantaran di laman media sosial masing-masing untuk membuktikan bahawa mereka telah selesaikan tanggungjawab bersama tanda pagar #donemengundi.
Pelakon terkenal, Siti Elizad Sharifuddin membuatkan netizen terhibur apabila berkongsi pengalaman mencuit hati apabila tersalah pusat mengundi. Dia telah memuat naik pengalaman tersebut melalui posting video di laman instagramnya.
Hantaran tersebut dimuat naik bersama kapsyen, “Kisah EXCITED MENGUNDI TAHUN INI.
Lain kali baca NAMA skolah betul2. Beratur dah sampai ke bilik pangkah tau , sekali nama takde, dgn perut meragam lagi. Epik bethull tahun ni…”
Di awal video, Elizad sebelumnya beratur panjang seperti orang ramai namun hanya menyedari dirinya tersilap lokasi ketika hampir tiba giliran membuang undi di sebuah sekolah di Subang Jaya.
“Cerita pagi tadi lepas subuh dah keluar. Kelakar siap bagi pesanan minta tengok saluran dengan muka bangga.
Ads
“Hampir ke depan tiba-tiba sakit perut tapi lagi sakit hati salah sekolah. Excited sangat kot. Kena beza kebangsaan dan menengah,” katanya menerusi video tersebut.
Tidak hanya itu, dia turut mengundang tawa petugas di pusat mengundi tersebut. Namun yang paling best, pelakon tersebut dilihat bersahaja menghadapi situasi tersebut yang agak kelam-kabut.
Rakan artis dan netizen turut terhibur
Usai hantaran tersebut, ramai rakan artis dan netizen yang geli hati dengan gelagat Elizad. Mereka turut meninggalkan komen pada hantaran pelakon cantik tersebut.
Ads
“Macam mana bole salah sekolah tu ? 😂 kondifen betholl”
“Confident level tak boleh bawa bincang kak”
“Ⱨ₳Ⱨ₳Ⱨ₳ adoii laa k.e .. canner leh tersilap tuuhh?? Nie mesti sbb terlalu excited naww nk pi Undi 😅😂😂”
Ads
“Confident tu dah betul dah kak, sekolah pulak salah ye hahaha”
“Hahahaha alahai comel je salah sekolah ye kak ejad kite ni hahaha”
Tiga selebriti kesayangan ramai ini, sering menjadi ikutan apabila mereka mengayakan pakaian dan berkongsi penampilan di media sosial. Penampilan istimewa Scha Al Yahya, Farah Nabila dan Siti Saleha dalam Koleksi Hanami Raya Haji 2020 ramai netizen memuji kecantikan semulajadi mereka.
Hanami, salah satu peneraju kepada fesyen tudung sedia pakai (instant) telah melancarkan Koleksi Raya Haji 2020 yang dinamakan sebagai HANAMI RAYA HAJI 2020 di laman sesawang mereka yang baru diperbaharui. Edisi Aidiladhda tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusif dan diinspirasikan daripada lukisan flora.
Gaya dan penampilannya tidak pernah gagal walaupun suai padan ringkas shirt dan denim, Scha kelihatan sungguh anggun apabila mengayakan tudung sedia pakai dari Hanami yang ternyata mempunyai suntikan semangat untuk pengikutnya untuk berhijab. Peningkatan permintaan terhadap selendang dan tudung sedia pakai dipasaran yang bercorak flora dalam beberapa tahun ini, rekaan koleksi Hanami Aidiladha tahun ini direka khusus untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden. Idea disebalik Hanami Raya Haji tahun 2020 ini juga disebabkan ramai orang meminati rekaan yang bermotifkan flora.
Koleksi ini diinpirasikan oleh pasukan rekaan Hanami yang mendapati rekaan tradisional yang bermotifkan flora ditambah dengan sentuhan moden menjadi trend pada masa kini.Sesuai dengan penampilan segar Farah Nabila yang bakal menimang cahaya mata. ‘Mom to be’ mengayakan tudung sarung Hanami yang memudahkan ibu muda menyarungnya dan mudah untuk anda yang menyusukan anak kerana tudung sarung ini mempunyai ciri-ciri breast feed friendly.
Heroin drama bersiri 7 Hari Mencintaimu ini tetap denga kelasnya tersendiri. Memegang watak utama dan sebagai ibu bekerjaya di dalam drama bersiri itu, ternyata personaliti seorang peguam terserlah. Edisi Hanami Lebaran tahun ini seterusnya menjadi stail Hanami tanpa menghilangkan estetatik pemakaian tudung itu sendiri dan seterusnya ia menjadi koleksi yang amat disukai. Ia direka khas untuk dipadankan dengan wanita moden dan juga wanita berciri tradisional.
Umum ketahui tiga selebriti ini belum lagi berhijab, menjadi tanda tanya pada peminat mereka mengapa pihak Hanami berminat untuk mengentengahkan mereka berbanding selebriti yang terlah berhijab.
Meletakkan 100 peratus kepercayaan pada agenci Nexcapture mengenai konsep dan penampilan khas tiga selebriti ini. “Penampilan khas ini bukan sahaja satu strategi pemasaran, tetapi memberi kelainan dan menyuntik semangat pengikut mereka untuk berhijab” kata Akmal perunding penjenamaan Hanami.
Katanya lagi ” Sekiranya Hanami mengambil selebriti bertudung, mungkin mereka sudah ada jenama yang tersendiri berbanding tiga selebriti ini.” Manakala penerimaan tiga selebriti ini disambut baik lamaran dari kesemua pihak. Ternyata impak strategi ini berjaya apabila suntiian segar penjenamaan semula dengan kerjasama tiga selebriti ini.
“Beberapa selebriti tempatan dan rakan-rakan media turut bersama mengaktifkan jenama ini secara dalam talian serentak pada hari ini, 9 July 2020 jam 8PM seluruh negara!” celah Ian Yusuf salah seorang yang bertanggungjawab mengatur strategi pemasaran jenama ini.
Nexcapture dan dinaung oleh Akmal Mohd dan Ian Yusof sentiasa memberi suntikan yang berlainan pada setiap kempen penjenamaan Hanami. Menolak segala tanggapan tipikal mengenai rekaan tudung sarung ini hanya sesuai untuk mereka yang berusia seperti mak-mak, dengan menampilkan tiga selebriti muda ini tren tudung sarung kembali menerajui pasaran hijab.
Pasukan rekaan Hanami telah mereka rekaan edisi Hanami Lebaran tahun ini seterusnya menjadi stail Hanami tanpa menghilangkan estetatik pemakaian tudung itu sendiri dan seterusnya ia menjadi koleksi yang amat disukai. Ia direka khas untuk dipadankan dengan wanita moden dan juga wanita berciri tradisional.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap pasangan yang berkahwin pastinya mengimpikan perkahwinan yang bahagia serta pasangan yang sihat sejahtera. Namun, siapa sangka Allah mahu menduga, menguji sejauh mana keimanan serta kekuatan hamba-Nya.
Inilah yang berlaku pada Sharul Nizam Ab Rahim. Diuji oleh Allah apabila isteri yang dikahwininya disahkan menghidap Paranoid Schizophrenia. Ia merupakan salah satu penyakit schizophrenia di mana penghidapnya mengalami delusi bahawa orang lain bersekongkol melawan dirinya atau anggota keluarganya.
Kebanyakan penghidap mengalami halusinasi suara di mana mereka mendengar suara-suara yang tidak nyata. Sharul Nizam Ab Rahim telah berkongsi kisah isterinya di Facebooknya dan rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan berdoa agar beliau tabah dan sabar dengan dugaan Allah ini.
Malah, isterinya juga pernah beberapa kali membuat panggilan palsu hingga menyebabkan polis datang ke rumah. Semoga perkongsian Sharul Nizam Ab Rahim ini memberi manfaat kepada anda di luar sana.
Usia perkahwinan kami baru masuk 8 bulan. Asakan demi asakan yang saya terima. Sesuatu di luar kebiasaan. Saya masih menzahir kekuatan kerana mata hati yang hakiki.
Penggeledahan maklumat menunjukkan isteri mula mengambil Rawatan Psikiatri sejak 17 tahun lalu (8 Jun 2000).
Pada 30 November 2014, Doktor Pakar mengesahkan isteri saya mengidap Paranoid Schizophrenia. Ia satu serious mental disorder.
Penyakit ini tiada penawarnya. Yang ada cumalah, kawal. Ia mesti dikawal melalui pengambilan ubat. Lagi satu, penuhkan fikirannya melalui aktiviti yang dia suka.
Isteri saya suka melukis. Lagi satu, dia suka mengajar. Mutu lukisan dan mutu pengajarannya sangat baik. Malah lebih baik dan cemerlang dari sesetengah mereka yang tidak berpenyakit.
Sekiranya tidak mengambil ubat dan tiada aktiviti, isteri saya akan didatangi kepercayaan palsu (delusion) dan halusinasi (hallucination).
Semasa delusi, tanpa sedar dia akan berkata suaminya jahat. Ketika ini, dia mula mencari sokongan. Misinya, orang lain mesti percaya apa yang dia percaya. Seandainya kamu enggan percaya, siaplah kamu.
Dia akan kembali semula pada suaminya dan berkata, “Abang, itu orang jahat”. Tanpa mata hati, kita saling membenci, saling mengesyaki, saling menyakiti. Then, kita semua ke kancah pergaduhan.
Semasa halusinasi, tanpa sedar dia mula berfantasi. Dalam fantasi, muncul bisikan dan bisikan itu menyatakan suaminya seorang yang curang. Orang itu mencuri atau merosakkan barangnya. Dan satu keadaan, dia sedang dicederakan.
Ketika ini berlaku, tiba-tiba saja isteri akan lenyapkan diri. Kalau ternampak isteri saya seorang diri memandu pada jam 2.00 pagi hingga 3.00 pagi. Itulah orang rayau. Itu tak apa lagi. Tiada ancaman pada awam.
Seandai fantasinya dia sedang dicederakan atau barangnya dicuri atau dirosakkan, hati-hati. Kalau dia diam memendam tidak mengapa. Tapi kalau dia mula memaki hamun dan kamu membalas maki hamun dia, jaga-jaga.
Dia akan mencapai apa saja untuk dirinya membaling, memecahkan, menakutkan atau mempertahankan diri. Tanpa mata hati, mustahil kamu boleh bersabar. Natijahnya, samada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.
Masyarakat kita terutama orang-orang Melayu suka benar menyisih, menyorok, menafi dan malu dengan pengidap Psikiatri. Tetapi masyarakat barat, mereka dedahkan.
Mereka berdepan dan mereka cari jalan mengindahkan. Cari Movie bertajuk A Beautiful Mind (2001). Watak Prof John Nash dan watak isteri saya, ada persamaan. Walau ia less complex, at least ada inspirasi.
Saya sorang-sorang tak mampu mengurus isteri. Saya hanya mampu mengurus melalui kepercayaan awam. Hanya kepercayaan awam sahaja mampu meneutralkan satu kefitnahan. Terima Kasih Doktor. Terima Kasih Nurse. Terima Kasih Polis. Terima Kasih Guru Besar. Dan Terima Kasih Security Guard.
Doctor ada bertanya. Encik baru berkahwin. Keadaan kesihatan isteri baru saja diketahui. Apakah Encik mahu meneruskan? Memelihara mereka yang Schizo menuntut pengorbanan. Bilangan tak sanggup itu mengatasi bilangan yang sanggup.
Saya tak ada kekayaan untuk ditunjuk-tunjuk. Tapi saya ada isteri yang amat sayangkan saya. Sebagai balasan, akan ku jaganya seumur hayat.
Tulisan saya berhubung turut mendapat perhatian dan komen daripada seorang peguam. Client dia sendiri mengadu dicekik suami. Di pengakhiran kes, dia sendiri tak boleh nak buktikan aksi cekik. Finally, jumpa benda lain.
Saya sendiri sudah berapa kali dah Polis Subang Jaya datang rumah akibat panggilan palsu oleh isteri. Polis siap buat spot check tubuh badan isteri kalau-kalau suaminya betul-betul abuse dia. Namun demikian, polis tak jumpa apa-apa.
Apabila Polis tak memihak kepada aduan isteri, dia kembali kepada saya dan bertanya “Abang rasuah polis berapa RM?”.
Oleh yang demikian, sampai ke sudah isteri tak percayakan polis. Sewaktu singgah makan Laksa di USJ 20, Subang Jaya. Kalau ada polis peronda turut makan situ, saya sorang-sorang je yang keluar makan. Isteri tak nak keluar kereta kerana dia tak nak tengok muka polis-polis yang saya dah “rasuah”.
Actually di rumah, nombor telefon Balai Polis Subang Jaya memang saya beri pada isteri. Seandainya tiba-tiba dia rasa terancam, memang saya ajar dia dapatkan polis. Tujuannya, dia boleh rasa secure dan peroleh perlindungan serta-merta.
Saya tak peduli berapa banyak isteri buat perkara negatif pada saya. Saya cekal. Saya hadap. Saya bertanggungjawab. Dan saya sayangkannya. Finally, saya akan rungkai satu demi satu.
Saya ulang. Ketiadaan mata hati, tiada siapa mampu menghadapi. Sama ada kamu tercedera atau isteri kamu peroleh kecederaan.
Ramai di antara kita tidak menitikberatkan kecantikan apabila menghadap Allah s.w.t, remeh untuk mempersiapkan diri. Kenapa apabila menghadiri sesuatu majlis anda perlu berhias lebih sedangkan beribadah anda tidak ambil peduli.
Berlainan pula dari sisi Hajah Aliza bertemu dalam satu majlis yang cukup indah, mengeluarkan koleksi MUNAWWAREEN 2020 untuk menarik minat anak-anak muda terutama hijabi. Menzahirkan rasa cantik itu bukan kerana paras rupa anda tetapi akhlak itu akan cantik apabila segalanya anda ikuti dengan mengikut syariat.
Di majlis pelancaran koleksi MUNAWWAREEN 2020 ini merupakan koleksi terkini dan kehadiran MUNAWWAREEN di pasaran adalah untuk menyemarakkkan lagi industri fesyen muslimah di Malaysia dan pada masa yang sama mengembangkan lagi bakat dan rangkaian perniagaan di kalangan wanita moden Malaysia.
Munawwareen Holdings Sdn Bhd diusahakan oleh Puan Hajah Aliza Binti Abu Bakar selaku Pengarah Urusan mengadakan kerjasama dengan beberapa pereka fesyen tempatan dan bakat-bakat baharu dalam melahirkan koleksi terbaharu MUNAWWAREEN 2020.
Idea terinspirasi apabila ibu mertua tercinta yang berusia 70 tahun sering culas meninggalkan barang peribadi merata-rata ketika beribadah. Ciri-ciri tudung pula mempunyai poket zip sembunyi dibahagian tengah tudung yang boleh digunakan untuk menyimpan buku doa kecil, barang perhiasan ketika mengambil wuduk dan juga telefon pintar. Inovasi ini mampu mengelakkan kita dari tercicir barangan berharga ketika menunaikan solat.
Material yang digunakan pula ialah Soft Italian Cotton di mana kainnya tidak panas malah sangat selesa digunakan untuk menunaikan solat. Dibahagian muka direka untuk memudahkan pemakaian telekung tanpa perlu penggunaan anak tudung.
Pelbagai lagi rekaan khas busana dari MUNAWWAREEN 2020 yang memudahkan muslimin untuk terus beribadah dan tetap bergaya. Salah satunya Arbaya yang membolehkan hijabi memakainya untuk terus solat. Pemilihan warna koleksi abaya Munawwareen amat memikat hati pelanggan. Selain dari warna putih dan hitam terdapat juga beberapa warna lain.
Rekaan abaya pula sangat ekslusif dan mampu menampilkan ciri-ciri muslimah yang patuh syariah. Koleksi abaya MUNAWWAREEN 2020 didatangkan dengan satu set baju dan tudung yang sepadan.
Menurut Hajah Aliza, beliau memang gemar menyarung kaftan apatah lagi arbaya pakaian sehariannya. Apabila tidak banyak pilihan yang berada di pasaran yang meenpati citarasanya, Hajah Aliza sendiri mencetuskan idea rekaan untuk memberi keselesaan dan menepati syariat islam.
Apa yang beliau boleh janjikan rekaan busana dari MUNAWWAREEN 2020 memberi keselesaan pada pengguna seperti mana yang beliau inginkan.
Melihat figura pengasas MUNAWWAREEN ini, admin terkesima susuk tubuh yang tidak makan usia, wajah yang jelita dan pemakaian yang sopan.
“Mencantikan diri sebaik mungkin untuk beribadah, saya hendak yang terbaik untuk menghadap Allah. Riak itu biarlah dalam hati kerana niat yang sebenarnya adalah antara saya dan tuhan.”
Hajah Aliza menepis baik sangkaan yang bahawa rekaan arbaya dengan hiasan batu berkilat menambahkan riak si pemakai apabila mengayakannya di tanah suci mahupun majlis-majlis ilmu. Menurut Hajah Aliza rekaan arbaya MUNAWWAREEN 2020 di reka khas untuk menarik minat hijabi untuk berpakaian menurut syariat dan pada masa yang sama tetap bergaya dan tampak stailo.
“Wanita sukakan kecantikan, riak itu biar dalam hati individu itu sendiri untuk menampakkan kecantikan itu dan menunjuk-nunjuk. Bagi Hajah Aliza untuk beribadah perlulah memsiapkan diri secantik yang baik. Kenapa apabila anda menghadiri majlis tertentu kita perlu bersiap dari hijab hingga ke kasut?”
Tetapi bagi Hajah Aliza, Dia telah mendidik diri apabila namanya hendak beribadah, dia akan bersiap ekstra apabila pergi ke tanah suci.
Niatnya hannya satu “ Ya Allah kau bagi aku niatMu, untuk merasinya di dunia dan aku pakai di tanah haramMU sebagai tanda syukur aku yang aku layak terima sebegini di hadapanMu. Hajah Haliza memanjatkan segala kesyukuran atas segala kecantikan dan kenikmatan yang diberi olehNYA.
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba, pastinya ramai yang akan menyambut bulan Ramadan di Mekah dan Madinah sambil menunaikan umrah. Set telekung, beg, sarung tangan menjadikan set ini mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Menarik tentang set ini ialah kain untuk telekung dijahit menjadi palazzo bagi memudahkan pergerakan semasa tawaf dan saie.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.