Pelbagai pilihan doa yang dapat kita baca dan amalkan dalam kehidupan harian kita. Sebagai umat Islam, membaca doa merupakan salah satu cara untuk mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Tidak kira sama ada doa pendek atau panjang, ringkas ataupun mudah, ia tidak menjadi sebarang masalah selagi mana adab ketika berdoa kita itu itu betul serta memenuhi syarat semasa berdoa supaya doa yang dipanjatkan itu diterima serta diberkati oleh Allah SWT.

Sumber gambar: Thirdman94

Dalam banyak doa-doa, terdapat satu doa pendek yang amat baik untuk diamalkan iaitu doa Al-Afiyah sepertimana yang telah disarankan oleh Nabi Muhammad SAW yang mana ia dinukilkan oleh Al-Imam Al-Nawawi dalam kitab Al-Azkar.

أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَةً

“Allahumma inni as aluka al-‘afiyah”.

Al-Abbas (r.a.) bapa saudara Nabi (ﷺ) dtang mnemui Nabi (ﷺ) dan berkata: “Ya Rasulullah, ajarkanlah aku doa”.

Nabi (ﷺ) berkata : “Wahai bapa saudara ku, bacalah:

أَلًْلّٰهُمَّ إِنِّي أَسأَلُكَ أَلًْعَافِيَة

“Allahumma inni as aluka al-‘afiyah*.
(Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ‘afiyah).

Sumber gambar: Thirdman94

Apakah maksud Afiyah?

IKLAN

1. Untuk mnyelamatkan diri daripada sebarang kesusahan yg menimpa”.

2. Untuk memberi kesihatan yang sebaiknya pada tubuh badan.

3. Untuk mempunyai sumber pendapatan yang mencukupi, kita harus sentiasa berada dalam ‘afiyah.

4. Untuk terus hidup sejahtera, kita harus berada dalam ‘afiyah.

5. Untuk mahu anak-anak kita di lindungi, kita perlu berada dalam ‘afiyah.

6. Dan jika kita sudah diampuni dan tidak dihukum, bererti kita berada dalam ‘afiyah.

IKLAN
Sumber gambar: dar_alena

Jadi, pada asasnya ‘Afiyah itu bermaksud :

“Ya Allah, lindungilah aku daripada apa jua kesakitan, kesusahan dan segala penderitaan, baik di dunia mahu pun di akhirat.”

Al-Abbas (r.a) berfikir seketika, dan kemudian dia datang kembali kpd Nabi (ﷺ) selepas beberapa hari lalu dia berkata :

“Ya Rasulullah, doa ini pendek sangat.  Aku mahu sesuatu yang lebih besar.”

Nabi (ﷺ) lalu berkata : “Wahai bapa saudaraku yang dikasihi. Mohonlah kepada Allah untuk ‘Afiyah. Maka kamu tidak boleh diberi apa-apa lagi yg lebih baik daripada ‘afiyah. Ia satu doa yang mudah namun terbaik.”

IKLAN

Ssungguhnya ‘Yang Benar’ ialah setiap yg bermakna drpd apa yang kita sebut (pohon) ketika berdoa.

“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu agar aku selamat daripada sebarang kepayahan, kesusahan, kesulitan, kesedihan, bahaya (musibah) dan janganlah Engkau menguji aku dgn sesuatu  yg berat.”

Semua ini termasuk dalam “Allahumma inni as aluka al-‘afiyah”
~ (Riyadh As Saliheen, Sunan At-Tirmidzi)

Nabi Muhammad (ﷺ) bersabda: “Sampaikan lah daripada aku, walaupun ia hanya satu ayat.”

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI