Sebagai hijabi, kebanyakan daripada kita mesti runsing kepala kadang-kadang untuk ‘mix and match’ warna tudung dengan baju yang ingin dipakai terutamanya pada pagi Syawal nanti yang akan tiba dalam dua hari sahaja lagi.
Jangan khuatir, sememangnya banyak warna yang kita boleh sesuaikan mengikut citarasa kita. Jom kita baca tip ini daripada Anany.Co .
Jika anda team blue tahun ini, bolehlah cuba penggayaan sebegini.
Ads
Pink juga nampak sweet bukan? Padankan dengan coklat juga boleh tau !
Bagaimana pula dengan warna hijau ?
Ads
Merah Mak Ngah…. Pasti banyak mata yang terpukau nanti !
Baju warna ungu juga sangat sesuai dikenakan dengan tudung pastel.
Rupanya banyak pilihan warna yang boleh kita sesuaikan . Jadi selepas ini tidaklah kita terikat kepada satu warna tudung sahaja.Yang paling penting kita perlu yakin dengan apa yang kita pakai dan pastinya kecantikkan itu akan terserlah nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tular di laman sosial apabila ada antara pembeli barangan secara online di laman sesawang FashionValet tidak sampai pada tarikh yang dikehendaki. Malah lebih mengejutkan barang tersebut amat penting untuk kegunaan barang hantaran.
Namun kita patut kagum dengan cara Vivy Yusof dan team mereka dalam menangani isu ini. Rupa-rupanya ini bukan kali pertama terjadi malahan sebelum itu pernah berlaku ketika musim raya.
Bertanya sendiri kepada Vivy dan menjawabnya dengan tenang perkara ini bukan kali pertama berlaku, malahan pernah terjadi ketika musim raya lalu.
Apa yang mereka boleh bantu team FashionValet sendiri menghantar barang pesanan mengikut alamat yang tidak menerima parcel lagi.
Lebih mengagumkan lagi sekiranya ada 5 buah negeri, mereka akan membahagikan team kepada 5 tempat berasingan.
Walau bagaimanpun apabila pesanan melalui laman sesawang pembeli kena tahu risiko berhadapan dengan global internet sistem.
Rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara asalkan kita berusaha untuk terus maju. Alhamdulilah walaupun dilabel jenama tudung mahal dan banyak pihak menciplak rekaannya, namun Vivy Yusof tidak pernah melatah dengan isu ini.
Jika sebelum ini peminat tegar dUCkscarve dapat menjangka rekaan tudung istimewa akan di bawa pada waktu tertentu atau sesuatu perayaan tetapi lain pula pada tahun ini.
Pelbagai kejutan dari pihak dUCk mengeluarkan tudung khas di mana rekaan dUCk bersama berkolabrasi dengan jenama-jenama terkenal.
Scarf in cheers! Kolabrasi terbaharu Disney x Duck di mana rekaan ini mengimbas kembali zaman kanak-kanak beliau.
The Walt Disney Company Malaysia telah memilih untuk berkolabrasi bersama The dUCk Grup bukan sekadar rekaan skarf, malahan beberapa peralatan tulis beserta pouch bag dan buku nota.
Terdahulu The Duck Grup berkolabrasi dengan Martell Malaysia menghasilkan rekaan skarf untuk patung Barbie dan juga berkolabrasi dengan Big TIME mengeluarkan grocery untuk beg guna semula.
Bertemu dalam sesi perasmian rekaan khas sempena 10 tahun persahabatan dengan Zukifli Sisters Mimpikita bersama FashionValet baru-baru ini ternyata kesemua rekaan mengimbas kembali hubungan persahabatan ini.
Bermula dari berbalas email, keakraban mereka bukan di bidang perniagaan sahaja malahan lebih dari itu.
Berkongsi perihal peribadi, gossip dan segala-galanya mengikat persahabatan dan perniagaan penuh pahit dan manis.
Kolaborasi khas ini menampilkan 6 rekaan khas menceritakan persahabatan mereka dalam minat berfesyen dan diperbaharui mengikut perkembangan semasa.
Apabila dikejutkan dengan kolabrasi bersama Disney, ramai D yang tertanya-tanya ‘what next’? Mungkin adakah lagi keluaran khas dari The Duck Grup.
Menjawap dengan tenang soalan ini, Vivy Yusop sambil berseloroh berkata “mungkin ada”. Hijabista percaya walau banyak mana rekaan yang didatangkan khas dari The Duck Grup, D akan setia menanti dan mendapatkannya hanya yang original bukanlah keluaran Made In Vietnam.
Insyallah!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Syarikat koordinasi warna terkemuka Institut Pantone Color baru-baru ini meramalkan biru klasik sebagai warna yang akan mendominasi carta warna tahun 2020. Warna biru klasik menjadi simbol rasa tenang, keyakinan dan perhubungan.
Warna biru klasik kaya dengan ciri-ciri kelembutan. Rona tenang ini turut dikaitkan dengan warna langit dan laut.
Menurut Pengarah Eksekutif Institut Pantone Color, Leatrice Eiseman, warna biru klasik ini menggalakkan orang ramai untuk pandang ke arah lebih jauh dan sekali gus dapat meluaskan lagi pemikiran, mencabar minda untuk memikir dengan lebih mendalam dan terperinci. Di samping itu, ia dapat tingkatkan lagi perspektif dan membuka aliran komunikasi.
Biru klasik merupakan antara rona yang unik dan mudah dipadankan dengan apa sahaja. Jika tepat padanannya, warna ini dapat menyerlahkan penampilan. Tidak terhad untuk gaya fesyen sahaja, rona biru klasik cukup versatil selain memberikan sentuhan elegan.
Bagi yang ingin membuat perancangan awal untuk menempah baju raya warna sedondon, bolehlah mengikut trend 2020 dengan memilih fabrik warna biru klasik, tak kira sama ada bercorak atau tidak.
Kalau anda sudah pun ada koleksi pakaian berona biru klasik ini, rasanya tahun 2020 adalah masa yang tempat untuk anda tayangkan semula koleksi pakaian yang ada dan tampil bergaya mengikut trend terkini.
BAJU RAYA
Sama ada biru klasik polos mahupun bercorak, terpulanglah kepada anda untuk membuat pilihan.
SHAWL
Padankan shawl warna biru klasik dengan aneka pilihan pakaian. Tidak kira shawl bercorak atau tidak, yang pasti ia dapat memberikan penampilan yang lebih anggun!
BEG TANGAN
Lengkapkan penampilan anda dengan beg tangan warna biru klasik. Barulah nampak menyerlah.
Sumber kredit: berita.mediacorp.sg
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Walaupun pelakon kecil molek Elfira Loy kini sedang sarat mengandung anak sulung, tetapi dia tetap aktif di laman Instagram. Pelbagai aktiviti dikongsi bersama followernya yang kini berjumlah 4.6 juta.
Paling suka lihat OOTD ibu hamil ini yang kelihatan sangat comel walaupun tubuhnya kini sedikit berisi. Elfira dilihat masih lagi aktif menghadiri majlis sama ada formal atau santai dan ada kalanya ditemani suami tersayang.
Dia nampaknya lebih selesa memilih busana longgar yangmemudahkan pergerakannya. Dengan ikatan hijab diikat simple menjadikan penampilan ibu hamil ini sangat cantik dan sedap mata memandang.
Ayuh, kita lihat #OOTD Elfira yang dijangka bersalin anak sulungnya tidak lama lagi.
Ketahui amalan Hari Asyura yang dikongsikan Ustaz Wadi Annuar termasuk berpuasa, berzikir, beristighfar, meluaskan nafkah dan menghidupkan malam dengan ibadah.