Biasanya mereka yang berstatus ustaz ini menjadi tempat untuk kita meminta nasihat atau pandangan dalam beberapa isu berkaitan agama. Tetapi bagi Imam Muda Asyraf ini lain pula ceritanya. Dia yang sudah punya ilmu agama cukup tinggi tetapi tetap meminta pertolongan dari insan yang dianggap biasa sahaja. Baru-baru ini Imam Muda Asyraf berkongsi kisahnya setiap kali bertemu Lan Pet Pet. Lan ada salah seorang anggota kumpulan pelawak terkenal Senario.
Menurut Imam Muda Asyraf, dia akan meminta doa dari Lan setiap kali mereka berjumpa. Apa sebabnya hingga Imam Muda ini sanggup berbuat demikian. Kalau nak dikira ilmunya lebih tinggi dan cukup berpengalaman dalam hukum agama.
Rupanya ada kisah sejarah hidup Lan Pet Pet yang ramai tak tahu. Perkongsian di laman instagram Imam Muda ini mendapat respon positif dari followernya.
A post shared by Asyraf Ridzuan (@imammudaasyraf) on
Menurut Imam Muda Asyraf, Lan Pet Pet seorang yang begitu menghormati dan menyayangi ibunya. Jadi tidak salah dia sebagai insan biasa meminta doa setiap kali bertemu. Ini kerana doa insan yang berbuat baik
Ada org pernah tanya kenapa?..
Saya yakin dan pasti. Krn terdapat byk riwayat hadith sebut tentang maqbulnya doa seorang insan jika ia berkhidmat kepada ibu dan ayah dengan baik. .
Ads
Inilah yang dijadikan tajuk bab bagi Imam Bukhari terhadap 3 org yang maqbul doanya setelah terperangkap di dalam gua. Serta betapa maqbulnya doa Uwais Al-Qarni setelah diteliti sejarah hidup beliau yg sangat menyantuni ibunya..
Abg Lan Pet Pet yg sy kenali seorang yang sanggup membujang lama hanya kerana mahu berkhidmat kepada ibunya. Menyertai Sinaran Pasport Kegemilangan hanya semata kerana ingin membantu ibunya. Banyak lagi kisah beliau bersama ibunya yang tak mampu dicatat.
Namun hakikat adab manusia walau bertaraf ustaz sekalipun tak perlu malu untuk menuntut doa dari sesiapapun. Walau beribu org datang meminta doa darinya. Tak salah kita juga meminta org lain mendoakan kita. Sedangkan Nabi penuh tawaduk pernah menyuruh Umar mendoakan Nabi SAW saat Umar musafir. Apatah lagi kita.
Ada juga yang turut berkongsi kisah lain Lan Pet Pet yang memang begitu menyayangi ibunya ini.
Ads
@asyraafjinan Sekadar berkongsi..Pernah abg lan pet pet minta kat arwah abah sy utk azan (azan akan dilaungkan masa jemaah bergerak keluar dari balai berlepas) ketika ibunya nk berangkat ke tanah suci menunaikan haji. Masa tu abah bertugas utk bacaan doa & almarhum sultan kedah pun ada di airport kepala batas alor setar. Dia bgtau kat abah “Ustaz, Lan nak azan sat g buleh? Mak Lan ada dalam jemaah jgk tu”.. Abah bgtau x buleh. Ni majlis rasmi.. Lan azan pelan2 buleh la.. Abah kata, kalau benarkan,pasti dia azan. Nmpk dia bersungguh2 mintak..
Bukan itu sahaja, follower lain juga turut berkongsi kisah seorang pemuda yang sanggup membujang demi untuk menjaga ibunya sehingga ke akhir hayat.
@ida_dinda0302 Allahu.. Sama dgn anak muda jiran dkt rmh saya.. Dia sanggup membujang sbb mnjaga ibunya hingga akhir hayat. Semua kja rmh dia yg buat.. Byk pngorbanan dia.. Bkn pd ibu tapi dgn adik beradik juga.. Ibunya br meninggal lbh krg sbulan yg lalu.. Smpi skg blm bkahwin.. Semoga dia cpt bertemu jodohnya.. Aaminn
Ada juga follower Imam Muda Asyraf yang baru mengetahui keberkatan kepada anak lelaki yang sanggup berkorban demi ibunya. Dan ini boleh dijadikan peringatan dan didikan buat dirinya.
Ads
@eyzvaramly Allahuakhbar..! Baru sy tahu banyak keberkatan yang Allah SWT berikan kepada anak lelaki yang sanggup berkorban demi ibunya..! @imammudaasyraf & @lanpetpet ini satu peringatan dan didikan untuk saya, Alhamdulillah sy punya isteri yang sudi menjadi menantu dan sahabat kepada ibu saya…semoga Allah SWT makbulkan harapan saya untuk menjaga ibu bersama isteri hingga akhir hayat nya..! Insya-Allah..! Aamiin..!
SUMBER: INSTAGRAM IMAM MUDA ASYRAF
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bagi wanita masa kini, jean biasanya merupakan salah satu barangan fesyen yang wajib ada. Ia tidak menghairankan, kerana jean adalah item fesyen yang fleksibel, senang digabungkan dengan sebarang bajus selain selesa dipakai dan praktikal.
Namun bagi hijabi, ada pula yang kata tidak sesuai untuk menggayakan jean. Salah satu alasannya jean dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna. Berikut jawapan lengkap yang dipetik dari Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
SOALAN
Mohon pertanyaan berkenaan bab pakaian. Saya ada menonton video ceramah berkenaan haram dan muflis di akhirat bagi wanita memakai seluar jeans. Kenapa seluar jean diharamkan atau semua jenis seluar yang lain diharamkan? Adakah seluar tidak menutup aurat?
JAWAPAN
Aurat merupakan sebahagian anggota badan yang diharamkan untuk dibuka atau dipamerkan, samada lelaki ataupun perempuan. Dalam erti kata yang lain, aurat adalah anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan kepada yang bukan mahram melihatnya.
Kewajipan ini adalah sebagaimana sabdaan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya: Wahai anak-anak Adam, Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. (Surah Al-A’raf: 26)
Menutup aurat adalah satu daripada fitrah bagi kejadian manusia. Disebabkan itu, dulu-dulu Nabi yang pertama dahulu, Nabi Adam A.S dan Hawa apabila terdedah aurat baginda akibat termakan buah khuldi yang dilarang Allah SWT, lalu mereka menutupnya dengan daun-daun dari Syurga.
Kisah ini dirakamkan Allah SWT di dalam Al-Quran:-
Maksudnya: Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). (Surah Thaha, 121)
Pada hakikatnya, manusia akan mempunyai perasaan malu jika bahagian tertentu dipertontonkan kepada khalayak ramai. Sebab itu, menutup aurat amat berkait rapat dalam cerminan keperibadian seseorang. Bahkan ia berkait rapat kepada maruah dirI. Ini kerana jika tercemar maruah diri maka hilang harga diri insan tersebut.
Untuk menjawab persoalan ini, adalah lebih baik kita melihat asal-usul dan sejarah ringkas berkenaan isu ini. Melihat kepada ringkasan fakta sejarah terdahulu, seluar panjang merupakan pakaian yang dipakai oleh para pendekar wanita ketika bertempur pada zaman kekuasaan Greek.
Sebuah artifak yang dijumpai dan dipercayai dibina pada tahun 470 sebelum masihi ditemui dengan telakarnya gambar pendekar wanita yang lengkap dengan busana perang dan berseluar panjang. Bahkan, terdapat 2 helai seluar yang dijumpai tertanam bersama di dalam perkuburan penungang kuda daripada kalangan lelaki dan wanita di Tarim Basin, China yang dipercayai ditanam semenjak tahun 1200 sehingga 900 sebelum masihi.
Jika diperhatikan, seluar telah lama wujud menerusi fakta-fakta yang telah dinyatakan. Pada waktu yang sama di zaman Nabi SAW, seluar juga merupakan perkara yang dibincangkan sepertimana yang ternukil di dalam kitab-kitab fiqh.
Seperti contoh sebagaimana sebuah hadis, Nabi SAW pernah terlibat dalam urusan jual beli seluar bersama seorang sahabat:
Maksudnya: Hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Umair menyatakan bahawa:- “Aku membeli daripada Rasulullah SAW seluar sebelum hijrah, maka ditimbangkan dan diberikan kepadaku. (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Ibnu Majah)
Begitu juga, hadis berkenaan sahabat ketika menunaikan haji / umrah:-
مَنْ لَمْ يَجِدْ إِزَارًا فَلْيَلْبَسْ سَرَاوِيلَ
Maksudnya: “Sesiapa yang tidak ada sarung, hendaklah memakai seluar panjang.” (Hadis Sahih Bukhari, No. 5804)
Bagi seluar jeans pula, sejarah utama penghasilan seluar panjang yang menggunakan jeans adalah khusus untuk digunakan kepada pekerja lombong emas dalam melakukan kerja-kerja berat.
Ketika banyak lombong-lombong emas dibuka di California, Amerika Syarikat, fenomena tersebut telah menarik ramai pemuda untuk mencari emas. Namun begitu, mereka mempunyai masalah kerana seluar yang selalu digunakan sering kali terkoyak kerana kerja berat.
Atas masalah itu, seluar jeans telah diciptakan oleh Levi Strauss dan Jacob Davis pada tahun 1873. Kain jeans adalah kain yang tebal dan amat sesuai untuk digunakan untuk membuat pakaian bagi kegunaan kerja-kerja berat dan lasak. Sehinggakan lama-kelamaan, seluar jeans telah menjadi tersohor dan diterima pakai oleh masyarakat sama ada lelaki mahupun wanita.
Seluar jeans tidak haram dan harus untuk dipakai. Tetapi ia boleh menjadi haram sekiranya ia tidak mengikut piawaan dan batasan yang telah ditentukan syara’ bagi lelaki dan wanita. Seperti contoh bagi lelaki dan wanita, haram memakai seluar jeans yang koyak di peha, betis atau dibahagian yang perlu bagi seorang muslim itu untuk menutup bagi menjaga auratnya.
Begitu juga, agensi fatwa Mesir, Dar al-Ifta’ Misriyah al-Fatawa menyatakan bahawa hukum wanita memakai seluar:-
جواز لُبْسه للمرأة، بشرط أن تتحقق فيه شروط الستر المطلوبة شرعًا
Maksudnya: Harus bagi wanita untuk memakai seluar, dengan syarat ia menutup aurat sepertimana yang dituntut oleh syara.’
Kedua, tidaklah memakai seluar jeans tersebut seperti “berpakaian tetapi bertelanjang”. Sabda Nabi SAW, terdapat dua kategori penghuni neraka yang belum pernah Nabi SAW melihatnya. Diantaranya adalah:-
Maksudnya: “Dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang (mereka memakai pakaian tetapi tidak menutup keseluruhan aurat), yang menarik perhatian orang untuk melakukan maksiat di samping dia sendiri melakukan maksiat.
Islam mengharamkan wanita memakai pakaian ketat yang boleh menampakkan bentuk badan atau pakaian yang nipis yang boleh menampakkan apa yang ada di sebalik pakaian itu, khususnya pada tempat-tempat sulit yang boleh menimbulkan fitnah diri kepada lelaki yang bukan mahram.
Ketiga, mengikut kaedah usul fiqh:
اذا زال المانع عاد الممنوع
Maksudnya: Apabila sesuatu larangan hilang perkara yang dilarang padanya, maka ia kembali harus
Harus memakai pakaian yang berasal daripada orang bukan Islam yang tidak lagi menjadi sesuatu yang khusus bagi mereka setelah berlalunya suatu jangka masa yang tertentu disebabkan halangan telah tiada.
Walaubagaimanapun, amalan yang terangkum di bawah kaedah ini hanyalah amalan-amalan yang berbentuk adat sahaja, manakala amalan ibadah keagamaan sentiasa bersifat khusus kepada penganut agama tertentu dalam apa bentuk sekalipun adalah haram bagi umat Islam memakainya.
Maka atas sebab tersebut, adalah diharuskan bagi seseorang untuk memakai seluar jeans kerana seluar jeans tidak lagi menjadi syiar atau tasyabuh kepada pakaian orang kafir. Jika dilihat pada hari ini, seluar jeans merupakan seluar yang dipakai oleh masyarakat diseluruh dunia termasuk negara-negara Islam sama ada lelaki atau wanita.
Kesimpulan bagi kajian ini, kami berpendapat bahawa harus bagi seorang wanita memakai seluar jeans sepertimana yang telah dinyatakan. Namun begitu, pemakaian seluar tersebut haruslah terhindar daripada fitnah. Begitu juga tidak menonjolkan dan memperlihatkan anggota badan seperti bahagian punggung yang mengundang perhatian hawa nafsu kepada mereka yang melihat.
Begitu juga, kami menasihatkan agar mengenakan baju atau jubah yang labuh dan longgar serta mampu menutupi sehingga ke paras lutut bagi menjaga kemaslahatan pada pemakai dan pada mereka yang melihatnya. WalahuA’lam.
Cara hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah barat dan moden mungkin punca kita selalu lupa dan alpa akan ajaran yang diajar oleh baginda Rasullullah. Sebenarnya Rasulullah banyak memberi contoh kepada kita tentang bagaimana baginda menjalani hidup untuk kekal sihat.
Benarlah, menghidupkan sunnah nabi akan memberi banyak kelebihan dan memperbaiki kerosakan. Malah diberi pahala. Ini merupakan cara Rasulullah menjaga kesihatan diri agar tetap sihat.
Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardhu dan solat Subuh secara berjemaah. Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.
Rasulullah sentiasa bersih dan rapi.Setiap Khamis atau Jumaat, baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.
“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (HR. Muslim)
Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)
Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali.
Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa. Terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring. Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wudhu’ dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.
Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakkal kepada Allah s.w.t.
Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”
Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan. Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kenapa masih malas nak bangun solat tahajud tengah malam? Walaupun terdapat banyak fadhilat dalam solat tengah malam.
Antaranya, doa mereka dimakbulkan oleh Allah SWT. Ini kerana solat sunat ini tinggi darjatnya. Oleh itu, jika anda melakukannya, doa anda akan dimakbulkan.
Janji Allah SWT kepada orang yang tekun mengerjakan Solat Tengah Malam adalah Syurga. Solat tengah malam adalah solat sunat yang sangat dianjurkan oleh semua umat Islam setiap hari.
Solat tengah malam ialah solat malam, iaitu kebiasaan orang-orang yang bertaqwa untuk mendekatkan diri kepada Pencipta dan beringat agar segala keperluan mereka dapat dipenuhi oleh Allah.
Inilah keutamaan solat Tahajud
Dalam ulasan Ustaz Engkus Kusnandar, dalam ulasannya menyatakan fadhilat shalat tengah malam antara lain dapat mencegah perbuatan maksiat, menghapus. dosa dan menahan penyakit fizikal. Rasulullah saw bersabda:
Maksudnya, “Hendaklah kalian mengerjakan shalat malam, karena ia adalah kebiasaan orang-orang yang sholeh sebelum kalian, sarana pendekatan kepada Tuhanmu dan penghapus dosa-dosa, serta pencegah dosa dan penolak penyakit tubuh.” (HR At-Tirmidzi, At-Thabarani, Ibn Huzaimah, Al-Hakim, dan Al-Baihaqi).
Selain itu, solat di malam hari itu adalah waktu dikabulkanya segala doa. Segala hajat dunia dan akhirat akan dikabulkan. Nabi saw bertutur:
Maksudnya, “Sesungguhnya pada malam hari itu ada satu waktu yang tidaklah seorang muslim tepat pada waktu itu meminta kepada Allah kebaikan perkara dunia dan akhirat, melainkan Allah pasti memberikannya kepadanya. Dan waktu itu ada pada setiap malam.” (HR. Muslim)
Tetapi tidak semua orang boleh melakukan solat Tahajud. Hanya orang-orang terpilih yang mempunyai niat dan usaha yang baik sahaja yang dapat menerima anugerah dari Allah ini.
Sayyid Bakri Al-Makki dalam kitabnya Kifayatul Atqiya menyebut lima perkara yang menjadi punca seseorang itu malas mengerjakan solat Tahajud iaitu:
1.Perhatian yang berlebihan kepada dunia sehingga melupakan akhirat. Seorang hamba yang hidupnya khusyuk kepada dunia akan malas beribadah terutama dalam solat Tahajud.
2.Dunia telah membimbing dan mengikatnya sehingga dia lupa tentang kehidupan selepas kematian. Saya sibuk bercakap tentang dunia dan menggunakannya untuk berseronok.
3.Sibuk bercakap tentang keseronokan dan keseronokan dunia, atau berjaga malam tanpa mengenal batas boleh menyebabkan seseorang itu malas untuk solat Tahajud.
4.Banyak kerja. Bekerja di luar batas menyebabkan badan berasa letih, letih dan lesu. Inilah sebabnya seseorang itu malas berdoa kepada Allah.
5.Makan banyak membawa kepada banyak minum, minum banyak membawa kepada mengantuk dan akhirnya sukar untuk bangun pada waktu malam. Jangan berehat di siang hari (Qailullah).
Semoga kita sentiasa dikurniakan anugerah bangun malam, bermunajat kepadanya, bertafakur dan berehat di hadapan Pencipta azza wa jalla. Amin.Semoga Allah memberkati kita.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.