Memasuki bulan Febuari dianggap hari cukup istimewa. Ini kerana selain dari bulan ini hanya ada 28 atau 29 hari, Febuari juga cukup bermakna buat semua wanita yang berhijab sempena sambutan #worldhijabday di seluruh dunia. Hari di mana kita meraikan wanita Muslimah memuliakan mereka yang berhijab. Biarpun berhijab, tetapi pandangan kita tetap teguh dan berpendirian dalam memperjuangkan hak-hak wanita. Walaupun pelbagai cabaran ditempuhi, tetapi diharapkan kita wanita yang memilih untuk berhijab ini terus kekal istiqomah.
Sebagai ‘public figure’, pastinya tumpuan terarah pada mereka apabila mengambil keputusan untuk berhijrah. Ada antaranya yang tumbang di separuh jalan dan ada juga yang tetap iman di hati tanpa menanggalkan apa yang telah menutupi mahkota mereka. Malah bukan sahaja bahagian itu yang ditutup tetapi juga aurat sebagai Muslimah terjaga sepenuhnya.
Bagi selebriti Shazrina Azman atau Mizz Nina yang telah berhijrah lima tahun lalu turut mengucapkan syukur kepada Tuhan kerana masih kekal dengan hijrahnya. Walaupun masa berlalu terlalu pantas, tetap dia tetap memberikan sokongan tidak berbelah bagi kepada semua wanita yang berhijab di seluruh dunia. Tetap bangga dengan jati diri sebagai Muslimah sejati dan jadi seperti diri sendiri.
Ucapan ini diungkapkan dirinya di laman instagramnya sempena meraikan #worldhijabdayyang disambut pada 1 Febuari lalu.
Menurut isteri kesayangan Noh Hujan ini pemakaian hijab adalah pilihannya sendiri. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk menyampaikan kasih dan cintanya tidak berbelah bagi Allah SWT.
Malah cara pemakaiannya sekarang ini adalah untuk melindungi diri dan orang yang disayangi dari sebarang ‘kesakitan’. Malah apa yang menjadi pilihanya (menutup kepala dengan kebijaksaan sebagai penghias mahkotanya) itu semua dilakukan adalah hanya untuk Allah SWT.
Posting#worldhijabday ini memberi reaksi positif daripada followernya yang setia mengikuti perkembangan diri Mizz Nina dari sebelum hijrah hingga dengan penampilan dirinya sekarang.
Ramai memuji betapa indah kata-kata diluahkan Mizz Nina. Malah ada juga menjadikan dia sebagai motivasi dan sumber inspirasi. Posting ini mendapat hampir 24K like dan rata-rata mengharapkan agar Mizz Nina kekal istiqomah dengan pilihan yang dibuatnya.
syareefa.mastura masyaAllah sis you are beautiful inside n out..may rahmat Allah Alwys be with u sistaa missnina
nazirahisa_ You are so inspired. May Allah bless you. Ameen
@nurarisamaryam Alhamdulillah. Kak @officialmizznina cantik berhijab. MashaAllah!!! Moga Allah permudahkan semua ibadah Kak Nina. Aamiin!!! Sayang kakak seperti kakak sendiri kerana Allah!
natrahashin Ur modesty and istiqamah is such an inspiration.
Transisi Mizz Nina nyata memang mengejutkan semua peminatnya. Dia yang nekad berhijab sebaik pulang dari mengerjakan haji bersama suaminya dan sehingga hari ini dia terus dengan imej yang sama.
Sewaktu awal-awal berhijab, dia juga turut melayari video di Youtube seperti Rubina, Yaz The Spaz dan beberapa personaliti lain yang kelihatan trendy walaupun dalam balutan menutup aurat.
Menurutnya dia selesa dengan imejnya kini dan akan terus istiqomah dengan penghijrahannya. Apatah lagi, mendapat sokongan suami tercinta untuk lebih mendekati Islam dan Tuhan.
World Hijab Day disambut pada 1 Febuari setiap tahun. Hari ini begitu istimewa kerana mengajak semua wanita Muslimah di dunia untuk mengenakan dan mengetahui lebih mendalam maksud berhijab. Sudah lima tahun diadakan dan ia memang mendapat sambutan cukup memberangsangkan seluruh dunia.
Pertama kali diadakan di New York, Amerika Syarikat yang bertujuan untuk memberi info kepada wanita bukan Islam mengerti tentang Islam dan hijrah. Hal ini dilakukan untuk mengurangkan rasa diskriminasi terhadap wanita berhijab dan sebagai salah satu pencegahan Islamophobia, khususnya di negara barat untuk mewujudkan keamanan seluruh dunia.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai hamba Allah pasti ada amalan yang dianjurkan untuk terus berlindung dari segala kesulitan. Jangan sesekali kita tergolong dalam golongan yang rugi. Perkongsian hijabista untuk menganjak anda mengamalkan doa Nabi Daud AS selitkan doa ini sebagai pelindung untuk kita jalanani kehidupan harian.
Nabi Daud AS adalah salah seorang utusan Allah SWT yang mempunyai mukjizat istimewa seperti para nabi utusan Allah SWT yang lain. Nabi Daud AS dianugerahkan kelebihan untuk faham dan dapat berbicara dengan haiwan yang ada. Begitu juga burung dan gunung semuanya tunduk pada kehendak Nabi Daud AS (atas izin Allah).
Amalan Doa Nabi Daud Yang Mampu Lembutkan Hati Seseorang Walaupun Sekeras Besi.
Tidak hanya itu, Nabi Daud AS turut dianugerahkan oleh Allah SWT satu lagi kelebihan. Kelebihan ini berupa kemampuan ke atas Nabi Daud AS untuk menundukkan besi (Saba: 10-11 dan Al-Anbiya: 80).
Besi-besi yang keras ini dengan mudah mampu untuk dilunakkan oleh Nabi Daud AS sehingga berjaya menjadi pelbagai barangan termasuklah pakaian perisai untuk berper4ng dengan sangat mudah.doa nabi daud
Ini terbukti melalui firman Allah SWT di dalam AlQuran yang berbunyi,
Maksudnya, “Dan sesungguhnya telah Kami berikan kepada Daud kurnia dari Kami. (Kami berfirman), “Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud.”
Dan Kami telah melunakkan besi untuknya, (iaitu) buatlah baju besi yang besar-besar dan ukurlah anyamannya; dan kerjakanlah amalan yang saleh. Sesungguhnya Aku melihat apa yang kamu kerjakan.” (Surah Saba, Ayat 10-11)
Doa Nabi Daud alaihis salam maksudnya: “Ya Allah aku mohon KepadaMu empat perkara dan aku berlindung kepadaMu daripada empat perkara…..Aku mohon kepadaMu lidah yang selalu berzikir, hati yang selalu bersyukur,badan yang sabar dan isteri yang membantuku dalam urusan dunia dan akhiratku. Aku berlindung kepadaMu daripada empat perkara;
Berdasarkan doa di atas Nabi Daud a.s. memohon kepada Allah SWT empat perkara:
Firman Allah SWT maksudnya, “Maka apabila kamu telah menyelesaikan solatmu, ingatlah Allah di masa berdiri, di masa duduk dan di masa berbaring.” (Surah an-Nisa’ ayat 103)
Firman Allah SWT maksudnya, “Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah dengan menyebut nama Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang.” (Surah al-Ahzab ayat 41-42)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Iaitu orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)
Sesiapa yang sentiasa bersyukur bermakna dirinya mengingati Allah. Rasa bersyukur terhadap Maha Pencipta yang memberikan segala kehidupan ini dan rasakan diri sentiasa hampir kepada Allah. Justeru, Allah SWT membalasnya dengan melimpahkan nikmat yg lebih baik.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “ Maka ingatlah Aku nescaya Aku akan mengingatimu dan syukurlah atas nikmat- Ku dan janganlah sekali-kali kamu kufuri nikmat Ku. ” (Surah al-Baqarah, ayat 152).
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada seluruh manusia, tanpa mengira orang beriman atau tidak beriman. Orang yang ingkar akan menanggung kerugian di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat. Kehidupan orang yang tidak bersyukur sentiasa tertekan dan gagal memanfaatkan apa yg dimilikinya.
Bersabar di atas menjaga semua anggota badan (menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan kemaluan) supaya tidak melakukan maksiat adalah amalan mulia di sisi Allah SWT.
Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang sabar lalu kita terpilih menjadi kesayangan Allah SWT.?
Firman Allah SWT. yang bermaksud :
“Dan berapa ramai para nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikutnya yang bertakwa. Mereka tidak menjadi lemah (mental) kerana bencana yang menimpa di jalan Allah, tidak lesu (dalam penampilan), dan tidak menyerah (dalam aktiviti). Allah menyukai orang-orang yang sabar.”
(Surah Ali Imran ayat 146)
Menurut Imam Ghazali, sabar adalah sifat khas manusia yang tidak dimiliki makhluk-makhluk lain. Oleh itu, sabar amat penting dan utama dalam mengharungi kehidupan. Bahkan kemaksiatan yang tumbuh dalam masyarakat juga disebabkan oleh manusia yang tidak sabar dalam menghadapi kehidupan dunia yang penuh dinamik.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).” (Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Isteri hendaklah memerhatikan tabiat suami tiap-tiap hari tentang kesukaan dan kebenciannya. Apa-apa kesukaannya disempurnakan oleh isteri dan apa-apa kebenciannya ditinggalkan. Isteri yang solehah akan membantu dan menasihatkan suami kepada sentiasa mentaati Allah SWT .
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya : “Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia maka dia menggembirakan, bila engkau perintah dia taat, bila engkau tiada dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya.”
Mohon perlindungan daripada Allah SWT daripada memiliki anak yang derhaka , tidak beradab sopan dan suka menyakiti hati kedua ibu bapanya. Anak derhaka tidak akan cium bau syurga.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :” Dosa yang paling besar ialah mensyrikkan Allah , derhaka pada ibu bapa dan membunuh orang” (Hadis riwayat Anas bin Malik)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Barangsiapa membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhan), maka sesungguhnya ia membuat redha Allah. Barangsiapa menyakitkan hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia membuat kebencian Allah” (Hadis riyawat Imam Bukhari )
Isteri yang tidak solehah akan sentiasa menyakiti hati suaminya, suka meminta berlebih-lebihan kepada suami yang tidak mampu hingga suami menjadi stress dan beruban rambut sebelum sampai waktunya.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: “Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya.”
Isteri yang mementingkan harta dunia, suka kepada kemewahan dan perhiasan dunia tidak akan ada sifat qanaah dan sering membebankan suami dengan perkara-perkara diluar kemampuan suami. Sifat kebendaan ini akan menyebabkan mereka tidak akan bersyukur di atas nikmat rezeki yang diberikan oleh suaminya.
Harta dunia boleh jadi membawa kebaikan dunia dan akhirat ataupun harta tersebut akan menjadi penyebab tuannya masuk neraka. Harta yang membahayakan adalah harta yang diperolehi daripada sumber yang haram, harta yang menyebabkan seseorang itu menjadi cinta dunia dan melupakan kehidupan di hari akhirat dan harta yang tidak ada keberkatan kerana diperolehi daripada jalan yang haram.
Dari Abu Waaqid Al-Laithi r.a, katanya : Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla berfirman : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (mengurniakan) harta bagi mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Jika seorang anak Adam itu mempunyai satu wadi (satu lembah harta) maka sudah pasti ia suka andainya beliau mempunyai wadi kedua; dan sekiranya beliau mempunyai dua wadi sudah pasti beliau suka untuk mempunyai wadi yang ketiga. Tidaklah yang memenuhi perut anak Adam melainkan tanah (sikap cinta kepada harta dunia itu akan berakhir bila mati). Kemudian Allah menerima taubat siapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis Sahih Riwayat Ahmad)
Seburuk-buruk tetangga (jiran) adalah tetangga yang menutup kebaikan kita dan sukakan mendedahkan aib kita kepada orang lain.
Sabda Nabi SAW maksudnya : “Empat perkara daripada tanda kebahagiaan ialah perempuan yang solehah, tempat tinggal yang lapang dan jiran yang baik serta memiliki kenderaan yang selesa dan empat tanda daripada keburukkan (kesusahan atau derita) ialah memiliki jiran yang jahat, isteri yang tidak baik, serta tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk” .
(Hadis sahih riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya no. 4032 dan Abu Nuaim dalam Hilyatul Auliya no. 388 Jilid 8 dan isnad hadith ini sahih dengan menepati syarat Syaikhain diriwayatkan juga oleh Ahmad m/s 1445 Jilid 1 dan Hakim no. 2640 dan Bazzar serta Tibrani dengan lafaz yang hampir sama).
Sahabat yang dikasihi,
Amalkanlah doa tersebut kerana ianya mengandungi doa permohonan kebaikan dan doa memohon perlindungan daripada kejahatan makhluk. Jika Allah SWT memberi kebahagiaan dan kejayaan maka banyakkan bersyukur begitu juga jika di beri ujian maka banyakkan bersabar kerana kesabaran itu akan membawa kebaikan dan pahala.
Selain daripada doa di atas terdapat lagi satu doa Nabi Daud a.s yang baik untuk kita amalkan:
“Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang mencintaiMU dan kecintaan pada amal yang menghantarku untuk meraih cintaiMU. Ya Allah, jadikanlah cintaMU sebagai sesuatu yang paling aku cintai daripada diriku, keluargaku dan air yang sejuk.” (Hadis riwayat Termizi).
Tetaplah berdoa dan berlindunga kepada Allah SWT dengan amalan-amalanya sambil tetap mamtuhi undang-undang
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan ringkas tidak semestinya membosankan. Pembayang mata yang bagus dan mudah untuk semua majlis meskipun di siang hari, keluar rumah, makan malam kasual atau temu janji malam. Sejujurnya, pasti ada segelintir hijabi tidak suka menghabiskan masa berjam-jam untuk mekap.
Disebabkan inilah, hijabista telah menemui banyak cara untuk mencipta penampilan pembayang mata ringkas yang sangat menawan. Sekali melirik pasti ada yang tertawan! Pastinya media sosial banyak idea, petua dan godam apabila berkaitan dengannya. Malah solekan penampilan ringkas selebriti juga menjadi dambaan dan inspirasi si hijabi. Ada yang gemar solekan mata neutral dan hangat, ada pula yang suka bermain dengan ton warna yang berani.
Mana-mana ton kulit dan warna mata untuk kesan semula jadi yang gerah, gunakan set berus yang tepat bagi menghasikan sapuan yang cantik dan sekata. Ada juga gemar menggunakan jari untuk penampilan pembayang mata yang sempurna. Kehangatan tangan boleh mencairkan dan meratakan produk dengan sempurna, dan menggabungkan pembayang mata dengan cepat, terutamanya jika anda menggunakan pembayang mata yang berkilau. Pastikan jari-jemari kekal bersih!
Jom lihat beberapa godam kecantikan dan produk yang mesti ada daripada kedua-duanya untuk mencipta rupa tersebut. Pasti anda terinspirasi!
Penampilan ini benar-benar muncul pada ton kulit yang lebih gelap kerana warnanya sangat mewah. Mulakan dengan asas nude pada kelopak mata kemudian menggunakan warna mocha ke dalam kawasan lipatan mata dan bahagian atasnya dengan gangsa berkilauan.
Penampilan mata smoky memang menjadi kegemaran ramai, namun untuk cipta pembayang gangsa dengan penutup berwarna champagne, memerlukan sedikit campuran, tetapi yang ini agak mudah dan hanya memerlukan palet nude dan rona berkilauan jika anda gemar.
Jika anda tidak suka berkilauan, pilih rona coklat neutral yang lebih ringkas. Ambil warna coklat pilihan anda dan letakkan di seluruh kelopak mata. Anda juga boleh menurunkannya ke garisan bulu mata bawah untuk sedikit *drama.* tambahan
Untuk siang atau malam yang anda ingin melembutkan sedikit solekan, cuba campurkan beberapa warna merah jambu dan magenta yang berbeza. Gabungan warna nude dan mawar di kelopak mata atas yang dipasangkan dengan warna merah jambu yang lebih terang sebagai serlahan. Ia adalah cara yang comel dan unik untuk menambahkan sedikit lagi pada rupa.
Penambahan cepat rona oren pada sudut dalam mata di sini ialah cara mudah untuk menambah pop warna.
Mencuba menambah rhinestones pada asas nude atau merah jambu muda. Mungkin akan solekan ini untuk majlis-majlis khas, tetapi ia mudah digunakan dan kelihatan sangat menakjubkan.
Penampilan Jessica Alba dengan pembayang mata berwarna kuning air mempunyai sedikit kemerahan padanya. Ia adalah rupa yang ringkas dan glamor yang sesuai untuk siang dan malam.
Terobsesi dengan menggabungkan rona oren, gangsa dan emas dalam pembayang mata, ia kelihatan menakjubkan tetapi sangat mudah untuk dibuat semula. Mulakan dengan asas coklat hangat, sedikit gelap di sudut luar mata dengan oren atau gangsa dan letakkan lorek emas di atas pelitup mata.
Petua pro untuk penampilan yang cepat dan neutral, penggunaan krim bonzer dengan warna neutral sudah melengkapkan tona kulit anda dengan baik, ia benar-benar berkesan. Jika anda menyukai eyeliner berwarna, garis halus di atas!
Adakah orang lain pernah menyukai pigmen MAC? Pada asasnya, saya taksub dengan mereka di sekolah menengah, dan rupa ini benar-benar mengingatkan saya tentang mereka dengan betapa berkilauannya. Menambah sedikit kilauan pada sudut dalam mengambil masa kurang daripada satu minit dan benar-benar melengkapkan penampilan.
Pada anda yang biasanya tidak suka celak bersayap biru, tetapi penampilan ini meyakinkan anda untuk memikirkan semula. Anda pasti menyukai tapak berwarna merah jambu neutral dan sudut luar sentuhan smokey, tetapi eyeliner bersayap hijau di atas bagaikan mimpi.
Anda tidak selalu memerlukan berbilang warna untuk mencipta rupa yang cantik. Kuning cahaya matahari yang berkilauan ini adalah bukti bahawa anda hanya perlukan satu warna.
Jika anda mempunyai dua saat pada waktu pagi, leret pada teduhan yang lutsinar dan bersusu untuk menambah hanya sentuhan kehangatan pada kelopak mata sebelum keluar dari rumah.
Bagaimana jika anda melangkau pembayang mata sama sekali dan sebaliknya memilih eyeliner bersayap putih? Nice!
Warna ungu lembut kelihatan sangat bagus pada semua warna kulit tetapi terutamanya melengkapi warna yang lebih cerah.
Pencarian pembayang mata ringkas untuk setiap ton kulit hanya menggunakan bronzer anda dan menyapunya ke seluruh kelopak mata. Ia pantas, memberi dimensi dan menyatukan solekan anda dengan cara yang semula jadi dan harmoni.
Anda benar-benar tidak boleh salah dengan rupa pembayang mata nude yang ringkas dengan pelapik bersayap. Ia klasik, cantik, dan, yang paling penting, mudah.
Dose of Colors Pallatte
Palet Pembayang Mata warna Matte, dengan campuran pic, sienna dan warna berkarat. Palet ini ialah dos rona yang sempurna.
Daripada mata gangsa smokey kepada kilauan halus musim panas, palet bersaiz perjalanan ini mudah mencipta solekan anda dari siang ke malam dan membolehkan anda melengkapkan penampilan keseluruhan semasa dalam perjalanan. Cantik pada semua warna kulit.
Pembayang mata yang kaya dan menghidratkan yang diilhamkan oleh bunga matahari mekar penuh. Formula penghidratan tambahan ini memberikan warna tahan lama dan cahaya dengan hanya satu sapuan. Setiap padat menampilkan warna dalam dua tekstur untuk mencipta rupa pelbagai rupa.
Diinspirasikan oleh rona kaya dan duo-chromaticshades Summerdreams, Nouveau Palette menawarkan 12 warna berpigmen bagi ciptaan matte dan metalik berbilang dimensi yang terasa sangat halus. Dengan formulasi berkrim yang mudah digunakan dengan hasil warna yang pekat, pemula. Neutral yang diimaginasikan semula ini, theNouveau Palette memperkenalkan ton zaitun yang unik digandingkan dengan warna-warna hangat semula jadi yang melampaui batas kepelbagaian.
Espressoh hi_liner
Terdapat dua jenis individu di dunia, mereka yang tidak boleh hidup tanpa celak dan mereka yang takut menggunakannya. Mudah disapu digabungkan dengan dakwat hitam yang sangat pekat dan kalis menjadikan celak ini berprestasi luar biasa. Diformulasikan untuk sangat tahan terhadap suhu dan air yang melampau namun mudah.
Cream Bronzer kekal benar pada warna dan menetapkan solekan dengan kemasan matte yang semula jadi. Ia mencengkam kulit dengan pegangan fleksibel. Selain itu, formula yang boleh dibina memudahkan penggunaannya yang lembut.
Formula kalis air dan kalis pudar dan tahan peluh, jangan risau ia kering cuma penutup kedap udaranya untuk memastikan formula berkrim segar. Hujungnya yang boleh diasah adalah sempurna untuk aplikasi yang tepat.
Set Berus Mata Penuh Koleksi Sephora termasuk 4 berus mata asas untuk penampilan solekan mata yang mudah. Kit berus penuh untuk mencipta solekan mata impian anda!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila dapat menyambut sambutan hari lahir bersama insan yang tersayang. Begitulah yang dirasakan oleh pelakon, pengacara serta usahawan berjaya yang baru sahaja bergelar ibu kepada cahaya mata sulungnya, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor teruja menyambut hari jadinya sebagai seorang ibu buat kali pertama.
Menerusi laman Instagramnya hari ini, Neelofa memuat naik sebuah gambar dengan penulisan yang begitu menyentuh hati. Pastinya, penulisan itu amat dekat dengan hati mereka yang bergelar ibu. Menurut Neelofa, sepatutnya, cahaya matanya, Muhammad Bilal lahir pada tarikh yang sama dengannya. Namun, perancangan Allah SWT itu jauh lebih baik.
Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia, tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik..
Tambah pengacara popular ini, kelahiran Muhammad Bilal merupakan hadiah teristimewa buat dirinya yang kini bergelar ibu. Pastinya Neelofa serta suami, Haris Ismail cukup teruja melayari bahtera kebahagiaan mereka bersama-sama si kecil.
hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu..semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan dengan Allah SWT. Harta dunia akhirat Abah & Ummi.
Dalam masa yang sama juga, Neelofa turut berkongsi video anaknya di laman Instagram miliknya. Alahai comelnya!
Gambar yang dimuatnaik oleh Neelofa itu mendapat perhatian rakan selebriti dan juga netizen yang tidak putus-putus mengucapkan selamat hari lahir kepadanya. Ramai juga yang teruja apabila ini adalah pertama kali Neelofa menyambut hari lahirnya sebagai seorang ibu!
Suaminya, Haris Ismail juga turut memuatnaik gambar mereka berdua menerusi laman Instagramnya, mengucapkan selamat hari lahir kepada isteri tercintanya.
Terima kasih teman pak ustaz jadi spideriz atas semuanya, Alhamdulillah
Neelofa dan Haris Ismail mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2020 dan dikurniakan anak sulung pada 29 Januari 2022 yang lalu, kira-kira pukul 3.44 petang di sebuah pusat perubatan
Team Hijabista mendoakan agar Neelofa diberikan kejayaan serta kebahagiaan dunia akhirat serta sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Selamat Hari Jadi Neelofa!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.