Hijabista ke jalanan untuk melihat trend dan gaya terkini hijabi stailo.
1. Selendang
Selendang sifon tetap menjadi pilihan utama hijabi moden kini. Gaya lilitan ‘side swipe’ lebih intriket penuh elegan.
2. Tas tangan ‘tote’
Rona neutral lebih mudah dipadankan dengan busana berwarna terang dan bercetak. Pilihan selamat dan pasti menjadi.
3. Sepatu sesuai
Bagi hijabi yang tinggi lampai, sepatu ‘oxford’ atau ‘mocassin’ merupakan pilihan ideal untuk dipadankan bersama ‘jumpsuit’. Bagi yang genit dan comel, berikan sedikit ketinggian pada stratur anda dengan mengenakan ‘booties’.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kerja Dari Rumah Tidak Perlu Berebut Komputer Dengan Anak, Peranti Ini Paling Sesuai Dan Selesa
Penggunaan tablet sudah semakin mendapat sambutan, bukan sahaja dikalangan anda yang berkerjaya malah di kalangan pelajar dan kanak-kanak. Peranti versatil ini boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti.
Antaranya ialah, melayari internet, menonton video, bermain game dan melakukan tugasan kuliah atau kerja sekolah. Tablet boleh dikatakan sebagai pengganti laptop yang semakin mendapat demand.
Sempena Perintah Mengurangkan Pergerakan ramai daripada rakyat Malaysia melakukan kerja dari rumah. Kelancaran dan gaya kerja sama sekali berubah tetapi dengan peranti ini masalah semua akan selesai. Malah arahan Perintah pergerakan di panjangkan sehingga 14 April tiada menjadi masalah untuk anda yang berkerja dari rumah.
Namun untuk menghasilkan kerja dari rumah yang effektif sepertimana yang kita lakukan di pejabat, ciri-ciri peranti bagaimana yang bermain di kotak fikiran anda.
Mengelak kelelahan mata
Memandang layar terlalu lama, akan membuat mata adnda lelah dan tidak bermaya. Skrin ini dapat mengurangkan cahaya biru untuk melindungi kesihatan mata anda disahkan oleh TÜV Rheinland6. Setiap butiran gelap atau terang kelihatan jelas dan jelas dengan warna gamis warna DCI-P3 dan kecerahan 540nit5.
Dengan nisbah skrin dan badan 90% 2 pada skrin dan kembali ke 4.9 mm3, HUAWEI FullView Display4 10.8 inci menawarkan pengalaman visual luar biasa, sama ada anda mencari inspirasi atau hanya menangkap beberapa kerja.
Menikmati suasana alam semulajadi ketika bekerja
Menangkap warna-warna yang indah dari alam semula jadi, peranti ini dilengkapi dengan empat pilihan. Mutiara Midnight Grey misterius dan Mutiara Putih murni disalut dengan gentian kaca yang hangat7, sehingga badan cahaya berkilau bersinar untuk melengkapi gaya anda. Dibalut dengan kulit vegan yang elegan8, Green Forest yang bermartabat menyampaikan gaya yang tenang, sementara Orange yang menyegarkan menambah lebih banyak punch untuk kehidupan harian anda.
Mengikut Gaya dan keselesaan bekerja
Reka bentuk yang mudah dan tidak membebankan pengguna tanpa mengorbankan ciri-ciri unik peranti ringan 460g direka bentuk untuk menjadi mudah alih dan tahan lama. Hampir seperti sekeping kertas, reka bentuk antena yang tidak kelihatan menyumbang rupa yang nipis dan solid. Sementara rangka kurva mikro halus secara ergonomik sesuai dengan tangan anda hijabi. Bergerak mengikut gaya dan keselesaan anda. Boleh buat kerja sambil berbaring dan menikmati pembacaan e-book.
Kerjasama Multi-Screen tidak perlu dua peranti
Elak kepayahan untuk melihat handphone ketika bekerja, dengan peranti ini mengabungkan dua peranti dalam ‘SATU’ screen. Skrin telefon anda dijangka pada tablet yang membolehkan anda beroperasi pada skrin yang lebih besar dengan kebebasan yang lebih besar.
Membuat panggilan, menghantar mesej dan semak foto dari telefon pada skrin tablet. Anda juga boleh menyeret dan menggugurkan fail antara kedua-dua peranti dan mengeditnya semasa sedang melakukan ‘presentation alam maya’, hanya menggunakan papan kekunci yang sama. Kerjasama silang-peranti ini menjadikan kehidupan lebih mudah bukan!
Urusan dokumen lebih jelas dengan tablet skrin besar
Terima kasih kepada chipset utama Kirin 990, menyajikan prestasi yang bertambah baik dan meningkatkan kecekapan tenaga. Ia berfungsi dengan lebih bijak dengan seni bina maju HUAWEI NPU yang bijak memperuntukkan kuasa pengkomputeran sambil meningkatkan prestasi AI10 urusan visual yang lebih baik dan urusan dokumen lebih jelas dengan tablet skrin besar.
Penaipan yang selesa dan tidak menggangu si kecil
Pasang papan kekunci magnet pintar20, tanpa menggangu anak anda yang sedang tidur dengan perjalanan keystroke 1.3 mm, yang merasakan seperti papan kekunci komputer riba sebenar. Dengan sudut pendirian dua, anda boleh menyesuaikannya untuk pencahayaan dan persekitaran yang berlainan. Bolehlah buat kerja sambil menikmati pemandangan di taman rumah.
Apakah fungsi ekstra peranti ini berbanding laptop?
Untuk menjadikan lebih menarik lagi, tablet juga boleh dipasang dengan tetikus bertujuan untuk permainan video atau dipasang dengan keyboard bertujuan untuk pengarangan yang lebih pantas. Sebahagian tablet mempunyai pen bertujuan untuk menulis ala di atas buku atau melukis. Bersaiz kompak berbanding laptop, tablet ini boleh dibawa kemana sahaja tanpa memerlukan beg yang berasingan.
Bercirikan skrin sentuh, anda boleh lakukan tugasan seperti graphic designing, presentation dan melukis dengan mudah dengan HUAWEI M-pencil. Ia menulis secara semula jadi seperti pensil di atas kertas, tetapi lebih baik dengan strok dan ciri serba boleh. Boleh pinjamkan peranti ini kepada en suami ketika membeli ‘stock –up’ barangan dapur.
Jadi apa lagi? Bekerja dari rumah tiada masalah, janji peranti hebat HUAWEI MatePad Pro memenuhi citarasa anda. Tinggalkan Laptop anda sebaliknya tukar ke Mod PC dengan hanya satu sentuhan21. Desktop yang fleksibel membolehkan pelbagai aplikasi untuk anda mengezum, seret dan susun agar sesuai dengan tabiat kerja anda.
Mudah bukan! Oh ya tidak pelu kalu bateri kong, padankan sahaja di belakang telefon anda, secara automatik peranti anda sudah boleh dicaj.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Comel Sangat Siti Aafiyah Berhijab, Macam Tok Ti”- Netizen Suka Lihat Keletahnya Yang Santun Bertudung
Tidak dinafikan sejak mengambil keputusan berhijab beberapa tahun lalu, penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza cukup cantik dan santun menggayakan tudung. Malah dirinya jadi inspirasi buat wanita di luar sana untuk cuba-cuba berhijab dan kekal istiqamah.
Dan setelah menimang cahayamata perempuan tahun lalu, anaknya Siti Aafiyah juga tidak dilepaskan peluang turut dipakaikan hijab walaupun secara suka-suka.
Dalam posting terbaru, Siti muat turun foto anaknya Siti Aafiyah yang sangat comel mengenakan tudung.
Anak kecil ini yang baru sembuh dari demam dan baru mendapat ‘kaki’ begitu laju berjalan ke sana ke mari dengan menggayakan tudung terletak cantik di kepalanya.
Netizen cukup terhibur melihat telatah Siti Aafiyah yang baru mendapat ‘kaki’ ini. Bukan itu sahaja mereka turut teruja melihat penampilan Siti Aafiyah yang comel berhijab dan iras ibunya.
natashaisaaq makin da besar, aafiyah anak ibu macam muka ibu dia dah
ashasha87 Last tu muka tokti sgtttt
rositaizazi62 Betul2 klon ct ni…
mizzuera Muka @ctdk sangat laaa
mairosli668 Comel…sebijik mcam ibunya..
nurimankalimahcinta Comey cam ibu nya
Tetapi ada juga yang mengatakan muka Siti Aafiyah iras bapanya Datuk Khalid Mohd Jiwa dalam versi perempuan.
sitinorfazidah Ishh suka la tgk afiyyah ni comel sungguh… muka dato k sangat tapi versi pompuan.
Ada juga mendoakan Siti Aafiyah menjadi anak yang solehah apabila dewasa nanti.
n_wanie93 comelnya dia? Nanti dh besar jd anak yg solehah ye Aafiyah
nurul_akmar Alhamdulillah.. Moga aafiyah anak ibu terus sihat dan baik2 aja.. Aamiin.
aziahhussain_ Semoga menjadi ank solehah hafaz al quran
lariswainscoting Comel nyer dia… semoga diberkati dunia akhirat… amin
Suka tengok Siti Aafiyah berjalan
iam_puanaishah Tgh seronok dpt kaki tu..berjalan aje ya affiiyah
rusmawati.mdsalleh Ya lah, budak comel baru dapat kaki kan..
Sebelum ini sebelum Syawal lalu penyanyi kesayangan ramai ini juga ada membawa Siti Aafiyah mengerjakan ubadah umrah di tanah suci Mekah dan Siti Aafiyah juga dipakaikan hijab oleh Siti.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CTDK
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pengacara Popular Dayah Bakar Pilih Keberkatan Hari Jumaat & Busana Putih Sempena Majlis Pernikahannya. Tahniah!
Pengacara popular yang terkenal dengan kepetahannya bercakap akhirnya selamat sudah menjadi isteri kepada pasangannya, Kapten Muhammad Hanif Hamidi 9.38 pagi ini di kediamannya di Ampang, Kuala Lumpur. Hanya sekali lafaz, pasangan yang bertunang hujung tahun lalu selamat diijab kabulkan sebagai pasangan suami isteri. Dayah dan pasangannya yang memilih hari Jumaat tampil sedondon mengenakan busana putih sempena majlis pernikahan yang cukup sederhana tetapi meriah di kelilingi teman-teman rapat.
A post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on
Antara teman selebriti yang turut hadir menyaksikan majlis pernikahan Dayah Bakar yang menggunakan hashtag #dayah ini adalah Elfira Loy, Heliza Helmi dan beberapa orang lagi rakan pengacara ini.
Dayah atau nama penuhnya Nur Hidayah Datuk Abu Bakar kelihatannya cukup anggun menyarung dress kahwin rekaan dari Azura Couture. Pasangannya juga turut menyarung persalinan lengkap baju Melayu dari pereka yang sama.
Artikel Berkaitan: Cara Diet Dayah Bakar Menjelang Hari Bahagia
Beberapa hari sebelum majlis ijab kabul ini, Dayah telah mencipta sebuah lagu khas buat suaminya berjudul Imamku.
Lagu yang dimuatkan di laman youtube turut menarik perhatian follower hingga mencecah 40 ribu view dalam masa tiga hari.
A post shared by #IMAMKU (New Single) (@dayahbakar) on
Menyorot kisah percintaan pasangan ini sebenarnya cukup unik. Keduanya juga adalah merupakan rakan sekolah daripada tingkatan satu hinggalah ke tingkatan tiga. Malah pernah tinggal di taman yang sama dan merupakan kawan ketika kecil.
Menurut Dayah, ketika kecil-kecil dulu dia memang tahu suaminya itu suka padanya. Tetapi ketika itu Dayah tidak rasa apa-apa kerana menganggap ia perkara lucu.
Dan selepas tidak bersekolah sama, keduanya membawa haluan masing-masing. Tetapi masih ambil tahu diri masing-masing kerana adanya media sosial.
Menurut Dayah memang mereka ada berkawan tetapi tidak pernah terfikir lebih dari itu. Namun benar kata orang urusan jodoh itu terletak di tangan Allah.
Suaminya itu kemudiannya mengajak Dayah berjumpa hujung tahun lalu sebagai kawan. Namun akhirnya Dayah akur Kapten Hanif memang sudah ditakdirkan untuk menjadi Imamnya. Seorang lelaki yang bukan sahaja menjadi Imam tetapi memberi bimbingan di dunia dan akhirat dalam meniti ranjau perkahwinan.
Majlis resepsi pihak perempuan bakal diadakan di Cornerstone (IPC) Wisma Selangor Dredging pada Ahad ini, manakala majlis resepsi pihak lelaki akan berlangsung pada 7 Julai ini di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru dan semoga hubungan baru dibina ini kekal hingga ke jannah.
KOMEN NETIZEN PADA #OOTD DAYAH BAKAR
#1. @syazanakamri lawanyaaaa
#2. @shaqeylla Cantik sgt laaa
#3. riena_oh_riena Lawanya dayah… Semoge smpi syurga, insha Allah
#4. @shazshazween Tahniah. Cantiknya baju!
#5. @inafanie Cantiknya @dayahbakar …. Makin berseri2….
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DAYAH BAKAR
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI