Sebelum itu personaliti ini tidak kisah dengan saiz bentuk badannya yang agak berisi. Namun dek kerana tuntutan tugasan menyebabkan Dayah Bakar berusaha untuk menurunkan berat badan kepada saiz ideal. Tidak menggunakan cara ekstrem tetapi lebih senang memilih cara yang lebih rileks dan tidak menyakitkan. Kalau dulu beratnya lebih 70 kilogram dan kini hanyalah sekitar  60 kilogram.

Menurut Dayah Bakar selama ini dia cuba menggunakan diet ekstrim untuk menurunkan berat badan tidak berjaya. Tetapi lebih kepada penggunaan mental positif.

A post shared by Dayah Bakar (@dayahbakar) on

“Dayah pernah cuba diet ekstrem tetapi tidak berjaya. Sebaliknya tukar kepada cara mental positif barulah ada kesannya. Bila fikir positif, kita tidak rasa pressure dan stress untuk kurus. Dayah guna naturally dengan makan nasi macam biasa.

“Dulu pernah Dayah stop makan nasi, tetapi tak menjadi. Dayah gemuk balik. Cuma Dayah cuba kurangkan kuantiti nasi. Daripada penuh jadi half. Dari half pula jadi suku. Dayah juga kurangkan pengambilan air manis. Hanya ambil sekali sahaja berbanding dulu siang, petang  malam,” ujar Dayah berkongsi tip menurunkan berat badan secara natural.

A post shared by Dayah Bakar (@dayahbakar) on

Selain itu menurut Dayah dia juga turut mengamalkan exercise dan ia memberi semangat untuk menurunkan berat badan.

IKLAN

“Apabila makan sudah berkurangan, kerap exercise menyebabkan kalori terbakar. Dayah juga ada join kelas piloxing yang diajar oleh guru berpengalaman. Kelas ini sebenarnya campuran pilates dan boxing dan selama satu jam memang Dayah rasa nak menangis.

“Dayah akan berpeluh. Memang hasilnya tak sama kalau kita jogging selama dua jam. Cara ini memang boleh bakar lemak secara cepat. Dayah lakukan seminggu sekali dan hasilnya memang sangat berkesan,” ujarnya lagi.

A post shared by Dayah Bakar (@dayahbakar) on

Sebelum ini Dayah mengakui memang ramai yang berkata tentang saiz badannya yang agak berisi. Dia memang marah tetapi tidak berbuat apa-apa untuk mengatasinya.

“Sampailah satu hari Dayah ada meeting dengan pihak produksi yang memberitahu ingin sunting Dayah untuk beberapa program. Dayah melihat ia sebagai satu perkara yang positif.

IKLAN

“Mereka terima Dayah seadanya kerana bakat yang ada pada Dayah. Jadi Dayah fikir apa yang Dayah boleh bagi pada mereka ini. Dayah perlu beri yang terbaik kerana mereka telah beri peluang untuk Dayah,” tambahnya yang mula menjaga kesihatan dan berdisplin untuk tuntutan tanggungjawab yang diberikan.

A post shared by Dayah Bakar (@dayahbakar) on

Menurutnya lagi dia tidak perasa sebenarnya penurunan berat badannya sampailah ada orang perasan dan tegur perubahan fizikalnya.

“Hampir dua bulan melakukan semua itu dan perubahan drastik memang ketara pada diri Dayah. Bagi Dayah macam tetap rasa badan masih besar lagi, tetapi ramai yang kata perubahan diri Dayah.

IKLAN

“Prosesnya memang agak lama. Tetapi dayah puas hati kerana mengamalkan cara ini. Kalau orang lain gunakan cara eat clean, tetapi Dayah memang akan makan nasi setiap hari. Tak makan nasi sehari memang tak boleh.

Artikel Berkaitan: Kisah Abam Bocey Hilangkan 15 KG Dalam Tempoh 3 Bulan

“Dayah lebih gunakan pendekatan diet cara Islam, iaitu lebih bersederhana. Dari segi makan dan juga exercise. Tidaklah hanya kena makan sayur semata-mata, tetapi macam Dayah katakana tadi, portion kena jaga,” katanya yang belum puas dengan berat sekarang, tetapi Dayah tidak mahu bersifat psiko.

A post shared by Dayah Bakar (@dayahbakar) on

Dia yang akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi mahu menjadi pengantin yang ‘happy’ Dayah tidak mahu terlalu memikirkan soal saiz badan kerana apa yang penting melalui hari bahagia dengan penuh gembira.

KREDIT FOTO: DAYAH BAKAR

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI