Usahawan dan pempengaruh popular, Cik Epal sememangnya sentiasa mencuri perhatian ramai netizen kerana sering berkongsi aktiviti hariannya yang menarik di media sosial.
Baru-baru ini, netizen sekali lagi terpesona dengan perkongsian Cik Epal apabila dia memuat naik foto dan video percutian mewahnya di Santorini, Greece. Wah, syoknya!
Tak jemu menjawab soalan daripada netizen, Cik Epal juga tak lokek berkongsi kos percutiannya itu termasuklah penginapan dan pengangkutan bagi menjawab persoalan daripada netizen terutamanya para pengikut akaun media sosialnya.
Menerangkan secara terperinci, Cik Epal juga menjelaskan bahawa percutian ke Santorini ini memang menjadi impiannya sejak sekian lama. Bucket list tercapai!
TOTAL COST CIK EPAL BERCUTI
IKLAN
-Tiket flight business class RM40k. Belum campur lagi tiket domestic flight ke Santorini dan Athens. Tiket kena beli baru sebab tiket awal pergi Santorini dah burn sebab Santorini tak terima passport dari Malaysia(ni aku dah cerita before ni). So 2 kali lah beli tiket domestic ni. Kos tiket domestic jadi double. Kos hotel 3 hari awal ke Santorini pon burn.
-Sekali makan RM500 dalam tangan.Sehari makan 2 kali. Boleh kata untuk makan saja habis RM1000 sehari lebih kurang.
-Beli luggage (tak plan) untuk shopping baju winter coat ke Italy yang tak plan juga. Ni makan ribu riban juga lah😂
-Hotel selalu bertukar sebab nak rasa view dan bilik lain2. Hotel paling mahal masa dekat Santorini RM3500 per night.
Travel selama 22 hari.Total cost termasuk tiket flight business class,makan, shopping baju dan luggage, private yacht, hotel di Milan-Santorini-Athens, naik cab, transport ke airport, PCR test untuk satu family,aktiviti2 masa travel and etc: TOTAL COST RM150k.
IKLAN
Kalau naik economy, duduk hotel bawah RM1000,makanan bawak dari Malaysia,pergi dalam seminggu. Boleh je dapat kos harga travel ke Santorini bawah RM10k seorang kot.
Berbaloi ke pergi Santorini kos sampai RM150k? Untuk aku, aku rasa berbaloi je sebab memang aku nak percutian yang santai. Dekat Santorini,view memang cantik. Orang nya pon ramah dan baik.Santorini memang salah satu tempat yang aku nak sangat pergi.So bucket list tercapai!🤩
Sekian terima kasut👠. Saya Epaliah Singh Walia melaporkan. Kita kembali ke sri pentas.
Yang benar, Cik Epal 🍎, founder @makajihq yang gonjeng 😁
Seronok betul lihat koleksi foto-foto percutian Cik Epal bersama suami, Jofliam serta anak-anak tersayang iaitu Han dan Yuki di sana. Rasa macam kita turut ikut sekali sertai percutian mereka bila lihat perkongsian Cik Epal. Mudah-mudahan ada rezeki kita pula untuk melancong ke sana juga nanti!
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jika anda mengikuti perkembangan anak kesayangan Dato Sri Siti Nurhaliza iaitu Siti Aafiyah, anda pastinya familiar dengan pengasuh Aafiyah yang mesra dipanggil ‘Kakak’.
Cantik manis orangnya, ‘Kakak’ ataupun nama sebenarnya Dayah Zubit,24, sering berkongsikan aktiviti harian Aafiyah di laman Instagram sewaktu mengasuhnya. Pelbagai aktiviti menyeronokkan dilakukan bersama hingga Aafiyah rasa sunyi jika dia tiada bersama.
Dipetik daripada portal InTrend, ini merupakan 10 fakta menarik mengenai Dayah dan pengalamannya sewaktu diterima menjadi pengasuh Aafiyah.
1.Dayah berusia 24 tahun dan merupakan gadis utara yang berasal dari Padang Serai, Kedah.
Dia mempunyai diploma dalam bidang kejururawatan. Dayah mencuba nasib menjadi pengasuh selepas mendapat tahu mengenai Dato Sri Siti waktu itu sedang mencari jururawat peribadi. Namun pada ketika itu dia tidak mengetahui tugasannya adalah untuk menjaga Aafiyah.
Seterusnya, Dayah menghubungi pengurus Dato Sri Siti, Kak Rozi dan Kak Rozi menyuruh Dayah datang terus ke rumah Mak Iti (panggilan mesra untuk Dato Sri Siti) bagi sesi temuduga.
Gementar! Itu perasaan yang digambarkan Dayah sebaik tiba di rumah Mak Iti. Dayah kemudiannya ditemuduga oleh Mak Iti dan Datuk K.
5.“Dayah diberi pilihan sama ada mahu duduk sekali atau balik hari tapi kalau ikut daripada butir bicara Mak Iti, dia lebih mahukan Dayah tinggal bersama kerana Dayah perlu sentiada ada bersama Aafiyah walau ke mana Aafiyah pergi. Jadi, Dayah pun fahamlah,” jelasnya.
Bermulalah tugas baharu Dayah sebagai pengasuh kepada Aafiyah pada tanggal 21 Mei 2018.
“Tidak dinafikan, perasaan berampur-baur. Bukan apa, risaulahkan ini bukan tugasan mudah, kita diamanahkan menjaga anak orang, apatah lagi anak kepada orang terkenal. Risau kalau apa yang akan kita beri tidak menepati ‘standard’ yang dimahukan. Namun, perlahan-lahan, Dayah cuba membiasakan diri dengan tugasan baru itu dan semua orang di rumah itu memberi kerjasama yang baik dan memudahkan urusan Dayah,” katanya.
8.Pada awalnya dia berasa kekok namun dia bersyukur kerana diberikan majikan yang baik seperti Mak Iti dan Datuk K. Jelas Dayah, Mak Iti memainkan peranan penting dalam memastikan dirinya sentiasa berasa selesa umpama keluarga sendiri dan tidak terasing.
9.Menurut Dayah, Mak Iti merupakan seorang ibu yang lembut, sama sahaja seperti mana yang kita lihat di Instagram, begitulah cara dia melayani Aafiyah.
10.Dayah menerima tawaran dari KKM untuk jawatan tetap di Hospital Pulau Pinang namun hatinya berbelah bahagi dan akhirnya menolak tawaran tersebut kerana sayangnya terhadap Aafiyah.
Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, 33 berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.
Zalina Shaharah, 58 dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
“Pada 29 Nov 2021, pengadu dan pak ciknya sampai di rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya berada di rumah,” katanya.
Katanya pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun namun mangsa tiada di rumah.
“Turut ditemui beg duit milik ibu pengadu mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, wang tunai RM600 serta kunci kereta,” katanya.
Beliau berkata segala usaha mencari telah dilakukan namun gagal menemui wanita itu.
Katanya polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sm, berat 60kg, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.
Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.
Senator Ras Adiba Radzi dan Datuk Aznil Haji Nawawi turut berkongsi tentang kehilangan bekas pembaca berita itu di laman Instagram masing-masing.
Pada waktu ini, isu yang sedang tular di negara kita ialah mengenai seorang lelaki yang berusia 41 tahun yang sudah beristeri dua bernikah dengan seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun. Apa yang lebih mengejutkan, perkahwinan itu berlaku tanpa sebarang paksaan dan bernikah dengan kerelaan hati pasangan itu sendiri atas dasar cinta.
Ramai yang menyuarakan bantahan mengenai perkara ini dan masyarakat menganggap lelaki tersebut mengahwininya kerana nafsu semata walaupun dia mendakwa bernikahnya dengan isteri ketiganya itu kerana ingin membantu kehidupannya yang daif itu. Pelakon popular, Sherry Ibrahim juga tidak ketinggalan turut menunjukkan rasa kesal dan marahnya terhadap perkara ini.
Menurutnya, banyak lagi cara untuk membantu budak itu dan bernikah bukanlah solusinya.
Sherry menganggap semua yang terjadi ini sangat tidak betul dan lelaki tersebut telah melampaui batas. Baginya, lelaki itu hanya menggunakan agama sebagai alasan atau ‘tiket’ untuk bernikah dengan seorang budak perempuan yang baru berusia 11 tahun.
Sementara itu, netizen dan para pengikut akaun instagram Sherry, @sherryibrahim turut menyokong pandangan dan luahan hatinya mengenai isu hangat ini.
Sememangnya rakyat Malaysia sangat terkesan dengan isu ini. Diharap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik demi mengelakkan kekeliruan masyarakat dan pandangan sinis terhadap agama Islam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pasti anda masih ingat pelantun suara lagu 'Dan Sebenarnya', Yunalis Mat Zara’ai atau sering disapa sebagai Yuna yang kini sudahpun berjaya melebarkan sayapnya di peringkat Antarabangsa.