Mencuci pakaian pasti menjadi kebiasaan kaum wanita mahupun lelaki, apatah lagi dengan adanya teknologi terkini. Basuh sahaja di rumah atau dobi layan diri. Mudah bukan!

Kebiasaan apa yang sering dilakukan anda ketika mencuci, pasti menggunakan sabun yang boleh menghilangkan kotoran. Kebanyakan kita akan meletak sabun pencuci dalam jumlah yang banyak ketika membasuh pakaian dengan harapan akan memberi kesan bau lebih wangi dan bersih. Benarkan?

Patutlah sabun habis namun pakaian tidak bersih juga, siapa sangka cara ini rupanya salah. Pasti ramai yang tidak tahu mengenai perihal ini. Melalui perkongsian video ini menerusi tiktok, @norafs.co seorang pekerja dobi memberi tip membasuh menggunakan mesin basuh.

IKLAN

Apa yang dimaklumkan hijabi ini, bahawa jika sabun yang diletakkan terlampau banyak buih-buih itu akan memerangkap segala kotoran yang ada pada baju kotor tersebut. Baju kotor balik bila letak sabun banyak. Nak ke? Guna 1 penutup pun dah cukup. Nak baju wangi gunalah pewangi baju bukan sabun basuh baju.

IKLAN
@norafs.coBaju kotor balik bila letak sabun banyak. Nak ke? Guna 1 penutup pun dah cukup. Nak baju wangi gunalah pewangi baju bukan sabun basuh baju 🌹♬ original sound – norafs.co

Menarikknya lagi hasil dari buih sabun yang banyak juga akan merosakkan mesin. Haish! Beli sabun tak la mahal, kos baiki mesin basuh nanti lebih mahal. Kongsi pekerja dobi ini lagi.

@norafs.coBukan baju je boleh jadi kotor balik. Mesin pun boleh rosak tau dek penangan buih banyak ni. Haa nak baju wangi? Gunalah Effary 🌹♬ original sound – norafs.co

IKLAN

Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI