Anak bekas pengacara popular MeleTOP, Bilal membuatkan netizen geram tak keruan, apabila melihat gambar bersama ibunya yang dimuatnaik oleh Neelofa di Instagram baru-baru ini.
Dalam, hantaran sama Neelofa juga berkongsikan ganbarnya ketika masih kecil dan bersetuju bahawa dia dan Bilal saling tak tumpah, dan mempunyai raut wajah serupa sewaktu masih kecil.
“Ummi’s mini-me 🙃.”- Tulis Neelofa di ruangan kapsyen Instagram miliknya.
Sehubungan itu, hantaran tersebut telah dihujani dengan pelbagai komen dari para peminat dan rakan selebriti seperti Fouziah Gous, Mira Filzah, Yaya Zahir, Nabila Razali, dan ramai lagi yang bersetuju dengan kapsyen yang ditulis Neelofa.
Untuk Rekod, pada 27 Mac 2021, Neelofa telah mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pikihan hatinya, pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.
Ads
Pasangan merpati dua sejoli itu, kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 sebagai penyeri hidup dan pengikat kasih sayang antara Neelofa dan Haris Ismail.
Bulu mata mempunyai kemampuan mengagumkan untuk mengubah wajah anda. Ada kemungkinan anda tidak menggunakan maskara yang tepat untuk anda.
Sama seperti rambut di kepala anda, bulu mata berbeza dari segi ukuran, bentuk, dan panjangnya dan setiap orang mempunyai jenis bulu mata tertentu. Bulu mata setiap orang berbeza dari segi tekstur dari halus hingga sederhana dan kasar begitu juga kelengkungan lurus mahupun kerinting.
Walaupun ada beberapa maskara yang sesuai untuk semua orang, mengetahui jenis bulu mata anda boleh menjadi faktor penting dalam mencari padanan maskara yang sempurna. Panduan ini akan membantu anda menentukan jenis bulu mata dengan cadangan maskara yang disesuaikan untuk setiap jenis bulu mata.
Hijabi yang memiliki bulu mata jenis ini, memiliki ciri khas panjang dan cenderung lurus ke arah bawah. Anda perlu juga memilih maskara yang mampu ‘mengangkat’ sekaligus melentikkan setiap helai bulu mata. Maskara yang perlu dipilih, iaitu bentuknya yang tidak lurus tetapi sedikit melengkung. Dengan sikat seperti ini, tentunya dapat membantu serta melentikkan, volumizing dan waterproof supaya bertahan lebih lama.
Anda yang mempunyai bulu mata yang tumbuh dengan panjang yang tak sama dan renggang? Aplikasi saja dengan maskara yang memiliki formula volumizing yang ‘merapatkan’ sela bulu mata. Namun sebelum menggunakan maskara yang bagus, Anda perlu menggunakan primer khusus bulu mata yang akan membantu memberi efek tebal dan menutrisi setiap helainya.
Untuk bentuk bulu mata seperti ini, anda perlu memilih maskara yang bagus dan memiliki sikat kecil dan rapat untuk menyisir helaian bulu mata satu persatu sekaligus mengangkatnya agar lebih lentik.
Bila bulu mata anda tipis dan panjang? Sebaiknya memilih maskara yang melentikkan dan memberikan volume. Ketika menggunakannya, sebaiknya anda ulangi beberapa kali untuk memberikan kesan tebal.
Jika anda memiliki bulu mata yang tipis dan pendek, sebaiknya memilih maskara yang memberikan efek memanjangkan dan memberikan volume dengan bentuk berus sedikit melengkung agar mempermudah jangkauan lapisan maskara dengan satu kali sapuan saja.
Tidak seperti pemilik bulu mata yang lain, pemilik bulu mata yang tebal dan panjang dapat memakai jenis maskara apa pun. Yang perlu diperhatikan dalam memilih maskara yang memiliki kemampuan memberikan volume, sebaiknya cukup oleskan sekali agar menghindari terlihat berat dan penggumpalan.
Hijabis yang memiliki bulu mata tebal dan pendek, sebaiknya gunakan maskara yang bagus dan dapat melentikkan (curl up) dan memanjangkan (lengthen). Jangan memilih maskara yang memberikan volume. Hal ini kerana dapat membuat mata kelihatan berat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Industri hiburan dilihat sebagai sebuah dunia yang penuh warna-warni, glamor dan bergemerlapan. Namun, ianya tidak seindah yang disangkakan. Masih ada bintik hitam yang menyulami dunia hiburan ini dan ada kalanya membawa seseorang artis itu ke lembah yang negatif.
Berbicara soal industri hiburan, pastinya ia tidak lari dari definisi kecantikan dan kesempurnaan dalam setiap aspek. Termasuklah, bentuk wajah, warna kulit, ketinggian serta saiz badan. Menyentuh perihal saiz badan, ia merupakan sebuah topik sensitif dan mungkin menyentuh perasaan mana-mana pihak. Hakikatnya, realiti hari ini, walaupun dunia semakin maju berkembang, isu saiz badan masih lagi berlegar dalam perbualan netizen di alam maya.
Untuk mengupas lebih lanjut mengenai isu ini, dalam segmen Apa Kata Hijabista, kami menemu bual secara eksklusif pengacara, penyampai radio serta pelakon yang semakin digemari ramai, Sarancak atau nama sebenar Sara Zulkifli berkaitan isu saiz badan.
Biarpun memiliki saiz badan yang besar, Sarancak tidak melihatnya sebagai sebuah batu penghalang bagi dirinya untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan.
Tambahnya lagi, isu sebegini pastinya akan wujud dan setiap mata yang melihat, pasti akan mengeluarkan bibit bicara mengenai tubuh badannya itu. Apa yang penting, dia yakin dan sayangi dirinya sendiri.
“Tiada sesiapa pun yang dilahirkan sempurna. Kesempurnaan itu dapat dikecapi dari diri kita sendiri. Oleh tu, sayangi diri anda terlebih dahulu.
Tampil yakin setiap masa antara salah satu cara terbaik untuk kita tampil sempurna. Usah hiraukan apa yang orang lain katakan, kerana apabila kita mengutamakan diri kita terlebih dahulu, pasti kita tidak akan rungsing memikirkan tentang pandangan orang lain,” ujarnya.
Tiada sesiapa pun yang dilahirkan sempurna. Kesempurnaan itu dapat dikecapi dari diri kita sendiri. Oleh tu, sayangi diri anda terlebih dahulu
PENGALAMAN
Menyentuh soal pengalaman yang pernah dialaminya sepanjang menapak dalam industri hiburan ini, Sarancak berkongsi tentang satu pengalaman mengenai dirinya ditolak dan tidak diterima di sebuah stesen televisyen pada ketika dahulu.
“Sudah pasti saya perna mengalami pengalaman mengenai saiz badan saya. Ada satu ketikanya, saya tidak diterima oleh sebuah stesen televisyen kerana saiz badan saya yang besar. Pada mulanya, saya mempersoalkan tentang hal itu.
Namun, dengan semangat dan rasa keyakinan pada diri sendiri, saya percaya bahawa rezeki itu ada di mana-mana sahaja. Saya juga meletakkan kepercayaan bahawa bakat yang saya miliki lebih besar dari tubuh badan saya,” tegasnya mengulas lanjut.
Sebagai manusia, perubahan itu pasti menjadi sebuah tuntutan dalam kehidupan kita untuk menjadi versi yang lebih baik dari semalam. Bagi Sarancak, biarpun dia kelihatan selesa dengan saiz badannya, namun jauh di sudut hatinya, dia mula menanam semangat untuk menurunkan berat badan.
“Saya seorang yang tidak sukakan makanan mahupun minuman yang manis terutamanya minuman bergas. Saya lebih suka minum air kosong kerana kita semua tahu tentang kebaikannya.
Jujurnya, saya memang mengimpikan untuk memiliki berat badan yang ideal dan seimbang mengikut kiraan BMI. Namun, ia adalah sebuah proses. Saya percaya dengan adanya usaha dari diri sendiri, pasti saya akan memiliki berat badan yang diimpikan.”
Tambah Sarancak, berat badannya juga semakin meningkat selepas melahirkan cahaya matanya. Oleh disebabkan itu, dia sedang dalam rangka pelan untuk menurunkan berat badannya itu.
Usah puaskan hati orang lain, tetapi puaskan hati sendiri dahulu. Sayangi dan utamakan diri anda, itu lebih baik
NASIHAT
Sebelum mengakhiri sesi temu bual ini, Sarancak sempat berkongsi nasihat kepada mereka terutamanya yang tidak yakin dengan diri sendiri dek kerana saiz badan mereka.
“Walau apa sekalipun saiz badan anda, sama ada besar ataupun kecil, rendah atau tinggi, pasti akan ada mulut yang bercakap, memberi komen mahupun kecaman. Usah puaskan hati orang lain, tetapi puaskan hati sendiri dahulu. Sayangi dan utamakan diri anda, itu lebih baik,” kongsi Sarancak.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak lama lagi pasangan Fizo Omar dan Mawar akan menerima kehadiran cahaya mata sulung dalam hidup mereka. Pasti peminat keduanya tidak sabar untuk menantikan kehadiran si kecil ini. Apatah lagi teman artis lain telah selamat menimang anak pertama mereka. Dalam satu posting dimuat turut, Fizo dan Mawar mendedahkan bakal menimang cahaya mata perempuan. Ramai netizen mengucapkan tahniah setelah mengetahui jantina bayi dikandung Mawar.
@itsmeika_js Wahhh baby girl..mest cute ni..semoga selamat semua nya.
Mawar kini berada pada trimester terakhir kehamilan dan seperti pasangan lain, mereka juga tidak terkecuali membuat rutin check-up di hospital. Seperti yang kita maklum, pasangan ini memang membuat rawatan dengan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Dr Hamid Arshat.
Dalam setiap pertemuan pasti akan diselitkan beberapa tip dan panduan berguna kepada yang pertama kali bergelar ibu dan bapa. Pasangan ini juga tidak terkecuali menerima nasihat berguna daripada pakar sakit puan tersohor ini.
Dalam rutin check-up mereka, Fizo dan Mawar mengucapkan terima kasih kepada Doktor Hamid atas segala perkongsian tip berguna yang diberikan kepada mereka. Malah keterujaan bergelar ibu menyebabkan Mawar turut berkongsi tip yang disampaikan oleh doktor berkenaan di laman Instagramnya yang boleh dijadikan panduan buat mereka di luar sana.
Mawar memberitahu setiap bakal ibu perlu mendidik anak sejak dalam kandungan lagi. Bakal ibu perlu bercakap dengan bayi mereka apa yang kita buat. Misalnya kalau bangun atau mahu tidur, beritahu pada bayi semoga menjadi anak yang soleh/solehah dan mendengar kata ibu bapa.
Ini kerana menurut Mawar, setiap percakapan itu akan direct pada pendengaran bayi yang di kandung. Oleh sebab itu jika bakal ibu itu mengalami stress, bayi juga akan turut terkena tempiasnya.
Juga Mawar mengingatkan agar bakal itu menjaga percakapan mereka dan anggap bayi itu sudah ada depan mata (walaupun masih dalam kandungan). Dan jangan lupa untuk bercerita setiap perjalanan yang dilalui agar bayi itu tahu bagaimana keadaan sebenar ibunya.
Perkongsian Mawar ini juga turut mendapat respon positif dari followernya. Ada yang turut berkongsi pengalaman mendidik bayi melalui tip yang diberikan oleh Doktor Hamid.
@ffaizura76Alhamdulillah..masih sihat lg Prof..sy juga pernah alami mslh yg sama spt mawar..alhamdulillah, slps jumpa Prof sy mengandung..saat tau mengandung rutin sy berubah..msa lebih di beri pd ank dlm kandungan..setiap hari sy mendgr, amalkn surah2 maryam, yusuf n bbrp surah2 lain..no tv no music..sy bnyk berckp dgn baby di dlm perut..alhamdulillah, segalanya di mudahkn..now umur ank sy dh nk masuk 11 thn..n 2 thn lps sy berjumpa prof utk cuba 2nd baby..namun Allah blm nk bg rezeki lg..selain faktor umur..in shaa allah jika kita berusaha, berdoa n bertawakal, pasti akn di izin olehNya..semoga Allah permudahkn segala urusan mawar n suami..aamiin..
Nampaknya pasangan ini seperti sudah bersedia untuk memasuki fasa baru dalam kehidupan mereka. Kedua-duanya dilihat sudah bersedia mental dan fizikal untuk menjadi ibu dan bapa kepada ‘anak mami’ yang dikongsi bersama. Walaupun sarat hamil tetapi Mawar tetap nampak comel dan dia juga aktif bekerja menguruskan kerja di butik.
Pastinya ramai tak sabar untuk melihat anak mereka berdua. Mesti akan comel dan cantik seperti ibu dan ayahnya nanti. Admin doakan dipermudahkan urusan kelahiran bayi ini nanti. Semoga segala pesanan dan panduan dari Doktor Hamid Arshad akan terus kekal diingatan.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.