Sememangnya susah untuk kita kekalkan baju kita supaya sentiasa berwarna putih. Macam-macam cara digunakan untuk memastikan warna kekal namun tetap tak sama seperti asalnya.
Usah risau hijabi! Menerusi perkongsian Leena Hassan di facebook yang mendapat lebih 150 ribu shares, dia telah berkongsi rahsia bagi menjadikan pakaian sentiasa berwarna putih seperti baju jururawat.
Mudah dan murah!
Ikuti saja langkah-langkah mudah ini.
Ads
Kikis sabun buku tersebut. Tak kisahlah jenama apa pun. Kemudian masukkannya ke dalam mesin basuh sekali dengan baju yang hendak dicuci.
Banyak buihnya!
Ads
Tadaaa dah siap! Bersih macam baru bukan?
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Dewasa ini ramai di kalangan hijabi muda yang berminat untuk membina kerjaya dengan berniaga sendiri berbanding makan gaji. Dan biasanya negara yang sering dikunjungi untuk mendapatkan barangan adalah dari Thailand, Indonesia dan juga Vietnam. Dikatakan barangan di sana boleh didapati pada harga murah terutama bagi mereka yang menjual barangan Muslimah.
Namun bagi yang baru mahu memulakan perniagaan, pastinya tidak tahu bagaimana untuk menjimatkan perbelanjaan.
Perkongsian wanita ini yang sudah enam tahun berulang alik ke negara ini memberi tip untuk berjimat dan tidak mudah tertipu ketika membeli barangan di sana.
Jadi bagi hijabi yang baru nak berkecimpung dalam bisnes online boleh baca thread yang dikongsi di laman twitter miliknya menggunakan nama akaun @FadzilahMamat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tanyalah mana-mana wanita di dunia ini, pastinya mereka mempunyai naluri untuk kelihatan cantik walaupun sedikit.Sebenarnya, tak susah pun untuk kelihatan cantik ini kerana yang penting kita haruslah bermula dengan mendapatkan kulit yang bersih dan sihat dahulu.
Bagi yang belum tahu, sebenarnya ada satu teknik mencuci muka yang mampu memberikan kesan yang halus dan mulus pada kulit iaitu 60-second rule. Seorang gadis iaitu Maisarah Mahmud telah berkongsikan keajaibannya selepas mengamalkannya. Mari kita lihat!
Kalau hijabi mahukan pembersihan muka yang lebih mendalam, cubalah teknik ini. Pastinya wajah akan terasa lebih bersih dan segala kotoran juga akan keluar dari kulit wajah.
Tinggal di tempat orang, pandai-pandailah menjaga diri. Tentunya semua tidak sama dengan negara sendiri. Namun demi kelangsungan hidup, kita perlu menghadapinya dengan tabah. Pendek kata segalanya berbeza berbanding dengan tanahair tercinta.
Bagi bapa muda kepada lima orang cahaya mata yang kini tinggal di bumi Perancis sejak 2013, telah banyak pengalaman yang dikutipnya. Lima orang anaknya dilahirkan di Perancis. Melalui posting di laman Instagramnya, bapa muda ini berkongsi info tentang tiadanya kos bersalin di Perancis pada ibu-ibu yang melahirkan.
Benarkah bersalin di Perancis percuma? Ramai hendak tahu mengapa bersalin di Perancis percuma. Mula-mula kita mesti faham mengapa percuma dan merangkumi apa. Percuma yang dimaksudkan ialah kita sebagai ibu yang bersalin, tetapi pada pihak hospital sudah tentu ada kos.
Nilai kos bersalin di Perancis adalah antara 300€ – 3000€ (1€ – RM 5), cuma kos ini adalah subsidi dari kerajaan Perancis. Kos ini terpakai pada semua hospital awam dan hampir semua hospital swasta.
Kos ini termasuklah rawatan susulan (follow up) dari pakar sakit puan, pakar bius, epidural, bilik bersalin, penginapan di hospital hingga 12 hari selepas bersalin. Sama ada secara normal atau pun pembedahan di hospital swasta mahupun di hospital awam.
Andai kata hendak guna televisyen, telefon atau ada permintaan untuk bilik khas dan lain-lain, itu caj atas kita sendiri. Tapi bilik yang disediakan pun selesa, rasanya tidak perlu minta naik taraf ke bilik lain.
Kenapa percuma ya? Kata mudah adalah kerana kita ada insuran kesihatan dan insuran ini wajib dan diberi kepada mereka yang menetap di Perancis dengan legal atau dengan visa. Selagi kita sah menetap di Perancis walaupun bukan warganegara, kita layak untuk dapat kebajikan ini.
Segala kebajikan sama ada elaun atau subsidi ini berada di bawah badan yang dipanggil sebagai “Sécurité Sociale-Social Security”. Di bawah “sécurité sociale” pula ada satu cabang yang dipanggil “Assurance Maladie-Health Insurance.”
Health insurance ini lah yang menampung pembiayaan untuk bersalin. Tapi kenapa percuma? Mungkin ramai yang fikir, banyak betul duit kerajaan. Mesti kita pun hendak Malaysia mengaplikasikan sistem begini, banyak lagi perlu diteliti. Belum lagi sesuai bagi pendapat saya kerana negara Perancis ini sendiri penuh dengan cukai. GST negara ini pun sudah 20%, income tax, pelbagai cukai dan caj ada.
Ini adalah antara hasil yang digunakan oleh kerajaan Perancis untuk memberi kebajikan kepada rakyatnya. Kita biasa dengar, negara yang hebat kebajikannya pasti cukainya tinggi dan pasti negara yang maju dan hebat mengurus sistem kewangan negara.
Jadi sebenarnya mereka yang menetap di Perancis akan ada cabaran:
1) Komitmen demi keterusan hidup seperti living kos keperluan asas.
2) Sumbangan kepada sistem cukai Perancis.
Cuma kesnya lain bagi mereka yang berstatus pelajar, banyak cukai terkecuali, tetapi masih layak untuk dapat semua kebajikan. Jadi apabila kita menyumbang kepada sistem percukaian mereka, kita berhak untuk dapat kebajikan dari mereka khususnya kesihatan dan pendidikan.
Perancis juga mengamalkan sistem pendidikan percuma. Konsepnya sama juga dengan sistem kesihatan, cuma pendidikan tidak berada di bawah security social, ianya memang direct dari kerajaan.
Macam mana sekali pun, kita perlu elak untuk menjadi golongan yang mengambil kesempatan atas sistem sebegini. Kita akan rasa layak setimpal dengan sumbangan kita kepada satu-satu negara.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.