Pelakon dan pengacara, Scha Alyahya ini memang sering menjadi idola gadis-gadis remaja dek kerana personalitinya yang selamba dan caranya membawa diri dengan penuh yakin. Gelagatnya yang spontan bersama suami, Awal Ashaari dan juga anak tercinta iaitu Lara Alana juga sering mencuri tumpuan netizen di media sosial.
Sempat berbicara mengenai soal keyakinan diri yang sering menjadi isu di kalangan wanita ketika pelancaran produk Downy terbaru iaitu Downy Natural Secret Garden dan Downy Natural Aqua Ocean menerusi kempen ‘Raikan Diri Sendiri Anda Seadanya’, penjelasan Scha pastinya mampu membuat semua terkesan dan lebih menghargai diri sendiri.
Dahulunya sering memikirkan persepsi orang terhadap dirinya.
“Sebelum ini, semasa saya baru bermula di dalam industri hiburan, saya sentiasa kisahhkan apa yang orang lain fikir tentang saya. Lama – kelamaan, saya bermula untuk menerima diri sebenar saya kerana tidak boleh memuaskan semua orang. Jadi, marilah kita semua meraikan semua aspek, besar ataupun kecil, yang mendefinisikan diri kita.
IKLAN
Semua wanita dicipta unik, dan setiap wanita mempunyai kisah sendiri. Sebab itulah saya ingin menggalakkan nilai yang dipupukkan dengan Downy Natural supaya kita semua meraikan diri semula jadi kami, ” kata Scha.
Scha juga menjelaskan bahawa dirnya suka jika orang sekeliling rasa senang dengan dirinya.
“Scha sebenarnya seorang yang introvert. Namun apabila berada bersama orang lain, kita akan tukar diri kita supaya mereka rasa selesa dengan kita.”
IKLAN
Selain itu, sebelum ini terdapat juga netizen yang suka mengkritik hidung dan suaranya dan mengatakan ianya seperti suara seorang budak lelaki.
Mungkin pada awalnya terkesan, namun kini semuanya tidak bermakna lagi buat Scha.
“Bagi Scha kita kena embraces kekurangan yang ada pada diri kita. Sentiasa praktis dan ingatkan pada diri sendiri kerana hanya kita yang mengenali diri kita. Memang orang akan mengata jadi kita harus abaikan sahajalah.
“Setiap pagi kita cakap pada diri, ‘I am going to have a productive day today.’ Kalau tak okay pun tidak mengapalah it’s okay kita boleh teruskan rutin harian seperti biasa. Yang penting kita harus bersyukur. Kita akan bahagia jika bersyukur dan jangan bandingkan dengan orang lain. Perkara itulah yang akan buat kita tidak happy,” ujarnya lagi.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
‘Hey Whatsapp Guys!’, itu antara trademark yang sering meniti di bibir pembuat konten masakan yang juga Youtuber terkemuka, Khairul Aming yang kini sudahpun bergelar usahawan jutawan.
Terbaharu, Khairul Aming telah berkongsi cara dia menghargai dan membahagiakan semua staff yang bersama-sama membina empayar perniagaanya. Sehingga sanggup menutup perniagaanya selama satu hari.
Perkara berkenaan dimaklumkan Khairul Aming sendiri menerusi satu muatnaik hantaran video di laman Instagram miliknya baru-baru ini.
Dalam hantaran tersebut, dapat dilihat Khairul Aming membawa staf-staf yang berkerja di kedua-dua buah kilangnya bersama-sama pergi membeli belah kelengkapan menyambut Aidilfitri yang bakal menjelang lebih kurang dua minggu lagi.
Selain menghadiahkan staffnya kelengkapan untuk meraikan Hari Raya, Khairul Aming juga turut membawa mereka berbuka beramai-ramai di salah sebuah hotel terkemuka, setelah penat memilih baju Raya.
Dah Belanja Baju, Bawa Staff Berbuka Di Hotel Bagi Bonus ‘Tebal’ Pula!
Malah, kebahagiaan staff Khairul Aming tidak terhenti disitu, kerana pempengaruh berkenaan juga turut memberikan bonus yang ‘tebal’ demi menghargai setiap jasa dan pengorbanan staffnya yang telah berhempas pulas menaikkan empayar perniagaan miliknya.
Tambah Khairul Aming lagi, dia turut bercadang bakal membawa mereka untuk menikmati percutian bersama-sama, usai menyambut Hari Raya nanti.
Netizen Puji Peribadi Khairul Aming, Layak Jadi Majikan Contoh!
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen hantaran berkenaan, untuk melihat respon orang ramai terhadap layanan Khairul Aming kepada staffnya ini.
Rata-rata warganet menzahirkan rasa cemburu dan menyifatkan bertapa bertuahnya staff Khairul Aming menerima layanan yang sebegitu rupa dari majikan. Terutama ketika menyaksikan jumlah bonus yang diterima oleh para pekerjanya.
Sehubungan itu, hantaran tersebut telah dibanjiri dengan komen yang memuji tindakan pengasas ‘Sambal Nyet’ itu dalam menghargai dan membahagiakan para pekerja yang menjadi tonggak utama kepada perkembangan perusahaan yang dimilikinya.
Malah, wargamaya berharap agar peribadi jutawan muda ini dicontohi oleh para founder perniagaan mahupun majikan dalam menghargai staf yang bertungkus lumus memajukan lagi perniagaan.
Sekadar info, Khairul Aming telah membuka kilang pertamanya pada tahun 2021 dan diikuti kilang kedua pada tahun 2022. Kedua-dua kilang tersebut telah dibuka di Kelantan.
Sedar tak sedar dah bergelar anak dara puteri-puteri kesayangan Yatie Sendayu Tinggi ni. Semakin cantik dan manis persis ibu mereka. Pandai bergaya pula tu!
Ke mana tumpahya kuah, kan? Sudah tentulah anak-anak pun terinspirasi dengan ibu mereka yang hebat dalam penampilan dan solekan.
Kakak sulung kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan hasil perkahwinannya bersama suami tercinta, Mohamad Zaidi.
Dua anak kesayangan mereka itu ialah Noor Uzma Raisah yang kini berusia 16 tahun dan Noor Aleya Baheerah, 13 tahun.
Yatie sering berkongsi foto OOTD bersama Uzma dan Aleya di Instagram miliknya.
Sekilas pandang macam kakak dan adik pula. Memang awet muda betul Yatie walaupun usianya hampir mencecah 40 tahun.
Memiliki fizikal yang kurus dan tinggi turut memberi kelebihan kepada ibu dan anak ini untuk tampil menawan dalam persalinan kurung moden polos.
Menjengah ke ruangan komen selain terpesona dengan keindahan koleksi tudung raya yang digayakan, rata-rata pengikut Yatie memuji kecantikan Yatie serta anak-anak daranya itu.
“Sorang muka bapa, sorang muka Mak….Dah besar,mkin cantik..Tengok la ibu diaorg,mantain cantik.”
“Cantik 3 beranak ni”
Malah, mereka turut mendoakan agar Uzma dan Aleya menjadi anak-anak yang solehah.
“MasyaAllah tabarakallah. Semoga menjadi anak-anak solehah. Berjaya dunia Akhirat”
Yatie turut mengimbau semula di mana semasa anak-anaknya masih kecil dialah yang sering menggayakan Uzma dan Aleya.
“Dulu kecik-kecik maknya la yang gayakan berdua ni @uzmaleya & @aleya_baheerah. Dah besar ni mana mau nya. Diorang cuma share scarf je dengan Kak Yatie.”
Untuk info selain menguruskan Sendayu Tinggi, Yatie turut memiliki rangkaian perniagaannya sendiri iaitu The Hijab Co dan The Skin & Co.
Pemilik nama penuh Noor Hayati Kamarzaman ini mewarisi minat dan bakat berniaga sama seperti ibunya, Rozita Ibrahim yang merupakan usahawan tersohor di Malaysia.
Kredit Foto: Instagram Yatie Sendayu Tinggi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bulan lalu viral kisah seorang pendakwah bebas menceraikan isterinya yang sedang mengandung. Perbuatan berkenaan telah mengundang kemarahan netizen kerana dianggap kejam dan tidak bertanggungjawab.
Ramai menyalahkan pendakwah berkenaan atau lebih dikenali dengan panggilan PU Abu dan menyelar tindakan berkenaan. Netizen juga turut menzahirkan simpati pada wanita ini yang hanya sempat beberapa bulan mengecap kebahagiaan sebagai pasangan suami isteri.
Tidak mahu mendengar hanya di sebelah pihak, Hijabista terpanggil mengatur sesi temubual bersama wanita kelahiran Klang, Selangor ini. Biarpun penampilannya berniqab, namun terpancar kegembiraan di sebalik sinar mata yang begitu ikhlas.
Reda & Tiada Dendam
Bagi Ain ‘Afini Latif, 23 tahun, dia sedar dirinya jadi bahan viral disebabkan kes berkenaan. Namun sebenarnya empunya diri cukup reda dengan apa berlaku. Tidak ada dendam pada pihak berkenaan, sebaliknya mengakui dirinya tetap masih bersahabat dengan lelaki yang pernah dipanggil suami itu.
“Alhamdulillah saya sebenarnya sudah reda dengan apa yang berlaku. Saya anggap ini adalah sebahagian ujian yang Allah berikan pada saya. Tidak ada sedetik pun rasa untuk sedih. Saya anggap memang tak ada rezeki dan mungkin bahagian kita pada masa yang lain.
“Dalam hal ini saya sangat-sangat beruntung kerana mendapat sokongan ahli keluarga. Mereka jadi kekuatan saya untuk menghadapi semua dugaan ini. Saya pegang satu benda je, parent saya tak deserve untuk tengok saya bersedih.
“Bagi saya mereka sudah jaga saya dari kecik dengan penuh kasih sayang. Takkan bila sudah besar ini kita nak mereka lihat kehidupan kita yang begini. Jadi tidak ada masa untuk bersedih. Saya memang kena kuat hadapi segalanya,” ujar Aina yang hanya alami fasa sedih di awal-awal.
Keluarga Sangat Positif & Beri Sokongan
Menurutnya, apabila berada dalam keadaan begitu memang akan menyebabkan diri rasa tidak tenang.
“Jadi berbalik pada diri sendiri untuk keluar dari kepompong (sedih) berkenaan. Jika kita masih berada dalam situasi itu (tidak keluar dari fasa sedih), tidak ada gunanya. Macam saya katakan tadi, keluarga tak deserve untuk lihat saya bersedih.
“Mak ayah saya sangat positif orangnya. Mereka tidak pernah bercerita mengenai anak orang lain. Dan bila terkena pada anak sendiri, keduanya sangat positif. Kata mereka lagi, ‘Tak apalah Allah nak tunjuk sesuatu yang lebih baik”. Mereka tidak salahkan orang lain dan berkata ujian ini adalah bahagian Ustaz,” jelas Ain yang mempunyai cara tersendiri untuk merawat hati sendiri.
Rawat Hati Baca Sura Taha & Ar Rahman
“Apa yang saya buat adalah dengan berdoa dan reda dengan apa yang Allah berikan. Setiap malam juga saya amalkan baca surah Taha dan Ar Rahman sebelum tidur. Saya amalkan sampailah sekarang. Bagi saya ayat itu memberi kekuatan berhadapan dengan segala ujian yang melanda.
“Dalam ayat itu Tuhan menyembut ‘Maka Nikmat Tuhan Mana Lagi Yang Kamu Dustakan’ dan inilah yang jadi pegangan pada saya selama berhadapan ujian ini. Saya akan baca sebelum tidur dan kalau tak baca pun saya akan pasang kedua-dua surah berkenaan.
“Biasanya saya akan baca surah berkenaan pada waktu malam sebelum tidur kerana inilah waktu terbaik kita sedang dalam keadaan rileks,” tambahnya yang kini sedang sarat mengandung anak pertama, 8 bulan.
Biarpun tanpa kehadiran suami di sisi, tapi bagi Ain ia tidak jadi masalah padanya. Memandangkan sebelum ini dia lebih senang menjalani hidup berdikari.
“Buat masa ini saya memang ambil cuti dua bulan dari pengajian di UIAM (kursus Sosiologi & Antropologi). Insya-Allah lepas bulan 9 nanti saya akan masuk belajar balik. Saya terpaksa bercuti kerana ada masalah kesihatan sepanjang mengandung ini. Saya sebenarnya seorang yang aktif, bergerak laju dan buat kerja jenis cepat. Kadang-kadang saya tak sedar pun diri saya tengah mengandung.
“Oleh sebab itu baru-baru ini baby tak bergerak aktif. Bukan sebab saya stress disebabkan masalah peribadi. Doktor kata sebab keadaan saya yang terlampau aktif. Sepanjang mendapatkan rawatan kesihatan di hospital, ayahlah yang akan temankan saya,” tambahnya yang tidak ada masalah bergerak sendiri tanpa kehadiran suami di sisi.
Jenis Independence
“Sebelum kahwin saya memang jenis independence dan senang bergerak ke sana ke mari seorang diri. Malah masa awal-awal pun memang Ustaz sibuk ceramah sana sini, jadi saya pergi checkup sendiri.Saya pula jenis tak suka bergantung pada orang lain.
“Awal kehamilan hari itu saya ok je tak seperti wanita hamil lain yang sering dimanjakan suami. Tapi di akhir kehamilan ini ada juga terdetik perasaan itu. Tapi saya anggap tak ada rezeki dan mungkin bahagian saya nanti pada masa lain.
“Alhamdulillah segala persiapan untuk menyambut kelahiran anak ini sudah tersedia. Dan saya juga mahu keluarga ada di sisi saat mahu melahirkan nanti. Insya-Allah walaupun tanpa kehadiran suami di sisi, saya berjanji akan jaga anak ini dengan sebaiknya. Saya doakan anak ini nanti jadi anak yang soleh. Malah saya turut harapkan apa yang terjadi ini tidak pecah belahkan hubungan dengan ayahnya.
“Kami masih bersahabat baik. Ini semua dilakukan untuk kebaikan anak yang bakal lahir nanti. Kalau nak fikir salah masing-masing memang banyak tetapi saya pilih pendekatan untuk berbaik-baik dengan Ustaz. Takkan kita nak tunjuk pada anak nanti perkara yang tidak elok. Bagi saya broken family tak semestinya berakhirnya dengan sesuatu yang tak baik.
“Insya-Allah saya akan beri kasih sayang yang secukupnya dan tak akan berkurang walau sikitpun. Biarpun keluarga kecil kami tak complete, tapi hubungan dengan ayah tetap akan diteruskan,” tambah Ain yang memasang impian satu hari nanti untuk membuka sebuah kafe. Ini kerana dia mempunyai minat memasak dan kembali menulis dalam blog.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!