Pelakon filem Sifu dan Tongga, Datin Fouziah Gous memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila berjaya menamatkan bacaan Al-Quran pada hari yang penuh bermakna, iaitu hari ulang tahun kelahirannya pada Disember lalu.
Lebih menarik lagi apabila kejayaan itu turut diraikan oleh suami tercinta dengan sebuah kejutan istimewa khas buat Fouziah.
Suami Sanggup Siapkan Pelamin ‘Suprise’ Khatam Quran
“Terima kasih Ya Allah atas rezeki ini… syukur rezeki yang paling saya idamkan adalah untuk khatam pada harijadi saya.
“Setelah sekian lama menunggu Allah SWT makbulkan untuk mengakhiri tahun 2022, syukur.
“Tiada kata lain selain Syukur. Terima kasih suami @zhafysf dan team @fgwalet yg sanggup siapkan pelamin surprise untuk menyambut harijadi yang paling bermakna
sepanjang hidup saya.
“Semuanya Allah SWT aturkan dengan sempurna. Terima kasih Ya Allah,” katanya.
Khabar gembira itu dimaklumkan Fouziah menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, memaparkan foto pelamin khatam Al-Quran yang disediakan oleh suaminya.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata wagamaya dan para peminat Fouziah Gous membanjiri hantaran itu dengan komen-komen murni.
Ads
Malah, tidak kurang juga yang menzahirkan rasa kagum dengan pencapaian dirinya, sekaligus mengucapkan ucapan selamat hari lahir buat pelakon jelita itu.
“Tahniah kak moga Allah bagi saya peluang untuk khatam juga serta istiqamah membacanya,” komen salah seorang pengikutnya.
“Alhamdulilah tahniah dan selamat hari jadi,” ucap salah seorang warga maya.
Ads
Untuk rekod, pada 21 September 2013 Fouziah telah menjadi suri hati kepada Datuk Mohd Zhafran Md Yusof.
Hasil perkongsian hidup selama 9 tahun itu, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Muhammad Zeeshan, 8, dan Zaheen Yusof, 6.
‘Demam Korea’ yang melanda memang tiada kesudahan. Bukan sahaja di Malaysia, malah satu dunia! Buat peminat tegar K-Drama, pasti anda sudah terbiasa dengan figura yang satu ini. Menceburi bidang hiburan sejak kecil, dia kini merupakan antara pelakon dan juga model terkenal di Korea Selatan.
Aktor kacak Korea Selatan, Yoo Seung Ho sering memainkan peranan utama dan pernah bergandingan dengan nama-nama besar selebriti Korea Selatan seperti Ji Chang Wook, Park Min Young, Chae Soo Bin, Park Eun Bin, dan ramai lagi.
Peneraju utama K-Drama I’m Not Robot (2017), My Strange Hero (2018) dan Memorist (2020) itu menimbulkan keterujaan peminat di Malaysia apabila dia menjejakkan kaki ke Kuching, Sarawak untuk merasai sendiri budaya dan masakan penduduk tempatan!
Difahamkan, pelakon tersebut telah pergi ke Sarawak bagi menjalani penggambaran program realiti yang bertajuk ‘Off The Grid’ untuk program jelajah Discover Channel Korea. Bahkan, Kuching, Sarawak merupakan destinasi pilihan pertama bagi rancangan tersebut!
Rancangan realiti itu di muat naik di laman Youtubesejak dua minggu lalu, memperlihatkan Seung Ho yang hanya berbekalkan sebuah kamera serta bebas menerokai bandar Kuching berseorangan.
Untuk pengetahuan anda, rancangan tersebut dirakam tanpa sebarang skrip bertujuan mencapai konsep rancangan realiti dan ‘healing’ yang sebenar! Ini sekaligus memaparkan setiap saat mahupun momen yang terakam dalam episod berkenaan memberikan hasil pandangan jujur dari Seung Ho sendiri.
Apa yang menarik perhatian ramai dan membuatkan peminat di Malaysia teruja adalah apabila pelakon itu pertama kali seumur hidupnya, mencuba aiskrim gula apong iaitu salah satu makanan ‘wajib cuba’ di Sarawak. Bahkan ada peminat yang sempat memuat naik video tersebut di laman TikTok!
Video pendek berdurasi 35 saat yang tular di laman TikTok tersebut memperlihatkan Seung Ho pergi ke kedai aiskrim apong untuk merasai pencuci mulut yang terkenal itu.
Setelah tularnya video berkenaan di laman sosial, para peminat Seung Ho baru menyedari akan kehadiran figura kegemaran mereka itu ke Malaysia. Rata-ratanya menzahirkan rasa terkejut dan teruja!
Menurut Seung Ho, meskipun dia bukanlah penggemar tegar Aiskrim, namun cuaca panas di Kuching semasa penggambaran ketika itu adalah masa yang sesuai untuk menikmati aiskrim yang dingin dan lazat sebagai ‘pembasah tekak’.
“Saya bukanlah penggemar makanan manis, tetapi cuaca panas terik ini membuatkan saya teringin nak makan aiskrim,” kata bintang Moonshine itu.
Menerusi video berkenaan, dapat dilihat gelagat comel Seng Ho yang memesan ais krim bersaiz kecil, sambil merakam proses penyediaan aiskrim gula apong tersebut. Lebih membuatkan Seung Ho terliur apabila penjual ais krim berkenaan meletak sos karamel gula melaka dalam kuantiti yang banyak ke dalam cawan ais krim itu.
“Sedap! saya tak minat aiskrim tapi saya boleh makan semuanya dalam sekelip mata.” komen Seung Ho sambil menghirup cairan aiskrim tersebut.
Meninjau ke ruangan komen, kebanyakkan netizen bersetuju dengan keenakan aiskrim gula apong sambil berseloroh bahawa mereka pasti berteriak kegembiraan sekiranya bertemu Seung Ho depan mata!
“THAT’S SO SWEET BRO JUST DRINK LIKE NOTHING HAPPENED”
“Tapi serious…aiskrim gula apong sedap gila!”
“Sumpah..so far aiskrim gula apong ni saya rasa sgt sedap..next time pegi kuching..mmg akan ‘repeat’ kat sini balik.”
“Bukan peminat aiskrim tp gula apong is next level”
“Dalam banyak-banyak aiskrim gula apong yang saya pernah cuba…Kedai ini paling superbbb!!!! Terbaik. lagi-lagi yang ada boba mmg the best! Semenanjung tak ada apong sedap macam ni”
Untuk pengetahuan hijabi, aiskrim gula apong mempunyai rasa manis berlemak dan aroma tersendiri yang dihasilkan daripada air nira nipah, sejenis pokok palma yang boleh didapati di sepanjang sungai-sungai di Sarawak, terutamanya di Kota Samarahan dan Betong.
Sekadar info, selain mencuba ais krim gula Apong, Seung Ho juga berkesempatan menikmati goreng pisang Cheese bersama limpahan susu. Seung Ho turut memuji keenaakan hidangan itu. Namun para peminat mencadangka agar Seung Ho mencuba Goreng Pisang bersama sambal kicap yang lebih enak di Johor.
Sejak dilahirkan pada 30 Ogos 2018 yang lalu, anak kepada pasangan selebriti Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila, Jebat Jayden sering menjadi sorotan dan perhatian wargamaya dek kerana kecomelan yang dimilikinya.
Baru-baru ini, tular sekali lagi di laman sosial telatah lincah Jayden yang begitu bersemangat menari dalam sebuah video yang tular di aplikasi Tik Tok
Noor Kartini Kongsi Video Jayden Menari Lagu ‘Blackpink’
Video berkenaan telah dikongsikan sendiri oleh nendanya, Noor Kartini menerusi sebuah hantaran di laman Tik Tok milikya. Video tersebut memaparkan si kecil itu sedang rancak dan ligat menari lagu nyanyian Blackpink yang bertajuk ‘Pink Venom’.
Telatah Jayden yang begitu bersemangat dan lincah memberikan ‘persembahan’ terbaik buat neneknya itu telah berjaya menghiburkan hati Noor Kartini serta mengukir tawa diwajahnya disaat melihat aksi comel yang dipamerkan oleh cucu kesayanganya itu.
“Jayden naik sehh,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran di laman Tik Tok berkenaan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat si cilik itu yang dikatakan penghibur di hati semua orang.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen untuk melihat maklum balas netizen setelah melihat gelagat comel Jayden itu. Rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan bersetuju bahawa Jayden merupakan antara penyeri di dalam keluarga Noor.
Malah ada yang merasakan bahawa satu hari nanti Jayden akan mengikuti jejak langkah ayahnya yang juga seorang pelakon dan penghibur, Sharnaaz Ahmad.
“Aku syak dia memang jadi penghibur satu rumah ni HAHAHAHAH.
“Penghibur sungguh la Jayden ni hahahaha.
“Jayden ni memang penghibur no.1 untuk kitaorang semua.
“Memang boleh lawan pak hang confident tu..
Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan menimang cahaya mata pertama pada 30 Ogos lalu.
Bagaimanapun, disangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Pada 9 Julai 2020, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila sah bercerai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Tanpa dua insan mulia yang bergelar Ibu dan Ayah… siapalah kita. Kata orang, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.
Seorang ibu, sanggup bertarung nyawa melahirkan kita bagi mengenal apa itu dunia. Bapa pula mungkin luaran nampak tegas, tetapi dia merupakan insan yang sentiasa mengambil berat dalam diam. Kasih seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Sebagai seorang anak pula, kita pasti mahu membuat kedua orang tua kita bangga.
Baru-baru ini tular satu video di laman Tiktok seorang gadis yang berkongsi momen pada hari graduasinya. Umum mengetahui hari graduasi atau saat majlis konvokesyen merupakan saat indah yang akan dikenang bagi setiap pelajar setelah bertungkus-lumus bertahun-tahun demi menjulang segulung ijazah.
Apa yang menarik perhatian netizen bukanlah gadis tersebut, namun reaksi bapanya. Melalui hantaran yang dimuat naik oleh gadis yang dikenali sebagai Ika itu, dapat dilihat bapanya tidak berhenti menangis akibat sebak.
“Selamanya akan menjadi ‘puteri’ ayah (i’ll forever be your princess). Sebab ayah lah Ika berjaya belajar dari dulu sampai dah Ijazah. Ayah suruh Ika buat sampai phD kan? Ika cuba ya untuk ayah” tulisnya.
Melalui video tersebut, dapat dilihat graduan Universiti Malaya tersebut sedang menyeka air mata ayahnya sebaik sahaja menerima skrol semasa majlis konvokesyen.
Difahamkan, si ayah tidak dapat menahan sebak sejurus melihat anaknya dek bangga dengan pencapaian gadis itu. Ika cuba untuk menenangkan ayahnya dengan memberikan pelukan, namun ayahnya tidak berhenti menangis. Gadis itu dilihat tidak berhenti memujuk ayahnya serta memberikan kucupan.
Hasil tinjauan Hijabista, ayahnya mempunyai penyakit parkinson iaitu satu penyakit pada sistem saraf yang mengganggu kemampuan tubuh dalam mengawal gerakan dan keseimbangan.
Disebabkan itu, ayahnya dilihat tidak banyak bergerak dan memberikan reaksi dalam video tersebut. Menurut Ika, bapanya kini tidak berdaya untuk memegang cawan.
“Tak tahu la nak rasa apa,rasa berbeza bila tangan yang selalu gagah pimpin tangan Ika sekarang nak pegang cawan pun tak terdaya” katanya.
Video yang tular tersebut telah mendapat lebih 631K jumlah tontonan serta 116K tanda suka daripada netizen. Rata-rata netizen turut berasa sebak, ada yang turut mengimbau kembali kenangan bersama ayah mereka dan turut menitipkan pesan kepada gadis tersebut agar menjaga ayahnya dengan baik.
“Bangga ayahnya tengok anak graduate sampai sebak. Congratulations miss”
“You can never be besar for them, you’re always their little baby”
“Hmm ulang balik pun tetap air mata keluar…. bestnya Sis masih dapat peluk ayah”
“Ala ikut nangis juga kita kat sini”
“Utamakan lah orang tua kita , Semoga dipermudahkn segala urusan sis”
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!