Melalui perkongsian di laman Instagramnya, pelakon Faye Kusairi berkongsi tentang keadaan dirinya yang mengalami Bell’s Palsy. Sejak perkongsian pengalaman pelakon tersebut maka ramai yang ingin tahu tentang penyakit ini.

Berikut perkongsian Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

“Doktor, boleh terangkan pasal penyakit yang Faye Kusairi (artis) kena tu?”

Sejak semalam ramai yang minta jelaskan tentang Bell’s Palsy ini selepas artis berkenaan siarkan video mengenainya. Jadi hari ni kita lihat secara ringkas, apa itu Bell’s Palsy.

Bell’s palsy adalah kelumpuhan sebelah muka akibat saraf kranium VII (CNVII) terjejas. Saraf ini melibatkan otot mimik muka, sebahagian deria lidah, kelenjar air mata dan air liur.

Gejala-gejala Bell’s Palsy adalah:
◾Muka senget / tak simetri
◾Kebas pada muka
◾Air liur meleleh tak terkawal
◾Mata sukar ditutup dan berair
◾Pertuturan tak jelas
◾Kurang deria rasa pada lidah
◾Sakit telinga

Punca sebenar Bell’s Palsy masih lagi tidak jelas. Namun ada beberapa kemungkinan yang disyaki menyebabkan berlakunya Bell’s Palsy, iaitu:

◾Jangkitan virus pada CNVII lalu ia mengalami alami keradangan dan membengkak. Ini menyebabkan CNVII tersepit di dalam terowongnya dan menjejaskan fungsi saraf berkenaan.

◾Pengaktifan semula virus herpes zoster(virus yang menyebakan chicken pox dan kayap) pada saraf di bahagian geniculate ganglion. Pening nak faham, kan? Tak apa, memang rumit. Hehe.

IKLAN

Apakah faktor-faktor yang boleh menyebabkan seseorang lebih berisiko terkena Bell’s Palsy?

◾Kehamilan
◾Pre-eklampsia
◾Obesiti
◾Darah tinggi
◾Kencing manis
◾Stress

Bell’s palsy boleh dirawat dengan beberapa cara dan ia mempunyai prognosis(jangkaan pemulihan) yang baik. Rawatannya seperti berikut:

Oral steroid
Ia digunakan untuk mengurangkan keradangan dan bengkak pada saraf CNVII. Ini dapat mengurangkan CNVII daripada tersepit.

Ubat antiviral
Memandangkan ada kemungkinan jangkitan virus yang menjadi punca berlakunya Bell’s Palsy, maka ubat antiviral digunakan.

Penjagaan mata
Kadang-kadang mata tak boleh ditutup rapat, ini akan menyebabkan mata menjadi kering. Maka mata akan ditutup/ditampal.

Fisioterapi
Fisioterapi akan ajar senaman muka dan gunakan modaliti elektrik pada saraf muka untuk merangsang pemulihan.

IKLAN

Akupunktur
Ini adalah rawatan komplementari(tambahan) yang boleh dicuba. Keberkesanannya dalam proses kajian lanjut.

Jika jalani rawatan, Bell’s Palsy ini lazimnya boleh pulih dalam masa 2-4 minggu. Namun ada juga yang pulih lebih lambat, dan ada juga yang tidak pulih sepenuhnya. Jangan putus asa!

Dikongsikan juga perkongsian Faye Kusairi di laman Instagramnya.

My Bell’s Palsy Journey!
I noticed ramai yg DM saya mengatakan mereka juga pernah dan sedang masih menghadapi Bell’s Palsy ni.

Ada yg berkongsi tips utk ke acupuncture. إنشاءالله, saya akan cuba juga. The reason saya buat video ni sebab saya sedar betapa risaunya orang ramai terhadap kondisi saya sekarang dan maybe can also help boost keyakinan serta inject sedikit positivity kepada yg menghadapi Bell’s Palsy atau mana² penyakit sekalipun.

Jangan risau sgt, jangan stress. Percaya diri kita akan sembuh dan jangan berhenti utk berusaha. Selagi bernyawa, kita positifkan diri utk terus sembuh. Jangan malu dengan keadaan kita. Sama juga jangan riak bila kita diberi rezki kesihatan yg mantop, body yg mantop, muka yg cantik dan sebagainya. Sentiasalah bersederhana.. إنشاءالله!

IKLAN

I’ll try to share more videos and updates pasal progress saya ya (kalau larat). Maklumlah.. dah nak masuk 39 weeks of pregnancy kan. Salam Jumaat yg Barakah kepada semua. Semoga dipermudahkan dan dibuka seluas luaskan pintu rezki kalian semua yg sudi membaca posting ni dan juga kepada yg mendoakan kebaikan dan kesihatan saya.
Jazakallahu Khayran

Sambil check heartbeat baby, kita pun exercise lah mata. Latihan pejam dan buka mata antara yg disarankan oleh physiotherapist aritu. Penting tau sebab kita tanak mata kita susah tutup. Kalau takleh tutup rapat, nanti can cause eyes to dry and prone to infection (which is another NO NO!). An eye patch covering the effected eye is a compulsory. So bila tido malam tu, saya pakai la penutup mata sebelah untuk hindar dari apa2 masuk ke mata kanan saya.

Ni dah kira seminggu saya menghadapi Bell’s Palsy. Alhamdulillah, kiranya mata kanan saya ni dah boleh la tutup gini. Sebelum ni, xleh rapat langsung. Ini adalah antara progress saya sepanjang minggu pertama ni.

Kepada yg juga menghadapi Bell’s Palsy ni, jangan down. Jangan stress. Jangan risau kalau progress anda slow. Yang penting, korang perlu lebih positive dan sentiasa lakukan senaman muka, never skip your medicine, ikut je kata doctor. Kalau ada cara lain yg anda nak guna utk ikhtiar, silakan. By all means. Kesungguhan kita yg membentuk kesejahteraan dan mempercepatkan lagi proses penyembuhan kita. Doa jangan lupa tau!

 

 

Sumber kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan dan Instagram Faye Kusairi Official

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI