Disebabkan bahagian kaki merupakan aurat dan haram dipertayangkan pada orang ramai, sebuah jenama kasut tempatan mengambil insitiatif berbeza apabila menggunakan kaki lelaki sebagai model kasut mereka.
Hasil daripada kreativiti jurufoto,foto itu seterusnya akan disunting supaya kelihatan ‘flawless’ seperti kaki seorang perempuan.
Perkara ini telah dikongsikan oleh Mohd Nor Amin Zainuddin di laman Facebooknya dan menyifatkan si penjual kasut ini mengambil tindakan yang bagus dalam memelihara aurat wanita.
Ads
.
Ads
.
Ads
.
alaupun nampak kecil namun sebenarnya ia boleh jadi dosa besar jika aurat menjadi tatapan ramai. Sebenarnya, bagi mengatasi masalah ini ada alternatif lain juga yang boleh digunakan iaitu dengan mengenakan stoking pada kaki model wanita. Apa pendapat anda pula?
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang tidak kenal dengan Cut Syifa, pelakon berbakat besar berusia 27 tahun ini yang sering menarik perhatian ramai menerusi lakonannya dalam pelbagai sinetron.
Cut Syifa dikenali ramai sebagai Maesaroh dalam siri Tukang Bubur Naik Haji The Series, di mana Cut Syifa mula menunjukkan kebolehannya sejak berusia tujuh tahun.
Dengan wajah menawan dan kemahiran lakonan yang luar biasa, dia kini menjadi bintang yang hangat diperkatakan terutama selepas melakonkan watak Rindu dalam sinetron Cinta di Ujung Sajadah.
Hijabista kongsikan 5 foto terkini Cut Syifa dengan penampilannya yang sentiasa kelihatan menawan.
Cut Syifa kelihatan sangat menawan apabila mengenakan gaun labuh berwarna krim yang dihiasi dengan motif bunga. Penampilannya memberikan cita rasa feminin dan berkelas, yang menguatkan lagi kesan elegan.
Busana yang dipakainya bukan sekadar pakaian, malah mencerminkan perwatakannya yang ceria.
Cut Syifa tampil menawan dengan kebaya satin hijau pastel yang dilengkapkan dengan skirt merah jambu bercorak.
Penampilannya yang anggun mencerminkan kecintaannya terhadap budaya Indonesia, dan pada masa sama masih boleh tampil bergaya.
Senyuman ceria Cut Syifa semakin memukau apabila dikelilingi cahaya lampu kota.
Aura gembira dan ceria yang terpancar dari dirinya seolah-olah menggambarkan semangat juang seorang anak muda yang kaya dengan harapan dan impian.
Cut Syifa kelihatan sangat gembira ketika bergambar dengan kuda kesayangannya.
Penampilan Cut Syifa yang sporty dan anggun menggambarkan kecintaannya terhadap ekuestrianisme yang bukan sahaja menunjukkan kecantikannya, malah memiliki hobi yang mencabar.
Tudung biru dan solekan natural menyerlahkan lagi pesona kecantikan semula jadi Cut Syifa.
Penampilan ringkas tetapi tetap anggun membuktikan kecantikan sebenar tidak memerlukan banyak perhiasan.
Mahalini, penyanyi muda berbakat besar menarik perhatian ramai berkat penampilannya yang manis berhijab ketika menunaikan ibadah umrah. Terserlah aura Islamik. Perjalanan kerohanian pertama ini amat bermakna buat Mahalini kerana dia baru sahaja memeluk Islam.
Saat Mahalini memakai tudung ia memberi kesan mendalam dalam perjalanan ibadahnya. Biarpun bertudung ringkas namun tetap memancarkan kecantikannya yang luar biasa. Penampilan ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian ramai bahkan menjadi sumber inspirasi para peminatnya.
Dalam perjalanan rohani ini, Mahalini tidak bersendirian. Selain bersama rakan karib, Mahalini turut ditemani suaminya Rizky Febian.
Hijab dengan warna pastel dan rekaan minimalis menyerlahkan kemanisan terhadap penampilan Mahalini.
Ramai yang mengagumi kecantikan semula jadi Mahalini yang cukup terserlah. Penampilan ini melambangkan kesederhanaan yang mampu memberikan daya tarikan tersendiri.
Dalam beberapa gambar yang dimuat naik, kemesraan mereka jelas kelihatan. Setiap detik yang dirakam menunjukkan kegembiraan sekaligus menggambarkan betapa bermakna pengalaman umrah yang mereka kongsi bersama.
Umrah Mahalini bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi juga perjalanan rohani yang mendalam. Ramai peminat terinspirasi dengan pengalamannya terutama selepas dia membuat keputusan untuk memeluk Islam.
Keputusan ini menyampaikan mesej yang kuat tentang erti hijrah dan transformasi positif dalam kehidupan. Mahalini membuktikan setiap individu berpeluang mencari jalan kerohanian masing-masing asalkan disokong orang-orang terdekat.
Platform media sosial dipenuhi dengan komen positif. Foto Mahalini yang bertudung ketika mengerjakan umrah mendapat banyak pujian.
Selain itu, netizen turut menunjukkan sokongan terhadap perjalanan rohani Mahalini. Mereka berharap Mahalini menjadi lebih kuat dan konsisten.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berlaku kes terbaru penularan wabak berjangkit ‘amoeba pemakan otak’ ataupun Naegleria fowleri dilaporkan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan negara di Korea Selatan.
Terdapat kes kematian yang berlaku pada warga tempatan dalam lingkungan umur 50-an selepas pulang dari sebuah negara Asia Tenggara pada 10 Disember lalu, sejurus menetap selama empat bulan di negara terbabit.
Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) melakukan satu ujian genetik ke atas tiga-tiga jenis patogen yang menyebabkan penularan Naelgeria fowleri sehingga membawa maut kepada mangsa itu.
Hasil ujian mendapati terdapat sebanyak 99.6 peratus sama dengan penemuan pada pesakit yang menghidap meningitis di luar negara.
Amoeba pemakan otak ini merupakan satu spesies yang pertama ditemui pada tahun 1965. Ia diberikan nama rasmi iaitu Naelgria fowleri dan saiznya yang sangat kecil memerlukan mikroskop untuk dilihat.
Kebiasaannya ia terdapat dalam air tawar yang hangat seperti tasik, sungai, mata air panas, dan dalam tanah. Ia berfungsi paling baik dalam keadaan suhu tinggi antara 46 darjah Celsius dan bertahan dalam jangka masa yang singkat pada suhu yang lebih tunggu.
Amoeba ini biasanya akan masuk ke dalam badan apabila orang berenang, menyelam, atau berendam di dalam air seperti tasik atau sungai.
Lalu, ia akan bergerak dari hidung ke otak dan sedikit demi sedikit memusnahkan tisu otak dan menyebabkan jangkitan yang dipanggil sebagai meningoencephalitis amebik primer (PAM).
Gejala pertamanya akan bermula kira-kira 5 hari selepas jangkitan tetapi boleh bermula dalam tempoh masa 1 hingga 12 hari. Antara simptomnya ialah sakit kepala, demam, loya, atau muntah.
Kemudian ia akan menyebabkan seseorang pening, hilang fokus, sawan, halusinasi, sehinggakan boleh koma. Gejala ini akan berterusan dan cepat berlaku dan menyebabkan kematian dalam masa 5 hari.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.