Pasti ada diantara anda berdepan dengan masalah bibir kering bak gurun sahara kan? Lebih menakutkan apabila kulit bibir mula mengelupas dan berdarah apabila ditarik. Aduhhhhh.. Sakitnya!
Selain daripada menggunakan lip balm atau lip mask, kita juga kena mengguna produk lip yang melembapkan, so that bibir kita dapat megatasi masalah bibir kering. Jom cuba produk pewarna bibir (lip tint) dari Korea jenama barenbliss (BNB) yang pernah viral hingga menjadi ‘buah mulut’ warganet di Tik Tok dan Instagram baru-baru ni. Dengar cerita ramai yang berpuas hati dengan hasil selepas menggunakannya tau!
Kenapa Kena Pakai Peach Lip Tint Dari BNB Ni?
Istimewanya Peach Lip Tint keluaran BNB ni berbanding jenama lain yang hijabi perlu tau adalah tint ni memastikan bibir anda sentiasa terhidrat dan mendapat khasiat vitamin C daripada bahan-bahan semulajadi seperti buah-buahan.
Menariknya lagi, Peach Lip Tint ini diekstrak dari buah peach sehingga menghasilkan bau yang amat wangi dan manis, sesuai untuk hijabis yang sentiasa mahukan penampilan funky, manis dan mempersona. Malah, gel cahaya yang terkandung dalam Peach Lip Tint ini akan membuatkan bibir hijabi berwarna lembut semulajadi dan berkilau. Tengoklah gambar gadis Korea ni, bibirnya kelihatan lebih tebal dan sangat moisturized! Kalau hijabi guna lip tint ni, bolehlah dapat bibir macam artis Korea!
Berikut adalah tiga kebaikkan yang ditawarkan dalam Peach Lip Tint keluaran BNB:
Memberi kelembapan yang menyeluruh dan selesa kepada bibir.
Mewarna bibir secara natural dan kekal sehingga 24 jam
Bau ekstrak buah Peach yang manis dan wangi.
Paling best adalah Peach Lip Tint BNB ini direka menggunakan konsep reka bentuk yang estetik dan unik! Sekaligus menolak persepsi tradisional terhadap penjagaan kulit tulen dengan mengekspresikan penerokaan kecantikan yang lebih sihat dan selamat.
Cara Pemakaian Mudah!
Anda hanya perlu oleskan satu sapuan sahaja tau, untuk mendapatkan warna bibir berkilat bak buah pic serta kesan bibir yang sihat, mungil dan menggoda. Dengan warna pekat yang menawan serta diformulasi agar menghasilkan warna-warna ‘Pop’ terang dan natural.
Peach Lip Tint ini didatangkan dengan 4 variasu warna yang menawan, dan yang paling laris ialah Kod 01 Paradise Found telah pun ‘Sold Out’ di Shopee!
01 Paradise Found
IKLAN
Kod 01 ini amat laris kerana ia memberikan warna bibir yang natural dan tampak sihat secara semulajadi, sesuai untuk mereka yang sukakan ‘make up look’ jenis nude dan dipakai pada bila-bila masa sepanjang hari.
02 Pretty Please
Kod 02 ini lebih cerah sedikit berbanding kod 01, warna merahnya seperti warna buah ‘Cherry’ sesuai untuk dipakai untuk pergi bekerja atau untuk menghadiri majlis-majlis rasmi. Kerana warna ini memberikan kesan eksklusif yang menawan!
03 Take Change
Kod 03 ini berwarna merah-jingga jadikan penampilan wajah anda lebih ceria dan ‘funky’ kerana warnanya yang terang akan membuatkan si pemakai tampak lebih ‘outstanding’ . Bersiar-siar bersama rakan-rakan atau girls’ day out, yezz inilah warnanya!
04 Never Settle
IKLAN
Kod 04 ini berwarna ‘merah berry’ yang memberikan kesan bibir berwarna merah hati dengan sedikit rona warna ungu, hijabi yang berani dan ingin tampilkan kelainan pada wajah, warna ini sesuai digayakan bagi menghadiri majlis-majlis formal atau semasa ‘Candle Light Dinner’ bersama pasangan.
Selain itu, untuk pengetahuan hijabi, satu lagi produk bibir dari BNB iaitu Berry Lip Matte juga telah menerima pandangan yang positif dan juga mendapat anugerah dari majalah kecantikan seperti Allure, Glow Pick & Beauty+.
Jenama Dijamin Selamat, Tidak Memudaratkan!
Semua produk BNB telah diasaskan bersama jurusolek professional Korea Selatan, Jina Kim demi mencipta dan membangunkan formula yang selamat dan telah diuji di makmal BNB. Produk-produk ini dihasilkan khusus untuk mereka yang menitikberatkan keselamatan dalam setiap penggunaan produk kosmetik.
Produk BNB secara tegas menolak beribu-ribu jenis bahan berbahaya yang sentiasa menembusi pasaran kosmetik demi kecantikan. Justeru BNB mensasarkan untuk mencipta sebuah pengalaman menjadi cantik secara sihat dari “luar ke dalam” serta memberikan pengalaman kecantikkan yang menyeronokkan!
IKLAN
Ditambah pula, produk BNB didatangkan dengan pembungkusan yang unik, bau dan tekstur produk yang mana setiap produk direka dengan teliti untuk memberikan pengalaman yang sempurna khas buat hijabi!
Produk keluaran BNB ini bebas mudarat, bebas dari kekejamaan terhadap haiwan, bebas alkohol, bebas minyak mineral, tidak mengandungi Phtalates, Talc, BHA/BHT dan yang paling penting diformulasi tanpa Gluten!
Kualiti Tinggi Harga Berpatutan
Rangkaian produk Bloomatte BNB (seris makeup asas) telah mendapat perhatian apabila dipaparkan dalam majalah antarabangsa yang amat popular, Vogue Korea.
Mesti anda rasa produk yang memberi kesan ‘high end’ dan berkualiti tinggi seperti ini mahal harganya kan? Jangan risau sis! Sebenarnya, semua produk kosmetik keluaran BNB ditawarkan pada kadar harga yang sangat berpatutan dan berbaloi! Jadi tidak hairanlah jika produk BNB ini menjadi pilihan utama para hijabis masa kini!
Beminat nak cuba merasai sendiri keseronokan cantik semulajadi “dari luar ke dalam”, tunggu apa lagi? Anda boleh dapatkan produk BNB di Shopeedan Lazada. Produk BNB juga boleh didpati di Watsons, Guardian, AEON Wellness dan SASA.
Tahukah anda terdapat lebih daripada 10 jenis berus solekan yang anda perlu tahu kegunaannya untuk mendapatkan solekan yang mampan. Ramai yang menolak fakta ini namun anda sendiri boleh menilai bagaimana berus solekan mampu capai piawaian wow!
Perasan tak setiap berus solekan tidak di datangkan dengan manual penggunaan. Sebagai pengguna, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.
Berus Highlighter
Berus ini digunakan untuk meratakan bedak highlighter sekitar tulang pipi atau meratakan setting powder di bawah mata sebelum mengenakan solekan tebal pada bahagian mata. Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.
Berus Bedak
Berus bedak ini digunakan untuk meratakan bedak debu yang digunakan. Semakin gebu berus, semakin bagus untuk meratakan bedak di wajah. Ia juga sangat sesuai untuk meletakkan bronzer bagi aplikasi yang lebih teliti.
Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).
Berus ‘Blush On’
Bentuk bulunya lebih kurang sama dengan berus bedak tetapi material yang digunakan membezakan kegunaannya. Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamanya sekitar tulang pipi.
Berus Kontur
Lapisan kontur yang wajib ada supaya wajah tampak runcing. Paling penting berus kontur ini memberi dimensi pada wajah. Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.
Artikel berkaitan: Palet Solekan Kotor Berdebu? Jom Lakukan ‘Spring Cleaning’ Sebelum Raya Ini!
Berus Samar Noda
Sebelum selesai sapuan pelbagai bedak pada wajah, samarkan dahulu noda yang ada. berus berbentuk panjang dan leper ini memudahkan anda menghilangkan cela dengan penggunaan concealer. Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.
Berus Blending Eye Shadow
Manjakan kelopak mata dengan menggunakan berus yang gebu dan lembut. Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.
Berus Garis Mata
Berus yang digunakan untuk membuat garisan di sekeliling mata. Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.
Berus bibir
Tentunya ia adalah berus yang berfungsi untuk olesan gincu pada bibir. Bulu pendek dan padat membolehkan berus ini mencecah bahagian tepi bibir.
Sementara menunggu panggilan tawaran ke Universiti, penyanyi lagenda Malaysia, Nora Ariffin memberikan keizinan dan restu kepada anak perempuannya, Putri Dahlia untuk berkecimpung dan bergiat aktif dalam dunia hiburan.
Memetik Harian Metro, Nora menjelaskan bahawa Putri Dahlia, 18 tahun, bercita-cita menjadi salah seorang tenaga pengajar bagi subjek Bahasa Inggeris. Bagaimanapun, masih belum menerima tawaran setakat ini walaupun sudah memohon.
Belum Ada Rezeki, Anak Saya Jadi Guru Bahasa Inggeris
“Sebenarnya dia bercita-cita nak jadi guru bahasa Inggeris memandangkan saya pun selalu baca kita kekurangan guru-guru bahasa Inggeris terutama sekali di luar bandar. Sebagai ibu, memang saya sokong bila dia memilih untuk menjadi pendidik kerana ia kerjaya yang sangat mulia.
“Namun, semua permohonan tidak berjaya. UPSI (Universiti Perguruan Sultan Idris), UiTM (Universiti Teknologi Mara), UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia), semua tak dapat. Mungkin tak ada rezeki, jangan putus asa. Mungkin kena cuba lagi,” kata Nora.
Justeru, pelantun suara lagu Dipersimpangan Dilema itu menegaskan bahawa dia merestui dan gembira, jika anaknya dapat memanfaatkan bakat yang ada padanya untuk mula berjinak-jinak dalam industri nyanyian.
“Akhirnya Putri Dahlia fokus kepada nyanyian, mencipta lagu, tulis lirik dan terbitkan lagu. Persis Johan Nawawi. Sebagai ibu, saya hanya sokong dan berdoa agar anak yang banyak mewarisi bakat arwah Johan ini berjaya dunia dan akhirat. Insya-Allah,” ujarnya.
Pada pengamatan Nora, kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, memandangkan anaknya itu banyak mewarisi bakat dirinya dan arwah suami, Allahyarham Johan Nawawi.
Untuk rekod, kebanyakkan lagu karya Putri Dahlia dihasilkan dalam Bahasa inggeris dan mendapat tumpuan warga net sehingga mempunyai peminatnya yang tersendiri menerusi aplikasi Tik Tok dan Youtube.
Antara lagu yang mendapat tontonan tertinggi adalah ‘Old Love’ duet bersama Yuji yang mencecah 7.7 juta tontonan dalam tempoh tiga bulan sahaja.
Ketika ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang Puteri selama sebulan akibat jangkitan kuman dan paru-paru berdarah, terdapat banyak spekulasi yang bertebaran berhubung tahap kesihatan aktress Nad Zainal.
Tampil menjernihkan keadaan, empunya diri menerusi siaran secara langsung dilaman Tik Tok miliknya yang dikongsikan juga pada laman Instagram.
Nad Zainal dengan tegas menolak dakwaan bahawa sumplemen tambahan yang diamalkan adalah punca dia terkena jangkitan itu.
Paru-Paru Berdarah Tiada Kaitan Dengan Pengambilan ‘Supplemen’
“Assalamualaikum semua, Thank You atas support korang pada Nad. Sedikit penjelasan tentang beberapa spekulasi yang tidak benar,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran tersebut.
Dalam video berkenaan, Nad Zainal aku berasa kesal dengan dakwaan sesetengah pihak yang berkata punca dia ditidurkan dan dimasukkan ke dalam unit rawatan rapi (ICU) adalah disebabkan pengambilan suplemen.
Nad Wajib Ambil 11 Jenis Ubat Demi Kesembuhan Paru-Paru
Selain itu, ibu kepada dua cahaya mata Yem dan Budi Kalsom itu juga menegaskan bahawa spekulasi mengenai sakit yang dihadapinya itu berpunca daripada kesan jangkitan daripada Covid-19 juga adalah tidak tepat.
“Saya ingin jelaskan di sini, keadaan yang menimpa saya adalah tiada kaitan dengan pengambilan supplement yang saya iklankan di Instagram.
“Malah, saya juga sakit bukan kerana long covid, saya sakit disebabkan masalah paru-paru berdarah.
“Tolonglah korang jangan memandai, selagi saya tidak bercakap atau ahli keluarga saya tidak membuka mulut mengenai hal sebenar, jangan sesuka hati berkata, tidak elok,” katanya.
Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh pemilik nama penuh Farah Nadia Zainal Abidin menerusi siaran langsung di laman Tik Tok miliknya semalam.
Mengulas isu berkenaan perkemvangan terbaharu kesihatan dirinya ketika ini, Nad berkata dia kini perlu mengambil sebanyak 11 jenis ubat setiap hari.
Ini demikian kerana ubat-ubatan berkenaan mampu membantu proses
penyembuhan dirinya agar dapat kembali pulih seperti sedia kala dari kesakitan yang dialami sebelum ini.
“Sekarang ini saya masih dalam proses penyembuhan, saya masih lagi perlu memgambil ubat-ubatan yang sangat banyak, setiap hari 11 jenis
ubat saya perlu ambil. Doakan saya sembuh,” tambahnya.
Untuk rekod, sebelum ini Hijabista melaporkan Nad dimasukkan ke ICU Hopsital Pakar KPJ Ampang Puteri sejak 20 November lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan telah ditidurkan selama lebih sebulan.
Malah, dek kerana kecantikan aktres Amyra Rosli sememangnya diketahui ramai dan tidak disangkal lagi. Memiliki pesona dan aura tersendiri, dengan sikapnya yang mesra, rendah diri dan penuh kelembutan.