Selepas 20 tahun, kumpulan wanita terkenal iaitu Elite kini kembali dengan lagu terbaharu khas buat peminat mereka tidak lama lagi.
Kembali bergabung, kejutan itu telah diumumkan sendiri oleh ahli-ahli kumpulan tersebut iaitu Linda Rafar, Azza, Abby Abadi, Sasha Saidin dan Watie Sadali di laman instagram masing-masing.
Menggayakan jubah bersama dengan tudung labuh pelbagai warna, ramai yang mengatakan penampilan mereka ini sangat manis sekali dan bersesuaian dengan lagu baharu mereka yang berunsur ketuhanan yang bertajuk Alhamdulillah.
Difahamkan, lagu ciptaan Noura dan Rayyan Rayhan ini bakal diperdengarkan pada orang ramai bermula 11 April ini.
Jelas Linda di laman Instagramnya, projek khas ini merupakan idea Norman Abdul Halim yang mahukan mereka tampil dengan lagu istimewa sempena bulan Ramadhan.
Dia juga tidak menyangka proses untuk menyiapkan projek ini dapat segera disiapkan dalam masa 2 hari sahaja biarpun pada awal menjangkakan ia akan mengambil masa selama seminggu. Wah, tak sabar kami nantikannya!
“Saya reda apabila ditakdirkan anak saya, Sharifah Fariesha Syed Fathi,21, meninggal dunia disebabkan kejadian itu, walaupun dia satu-satunya anak yang saya ada tetapi Allah dah ambil semula,” kata Hasnida Hassan,47.
Jelasnya, anak tunggalnya seorang anak yang baik dan sangat menghormati orang tua. Jika diikutkan perancangan, arwah bakal bernikah dengan tunangnya pada Oktober tahun depan.
“Tapi semuanya Allah dah atur, dia pergi dulu buat selamanya.”
Hasnida berkata, Sharifah Fariesha bertunang dengan lelaki pilihannya pada Ogos lalu dan dia pernah menyatakan impiannya untuk kahwin dengan tema yang sangat cantik.
Ujarnya, arwah memang gemar bersolek dan sentiasa bersiap untuk kelihatan cantik kerana dia memang sukakan kecantikan.
“Ketika saya menatap wajahnya kali terakhir ketika hendak dikafankan semalam, wajahnya sangat berseri dan bersih.
“Dia memang seorang anak yang manja, malah hubungan saya dengan dia bukan saja sebagai seorang ibu dan anak, malah dia jadikan saya sebagai kawan serta tempat dia mengadu masalah,” katanya yang bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah sekolah di Sungai Petani, Kedah.
Menurut Hasnida, dia dan suaminya, Syed Fathi Syed Zain, 60, cuba menghubungi telefon bimbit anak mereka beberapa kali, sejak jam 9 malam kelmarin namun tidak dijawab dan pesanan WhatsApp yang dihantar pada jam 11 malam juga tidak dibalas lalu membuatkan hatinya semakin berdebar.
“Arwah jarang tidak membalas setiap WhatApp yang dihantar menyebabkan saya meminta tunang arwah yang bekerja di Sarawak untuk membantu menghubunginya,” katanya.
Hasnida berkata, tunangnya berjaya menghubungi telefon bimbit arwah dan dimaklumkan mereka ditemui dalam keadaan “tertidur” dalam kereta di stesen minyak di Pulau Pinang dengan enjin dan penghawa dingin yang masih terpasang.
“Masa tu dah jam 1 pagi dan saya terus ke Hospital Seberang Jaya di Pulau Pinang dan dimaklumkan arwah anak saya sudah meninggal dunia menyebabkan seluruh badan saya seolah-olah lumpuh kerana kehilangannya,” tambahnya.
Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, keempat-empat sahabat karib, Sharifah Fariesha Syed Fathi, Ayuni Shazwanie Shabri, Nor Adilah dan Nor Aqilah masing-masing berusia 21 tahun berhenti rehat di stesen minyak berkenaan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing dekat Sungai Petani dan Gurun, Kedah.
“Saya dimaklumkan oleh tunangnya, arwah sempat berpesan kepadanya supaya jaga diri baik-baik kalau dia tiada nanti.
“Dia sempat meminta izin dari tunangnya sehari sebelum kejadian untuk ke Pulau Jerejak bersama tiga rakan baiknya sebelum tragedi itu berlaku,” ujarnya.
Jelas Hasnida, anaknya sempat mencium tangannya sebelum keluar dari rumah kelmarin sambil memberitahu sudah berjanji untuk melancong bersama tiga rakannya di Pulau Pinang sempena cuti Hari Malaysia yang lalu.
Namun, perubahan pada arwah yang boleh dilihat adalah dia kurang bercakap sejak tiga hari lalu sedangkan sebelum ini arwah memang ceria.
“Pada 20 Oktober ini hari kelahirannya yang ke-21 dan saya rasa sangat sedih kehilangan anak namun sebagai ibu, saya reda dengan ketentuan Ilahi.
“Saya minta semua tolong doakan roh anak saya dicucuri rahmat kerana saya dah kehilangan anak yang paling disayangi,” katanya.
Jenazah Sharifah Fariesha selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Laguna, Merbok, petang semalam.
Pelakon jelita, Fatin Afeefa yang juga isteri kepada jutawan, Aliff Awang hari ini hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut hak penjagaan satu-satunya anak perempuan tunggal, Ivy Herra Sophia hasil daripada perkongsian hidup bersama pelakon, Adam Shaz.
Perkara berkenaan dimaklumkan sendiri menerusi hantaran di Insta Story suaminya, sebelum dikongsikan semula di Insta Story milik Fatin Afeefa.
“Ready For War @Fatinafeefa” tulis Aliff Awang pada hantaran berkenaan.
Menerusi paparan video di Insta Story berkenaan pelakon berusia 28 tahun itu kelihatan bersemangat bagi menghadiri perbicaraan tuntutan hak penjagaan anaknya, Ivy Herra Sophia yang difailkan bekas suami.
Fatin Afeefa hadir ke mahkamah dengan ditemani suaminya, Aliff Awang pada awal pagi Khamis. Malah, lebih menarik perhatian lagi, Fatin Afeefa kelihatan berseri dalam pemakaian jubah berona hitam patuh syariah dan mengenakan tudung litup dalam rona senada.
Rata-rata netizen turut gembira dengan perkembangan positif Fatin yang sedang belajar menutup aurat sepenuhnya itu, malah ada juga yang mendoakan agar segala urusan Fatin dipermudahkan. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“Sebelum ini jarang post bertudung, sekarang dia banyak tunjuk pakai tudung, slow2 ye faa, saya doakan yang baik-baik saja untuk awak dan keluarga ❤️ hidayah semua milik Allah ❤️❤️❤️
“Semoga dipermudahkan urusan. Moga kemenangan berpihak pada kak fatin. Aamiin❤️”
Meninjau pula ke laman Instagram milik aktor, Adam Shahz pula Hijabista mendapati dia turut berharap agar segala urusannya dipermudahkan oleh Allah SWT.
Sekadar info, Fatin Afeefa pernah berkahwin dengan Adam Shahz pada 21 Disember 2013 namun disahkan bercerai 30 Mei 2017.
Terbaru, Fatin sah menjadi isteri kepada pasangannya, Aliff Awang pada 30 Disember 2022.
Malah, pada hari pernikahan pasangan itu, Hijabista ada melaporkan bahawa kas suami Fatin Afeefa, Adam turut mengingatkan Fatin agar tidak lupa menghadiri sesi perbicaraan di Mahkamah bertujuan menuntut hak penjagaan anak mereka yang bakal berlangsung dalam satu prosiding pada hujung Januari 2023.
Penyanyi dan aktivis kemanusiaan terkenal, Heliza Helmi kini telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan yang juga seorang jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman selepas diijab kabul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11 pagi semalam.
Cantik dalam busana berwarna putih, Heliza sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz dan menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.
Berkongsi di laman Instagram, Mahadi bersyukur dikuniakan seorang peneman hidup di usia 38 tahun dan berharap semua dapat mendoakan agar mereka bahagia hingga ke syurga.
Depa cakap life start at 40, kami start at 38 InsyaAllah…
Doakan supaya kami dan bidadari dunia akhirat kami, Nur Heliza Helmi dapat melayari bahtera hidup bersama yang penuh dengan sakinah, mawaddah warahmah sehingga ke Jannatul Firdaus..
Baraka Allahu lakuma Wa baraka ‘Alaykuma Wa jama’a baynakuma fi khayr.. Aamiin 🤲🏻
Selain itu, Nurul Zahid yang juga kenalan rapat kepada Mahadi membuka cerita bahawa Heliza merupakan gadis idaman sejak dari dahulu lagi.
Di ruangan komen, Mahadi juga turut membalas ucapan daripada Nurul itu dan mengucapkan terima kasih di atas doa-doa yang diberikan untuknya dan isteri.
Selamat pengantin baru Heliza dan Mahadi! Selamat melayari bahtera perkahwinan dengan penuh kebahagiaan. InsyaAllah.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.