Satu kajian telah membuktikan bahawa telefon bimbit boleh membakar otak dan menjejaskan fungsinya. Ia juga menunjukkan tahap pendedahan telefon bimbit yang diletakkan berhampiran dengan kepala atau bahagian badan lain adalah lebih besar berbanding pendedahan pada bahagian badan lain.

Penggunaan peranti ini dengan kerap boleh meningkatkan risiko tumor otak sebanyak dua kali ganda. Kanak-kanak merupakan antara individu yang mudah mengalami pendedahan kadar radiasi yang tinggi kerana mempunyai tengkorak yang nipis serta saiz otak yang lebih kecil.

Berdasarkan penulisan di dalam sebuah portal, Healthy Children, ia turut menekankan tentang bahaya peranti ini terhadap kanak-kanak dalam jangka masa yang panjang dan mencadangkan ibu bapa agar mengehadkan penggunaan telefon bimbit atau sebarang peranti yang mampu memancarkan radiasi daripada medan elektromagnetik (EMF).

Meletakkan peranti anda berdekatan dengan kepala anak-anak kecil berupaya menjejaskan sel otak mereka dan mengundang penyakit lain yang tidak diingini. Justeru itu, ibu bapa diminta untuk lebih prihatin dan mengambil input yang dikongsikan oleh Ayn Shariff sebagai salah satu langkah berjaga-jaga sebelum ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang.

“Perkara ni kadang-kadang terjadi pada saya dan anak-anak.

Sambil-sambil tidurkan/susukan anak, sambil tu reply pm customer, kadang tu sampai tertidur. Sedar-sedar fon dok dekat dengan kepala anak.

Allah, time tu terkilan sangat.

Terkilan sebab teringat betapa tak bagus nya bila smartfon ni terletak berdekatan dgn kepala anak.

Tahu tak, kenapa tak eloknya smartfon ni kat bahagian kepala?”

Radiasi dari signal smartfon ni sangat bahaya, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil sebab ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang (bayi 6 bulan ke bawah)

Antara risiko lain:

Risiko-risiko ni bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tapi juga orang dewasa. Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan:

  1. Selesaikan segala urusan berkaitan telefon bimbit.
  2. Matikan wifi atau data.
  3. Letak telefon jauh daripada tempat tidur.

Petua menggunakan telefon bimbit dengan lebih selamat untuk keluarga:

• Hantar pesanan melalui mesej dan gunakan telefon bimbit dalam mod pembesar suara atau dengan menggunakan handsfree.

• Apabila bercakap di telefon bimbit, cuba pegang ia satu inci atau lebih jauh daripada kepala anda. Hanya lakukan panggilan yang penting dan pendek sahaja menerusi telefon bimbit.

• Elakkan membawa telefon anda pada badan seperti ke dalam kocek, stokin atau bra. Pengeluar telefon bimbit tidak dapat menjamin bahawa jumlah radiasi yang anda serap berada pada tahap yang selamat atau tidak.

• Jangan bercakap di telefon atau bermain mesej semasa memandu. Ini dapat meningkatkan risiko kemalangan kereta. Berhati-hati apabila menggunakan telefon atau menghantar mesej semasa berjalan atau melakukan aktiviti lain. “Kecederaan sewaktu berjalan” juga semakin meningkat.

• Jika anda merancang untuk menonton filem pada peranti, sebaiknya muat turun terlebih dahulu. Kemudian beralih ke mod pesawat semasa anda menonton untuk mengelakkan pendedahan radiasi yang tidak perlu.

• Perhatikan kekuatan isyarat  (iaitu bilangan bar yang ada). Semakin lemah isyarat sel, semakin sukar telefon anda berfungsi dan semakin banyak radiasi yang dihasilkan. Lebih baik tunggu sehingga anda mempunyai isyarat yang lebih kuat sebelum menggunakan peranti.

• Elakkan membuat panggilan ketika berada di dalam kereta, lif, kereta api dan bas. Telefon bimbit akan bekerja dengan lebih keras untuk mendapatkan isyarat melalui logam, sehingga tahap kuasa meningkat.

SUMBER: SUARA MEDIA

Tinggalkan Komen