Hidup tidak selalunya indah. Ada masanya, anda pasti akan alami ‘bad day’ hingga merosakkan mood anda sampai ke malam. Bawa bertenang hijabi, ingatlah perasaan amarah itu merupakan sifat syaitan. Sebaiknya, hindari sifat buruk ini.
Sekiranya anda mengalami ‘bad day’, cuba baca 6 kata-kata positif ini. Pasti anda akan kembali bersemangat! Jangan lupa sebarkan kepada kawan-kawan di media sosial supaya semua menjadi positif. Singkirkan aura negatif!
1. “Being positive isn’t pretending that everything is good. It’s seeing the good in everything.”
Ya, menjadi positif itu tidak semestinya berpura-pura bahawa semuanya baik. Tetapi sebenarnya ia melihat sesuatu perkara dari sudut yang baik. Pasti ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi kan?
2. “Never let a bad situation bring out the worst in you. Be strong and choose to be positive.”
Sebaik-baiknya, jangan biarkan situasai yang buruk itu menguasai diri anda. Daripada bersifat negatif, lebih baik anda kuat dan berfikiran positif. Memang susah tetapi individu yang hebat pasti mampu melakukannya!
3. “Love yourself. It is important to stay positive because beauty comes from the inside out.”
Sayangi diri anda dahulu kerana ia merupakan perkara yang utama untuk kekal positif. Kecantikan datang daripada dalam dan luar. Kedua-duanya haruslah seiring.
4. “When you think positive, good things happen.”
Tidak dapat dinafikan, kata-kata ini memang tepat sekali! Sekiranya anda berfikiran positif, pasti akan ada perkara yang baik muncul. Jadi, jangan sesekali berfikiran negatif okay!
5. “I surround myself with good people who make me feel great and give me positive energy.”
Pastikan anda berkawan dengan sahabat yang baik dan positif kerana ia akan buat anda lebih bersemangat dan memberi tenaga yang positif.
6. “When you wake up every day, you have two choices. You can either be positive or negative; an optimist or a pessimist. I choose to be an optimist. It’s all a matter of perspective.”
Setiap pagi selepas bangun tidur, anda mempunyai dua pilihan sama ada mahu menjadi seorang yang positif atau negatif, optimis atau pesimis. Pilihlah untuk menjadi positif dan optimis. Ia akan menceriakan hari anda. Percayalah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setelah 5 Hari, Perkahwinan 2 WARIS Anak Jutawan Ini Masih HANGAT Diperkatakan Netizen. Ini SEBABNYA!
Minggu lalu telah berlangsung majlis pernikahan anak pasangan dua jutawan terkemuka negara, SM Faliq yang merupakan waris kumpulan Naza Group dan juga pasangannya, Chryseis yang merupakan anak kepada jutawan, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group. Walaupun sudah lima hari berlalu, keindahan dan keunikan majlis pernikahan ini masih lagi menjadi bualan netizen. Malah pasangan ini juga menjadi carian tertinggi di google sejak umum mengetahui berita pernikahan mereka.
Welcome to the family @chrystan_x !!! ? #chrysfaliqeverafter
A post shared by Nadia Nasimuddin (@nadianasimuddin) on
Majlis ini menarik perhatian ramai kerana pertembungan dua budaya yang disatukan dalam majlis penuh eksklusif. Pasangan sama cantik sama padan ini menggayakan persalinan serba putih yang menyerlahkan lagi seri pengantin baru. Berlangsung dalam suasana cukup harmoni yang menyaksikan pertembungan keluarga dari dua budaya berbeza.
Pada majlis penuh bersejarah itu, Chryseis nampak anggun berbusana kurung moden rekaan pereka dari Indonesia, Yefta Gunawan dengan layah putih yang hanya disangkut cantik pada sanggul tinggi. Manakala pasangannya cukup tampan dengan persalinan baju Melayu cekak musang dengan samping dan songkok.
I’m a ?? today! #chrysfaliqeverafter ❤️ // 2.02.2018 ?
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Bukan mereka sahaja mengenakan pakaian kebangsaan, tetapi keluarga kedua belah pihak juga tidak ketinggalan sedondon menggayakan persalinan baju Melayu rona yang sama di majlis berkenaan.
A post shared by Y S A E v e n t s (@ysa_events) on
Manakala untuk acara minum teh pula, kelihatannya keluarga SM Faliq juga tampil menarik dengan baju tradisional Cina.
A post shared by SM Faisal Nasimuddin (@faisalnasimuddin) on
Majlis bertemakan ‘English Garden Wedding’ di langsungkan dalam majlis tertutup di sebuah resort peranginan di The Chateau Spa & Organic Wellness Resort, Bukit TInggi. Menariknya majlis pernikahan ini dihias begitu indah dengan kehadiran bunga mawar merah jambu dan putih tanda cinta yang termeterai antara dua hati.
Family ❤️ ; Faliq’s boys & my girls! ?? :: LOVE you all ? // #chrysfaliqeverafter ?
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Apa yang lagi menarik diperkatakan di majlis ini menurut laporan dari Astro Awani, adalah apabila ayah kepada pengantin perempuan, Pengasas Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun turut berpantun mengikut lenggok yang sangat beralun.
Seorang yang dikenali dan disegani, Tan Sri Vincent Tan tidak terlepas untuk menunjukkan kepakarannya berpantun kepada kepada pihak lelaki.
Menerusi satu video yang dimuat naik di ‘insta story’ laman sosial Instagram milik syarikat pengurusan acara @laskarsonas, video menunjukkan kepetahan luar biasa yang ditonjolkan Tan Sri Vincent Tan berbalas pantun kepada pihak lelaki yang diwakili oleh SM Faisal SM Nasimuddin.
Video itu meraih perhatian dan sorakan dari tetamu yang hadir di majlis tertutup berkenaan.
Chinese tea ceremony ?? :: #chrysfaliqeverafter ❤️
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Mengimbau memori lalu, anak jutawan terkenal Tan Sri Vincent Tan ini telah dilamar oleh usahawan, SM Faliq SM Nasimuddin, 33 tahun. Faliq merupakan anak lelaki kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin melamar Chryseis Tan, 29 tahun, ketika mereka berdua bercuti di Marrakesh. Keduanya kemudian mengikat tali pertunangan sebelum diijabkabul Jumaat lalu.
???? :: #chrysfaliqeverafter ? // @thechateauresort ???
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Masih belum terlambat untuk Hijabista mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua mempelai. Semoga ikatan yang terjalin antara gergasi dunia korporat ini kekal kukuh dan mereka berdua bahagia hingga jannah.
SUMBER FOTO: INSTAGRAM
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jangan Keliru Dengan Pelbagai Ujian Virus Corona! Ini Prosedur Yang Sesuai Dengan Standard Antarabangsa!
Semakin hari makin bertambah pesakit yang positif COVID-19 di Malaysia semakin bertambah banyak. Terakhir, Khamis 12 Mac jumlahnya mencapai 149 orang. Tentu saja, ini membuat masyarakat semakin waspada.
Apabila kamu mengalami gejala-gejala virus corona, jangan ragu untuk buat pemeriksaan diri. Dilaporkan dari Centers for Disease Control and Prevention, inilah prosedur ujian virus corona yang betul sesuai dengan standard antarabangsa!
1. Mengambil cairan paru-paru melalui pencucian bronchoalveolar
Pertama anda harus melakukan prosedur bronchoalveolar lavage alias pencucian bronchoalveolar. Ini adalah prosedur medik di mana bronkoskop dimasukkan ke dalam hidung atau mulut ke paru-paru. Lalu, air steril disemburkan ke bahagian kecil paru-paru. Sampel cairan ini dikumpulkan untuk diteliti dan diperiksa.
Menurut laman Centers for Disease Control and Prevention, cairan yang dikumpulkan berjumlah 2-3 ml. Masukkan sampel ini ke dalam bekas pengumpul cairan yang steril dan anti bocor. Prosedur bronchoalveolar lavage boleh dilakukan untuk mendiagnosis penyakit paru-paru, kanser, infeksi, pendarahan dan kondisi medik lainnya.
2. Menghapus nasofaring dan mengambil sample
Masih ada prosedur lain yang harus dijalani, iaitu melakukan swab alias menggosok nasofaring. Caranya ialah memasukkan alat ke lubang hidung dan pastikan posisi hidung sejajar dengan langit-langit mulut. Biarkan alat lap selama beberapa detik untuk menyerap cairan sekresi, didedahkan di laman Health Navigator New Zealand.
Disarankan untuk memakai alat penyeka cairan rembesan dari bahan serat sintetik dengan bekas plastik. Tidak disarankan memakai penyeka kalsium alginat dengan poros kayu, cadangan laman Centers for Disease Control and Prevention. Selain itu, prosedur ini juga dilakukan untuk mendiagnosis infeksi saluran pernafasan atas, seperti batuk toksik.
3. Sampel kahak harus diambil
Prosedur selanjutnya ialah mengambil sampel kahak. Menurut laman Medical News Today, kahak diproduksi oleh paru-paru ketika kita sakit.
Bentuk kahak adalah lendir pekat dengan warna kekuningan atau kehijauan, tidak seperti air liur yang berair, jernih dan berbuih. Apabila kita kelebihan kahak, tubuh berusaha mengeluarkannya melalui batuk.
Menurut Centers for Disease Control and Prevention, awalnya pesakir diminta untuk mengumuh mulut dengan air. Lalu, kahak dikeluarkan melalui batuk dan diletak di bekas pengumpul yang steril dan anti bocor. Biasanya, sampel kahak diambil untuk mengesan penyakit infeksi saluran pernafasan bawah, contohnya bronkitis dan pneumonia.
4. Melakukan swab oropharyngeal
Ujian berikutnya adalah melakukan swab alias sapukan di bahagian oropharyngeal (tekak). Caranya adalah memasukkan alat tongue depressor ke dalam mulut. Gosok di bahagian belakang oropharyngeal, tonsil atau area lain yang mengalami nanah, peradangan dan kemerahan, mengikut laman Quidel.
Biasanya, ujian ini digunakan untuk mendiagnosis infeksi bakteria di tekak. Infeksi ini termasuk radang tonsil, radang tekan, batuk toksik, pneumonia dan meningitis. Menurut laman Centers for Disease Control and Prevention, bahagian yang harus digosok adalah posterior pharynx dan hindari lidah, usahakan alat tidak menyentuhnya.
5. Sampel harus disimpan dalam suhu 2-8°C
Setelah seluruh ujian selesai, simpan sampel dalam suhu 2-8°C, maksima hingga 72 jam. Apabila ada penundaan dalam pengiriman atau pengujian sampel, simpan sampel pada suhu -70°C atau lebih rendah, saran laman Centers for Disease Control and Prevention.
Lalu, setiap bekas sampel perlu diberi label dengan nombor ID pesakit (atau nombor rekod medik), nombor permintaan laboratorium, jenis sampel (misalnya, serum) serta tanggal sampel dikumpulkan. Segera uji sampel ini untuk mengetahui keputusannya.
Itulah prosedur ujian virus corona yang betul dan sesuai standard antarabangsa. Semoga informasi singkat ini bermanfaat ya,!
SUMBER: Laman IDNTimes
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Acapkali Hantar Rakan Ke Masjid, Akhirnya Lelaki Ini Terima Hidayah Peluk Islam!
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah ungkapan yang sering dizahirkan oleh saudara baru tentang Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini seperti dilahirkan semula tanpa dosa dan seperti kain putih yang suci bersih.
Alhamdulillah, gembira rasanya setiap kali membaca kisah saudara kita yang baru memeluk agama Islam. Benarlah, hidayah itu datang dalam pelbagai cara. Seperti kisah seorang lelaki berusia 21 tahun ini, yang memilih untuk memeluk Islam selepas tersentuh dengan budi baik yang ditunjukkan oleh rakan-rakan Muslimnya.
Kisah penghijrahan dan pengalaman seorang lelaki yang bernama Muhammad Farhan ini telah turut dikongsikan dalam sebuah buku yang diterbitkan bertajuk A Reverent Journey: Masjid Omar Kampong Melaka: 1820-2020.
Menjadi sukarelawan di masjid
Menurut Berita Harian Singapura, Muhammad Farhan Yoong atau nama sebenarnya Yoong Chun Keat pada awalnya mendapat pendedahan awal mengenai agama Islam apabila sering menumpangkan rakan-rakan Perkhidmatan Negara (NS) daripada anggota polis Singapura ke masjid untuk menunaikan solat.
Ujar Farhan, dia mula mengenali keindahan Islam selepas penyelianya Fadzil Abdul Rahman(yang merupakan Setiausaha Masjid Omar Kampong Melaka pada waktu itu) memperkenalkannya kepada jemaah masjid hingga dia menurut serta menjadi sukarelawan masjid berkenaan.
Jemaah di masjid tersebut telah menerimanya dengan tangan terbuka dan penuh mesra. Semangat ukhuwah inilah yang membuatkan Muhammad Farhan sanggup menjadi sukarelawan masjid berkenaan dan mengembil bahagian dalam kerja kemasyarakatannya yang melibatkan membantu kelas Quran di kawasan perumahan Jalan Kukoh.
“Melihat teman Muslim saya membantu orang lain, saya menyedari melakukan kebaikan adalah sebahagian besar cara kehidupan masyarakat Islam.
“Mereka tidak mengasingkan agama daripada kehidupan, semuanya menjadi satu.
“Terdapat cara yang betul untuk melakukan perkara tertentu dan ia menjadi sebahagian hidup anda. Pendekatan sebegini adalah yang saya cari-cari. Justeru, saya menghadiri kursus agama dan akhirnya memeluk Islam,” memetik kata-katanya dalam buku yang telah diterbitkan.
Tambah Muhammad Farhan, dia tidak merasa kekok apabila dikelilingi oleh masyarakat Islam yang tidak penat menunjukkan kegigihan dalam membantu golongan yang memerlukan di flat perumahan sekitar Jalan Kukoh.
Selain itu, dia turut berkongsi bahawa dia turut membantu mengambil guru agama bagi kelas Al-Quran dari rumah ke masjid beserta membawa makanan untuk pelajar dan sebagainya.
“Kami bukan sahaja membantu orang Muslim. Kami juga mengusahakan agar warga emas daripada semua kaum mendapatkan pemeriksaan perubatan percuma. Kami juga mendidik mereka tentang isu seperti risiko terjatuh.
“Hotel Seacare berdekatan menyediakan lokasi untuk pemeriksaan perubatan ini. Mereka yang hadir termasuk jemaah Masjid Omar Kampong Melaka.
“Saya kini buat lebih daripada setakat kerja kemasyarakatan untuk masjid ini – segala yang saya buat mencorak hidup saya menjadi insan yang lebih baik,” jelasnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Islam Akhirnya Membuka Jalan Dirinya Bertemu Ketenangan Hidup, Marcell Akui Sudah 12 Tahun Mualaf
Gambarkan diri sebagai seorang yang ‘optimistik’
Berkongsi mengenai latar belakang pendidikan, Farhan terdahulu bersekolah di sekolah swasta dan dibimbing guru-guru daripada latar belakang antarabangsa pada peringkat sekolah menengah dan posmenengah atas keinginan ibu bapanya yang mendapat pendidikan luar negara (bapanya lulusan institusi di United Kingdom manakala ibunya mendapat pendidikan di Australia).
Muhammad Farhan turut menggambarkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai pemikiran terbuka dan seimbang dalam membantu menjadikan dunia tempat yang lebih baik.
“Kalau ada masalah, saya cuba sebaiknya menghuraikannya. Orang kata buat kesilapan itu baik (agar dapat belajar daripada kesilapan).
“Tetapi saya secara peribadi berasakan tidak baik pula kalau saya bikin silap. Jadi saya cuba elakkan kesilapan.
“Saya bersikap optimistik, rasanya. Saya selalu meninjau cara bagaimana perkara tertentu dapat dilakukan dengan lebih baik lagi,” tambahnya.
ARTIKEL BERKAITAN: Kisah Unik Dalam Perjalanan Rohani Mereka, 12 Selebriti Seberang Memilih Peluk Islam
Sekadar info, Farhan merupakan salah seorang belia yang telah menerima watikah pelantikannya sebagai anggota LPM Masjid Omar Kampung Melaka; masjid tertua di Singapura setelah 10 bulan memeluk islam.
Sumber: Berita Harian Singapura
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI