Sandwich sering digemari sebagai santapan pagi atau ‘breakfast’. Kalau hari-hari asyik nak sarapan nasi lemak dan roti canai pun tak sihat juga… Apa kata anda cuba resepi makanan segera yang sedap lagi menyihatkan ini. Tambah pula, penyediaannya amat mudah sekelip mata!

Walaupun kelihatan ringkas, sandwic penuh dengan karbohidrat, protein dan vitamin, yang membantu pertumbuhan, pemulihan dan penyelenggaraan fungsi badan. Pernah tak anda beli sandwich di kedai runcit dan isinya sedikit? Ha… memang tak best kan. Apa kata kali ini anda buat dan cuba sendiri resepi di bawah? Nak letak isi tebal, banyak sayur atau tidak letak sayur, ikut suka anda! Lagi puas hati.

Oleh itu, penulis akan kongsikan 10 resepi sandwich dari kepelbagaian resepi di laman Facebook. Bahkan, resepi sandwich jepun pun ada. Cara penyediaan pula sangat pantas dan senang!

1. Sandwich Egg Mayo

No photo description available.

Ha… resepi pertama ini pastinya paling senang buat anda. Telur dan mayo merupakan diantara barang wajib ada di rumah dan mudah untuk dicari. Kalau anda sering membuat sandwich telur biasa, apa kata kalini anda ikut resepi daripada NaNie yang dikongsikan di laman facebook ini. Pasti sedapnya berganda!

Bahan-bahan :

No photo description available.

  • 10 biji telur direbus dan dilecek,
  • 1 senduk mayonnaise,
  • 1 sudu teh lada sulah Ajishio.
    (Campur semua sekali dan gaul sebati)

Bahan sampingan:

  • Tomato dipotong bulat,
  • Salad (Ikut suka guna salad pokok atau salad biji@bulat).

Caranya-caranya :

  1. Ambil sekeping roti, sapu mentega.
  2. Mula-mula letak tomato.
  3. Kemudian letakkan sesudu bumbu bancuhan telur, letak atas tomato tadi dan ratakan.
  4. Seterusnya letak sekeping salad di atas bancuhan telur.
  5. Akhir sekali letak roti.
  6. Potong serong 2@4. Siap!
    *susunan roti: roti, tomato, bancuhan telur, salad, roti.

2. Sandwich Tuna Mayo

No photo description available.

Jika anda bukan peminat telur, anda boleh juga gantikan dengan tuna.  Resepi sandwich ini dikongsikan oleh MasAyu Legacy di laman Facebook. Penyediaan bahan resepi ini amat mudah. Hanya potong-potong dan gaul sahaja. Jom cuba resepi di bawah.

Bahan 1 :

No photo description available.

IKLAN
  • Tuna mayones ayam brand,
  • Sedikit bawang besar didadu,
  • 1 sudu besar mayones,
  • 1 sudu besar sos cili,
  • Sedikit cili api.

Bahan 2 :

May be an image of text that says "Timun Tomato Mayonis OPPOA92020· OPPO OPPOA92020-©MasAyuLegacy A9 2020 ©MasAyuLegacy"

  • Timun didadu,
  • Tomato didadu,
  • 1 sudu mayones,
  • 1 sudu sos cili,
  • Roti dan salad.

Cara-caranya :

  1. Gaul bahan 1,
  2. Gaul bahan 2,
  3. Guna 3 keping roti untuk 1 set sandwich.

Cara susun :

  1. Roti lapisan pertama letak bahan 1.
  2. Kemudian letak salad.
  3. Terus lapiskan dengan sekeping roti lagi.
  4. Seterusnya letak bahan 2.
  5. Akhir sekali tutup dengan lapisan roti ke-tiga.
  6. Potong silang pangkah.

Artikel berkaitan: Ini Cara Buat Egg Drop Sandwich Seperti Dalam Drama Korea. Gadis Ini Kongsi Resepinya! 

3.Sandwich Honey Chili Dan Teriyaki Chicken

No photo description available.

 

Selain tuna dan telur, anda boleh juga cuba resepi yang dikongsikan Hidayah Sobri di laman Facebook.

IKLAN

Bahan-bahan Honey Chilli Chicken :

  • 1 kg dada ayam,
  • 3 sdb madu,
  • 2 sdb hot sauce/sos cili api,
  • 2 sdb sos tomato,
  • 3 sdb serbuk cili,
  • 1 sdb secukup rasa/garam.

Setelah itu, perapkan semua sekurangnya 6 jam untuk dapatkan warna yang cantik.

Bahan-bahan Teriyaki Chicken :

  • 1 kg dada ayam,
  • ¼ kicap pekat,
  • ¼ kicap masin,
  • 2 sdb madu,
  • 2 sdb gula perang,
  • 2 sdb bijan,
  • 2 sdb gula kasar,
  • 1 sudu kecil garam halus.
    (Perapkan semua, sekurang-kurangnya 3 jam)

Kemudian, bakar kedua bahan Honey Chilli dan Teriyaki Chicken dalam oven suhu 220°C selama 30 minit, kalau isi tebal pastikan anda belah dua bagi nipis sedikit.

Cara Lapiskan :

    1. Mula-mula letak roti, semua letak marjerin/mentega.
    2. Kemudian letak romaine Lettuce.
    3. Letak ayam marinate yang sudah dihiris.
    4. Letak sos.
    5. Kemudian letak lapisan roti ke-dua.
    6. Letak tomato (hiris, letak atas tisu untuk keringkan air).
    7. Letak timun jepun (kurang berair).
    8. Letak isi ayam.
    9. Tambah sos.
    10. Letak cheese keping.
    11. Akhir sekali tutup dengan roti.
    12. Belah 4, siap sudah boleh makan.

Artikel berkaitan: Senarai Resepi Viral TikTok Trend 2021, Yang Berkaitan Dengan Penurunan Berat Badan

4.Wanpaku Sandwich Jepun

No photo description available.

Mesti anda jarang dengar mengenai sandwich ini kan? Wanpaku sandwich ini sesuai sangat buat anda yang nak diet kerana boleh ‘sumbat’ bermacam-macam sayur dan juga protein. Bukan sahaja bersesuaian untuk sarapan pagi, malahan buat hijabi yang bekerja; bolehlah buat resepi ini untuk makan tengah hari sebab memang gebu dan mengenyangkan. Jom cuba resepi daripada Nurasykin Ali ini, senang sangat!

IKLAN

Bahan-bahan :

No photo description available.

  • Roti,
  • Tomato cherry,
  • Telur puyuh,
  • Salad,
  • Lobak,
  • Tuna ayam brand,
  • Kewpie dressing roasted sesame.

Cara-caranya:

  1. Mula-mula bancuh tuna dengan kewpie dressing. Sukatan ikut suka.
  2. Mulakan lapisan roti pertama, sapukan roti dengan butter/marjerin.
  3. Kemudian letak sekeping cheese di atas roti.
  4. Letak salad.
  5. Lepas itu letak tuna, kuantiti ikut selera.
  6. Boleh susunkan telur puyuh, tomato dan lobak macam memanjang di tengah.
  7. Kemudan tutup dengan sekeping roti.
  8. Di atas roti tadi sapukan butter/marjerin.
  9. Kemudian layerkan satu lagi kepingan cheese.
  10. Susun atasnya dengan salad, mayones dan lobak.
  11. Tutup dengan roti yang terakhir.
  12. Belah bahagian tengah. Siap!

5. Monte Cristo Sandwich

No photo description available.

Resepi sandwich Monte Cristo ini biasanya menggunakan sapuan jam strawberry atau jam buah-buahan yang lain. Tapi Helena Rizanie Abdullah telah berkongsi di laman Facebook resepi ini dan menukar jam kepada cili sos. Jom cuba!

Bahan-bahan :

  • Roti gardenia,
  • Chicken loaf ayamas,
  • Cheesdale,
  • Mayones/honey mustard,
  • Cili sos/strawberry jam,
  • Telur,
  • Breadcrumbs.

Cara-caranya :

  1. Mula-mula celur chicken loaf seketika.
  2. Untuk lapisan, sapukan roti dengan mayones/honey mustard.
  3. Kemudian susun cheese.
  4. Seterusnya letak chicken loaf.
  5. Akhir sekali sos cili/jam strawberry.
  6. Kemudian letak roti ke-dua.
  7. Ulang semula step nombor dua sehingga terbentuk 3 layer roti.
  8. Akhir sekali celupkan merata pada telur.
  9. Rataka merata pada breadcrumbs.
  10. Goreng hingga keperangan.
  11. Belah dan siap!

Sumber info dan gambar: 1, 2 , 3 , 4, 5

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI