Zara Zya Manis Berhijab – “Masa Lalu Biarlah Berlalu, Sambutlah Masa Depan Yang Ceria Dengan Memperbaiki Diri”

Share

Perkongsian pelakon Zara Zya dengan gambar dirinya bertudung mengundang persoalan ramai. Ramai yang tertanya-tanya mungkinkah pelakon cantik manis berusia 35 tahun ini sudah berhijab.

Spekulasi bertambah kuat apabila Zara berkongsi video mengenakan tudung ketika berada di sebuah pusat membeli belah.

Namun, menerusi sekeping gambar yang dimuat naik, Zara menulis kapsyen seolah-olah dia sudah berhijrah.

Masa lalu biarlah berlalu, sambutlah masa depan yang ceria, dengan memperbaiki diri kita yang sekarang.

Dalam pada itu, Zara juga ada menulis bait-bait berikut:

Jika Allah cepat makbulkan doa kita, itu tandanya dia sayangkan kita…

Tapi kalau Allah lambat makbulkan doa kita, sabar.. DIA tetap sayang… cumanya DIA sedang menguji kita…

Sesungguhnya DIA Maha Mengetahui… Pasti DIA merancang sesuatu yang lebih baik buat diri kita.

Manakala di ruangan komen pula, kebanyakan pengikutnya di media sosial mengucapkan tahniah di atas perubahan yang menggembirakan itu. Dalam masa yang sama juga, ramai yang mendoakan agar Zara terus istiqomah.

 

 

 

Zara yang cukup dikenali menerusi drama Love You Mr Arrogant kini giat membina empayar perniagaan yang diusahakannya.

Sumber kredit: Instagram Zara Zya

IKLAN