Penjagaan rambut bukan sahaja untuk wanita yang tidak bertudung. Sebaiknya bagi mereka yang berhijab juga perlu menitik beratkan penjagaan mahkota yang satu ini. Salah seorang selebriti berhijab yang begitu menitik beratkan soal penjagaan rambut adalah Yuna. Seperti orang lain dia juga turut mengalami masalah keguguran rambut. Dan dia ada rahsia tertentu untuk mengekalkan kesegaran keserian rambut walaupun seharian berhijab.
Menurut Yuna, dia hanya mencuci rambut dua kali seminggu. Cara ini adalah bagi mengekalkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kepala. Penyanyi bersuara unik ini memang begitu menitik beratkan tentang kesihatan kulit kepalanya supaya ia seimbang dan tidak kering.
Nasihat Yuna lagi, bagi wanita berhijab itu perlu mencari produk penjagaan rambut bersesuaian dengan masalah rambut. Pastikan juga megamalkan rutin penjagaan bagi mengekalkan kesihatan rambut.
Sebenarnya cucian rambut terlalu kerap juga boleh menyebabkan kulit kepala mengalami masalah kekeringan. Sekaigus akan menyebabkan rambut kering dan rosak. Dan jika tidak dicuci pula akan menyebabkan masalah kelemumur.
Ads
Jadi seseorang wanita itu tidak kira berhijab atau tidak perlu bijak seimbangkan cara penjagaan rambut.
Yuna ditemui ketika majlis pelancaran kempen #wanitabesi anjuran jenama syampu Pantene di GSC MId Valley. Sekaligus turut menyaksikan penyanyi yang kini mengembangkan namanya di US dipilih sebagai duta bagi jenama ini.
Hadir dengan berhijab turban dan topi bowler, Yuna kelihatan sangat edgy dan chic untuk majlis tontonan filem pendek Wanita Besi! Selesai tayangan, Yuna cukup ramah melayan rakan media yang bertanya pelbagai soalan.
Sekejap sungguh masa berlalu, jika dahulu kita sering melihat figura genit ini menghiburkan kita dalam setiap naskah drama dan filem yang dibintanginya, hingga membuatkan ramai tak keruan melihat kecomelan raut wajah serta kepetahan yang dimilikinnya.
Kini, personaliti media sosial yang dahulunya merupakan pelakon cilik Malaysia, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan atau lebih mesra disapa sebagai Mia Sara sudah pun menjadi anak gadis berusia 19 tahun.
Malah, semakin mempersona dengan penampilan yang lebih bersesuiaian dengan gadis seusianya. Walaupun berhijab, mia tidak tidak terikat untuk berfesyen, beliau semakin bijak menatarias gaya sehingga berjaya menarik perhatian wargamaya!
Menerusi hantaran video di laman Tik Tok miliknya, Mia memaparkan dirinya sedang menggayakan baju dengan corak warna warni yang begitu meriah, sekaligus membuatkan dia terlihat persis anak patung Barbie dalam solekan minimalis namun menyerlahkan persona wajah remajanya.
Video berkenaan dirakam Mia sewaktu bersama seorang rakan baiknya yang juga merupakan influencer media sosial, Liya Maisarah ketika mereka sedang menjalani sebuah photoshoot bersama.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan dan penampilan Mia, kebanyakan netizen bersetuju bahawa penampilan Mia kini lebih menarik dan menyerlah berbanding sebelumnya.
Malah ada juga yang menyatakan hasrat untuk memiliki baju yang diperagakan oleh Mia.
Walaupun meraih banyak pujian, namun terdapat juga segelintir netizen yang masih ‘sakit mata’ dan bertindak mengecam penampilan Mia akibat pemakaian tudung pendek dan tidak menutupi aset berharga miliknya.
Oleh itu, marilah kita mendoakan semoga Mia Sara mendapat hidayah menjadi seorang muslimah yang mengikut tuntutan syariah, berhijab dan menutup aura dengan sempurna, sebagaimana yang telah disrankan oleh agama Islam, agar tidak terus menerus mengundang kecaman dari warga maya.
Untuk rekod, Mia telah bergiat aktif dalam industri seni tanah air sejak 2008 lagi. Ketika itu usianya baru mencecah tiga tahun. Antara drama dan filem popular yang telah dilakonkan oleh Mia adalah Papa I Love You, Strawberi & Karipap serta Nur Kasih The Movie.
Sekadar inf, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Seluar baggy atau seluar harem adalah fesyen yang popular dari zaman dahulu hingga sekarang. Rekaan seluar ini benar-benar unik, yang sedikit lebar di paha dan sempit di bahagian lutut. Namun, tetap selesa kerana terasa longgar dan sesuai untuk padanan gaya hijabi. Tidak hairanlah bahawa seluar kasual ini sangat sesuai untuk kegunaan seharian.
Anda juga boleh memakai seluar baggy ini untuk pelbagai acara rasmi dan kasual. Penampilan anda akan tampak klasik dalam gaya lama tetapi tetap terkini dan tidak terasa kuno.
Dengan bahagian atas kanan, seluar baggy dapat menjadikan postur anda kelihatan lebih tinggi. Oleh kerana bentuknya yang longgar, anda akan tetap selesa melakukan aktiviti sepanjang hari. Oleh itu, jika anda ingin mencari idea untuk seluar padanan terkini, jom semak OOTD gaya seluar baggy.
Seluar jeans baggy sangat sesuai jika anda menggabungkannya dengan ruffle top . Ia sangat sesuai untuk anda gunakan dalam acara santai dengan gaya kasual. Anda boleh padankan kasut tumit dan beg tangan yang comel. Jangan lupa memakai cermin mata hitam untuk menjadikannya lebih bergaya.
Adakah anda ingin kelihatan formal dengan seluar baggy terkini? Cubalah dan padanan seluar baggy ini, menjadikannya lebih profesional, anda boleh menambahkan blazer dan pakaian dalam masuk ke dalam. Rupa ini sesuai untuk pelbagai acara rasmi, seperti kuliah atau pejabat. Agar penampilan anda tidak terlalu kaku, anda boleh memakai kasut tinggi atau boot. Jangan lupa lengkapkan gaya dengan bag galas.
Ingin kelihatan santai dengan seluar baggy? Anda boleh memadankan seluar baggy hanya dengan t-shirt biasa. Sangat sederhana dan mudah, bukan? Agar tidak terlalu rata, anda boleh menambahkan aksesori seperti rantai atau tali pinggang. Penampilan kasual ini juga lebih lengkap dengan kasut sneakers.
Inspirasi seluar baggy kontemporari ini sesuai untuk anda yang tidak selesa memakai pakaian ketat dan mengikut bentuk badan anda. OOTD ini kelihatan longgar dan santai malah kemeja besar bercorak ini tampak selesa. Sesuai untuk penggunaan seharian tanpa rasa takut tidak selesa dengan pakaian anda. Bagi kasut, anda boleh memakai kasut rata dengan sedikit perincian. Jangan lupa menambah tali pinggang ke seluar anda supaya tidak nampak hambar.
Sekiranya anda ingin kelihatan lebih feminin, gabungan seluar baggy kontemporari dan halter top ini patut dicuba. Sangat sesuai digunakan dalam cuaca panas. Anda boleh menambah tali pinggang daripada seluar jeans. Kemudian untuk kasut, pakai tumit dengan tali pergelangan kaki yang menjadikan kaki anda kelihatan lebih cantik. Untuk beg, anda boleh menggunakan sling bag kulit. Tampilan ini ringkas tetapi bergaya
Idea seluar baggy OOTD kali ini adalah gaya kasual dan anda tidak perlu memikirkan pakaian apa yang harus dipakai di almari pakaian anda. Anda boleh menggabungkan seluar baggy dengan kemeja putih yang dipotong. Ringkas tetapi tetap bergaya, lebih-lebih lagi apabila dipadakan dengan kasut putih. Ini sangat sesuai untuk aktif, seperti melancong, membeli-belah, melepak, melancong dan banyak lagi. Oh ya, penampilan ini juga sesuai untuk anda yang mempunyai postur badan yang kecil agar kelihatan lebih tinggi.
Inspirasi untuk pakaian seluar baggy kontemporari ini disarankan bagi anda yang memakai tudung. Anda masih boleh kelihatan moden dan bergaya. Anda boleh memadankan seluar jeans dengan gaya pinggang tinggi dengan kemeja-T putih. Kemudian, tambahkan baju yang terlalu besar sebagai bahagian luar untuk menjadikan penampilan anda lebih baik. Untuk tudung, anda boleh memakai tudung pashmina, begitu juga dengan kasut. Kasut putih dengan butiran suntikan warna sesuai dengan bahagian luar anda.
Masih lagi gaya OOTD seluar baggy untuk hijaber, kali ini anda boleh menggunakan pakaian sederhana tanpa harus memakai pakaian berlapis. Seluar baggy yang diperbuat daripada seluar jeans dipadankan dengan sempurna dengan blaus putih. Anda hanya perlu menambah tudung Pashmina, warnanya masih sama. Untuk kasut, anda boleh memakai kasut untuk menjadikan penampilan anda lebih santai. Tetapi walaupun santai, penampilan ini benar-benar dapat digunakan untuk majlis formal.
Ingin kelihatan klasik dengan seluar jeans tetapi kelihatan bergaya? Anda boleh mencuba inspirasi seluar dan pakaian bertudung ini. Seluar jeans baggy akan sesuai dengan anda ketika anda memadankan dengan warna putih dalaman dan seluar jeans luar model baju. Kemudian untuk tudung, anda boleh memakai tudung pashmina yang diikat di leher anda. Rupa ini menjadikan penampilan kasual anda lebih segar. Terutama jika anda menambah kasut putih sebagai kasut.
Seluar motif tartan warna mocca baggy akan sesuai dengan mantel oater yang sesuai. Kemudian, anda boleh menambah kemeja putih biasa sebagai cara kerja dalaman anda. Ditambah dengan kasut putih dan selendang pashmina, anda dijamin kelihatan sangat bergaya. Sangat sesuai untuk OOTD ini digunakan dalam acara formal atau santai.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Antara fakta dan mitos? Kebanyakkan masyarakat mempercayai mitos dari fakta tentang banyak perkara. Contohnya, tidak boleh mandi pada waktu malam, takut diserang penyakit paru-paru berair dan sebagainya. Mitos-mitos ini membuatkan ramai orang keliru. Kini muncul pula dengan mitos yang sememangnya langsung tidak masuk akal iaitu mitos scaling gigi.
Pelbagai perkara tidak elok tentang mitos scaling gigi ini sehingga satu tahap anda sendiri akan rasa bahawa semua itu langsung tidak boleh dipercayai dan mengarut. Bukan semua orang berani untuk membuat rawatan scalling berkemungkinan juga dari pengalaman orang perseorangan.
Jom semak antara mitos yang menakutkan segelintir masyarakat untuk melakukan rawatan ini.
MITOS: Scaling menyebabkan gigi akan jarang
FAKTA: Scaling tidak menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.
MITOS: Scaling akan menjadikan gigi anda nipis
FAKTA: Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling juga digunakan ke atas karang gigi, bukannya gigi. Mekanisme ini tidak menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.
MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda sensitif
FAKTA: Apabila banyak sangat karang gigi, gusi semakin susut. Ini menyebabkan permukaan akar gigi terdedah & gigi menjadi sensitif. Jadi, perlulah scaling untuk singkirkan karang gigi & memulihkan gusi supaya tidak rasa sensitif
MITOS: Scaling akan menyebabkan gigi anda bergoyang
FAKTA: Sebenarnya sokongan kepada gigi oleh gusi telah berkurang apabila terbentuknya karang gigi yang tebal. Gusi semakin lama semakin menyusut jika karang gigi tidak scaling. Akhirnya gigi bergoyang. Dengan scaling dan gusi boleh kembali pulih.
MITOS: Scaling adalah untuk memutihkan gigi anda
FAKTA: Untuk putihkan gigi, namanya whitening. Scaling boleh dilakukan untuk menghilangkan stain tetapi bukan untuk putihkan gigi. Walabagaimanapun, menghilangkan stain bukanlah tujuan utama scaling.
MITOS: Jika sudah berus gigi sebanyak dua kali sehari, anda tidak perlu scaling lagi
FAKTA: Ini kurang tepat. Walaupun sudah gosok gigi 2 kali sehari, masih akan ada permukaan yang terlepas. Yang penting, perlu periksa gigi dulu, kemudian baru kita boleh nilai perlukan scaling atau tidak.
Presepsi dan tanggapan itu sepatutnya diubah kerana menurut Dr. Mike Lim daripada Blanc Dental Clinic, seseorang perlu membuat pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali. Kata Dr. Mike, menerusi pemeriksaan berkala itu, doktor dapat mengenal pasti sebarang masalah yang mungkin tidak disedari seperti gigi berlubang atau masalah gusi.
Pentingnya melakukan scaling gigi yang memudahkan pengenal pastian dan rawatan masalah masalah gigi dan boleh mendidik atau memberi pengetahuan mengenai kesihatan mulut. Sesetengah orang perlu melakukan scaling dengan lebih kerap berbanding dengan yang orang lain, contonya orang yang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat karies gigi, plak dan staining. Gusi berdarah juga merupakan petanda gusi mempunyai keradangan yang selalunya disebabkan kebersihan mulut yang tidak baik.
“Pentingnya buat scaling gigi (Rawatan Penskaleran/Cuci Gigi) untuk membuang plak, karang (calculus) dan pewarnaan (staining) dan kotoran pada permukaan gigi. Yang biasanya tidak dapat dicapai dan dibersihkan melalui gosok gigi harian.”
Selain dari itu, untuk mengekalkan kesihatan dan kebersihan gigi dan gusi. Rawatan ini untuk merawat penyakit gusi serta membantu pemeriksaan gigi dan gusi. Mulut yang bersih membantu doktor gigi untuk memeriksa gigi dengan lebih teliti dan tepat, contohnya,karies (gigi berlubang).
Menyedari ketakutan masyarakat yang menyangka rawatan itu menyakitkan, Dr. Mike memberitahu di kliniknya telah memperkenalkan rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort (ASUC) iaitu teknologi revolusi pembersihan gigi yang efektif dan berkesan berbanding kaedah biasa. Di mana penggunaan serbuk Airflow powder dengan udara dan ai, dan teknologis kaler Piezon tanpa sakit memberi pengalaman cuci gigi yang sangat bersih dan berkilat dan tanpa sakit.
“Biasanya, scaling melibatkan proses mencuci dan menggilap gigi menggunakan peralatan tangan dan alat ultrasonik untuk mengikis plak dan kalkulus yang terbentuk pada gigi.
Cerita Dr. Mike, menariknya mengenai rawatan itu ia menggabungkan penggunaan Airflow Prophylaxis Master (inovasi terkini yang terdapat dalam industri pergigian), pelindung mulut OptraGate dan berus gigi Curaprox berdasarkan protokol yang terbukti secara saintifik.
Paling penting kata Dr. Mike, rawatan Airflow Spa Ultra-Comfort terdapat beberapa kebaikan termasuklah tidak menyakitkan, mencerahkan warna gigi, bersih dan jangka masa rawatan yang pendek.
Scaling gigi tak sakit juga dapat dicapai dengan Pendidikan kebersihan mulut melalui Airflow Spa Ultra-Comfort di mana dengan kebersihan mulut yang optimum dan tidak terlalu kotor, pengalaman cuci gigi boleh menjadi lebih selesa.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di