Penjagaan rambut bukan sahaja untuk wanita yang tidak bertudung. Sebaiknya bagi mereka yang berhijab juga perlu menitik beratkan penjagaan mahkota yang satu ini. Salah seorang selebriti berhijab yang begitu menitik beratkan soal penjagaan rambut adalah Yuna. Seperti orang lain dia juga turut mengalami masalah keguguran rambut. Dan dia ada rahsia tertentu untuk mengekalkan kesegaran keserian rambut walaupun seharian berhijab.
Menurut Yuna, dia hanya mencuci rambut dua kali seminggu. Cara ini adalah bagi mengekalkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kepala. Penyanyi bersuara unik ini memang begitu menitik beratkan tentang kesihatan kulit kepalanya supaya ia seimbang dan tidak kering.
Nasihat Yuna lagi, bagi wanita berhijab itu perlu mencari produk penjagaan rambut bersesuaian dengan masalah rambut. Pastikan juga megamalkan rutin penjagaan bagi mengekalkan kesihatan rambut.
Sebenarnya cucian rambut terlalu kerap juga boleh menyebabkan kulit kepala mengalami masalah kekeringan. Sekaigus akan menyebabkan rambut kering dan rosak. Dan jika tidak dicuci pula akan menyebabkan masalah kelemumur.
Ads
Jadi seseorang wanita itu tidak kira berhijab atau tidak perlu bijak seimbangkan cara penjagaan rambut.
Yuna ditemui ketika majlis pelancaran kempen #wanitabesi anjuran jenama syampu Pantene di GSC MId Valley. Sekaligus turut menyaksikan penyanyi yang kini mengembangkan namanya di US dipilih sebagai duta bagi jenama ini.
Hadir dengan berhijab turban dan topi bowler, Yuna kelihatan sangat edgy dan chic untuk majlis tontonan filem pendek Wanita Besi! Selesai tayangan, Yuna cukup ramah melayan rakan media yang bertanya pelbagai soalan.
Walaupun berada di luar negara, namun tidak membataskan anak Melayu yang merantau mencari rezeki di sana untuk membanggakan nama Malaysia. Seperti kisah wanita ini, Dr Eliesmaziah Alias, 45 tahun yang boleh tersenyum bangga kerana mampu mencipta nama di bumi asing, iaitu United Kingdom, (UK) apabila tudung rekaannya menjadi pilihan untuk dipakai polis wanita di negara berkenaan.
Menurut Dr Eliesmaziah atau lebih mesra dipanggil Dr Elies, idea untuk mencipta hijab yang digunakan polis wanita UK bermula ketika beliau bertemu berjumpa beberapa polis dalam satu pameran di UK.
“Ketika itu saya lihat uniform mereka dan beritahu material begini tak sesuai untuk anggota polis. Lalu saya berbincang dengan mereka dan dari situ bermulalah perbincangan seterusnya dengan pihak atasan.
“Ternyata tudung sukan jenama MoreSlim rekaan saya digunakan untuk polis wanita Muslim mereka yang biasa tetapi mereka meminta saya membantu untuk design hijab yg sesuai untuk polis wanita Muslim unit taktikal.
“Design saya juga banyak kali digunakan sebagai experiments antara pihak polis UK. Yang ini tudung lain dan sangat istimewa. Dan saya juga benar-benar berharap dapat membantu polis, askar dan anggota keselamatan lain di Malaysia pula satu hari nanti,” ujarnya ketika dihubungi secara dalam talian.
Beliau dan keluarga yang kini sudah 30 tahun berhijrah ke UK dan tinggal di Manchester. Menceritakan detik penghijrahannya di sana, Dr Elies berkata bermula sebaik tamat peperiksaan SPM dan mengambil A Level di sana.
“Pada asalnya saya ke UK setelah peperiksaan SPM untuk mengambil A level seterusnya meneruskan pengajian dalam bidang perubatan. Tetapi kemudiannya berpindah ke Mechanical Engineering sebelum meneruskan pula pengajian dalam MSc dalam bidang Medical Engineering.
“Setelah keputusan cemerlang, saya kemudiannya ditaja oleh kerajaan UK dan beberapa small companies untuk membuat PhD Biomaterial and Biomedical Engineering. Project student saya juga telah mendapat anugerah di Institute of Mechanical Engineering.
“Kemudian saya menjadi ResearchScientist di universiti dan bekerja dengan pakar bedah untuk mencipta alatan bagi pembedahan dan material untuk ditanam dalam tubuh manusia. Projek terakhir saya sebelum berhenti merupakan develop a sensor untuk detect penyakit jantung,” tambahnya yang kini senang dengan tuganya sebagai founder/owner Instant Hijabs UK selain menguruskan hal keluarga.
Menurutnya juga walaupun sudah lama tinggal di sana namun tiada kekangan dalam berhijab dan hidup sebagai wanita Muslim di rantau orang.
Malah menurutnya apa yang penning adalah pembawaan diri. Baginya Muslimah yang cerdik dan berpendirian adalah lebih dihormati.
“Saya dah tinggal di luar negara nak dekat 30 tahun. Sepanjang saya tinggal di sini, belajar di kolej, universiti dan bekerja di universiti, belum pernah lagi saya bertemu dengan soal diskriminasi pelajar kerana mereka bertudung.
“Seseorang pelajar itu akan berjaya sekiranya mereka menunjukkan prestasi pembelajaran yang baik, mengambil bahagian dalam sistem pendidikan dengan aktif (bukan hanya duduk diam. Ini kerana pakai tudung tak semestinya jadi tunggul kayu tak bercakap kalau cikgu tanya soalan). Ramai pelajar cemerlang yang terdiri dari mereka yang menutup aurat dengan betul.
“Saya juga sering mengetuai meeting bersama syarikat-syarikat dan penyelidik-penyelidik, dengan orang putih sekeliling dan saya seorang wanita Muslim bertudung di hadapan. Tiada masalah dan paling penting kita berilmu,” cerita Dr Elias lagi yang juga bergelar isteri kepada seorang doktor perubatan dan mempunyai tiga cahaya mata.
Beliau yang berasal dari Melaka ini juga turut menjelaskan mula belajar menjahit dalam bilik jahit sebagai kerja sambilan.
“Saya peniaga kecil, atau orang panggil start-up. Saya bermula tanpa bantuan dari mana-mana agensi setahun yang lalu. Mula belajar jahit di bilik jahit sendiri dan hanya saya buat sebagai part time.
“Bermula dari situ saya mula terfikir untuk mengisi career break saya. Jadi atas kapasiti yang agak terbatas saya telah mengeluarkan dalam 1000-2000 helai tudung. Tetapi sekarang saya telah mendapat jalan, lebih banyak dalam production disebabkan banyak permintaan. Alhamdulillah saya bersyukur atas rezeki kurniaan Allah ini,” tambahnya lagi yang memberitahu syarikatnya juga telah menerima anugerah baru-baru ini.
“Baru-baru ini syarikat saya telah mendapat shortlisted as one of the finalist for start-upbusiness of the year, di majlis prestijious Islam Channel Business awards 2019 yang telah berlansung di London.
“Saya sangat-sangat bersyukur dalam banyak start-up business di UK ini kami terpilih dan dalam majlis tersebut kami merupanya satu sahaja syarikat Melayu yang memasuki peringkat akhir,” jelasnya yang hanya menjalankan bisnes secara online.
Dan dalam masa sama juga turut menawarkan khidmat penghantaran percuma sekitar UK. Kebanyakan pembeli hijab keluaran syarikatnya adalah dari UK, Eropah dan juga Australia.
Sebagai orang baru yang berjinak-jinak dalam bisnes hijab ini Dr Elies turut memberi pesanan cukup berguna.
“Sebagai seorang saintist dalam bidang biomaterial, saya memang berhasrat memberi khidmat saya kepada Muslimah dengan ciptaan yang berkualiti, yang dikaji dan sesuai untuk keselesaan.
“Saya juga amat berharap agar komuniti kita menghormati hak cipta dan penat lelah orang lain. Pengalaman saya pertama kali memasarkan produk ke Malaysia, saya berasa sungguh kecewa apabila mandapat tahu beberapa peniaga yang tidak beretika meniru hasil cipta orang lain tanpa segan silu.
“Perkara ini tidak ada di barat. Untuk menjadi masyarakat yang maju dan mempunyai daya saing dan inovasi, kita sebagai masyarakat sepatutnya membidas perkara ini dan tidak menyokong mereka. Dan amatlah malang sekali, mereka menganiaya peniaga dari kalangan seagama mereka,” tegasnya yang mahu menjadi seorang Muslimah yang pandai dalam menilai.
“Saya ingin Muslimah jadi pandai dalam menilai. Jangan jadi hamba fesyen. Kadang-kadang cantik tidak semestinya sesuai. Kenali kualiti bukan benda yg menjadi ikutan. Sayangi dan hormati diri sendiri dan jadilah seorang yang kuat.
“Motto hidup saya adalah selalu memberikan segala yang terbaik dalam segala pekerjaan kita. Saya ada anak semasa belajar, tapi kita kena kuat hadapi segalanya,” ujarnya lagi yang juga merupakan mantan Pengetua Sekolah Komuniti Malaysia Manchester.
Tudung MoreSlim yang boleh dibeli menerusi laman web www.instanthijabs.co.uk itu dilancarkan di London pada April 2018. Ataupun boleh melayari laman facebook Page MoreSlim Malaysia bagi yang berminat untuk mendapatkan sport hijab ini.
Pelakon jepun Miki Ryosuke telah menemui satu kaedah yang menarik yang membantu beliau untuk kehilangan 13 kg (28.7 lb) dan 12 cm (4.7 “) dari pinggang ke dalam hanya beberapa minggu.
Keputusan ini adalah kesan sampingan daripada latihan bantuan sakit belakang ditetapkan kepadanya oleh doktor, dan latihan ini mengambil dia hanya 2 minit sehari.
Mari kita mencuba teknik ini dan memahami dengan tepat bagaimana ia membantu kita menurunkan berat badan.
Ia disebut sebagai diet tahan nafas. Teknik ini bergantung dalam mengambil kedudukan yang tertentu, mengambil nafas tiga saat, dan kemudian pengeluaran nafas yang kuat selama tujuh saat.
Kebanyakan doktor Eropah menyokong penggunaan senaman pernafasan untuk penurunan berat badan dan menerangkan keberkesanannya seperti berikut: lemak terdiri daripada oksigen, karbon, dan hidrogen. Apabila oksigen yang kita sedut dalam mencapai sel-sel lemak, ia berpecah mereka ke dalam komponen (karbon dan air). Oleh itu, oksigen lebih badan kita menggunakan, lebih banyak lemak yang kita terbakar.
Melakukan senaman setiap hari untuk 2-10 minit.
1. Berdiri, dan tolak satu kaki ke hadapan dan belakang yang lain.
2. Sekarang anda perlu ketegangan punggung kita dan pindahkan berat badan kita ke kaki belakang kita.
3. Mula perlahan-lahan menghirup selama 3 saat, mengangkat tangan kita di atas kepala kita.
4. Kemudian menghembus nafas dengan kuat selama 7 saat, meneran otot semua badan kita.
5. Di samping itu, pakar berkata, teknik ini akan menguatkan otot badan dan meningkatkan metabolisme
SUMBER: medicaldaily
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pengguna aplikasi pengangkutan seperti Grab pasti akan dengar pelbagai kes gangguan seksual serta jenayah yang mengancam pengguna aplikasi ini. Bahkan, ada juga yang kurang selesa meski pun sudah terdesak untuk menggunakan Grab.
Kini tiada lagi kerisauan lagi buat anda yang ingin menggunakan perkhidmmatan Grab tidak kira jantina dan waktu. Grab kini akan menjaga keselamatan anda dengan lebih ‘ketat’ melalui ciri bahuru aplikasi ini.
Sumber gambar dari Grab
Penggunaan perkhidmatan e-hailing sangat penting dalam kehidupan seharian meski pun buat mereka yang mempunyai kenderaan sendiri. Adakala, mereka yang memiliki kenderaan sendiri memerlukan perkhidmatan e-hailing ini jika berlaku apa-apa kejadian seperti kereta rosak di tengah jalan.
Sebagai pengguna perkhidmatan e-hailing, kita sering mendengar keluhan dan kes yang berkait dengan perkhidmatan ini seperti gangguan seksual dan penipuan tambang. Banyak lagi kisah yang terjadi sehingga membuatkan ramai orang jadi takut dan risau untuk menggunakan perkhidmatan ini.
Grab merupakan salah satu e-hailing yang terkenal di Malaysia telah mencipta satu ciri baharu melalui aplikasi mereka untuk melindungi pengguna. Kini, Grab sedang menguji ciri baharu yang dinamakan AudioProtect.
Menerusi ciri terbaharu ini, aplikasi Grab mengaktifkan sokongan mikrofon pada telefon pintar anda di mana ia berfungsi untuk merakam audio semasa perjalanan yang anda sedang naiki. Tambahan lagi, Grab ingin menjadikan perjalanan anda dengan lebih selamat jika ada terdapat bukti suara yang kukuh dengan mewujudkan ciri ini.
Sumber gambar dari Grab
Ciri AudioProtect ini secara rasminya akan di lancar pada bulan hadapan iaitu Oktober. BUat ketika ini, Grab masih lagi menguji ciri terbaharu ini dalam bentuk beta pada segelinir pengguna hanya di Johor Bahru dan Pulau Pinang. Grab juga menyatakan bahawa rakaman yang di buat oleh ciri AudioProtect ini akan di padamkan selepas 10 hari jika tiada sebarang insiden di laporkan.
Anda jangan risau jika rakaman ini tersebar meluas kerana ianya di lakukan secara senyap dan sulit. Ianya tidak boleh sewenang-wenang untuk di akses dan dengari balik oleh mana-mana pihak selepas perjalanan kecuali suatu insiden berlaku dan di laporkan. Maka, ia boleh di akses sebagai bahan bukti untuk membantu tujuan penyiasatan.
Buat masa sekarang, ciri ini boleh di aktifkan melalui Grab FAQ, yang di mana akan aktif jika kedua-dua pemandu dan juga pengguna khidmat e-hailing ini mengaktifkan ciri tersebut. Ciri ini akan aktif secara automatik setiap kali anda menaiki Grab.
Pengguna Grab yang berada di Johor Bahru dan Pulau Pinang, kini anda boleh menyemak di Grab FAQ untuk akses dan aktifkan ciri ini melalui aplikasi di peranti telefon pintar anda. Tetapi, jangan khuatir dan jealous kepada pengguna Grab yang berada di kawasan lain kerana ciri ini akan secara rasminya di lancarkan pada bulan Oktober kelak.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.