Siapa tak kenal dengan pelakon wanita Bollywood Kareena Kapoor yang cukup popular kerana lakonan cemerlang juga kecantikan wajahnya yang menjadikan tarikan setiap kali beraksi dalam sesebuah filem.

Beliau yang telah melahirkan cahayamata lelaki, Taimur Ali Khan yang juga menjadi viral kerana kecomelan wajah anak lelakinya itu. Namun, proses kehamilan itu telah menyebabkan berat badan Kareen Kapoor naik mendadak hingga menyebabkan penampilannya sedikit tidak menarik.

Wajah jelita Kareena Kapor

Tidak menunggu lama melakukan perubahan, selepas melahirkan Taimur Ali Khan, isteri kesayangan Saif Ali Khan ini nekad untuk menurunkan berat badan dan mendapatkan semula bentuk badannya yang langsing.

Ketika hamil.

Baru-baru ini, pelakon bermata cantik ini telah berkongsi kejayaannya bagaimana menurunkan berat badan sebanyak 12kg. Disiplin amat penting untuk memastikan dapat kembali bentuk badan seperti sebelumnya.

Berat badan naik mendadak ketika mengandungkan Taimur Ali Khan.

Antara aktiviti senaman yang dilakukan Kareena secara konsisten sejak Mac lalu adalah dia kerap ke gim, melakukan yoga, tarian dan senaman pilates.

Menurut Kareena, yoga sangat baik untuk kesihatan, badan dan minda selain latihan kardio, dia melakukan yoga selama 2 jam walaupun sibuk dengan jadualnya yang padat.

Cukup berdisiplin dal am melakukan seaman.

Selain itu, Kareena turut mengawal pemakanan secara ketat dan mengamalkan diet yang sihat. Ini antara menu yang dimakan oleh Kareena dan hasilnya memang menakjubkan apabila dia kekal kembali langsing.

1. Sarapan: Keju (Free fat), sekeping roti atau prata dengan susu, susu soya
2. Lunch: 2 Chapati, dal, salad dan sup
3. Snack: Protein shack dan buah-buahan/kekacang
4. Dinner: Chapati, dal dan sup sayuran
5. Air: 6-8 liter air setiap hari

Perbezaan ketara.

Semasa hamil, berat badan Kareena meningkat sebanyak 18kg dan dia berazam untuk menurunkan berat badan sebanyak 19 kg selepas bersalin.

Sumber: Media Hiburan