Siapa bilang warna hitam itu membosankan? Jenama Chanel contohnya hadir dengan ilham inspirasi ‘little black dress’ pada tahun 1926 yang diterbitkan di American Vogue. ia menjadi simbolik dalam dunia fesyen saat itu apabila ramai yang mendambakan siluet ringkas yang seksi dengan padanan warna hitam yang menjadikan si pemakai lebih anggun, glamor dan ‘mahal’.
Malah, jika dilihat satu-persatu karya magis jenama antarabangsa mahupun lokal, warna hitam itu pasti menjadi salah satu warna yang menyempurnakan koleksi fesyen mereka. Sama ada musim panas ataupun musim luruh, warna hitam itu menjadi kunci untuk melengkapkan sebuah koleksi.
Hari ini, warna hitam tidak dipandang sebagai warna asas. Malah, perspektif masyarakat terutamanya pencinta fesyen sudah menganggap warna hitam adalah warna ‘brilliant’ yang menjadikan gaya keseluruhan kamu menarik!
Cara-cara untuk jadikan fesyen kamu tidak bosan dengan warna hitam.
Pilihan aksesori yang tepat boleh menjadikan keseluhan stail kamu lebih dramatik dan glamor. Tambahan pula jika kamu menghadiri majlis makan malam ataupun majlis yang mewah, ia mampu memberikan ‘bonus’ dalam penampilan kamu.
Contohnya, penggunaan warna ‘silver’ boleh memberi elemen mahal dan aksesori yang berwarna seperti merah dan kuning menaikkan aura ‘fun’ pada fesyen kamu. Tetapi, jika kamu memang meminati warna hitam, tidak salah sekiranya kamu ingin memakai aksesori yang juga berwarna hitam. Asalkan tidak melebih-lebih.
‘Outerwear’ dilihan sebagai ‘fashion statement’ yang mengubah keseluruhan gaya anda. Sama ada ‘oversized shirt’, ‘bomber jacket’, ‘cardigan’ ataupun ‘blazer’ ala kasual, pastinya menjadikan gaya hitam fesyen kamu tidak bosan.
Banyak jenama-jenama yang mampu milik seperti Monki, H&M, Cotton On mahupun Zara menyediakan rangakaian ‘outerwear’ yang kemas potongannya, sesuai untuk kamu peminat fashion. Nilai ‘sophisticated’ akan jelas terserlah apabila kamu menyarungkan ‘outerwear’ yang betul. Tetapi, usahlah kamu hasilkan gaya fesyen kamu yang berlapis-lapis, tidak kena pula dengan cuaca kita di Malaysia ini. Cukup sekadar 2 lapisan sudah memadai. Ingat, pilihan yang bijak menunjukkan kamu punya ilmu fesyen yang bernas!
Bagusnya untuk kamu yang berhijab, kamu boleh bermain dengan pilihan hijab yang berwarna-warni dan bercorak. Biarpun kamu menyarung keseluruhan fesyen kamu berwarna hitam, namun tonjolkan seri fesyen kamu dengan hijab yang bercorak serta berwarna.
Bukan itu sahaja, malah pemilihan fabrik yang betul seperti satin, lagi menaikkan nilai ‘mahal’ dan eksklusif. Tidak salah jika kamu memilih hijab agak meriah warnanya kerana ia membantu untuk menyempurnakan staiul kamu!
Kesempuraa dalam gaya fesyen kamu tidak lengkap sekiranya solekan yang dikenakan tidak kemas dan tidak sesuai dengan warna fesyen yang dipakai. Untuk warna hitam, lebih cantik sekiranya kamu mengenakan konsep solekan yang sedikit dramatik, ‘gothic’ ataupun glamor. Bukan mahu melebih-lebih, tetapi apabila solekan sebegini dipadankan dengan gaya fesyen hitam kamu, akan tampak lebih molek!
Ha! Tak susahkan sebenarnya untuk jadikan gaya fesyen kamu lebih menarik walaupun keseluruhan warna dari atas hingga ke bawah berwarna hitam. Selamat berOOTD!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kerisauan mengundang, rindu menjamu selera rendang di kampung hidangan keluarga tersayang makin mendatang, namun kengkangan keadaan pandemik segalanya terbantut dan kita hanya dapat mengimbau suasana raya dua tahun lepas.
Ubat kerinduan anda menjamu makanan kegemaran tradisi umat Islam beraya, tak perlu risau sepanjang bulan Ramadan ini, dalam persiapan untuk menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri, The Coffee Bean & Tea Leaf® (CB&TL) telah menyediakan pelbagai juadah manis dan pedas, daripada Turkish Mocha yang harum kepada Per-chick Sandwich dan Opah Rendang Pie yang menggamit selera!
“Inilah masa yang amat bermakna setiap tahun dan di dalam semua perubahan yang dihadapi sepanjang beberapa bulan lalu, The Coffee Bean & Tea Leaf® menghidangkan anda citarasa yang menyenangkan dan menggamit memori tentang kampung halaman dan keluarga tersayang. Tidak kira di mana pun anda berada atau setelah sekian lama tidak bersua, inilah masanya untuk berhubung kembali dengan insan yang kita sayangi, dengan berbual panjang bersama secawan teh atau kopi, serta meraikan kurniaan-kurniaan kecil yang kita nikmati bersama,” sasaran The Coffee Bean & Tea Leaf® Malaysia.
“Sementara itu, sambil menikmati rasa makanan tradisional Malaysia, disatukan dengan aroma rempah, yang memberi keseimbangan sempurna terhadap rasa coklat mewah dan keharuman pandan serta kemanisan Gula Melaka.” Seronok bukan sedikit sebanyak hilang kerinduan di kampung halaman.
Mulakan dengan Opah Rendang Pie, iaitu rendang ayam tradisional yang dibakar di dalam kerak pai enak, atau Per-chick Sandwich yang dipanggang, disajikan bersama sos percik berkrim dan dilapisi telur rebus untuk hidangan yang sungguh menyelerakan.
Bukan sahaja makanan kegemaran, malahan minuman yang sentiasa dihidangkan dipetang hari juga anda pasti teruja dengan resipi minuman menghilangkan dahaga iaitu Turkish Mocha yang eksotik dalam bentuk minuman Ice Blended®, latte panas atau sejuk jugaatau ‘cold brew latte’ untuk rangsangan kafein yang hebat. Untuk penyudahan yang menyenangkan, cubalah teh Wakoucha Mariko dengan nota kekayuannya yang halus.
Akhir sekali, tidak lengkap hidangan tanpa pemanis mulut, bukan? Peminat kek The Straits pasti gembira dengan kehadiran semula sajian kegemaran ramai ini, jangan ketinggalan untuk menikmati kek pandan gebu dilapisi Gula Melaka, keju krim dan mascarpone. Bagi pencinta coklat, The 72% disediakan khas untuk anda, kek coklat gelap 72% yang enak dengan lapisan kacang badam dan pralin.
Untuk sajian yang lebih kecil, cubalah The Sea Salt Mac, biskut dempak lembut yang sarat dengan coklat gelap dan kacang macadamia, Sour Cherry Muffin dengan secawan kecil Kopi Today’s Brew/Teh Panas, dipenuhi ceri masam yang enak, atau The Raya Cookie yang menggiurkan selera.
Akhir sekali, tinjau-tinjaulah bekas air Tétouan baharu yang elegan berwarna hitam atau putih,aksesori paling tepat untuk dibawa pulang ke mana sahaja juga hantaran hadiah lembaran untuk yang tersayang di kampong halaman! Jangan lepaskan peluang mendapatkan sajian enak ini, tersedia untuk dinikmati di kedai atau melalui penghantaran.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Macam=macam ragam OOTD selebriti kita berhari raya. Masing-masing mengenakan tema sama agar dapat sedondon dengan pasangan. Tidak kiralah bagi yang beraya secara single, bersama keluarga atau baru pertama kali bergelar suami isteri. Keterujaan meraikan Syawal ini dapat dilihat dengan busana indah yang digayakan.
Masing-masing tampil cantik, anggun dan paling penting selesa digayakan tika berkunjung ke rumah sanak saudara. Tidak kiralah ketika beraya di desa atau kota, apa yang penting saling bermaafan dan menyambung tali silaturrahim.
Ayuh kita lita #OOTD sebahagian selebriti berhijab pada hari pertama menyambut Syawal
Cara kenal 5 bentuk muka & pilih gaya tudung paling sesuai untuk Raya penting untuk setiap wanita yang mahu tampil lebih yakin, manis dan menyerlah di pagi Syawal. Bila sudah tahu bentuk muka sendiri, lebih mudah untuk memilih gaya tudung ikut bentuk muka yang benar-benar sesuai, bukan sekadar ikut trend semasa.
Ramai yang sanggup beli beberapa helai tudung baru menjelang Raya, tetapi masih rasa ada sesuatu yang tidak kena apabila digayakan. Kadang-kadang bukan tudung itu tidak cantik, tetapi cara lilitan atau potongannya kurang sesuai dengan bentuk wajah. Sebab itu, memahami bentuk muka adalah langkah pertama yang ramai terlepas pandang.
Hakikatnya, gaya tudung yang tepat boleh membantu menyeimbangkan bentuk wajah, menyerlahkan bahagian terbaik dan membuatkan penampilan nampak lebih kemas. Sama ada anda gemar bawal, shawl, pashmina atau instant hijab, semuanya boleh nampak lebih cantik apabila dipilih menggunakan pendekatan gaya tudung ikut bentuk muka.
Memilih tudung mengikut bentuk muka bukan hanya soal nampak bergaya, tetapi juga memberi kesan besar pada keseluruhan penampilan. Gaya tudung yang sesuai boleh membuatkan wajah nampak lebih seimbang, lembut dan berseri, terutama ketika bergambar di pagi Raya.
Selain itu, pemilihan gaya tudung yang betul juga membantu anda rasa lebih selesa dan yakin. Anda tidak perlu kerap membetulkan lilitan, risau wajah nampak terlalu bulat atau rasa bahagian tertentu terlalu menonjol. Bila sesuai dengan muka, semuanya nampak lebih effortless.
Bentuk muka bulat biasanya mempunyai lebar dan panjang wajah yang hampir sama. Bahagian pipi kelihatan lebih penuh, manakala garis rahang pula lembut tanpa sudut yang begitu ketara.
Gaya tudung yang sesuai untuk muka bulat ialah gaya yang memberi ilusi wajah lebih panjang dan tirus. Pilih tudung yang dibentuk sedikit tinggi di bahagian atas kepala, kemudian biarkan sisi wajah tidak terlalu ketat. Gaya ini membantu “memanjangkan” rupa wajah secara visual.
Untuk pemakai bawal, cuba bentukkan bahagian hadapan sedikit runcing atau kemas di atas dahi. Bagi shawl pula, elakkan lilitan yang terlalu tebal di kiri dan kanan pipi kerana ia boleh membuat wajah nampak lebih lebar.
Tip Hijabista:
Gunakan fabrik yang lembut dan mudah jatuh seperti chiffon atau cotton voile. Elakkan gaya tudung yang terlalu ketat di muka kerana ia akan membuat pipi lebih menonjol.
Muka bujur atau oval sering dianggap bentuk wajah paling seimbang. Panjang wajah biasanya sedikit lebih panjang daripada lebar, dengan dahi dan rahang yang nampak seimbang.
Berita baik untuk pemilik wajah oval, kebanyakan gaya tudung memang sesuai dengan bentuk muka ini. Anda boleh bereksperimen dengan pelbagai jenis gaya, sama ada bawal klasik, shawl loose, pashmina moden atau gaya instant yang minimal.
Namun begitu, walaupun mudah digayakan, jangan terlalu selesa hingga memilih lilitan yang menenggelamkan bentuk asal wajah. Gaya yang terlalu ketat atau terlalu sarat di bahagian tepi boleh membuat wajah nampak kurang natural.
Tip Hijabista:
Pilih gaya yang ringkas, kemas dan tidak terlalu berat. Muka oval lebih menyerlah dengan lilitan yang sederhana dan tidak berlebihan.
Muka panjang mempunyai ukuran dari dahi ke dagu yang lebih panjang berbanding lebar wajah. Biasanya, dahi, pipi dan rahang kelihatan agak lurus dan seimbang dari atas ke bawah.
Jika anda mempunyai wajah panjang, fokus utama ialah memilih gaya tudung ikut bentuk muka yang memberi ilusi wajah lebih pendek dan lebar. Caranya ialah dengan memakai tudung sedikit rendah di bahagian dahi dan menambah volume di sisi wajah.
Gaya shawl yang longgar di kiri dan kanan sangat membantu untuk melembutkan bentuk muka panjang. Anda juga boleh memilih bawal dengan awning yang tidak terlalu tinggi supaya wajah tidak kelihatan lebih memanjang.
Tip Hijabista:
Elakkan gaya tudung tinggi menjulang di bahagian atas kepala. Sebaliknya, pilih lilitan yang lebih mendatar dan memberi bentuk lembut pada sisi muka.
Muka petak mudah dikenali melalui garis rahang yang lebih tegas dan lebar dahi yang hampir sama dengan lebar rahang. Bentuk ini biasanya memberi karakter wajah yang kuat dan jelas.
Untuk wajah petak, gaya tudung yang paling sesuai ialah yang dapat melembutkan sudut-sudut wajah. Pilih shawl atau bawal yang dibentuk secara bulat dan tidak terlalu tajam pada bahagian hadapan. Fabrik lembut juga sangat membantu mencipta efek lebih feminin.
Elakkan gaya yang terlalu kemas, keras atau ketat di sepanjang garis rahang. Ini kerana lilitan seperti itu akan membuat bentuk muka petak lebih jelas dan dominan.
Tip Hijabista:
Biarkan sedikit fabrik jatuh lembut di sisi wajah supaya garis rahang nampak lebih lembut dan seimbang.
Bentuk muka hati biasanya mempunyai dahi yang lebih lebar, tulang pipi yang menonjol dan dagu yang lebih runcing. Ia memberi siluet wajah yang manis tetapi perlu diseimbangkan dengan gaya tudung ikut bentuk muka yang tepat.
Bagi wajah berbentuk hati, pilih tudung yang tidak terlalu menambah volume di bahagian atas kepala. Sebaliknya, fokus pada gaya yang memberi sedikit isi di bahagian bawah wajah atau sekitar dagu supaya rupa wajah nampak lebih harmoni.
Shawl yang dililit longgar dan dibiarkan jatuh ke dada sangat sesuai untuk bentuk muka ini. Bawal juga boleh dipakai, asalkan bahagian atas tidak terlalu tinggi atau terlalu kembang.
Tip Hijabista:
Elakkan gaya yang terlalu menonjolkan dahi. Bentuk hadapan yang lembut lebih sesuai untuk mewujudkan keseimbangan pada keseluruhan wajah.
Kalau anda masih tidak pasti bentuk muka sendiri, cuba berdiri di hadapan cermin dengan rambut atau anak tudung dikemaskan ke belakang. Lihat bahagian dahi, pipi dan rahang secara keseluruhan.
Tanya diri sendiri beberapa soalan mudah. Adakah pipi anda paling menonjol? Adakah rahang kelihatan tajam? Adakah wajah nampak panjang atau lebih bulat? Dari situ, lebih mudah untuk mengenal pasti bentuk muka yang paling hampir.
Satu lagi cara yang lebih mudah ialah ambil gambar selfie dari hadapan tanpa filter. Kadang-kadang bentuk wajah lebih jelas dilihat menerusi gambar berbanding cermin.
Selain bentuk muka, ada beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian ketika memilih tudung Raya. Antaranya ialah jenis fabrik, warna dan cara lilitan. Fabrik yang terlalu keras mungkin sukar dibentuk, manakala fabrik terlalu licin pula mudah bergerak sepanjang hari.
Untuk penampilan yang lebih elegan di Hari Raya, pilih warna tudung yang sesuai dengan tona kulit dan padankan dengan warna baju secara seimbang. Jika busana anda sudah sarat dengan perincian, gaya tudung yang lebih ringkas biasanya pilihan terbaik.
Jangan lupa juga aspek keselesaan. Hari Raya selalunya panjang, bermula dari pagi hingga ke malam. Jadi, pastikan gaya tudung yang dipilih bukan sahaja cantik tetapi mudah dipakai dan tidak merimaskan.
Tidak semua trend tudung sesuai untuk semua orang. Ada gaya yang popular di media sosial, tetapi belum tentu menjadi bila digayakan pada bentuk muka yang berbeza. Sebab itu, penting untuk memahami konsep gaya tudung ikut bentuk muka sebelum membeli tudung Raya yang baru.
Bila anda tahu bentuk muka sendiri, proses memilih tudung jadi lebih mudah, cepat dan bijak. Anda tidak lagi membeli hanya kerana cantik di rak atau nampak menarik pada orang lain, tetapi kerana ia benar-benar sesuai dengan wajah anda.
Akhir sekali, ingat bahawa gaya tudung terbaik ialah gaya yang membuatkan anda rasa yakin, selesa dan cantik dengan cara sendiri. Raya adalah masa untuk berseri, jadi pilihlah tudung yang menaikkan seri wajah dan menyerlahkan personaliti anda.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.