Syawal masih berbaki kurang dua minggu lagi, jadi pada minggu-minggu terakhir ni lah ada diantara hijabi yang mungkin tengah pulun mengemas rumah untuk menerima tetamu ke open house di rumah masing-masing pula.
Mungkin ada diantara hijabi yang mahu membersihkan karpet berdebu di rumah, supaya tetamu lebih selesa ketika berkunjung di rumah anda, bolehlah tetamu bersila diatas karpet mewah, gebu dan wangi itu nanti.
Tapi, susahlah nak angkat, basuh dan sental karpet yang besar dan berat tu! Jangan risau sis, Hijabista kongsikan semula perkongsian mudah mencuci karpet yang di kongsikan oleh wanita ini, menerusi laman Tik Tok miliknya! Tak perlu angkat karpet pun. Hanya guna tiga bahan je, easy peasy!
Cuci Karpet Guna Mop Je! Lagi Bersih Dari Vacuum Weh
Perkongsian ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok menerusi akaun miliknya. Apa yang menariknya, teknik menyuci ini hanya memerlukan tiga bahan sahaja!
Bahan-Bahan:
1. Air Panas (Suku Baldi)
2. Garam Batu Himalaya (Himalaya Pink Rock Salt)
3. Dettol
Ads
Cara Mudah Mengemop Karpet Anda:
Pertama, hijabi perlu masak air hingga mendidih terlebih dahulu menggunakan cerek atau periuk.
Kedua, setelah masak, curahkan air ke dalam baldi hingga memenuhi suku bahagian baldi sahaja, kerana kita tidak memerlukan air yang banyak untuk mengelakkan karpet lambat kering dan akhirnya mengeluarkan bau masam dan kepam.
Ketiga, masukkan dua caca besar garam garam ke dalam air panas tadi, diikuti dengan satu penutup cecair sabun pencuci Detol. Kacau rata air tersebut agar bahan-bahan yang dimasukkan tadi terlarut sebati.
Ads
Keempat, boleh lah mulakan proses mengemop karpet. Tapi sebelum itu, pastikan anda perah mop itu sehingga benar-benar kering dan tiada air yang menitik sebelum mengemop permukaan atas karpet.
Jangan perah mop menggunakan tangan, kerana air yang panas boleh menyebabkan tangan anda berisiko melecur. Sebaliknya perah mop menggunakan sarung tangan getah atau alatan yang digunapakai khas untuk memerah mop.
Kelima, mulakan proses mengemop dengan menggerakkan mop di atas permukaan karpet, bertujuan untuk mengeluarkan segala kotoran dan debu tersembunyi.
Ads
Setelah selesai mengemop, keringkan karpet menggunakan kipas pada kelajuan tinggi. Supaya karpet lebih cepat kering dan tidak akan lembap hingga mengeluarkan bau yang tidak diingini seperti bau masam mahupun kepam.
Sekadar info, Hijabista menyarankan agar anda beli mop khas hanya untuk digunapakai bagi tujuan membersihkan karpet sahaja. Elakkan menggunakan mop yang sana untuk membersihkan lantai, mahupun ruang lain di rumah anda.
Haa.. Lebih mudah bukan untuk membersihkan karpet di rumah anda kini. Tak perlu lagi bersusah payah mengangkat karpet. Cuma gunakan tiga bahan je, Settle! Selamat mencuba.
Pagi ini kita dikejutkan dengan berita pemergian penyanyi pujaan ramai, allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin akibat wabak covid-19.
Biarpun hanya mengenalinya sebagai seorang figura anak seni, ramai rakyat Malaysia yang terkesan dan tersentuh hati dengan khabar duka ini seolah-olah sudah lama mengenalinya secara peribadi.
Berkongsi di laman instagram, pelakon Uqasha Senrose turut sebak kerana teringatkan permintaannya yang mahukan arwah menyanyi di hari bahagianya nanti.
arwah seorang yg sangat-sangat baik .. Allah sayang akak .. 😢 .. im gonna miss you kak sarah … alfatihah
Innalillahhiwainnalillahirajiun .. salam tahizah kepada abang @shuibsepahtu dan anak2 ..Ya allah berita yg sgt mengejutkan , kaksarah 😢 .. arwah orang yang sangat2 baik .. yaallah its hard for me to accept this . kaksarah janji nk nyanyi untk wedding sha 😢😢😢😢 … subahanallah semoga rohNya di tempat kan digolongan yang beriman amin amin amin .. youll be missed kaksarah .. Alfatihah 😢
Pastinya banyak amalan baik yang dilakukan oleh arwah sehinggakan ramai yang mendoakan dan merindui dirinya. Sungguh, pemergianmu dicemburi ramai Sarah. Moga syurga buatmu, InsyaAllah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Memang impian setiap ibu bapa untuk melihat anak mereka menjadi insan yang soleh,bijak dan pintar. Rata-rata ibu bapa akan mendedahkan anak mereka kepada pelbaga perkara sejak dari kecil lagi kerana pada waktu inilah minda mereka sedang berkembang.
Seperti yang dikongsikan oleh Farah Lee, dia telah berkongsikan mengenai caranya mendidik anak kesayangannya iaitu Maream Esabel supaya mencintai Al-Quran sejak dari kecil yang boleh cuba diamalkan oleh para ibu bapa. Mari kita baca perkongsiannnya.
Esok exam hafazan be like ?Since last year lagi ramai tanya omma macam mana train Maream hafaz al-Fatihah, 3 Qul, doa walaupun baru setahun lebih. Terbaru Maream hafaz surah Taha 1-6. Hmm.. Sorry tau macam ignore soalan korang selama ni haha sebab nak share tapi takut orang cakap pepoyo pulak mengajar tu ni. Anak baru sorang, kecik lagi pulak tu. Long way to go, nanti besar anak entah jadi apa. And all the negative thoughts ?Then fikir balik, alah kalau ikhlas nak share supaya bermanfaat pada yang nak memanfaatkan, why not kan.? Yang penting pandangan Allah, yang lain persetankan, kan.? Hiks. Jadi inilah dia. Omma share apa yang omma buat je. Ini bukan mengajar, ini bukan tips. Omma tak layak pun. Just apa yang omma amalkan pada Maream (she is now 2 years 11 months old). If rasa berguna boleh dipraktikkan, kalau tak, boleh dipersetankan muahaha ?But please bear in mind, lain budak lain perkembangan, lain environment kehidupan, lain character. Boleh cuba but no pressure. Go slow and easy, for them and for yourself as well ☺️ Omma memang bercita-cita nak dedahkan anak2 dengan Quran dari kecil so before kahwin lagi selalu baca tips2 parents. Ni kira omma buat experiment jugak lah, melalui pemerhatian, pembacaan, keinginan dan logik akal. Ok muqaddimah yang panjang macam biasa ? So basically :1. Masa pregnant omma selalu baca surah Maryam, Taha, Yusuf dan Ar-Rahman. Then masa tidur omma akan pasang audio ayat Quran. Dorang boleh dengar dunia luar kan even dalam perut so since dalam perut lagi omma dah biasakan dia dengan alunan Quran2. Since Maream baby, sebelum tidur omma akan dodoikan Maream dengan ayat2 ni : al-Fatihah, ayat Qursi (terang hati), Taha 1-6 (lembut hati) , al-Hasyr 21-24 (ruqyah), ar-Rahman 1-5 (disayangi menyayangi), an-Naba 1-10 (omma kekonon nak hafaz juzuk 30 tapi ini je yang lekat dalam kepala muahaha), al-Inshirah (kemudahan hidup), 3 Qul (ruqyah)+ mana2 ayat yang omma sedang hafaz. So mungkin sebab ulang2 dengar, dia pun dapat hafaz secara tak langsung. Alah, macam anak2 selalu dengar lagu Didi & Friends, kejap je mulut dah 'Semut berkawad satu satu horaa horeyy' tak.? ? Sama lah macam ayat Quran jugak. Cuma mungkin susah sikit sebab bahasa tak biasa ? Tapi dah besar ni kadang dia request taknak omma dodoikan mengaji, nak lagu Boboiboy Bebaskan Kuasamu ?3. Then bila dia dah besar sikit, dalam kereta or time lepak2 omma selalu buat test. Baca, then minta dia sambung. Yang pelat2 boleh stresskan ajar bacaan yang betul. Tapi takyah nak expect kita sedang buat oral test budak SPM ? Dalam 10 kali, bernasib baik kalau 1 kali dia respon dengan jayanya ? Kids being kids, but us adult should be an adult too. Keep cuba dengan cara yang berbeza dan menarik, disamping kesabaran maksima disisi ?4. In between Maghrib dan Isya' kalau takde hal, omma akan peruntukkan masa tu untuk baca Quran dan spend quality time dengan Maream; sembang dengan dia. So time ni kalau mood dia dan omma ? ok, omma akan ajar dia mengaji. Ajar mana sangat lah budak 2 tahun pun haha tapi just untuk dia biasakan yang interval tu should diperuntukkan untuk hal kerohanian dan family quality time5. Dan kat rumah audio ayat Quran omma akan on 24/7 non stop. Omma perasan, walaupun omma mengaji biasa, ada ayat yang Maream boleh guess dan sambungkan. Maybe sebab dia repeatly dengar from that audio. So rasanya, after this bila anak dah besar, nak ajar Quran pun mudah sebab ayat2 tu dia dah biasa dengar. Tinggal nak diajar properly je6. Oh ya, pemakanan pun mainkan peranan kot, "You are what you eat". Masa pregnant omma memang jaga makan. Fast food, caffein memang avoid. Banyak makan makanan sunnah dan fish oil (neurogain). Maream pun masa bawah setahun memang fully on breastmilk dan makan homemade food sahaja. Sekarang, gula2, jajan dan fastfood omma hadkan. Dia banyak makan proper food, vege and fruits. Dan gadget pun dikawal ketat ?7. Just to let you know, Maream belum kenal pun arabic alphabet, apatah lagi tajwid. Proper schedule mengajar pun omma takde. I will keep it this way since dia pun kecil lagi. Taknak pressure dia sangat. Biar dia sayang Quran dengan kemahuan sendiri (with my effort of course)So ini jelah kot. Maream ni pun mungkin dia jenis cepat pickup. Mungkin apa yang omma buat tu tak bantu dia hafaz pun cuma omma je perasan lelebih ? Again, omma just share apa yang omma amalkan yang mungkin effective, untuk korang yang bertanya. Untuk anak korang maybe boleh adjust sesuai dengan umur, preference, environment dan lifestyle kalian. Banyak lagi sharing mak ayah yang anak hafiz hafizah berjaya korang boleh google dan baca. Selamat mencuba dan selamat kawal diri supaya tak jadi monster mihmihmih ?Semua yang baik dari Allah, ini semua jika bermanfaat juga ilham dari Allah. Alhamdulillah ala kulli hal ❤️ #ommabebel[TB2years7months] #mareamesabel
Esok exam hafazan be like Since last year lagi ramai tanya omma macam mana train Maream hafaz al-Fatihah, 3 Qul, doa walaupun baru setahun lebih. Terbaru Maream hafaz surah Taha 1-6. Hmm.. Sorry tau macam ignore soalan korang selama ni haha sebab nak share tapi takut orang cakap pepoyo pulak mengajar tu ni. Anak baru sorang, kecik lagi pulak tu. Long way to go, nanti besar anak entah jadi apa. And all the negative thoughts
Then fikir balik, alah kalau ikhlas nak share supaya bermanfaat pada yang nak memanfaatkan, why not kan.? Yang penting pandangan Allah, yang lain persetankan, kan.? Hiks. Jadi inilah dia. Omma share apa yang omma buat je. Ini bukan mengajar, ini bukan tips. Omma tak layak pun. Just apa yang omma amalkan pada Maream (she is now 2 years 11 months old). If rasa berguna boleh dipraktikkan, kalau tak, boleh dipersetankan muahaha But please bear in mind, lain budak lain perkembangan, lain environment kehidupan, lain character. Boleh cuba but no pressure. Go slow and easy, for them and for yourself as well Omma memang bercita-cita nak dedahkan anak2 dengan Quran dari kecil so before kahwin lagi selalu baca tips2 parents. Ni kira omma buat experiment jugak lah, melalui pemerhatian, pembacaan, keinginan dan logik akal. Ok muqaddimah yang panjang macam biasa So basically :
1. Masa pregnant omma selalu baca surah Maryam, Taha, Yusuf dan Ar-Rahman. Then masa tidur omma akan pasang audio ayat Quran. Dorang boleh dengar dunia luar kan even dalam perut so since dalam perut lagi omma dah biasakan dia dengan alunan Quran
2. Since Maream baby, sebelum tidur omma akan dodoikan Maream dengan ayat2 ni : al-Fatihah, ayat Qursi (terang hati), Taha 1-6 (lembut hati) , al-Hasyr 21-24 (ruqyah), ar-Rahman 1-5 (disayangi menyayangi), an-Naba 1-10 (omma kekonon nak hafaz juzuk 30 tapi ini je yang lekat dalam kepala muahaha), al-Inshirah (kemudahan hidup), 3 Qul (ruqyah)+ mana2 ayat yang omma sedang hafaz. So mungkin sebab ulang2 dengar, dia pun dapat hafaz secara tak langsung. Alah, macam anak2 selalu dengar lagu Didi & Friends, kejap je mulut dah ‘Semut berkawad satu satu horaa horeyy’ tak.?
Sama lah macam ayat Quran jugak. Cuma mungkin susah sikit sebab bahasa tak biasa ? Tapi dah besar ni kadang dia request taknak omma dodoikan mengaji, nak lagu Boboiboy Bebaskan Kuasamu
3. Then bila dia dah besar sikit, dalam kereta or time lepak2 omma selalu buat test. Baca, then minta dia sambung. Yang pelat2 boleh stresskan ajar bacaan yang betul. Tapi takyah nak expect kita sedang buat oral test budak SPM Dalam 10 kali, bernasib baik kalau 1 kali dia respon dengan jayanya Kids being kids, but us adult should be an adult too. Keep cuba dengan cara yang berbeza dan menarik, disamping kesabaran maksima disisi 4. In between Maghrib dan Isya’ kalau takde hal, omma akan peruntukkan masa tu untuk baca Quran dan spend quality time dengan Maream; sembang dengan dia. So time ni kalau mood dia dan omma ok, omma akan ajar dia mengaji. Ajar mana sangat lah budak 2 tahun pun haha tapi just untuk dia biasakan yang interval tu should diperuntukkan untuk hal kerohanian dan family quality time.
5. Dan kat rumah audio ayat Quran omma akan on 24/7 non stop. Omma perasan, walaupun omma mengaji biasa, ada ayat yang Maream boleh guess dan sambungkan. Maybe sebab dia repeatly dengar from that audio. So rasanya, after this bila anak dah besar, nak ajar Quran pun mudah sebab ayat2 tu dia dah biasa dengar. Tinggal nak diajar properly je.
6. Oh ya, pemakanan pun mainkan peranan kot, “You are what you eat”. Masa pregnant omma memang jaga makan. Fast food, caffein memang avoid. Banyak makan makanan sunnah dan fish oil (neurogain). Maream pun masa bawah setahun memang fully on breastmilk dan makan homemade food sahaja. Sekarang, gula2, jajan dan fastfood omma hadkan. Dia banyak makan proper food, vege and fruits. Dan gadget pun dikawal ketat.7. Just to let you know, Maream belum kenal pun arabic alphabet, apatah lagi tajwid. Proper schedule mengajar pun omma takde. I will keep it this way since dia pun kecil lagi. Taknak pressure dia sangat. Biar dia sayang Quran dengan kemahuan sendiri (with my effort of course)
So ini jelah kot. Maream ni pun mungkin dia jenis cepat pickup. Mungkin apa yang omma buat tu tak bantu dia hafaz pun cuma omma je perasan lelebih.
Again, omma just share apa yang omma amalkan yang mungkin effective, untuk korang yang bertanya. Untuk anak korang maybe boleh adjust sesuai dengan umur, preference, environment dan lifestyle kalian. Banyak lagi sharing mak ayah yang anak hafiz hafizah berjaya korang boleh google dan baca. Selamat mencuba dan selamat kawal diri supaya tak jadi monster mihmihmih
Semua yang baik dari Allah, ini semua jika bermanfaat juga ilham dari Allah. Alhamdulillah ala kulli hal
Selepas sebulan berlangsungnya majlis pernikahan, selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi standard operasi piawaian (SOP) bagi membendung penularan wabak covid-19 sewaktu berlangsungnya majlis tersebut.
Menerimanya dengan hati terbuka, pengacara Next to Neelofa itu menganggap ia suatu pengajaran buat dirinya selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memudahkan urusannya.
“Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.
“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya. Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian. Terima kasih.” jelasnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.