Selepas sebulan berlangsungnya majlis pernikahan, selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa dikenakan kompaun kerana tidak mematuhi standard operasi piawaian (SOP) bagi membendung penularan wabak covid-19 sewaktu berlangsungnya majlis tersebut.
Menerimanya dengan hati terbuka, pengacara Next to Neelofa itu menganggap ia suatu pengajaran buat dirinya selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memudahkan urusannya.
Ads
“Assalammualaikum. Seperti yang telah diberitakan, ya, saya sudah dimaklumkan tentang kompaun yang dikenakan terhadap saya dan Haris.
Ads
“Saya menerima dengan hati yang terbuka dan menjadikan kompaun ini sebagai satu pengajaran untuk menggunakan kebenaran merentas negeri atas tujuan yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa dan juga peringatan buat saya dan semua yang terlibat pada majlis kahwin saya untuk sentiasa menitikberatkan soal kepentingan SOP.
Ads
“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama yang baik dalam menguruskan kes saya. Saya ingin meminta maaf sekali lagi jika kes ini memberi sedikit masalah kepada kelancaran kerja-kerja harian kalian. Terima kasih.” jelasnya.
Berdasarkan perincian kompaun seperti yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Dang Wangi Kuala Lumpur, ACP Mohamad Zainal Abdullah, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor perlu membayar kompaun RM20,000 bagi dua kesalahan.
Menurut Mohamad Zainal, kesalahan pertama dilakukan Neelofa ialah tidak mematuh SOP di majlis pernikahan beliau dengan PU Riz atau nama sebenarnya, Haris Ismail di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dengan kompaun sebanyak RM10,000 tanpa diskaun dibenarkan.
Kompaun RM10,000 lagi dikenakan ke atas beliau kerana melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri manakala kesemua ahli keluarga Neelofa seramai 20 orang pula dikenakan kompaun sebanyak RM1,500 seorang yang berjumlah RM30,000.00.
Tahukah anda semua kewujudan Hari Tidur Sedunia? Ya, memang betul-betul bukan cubaan ia memang wujud dan lebih menarik lagi ia akan berlangsung pada hari esok!
Hari Tidur Sedunia diadakan hari Jumaat sebelum fenomena Spring Vernal Equinox yang berlaku setiap tahun dan pada tahun ini ia jatuh pada tarikh 13 Mac 2020.
Ia adalah acara tahunan yang bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang kepentingan tidur dan berehat, termasuklah dalam bidang perubatan, pendidikan, aspek sosial dan juga memandu.
Sambutan ini diperkenalkan oleh sekumpulan komuniti yang dikenali sebagai World Sleep Day Committee of World Sleep Society, dengan menerangkan pentingnya tidur dan juga cara menghalang masalah tidur. Kumpulan ini terdiri daripada pengamal perubatan yang bekerja dalam bidang kesihatan, khususnya dalam penyelidikan berkenaan tidur.
Nampak macam remeh tapi ramai yang tak sedarkan kepentingan tidur yang cukup ini. Oleh itu, sister jangan lupa untuk berusaha mendapatkan lena yang cukup setiap hari. Take a good care of yourself okay!
Keadaan ekonomi yang meningkat membuatkan ramai individu tidak mampu memiliki rumah dan hanya mampu menyewa sahaja. Walaupun hanya sekadar menyewa, anda perlu menjaga rumah tersebut seperti rumah kita sendiri.
Namun, lain pula yang terjadi kepada sepasang suami isteri yang merupakan pemilik sebuah rumah dan telah menyewakan rumah tersebut kepada sebuah keluarga.
Sudahlah penyewa keluar rumah dengan tergesa-gesa tanpa bertemu dengan mereka, rumah pula ditinggalkan dalam keadaan yang yang rosak teruk dan tunggang langgang.
Ikuti perkongsian Ziera Rahman tentang keadaan rumah sewanya dan diharapkan agar memberi manfaat kepada hijabi di luar sana. Jangan pula anda lakukan perkara seperti ini ya!
Bila penyewa mesej keluar rumah macam tu je, just mesej kata kunci letak dalam rumah lepas tu terus block nombor kita, hati rasa tak sedap. Bila tgk rumah aduhaiiiiiiii org jenis apa duduk rumah ni.
Selama ni kalau penyewa lain sewa, bila diorang keluar kami suami isteri boleh je cuci rumah sendiri. Tapi kali ini Iera surender. Tak selera aku tengok toilet macam ni. Penyewa ni jenis tak basuh toilet ke? Dah berkahwin, dah ada anak, takkan kotor macam ni?
Toilet satu hal, singki boleh bengkok ni apa cerita bai? Apa awak buat sampai boleh bengkok macam ni? Mozek kat dinding pun banyak tercabut. Kitorang memang tak pernah nak check rumah sebab nak jaga privasi penyewa. Tup-tup rumah jadi macam ni.
Dah la rumah sebelum bagi sewa kita cat lawa-lawa. Tak kisah tinggal rumah kotor sebab kita faham takkan lepas angkut barang awak nak kemas. Tapi bila barang-barang rumah banyak rosak, tu sakit hati. Satu lagi banggg oiii, kepala paip pun bawa lari ke??
Dah la si suami baik hati sewa tak pernah-pernah naik. Deposit pun ambil 1 bulan je sebab taknak bebankan penyewa. Tup-tup orang buat macam ni. Memang rasa nak marah. Duit deposit rumah tak dapat langsung nak cover rosak.
Sekarang masalahnya penyewa ni dah lari. Tak dapat dicari. Kalau esok dia masih berdiam walaupun kita dah mesej dia, tindakan susulan akan diambil. Sebab agreement semua ada. FB penyewa pun telah kita jumpa. Harap penyewa ni keluar dari lubang tikus dan munculkn diri.
Sambutan Hari Kanak-Kanak merupakan sambutan yang disambut pada setiap tahun oleh banyak negara tidak terkecuali di Malaysia. Hari kanak-kanak bertujuan untuk meraikan dan menghargai kanak-kanak disamping memberi kesedaran terhadap memelihara isu, hak, masa depan, perlindungan dan kebajikan kanak-kanak di Malaysia.
Bersempena Sambutan Hari Kanak-Kanak ini, kebanyakan sekolah di Malaysia akan melakukan pelbagai acara termasuklah memberi fokus terhadap tema kerjaya. Pada hari tersebut, pelajar akan berpakaian bersesuaian mengikut kerjaya dan cita-cita masing-masing seperti polis, doktor, cikgu, peguam, chef dan lain-lain. Namun, berbeza kisahnya buat seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 8 tahun ini.
Auni, meluahkan rasa bangga dengan pekerjaan bapanya sebagai pekerja pembersihan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI). Walaupun disuruh oleh bapanya untuk memilih pakaian seragam atau uniform lain, anaknya itu tetap berkeras mahu menyarungkan ‘pakaian seragam’ bapanya untuk diperagakan. Kisahnya mendapat perhatian warganet selepas videonya dimuat naik bapanya di TikTok, baru-baru ini.
Memetik laporan dari Harian Metro, ibu Auni, Nor Fadilah Jaafar, 39, berkata, anaknya memilih pakaian itu kerana menghargai pekerjaan suaminya walaupun cita-cita si cilik itu mahu menjadi seorang chef.
“Nur Auni Awatif suka makan dan mahu menjadi chef tetapi dia tidak mahu memakai pakaian itu kerana mahukan kelainan selain sebagai tanda sayangnya pada ayahnya.
“Saya suruh bergaya seperti ustazah pun dia tak mahu dan selepas dipujuk akhirnya Auni mencuba seragam anggota Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) yang dipinjam suami dari rakannya tetapi dia tidak muat serta tidak selesa memakainya.
“Kemudian dia terus mencuba t-shirt kerja suami yang dicari sendiri di almari. Walaupun sedikit besar dia cakap selesa memakainya, malah terus meminta ‘pengepit’ dan plastik sampah untuk dia gayakan di atas pentas,” katanya kepada Harian Metro.
Difahamkan, anak bongsu dari tiga beradik itu sangat rapat dengan bapanya dan pernah mengikut bapanya, Mohd Anuar membersihkan tapak pasar malam sebelum ini. Pada awalnya menurut Nor Fadilah, dia serta suaminya meminta anak bongsu itu memilih kerjaya lain walaupun itu hanya pertandingan sahaja.
“Kami tanya juga tidak kisah ke pakai baju kerja ayah dan tak sangka Auni cakap ‘tak apa, mak dan ayah yang bagi Auni makan, sediakan tempat tinggal dan bangga dengan ayah’.
Dalam pada itu, wanita berusia 39 tahun mengatakan anaknya sangat teruja untuk bersiap ke sekolah dan gembira walaupun cuma mendapat hadiah saguhati dalam pertandingan berkenaan.
“Auni bangun awal dan teruja untuk bersiap ke sekolah dan walaupun dia hanya dapat sagu hati saja dalam pertandingan itu tetapi dia tak sedih langsung, malah berasa gembira,” katanya.
Sementara itu, Anuar meluahkan rasa terharu dengan reaksi anaknya serta sangat bersyukur apabila Auni dan dua lagi anaknya memahami kehidupan sederhana mereka.
“Saya seperti mahu menangis apabila mendengar apa yang Auni cakap itu sebab tidak malu, malah bangga dengan kerja saya.
“Itu antara kenangan yang mengusik hati saya selain kenangan dia seronok mendapat basikal rosak yang saya beli dengan harga RM10 saja.
“Saya baiki dan cat semula basikal itu dan tetapi dia sangat gembira macam dapat basikal baru.” ujarnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata positif buat kanak-kanak tersebut serta memuji didikan orang tuanya. Video tersebut kini meraih lebih 601.6K tontonan serta 72.2K kesukaan.
“Ya allah. Apa nikmat telah aku dustakan dalam hidup sebelum dan sekarang ini. Terima kasih abg. Untuk video ini. Abg terbaik dalam mendidik anak”
“Terus rasa sebak tgk video ni..semoga satu masa menjadi kebanggaan mak ngn ayah ye dik..”
“Semoga awak membesar dengan penuh rasa bangga terhadap kedua org tua awak ye dik. semoga menjadi anak solehah baik akhlak dan berbakti pd org tua.”
“Alhamdulillah…terbaik…seorg ank yg mnghrgai pkerjaan ayahnye.. InshaAllah moga terus membesar mnjadi ank yg solehah yg bnyk berjasa pada org tuanye”
MasyaAllah, walaupun si cilik ini masih kecil, tapi dia mempunyai hati yang sangat besar. Hijabista turut mendoakan semoga terus menjadi anak solehah, serta menjadi penyejuk mata penawar hati buat kedua orang tua.