Ajal maut itu terletak di tangan Tuhan dan tiada siapa boleh menolaknya. Begitu juga perkongsian wanita ini di laman sosial facebook apabila kehilangan anak perempuannya yang baru berusia tiga tahun. Kelmarin, kanak-kanak perempuan Annur Sumayyah meninggal dunia setelah dirempun sebuah kereta di rumahnya di Georgetown, Pulau Pinang. Ibunya, Nur Daliia Yusoff, 28 tahun telah muat naik status mengenai kehilangan anaknya itu di laman sosial facebook.

Dalam posting itu, Daliia memberitahu sudah selesai urusan pengebumian puteri syurganya dan dia reda dengan pemergian anak perempuan kesayangan itu selama-lamanya.

Katanya lagi sudah tertulis di luh mahfuz yang Allah akan menjemput anaknya itu menjadi ahli syurga, bidadari syurga seindah namanya Annur Sumayyah.

Semuanya sudah selesai pengebumian puteri syurga ku
Annur Sumayyah
Anak syurgaku

IKLAN

Ibu abah redha kamu pergi untuk selamanya..sudah tertulis diluh mahfuz Allah akan menjemput kamu menjadi ahli syurga..bidadari syurga seindah nama kamu Annur Sumayyah..ibu sayang kamu

Reda dengan pemergian anak tersayang.

Sementara itu dalam posting 7 jam lalu, Dalila juga turut menceritakan detik kelahiran anak syurga ini yang begitu menyentuh hati setiap netizen.

Annur Sumayyah 
Ibu kandung kan kamu 9bulan
Sakit lahirkan kamu ibu rasa sekejap saja,begitu mudah lahirkan kamu Walaupon ibu kena induce sakit ibu sekejap saja..kamu lahir hari Jumaat waktu pagi ya Allah sungguh indah ..kehadiran kamu disambut keluarga tetapi kematian kamu seluruh Malaysia mendoakan untuk kamu Sumayyah..seindah nama kamu Sumayyah..Ya Allah kau telah kurniakan 1 kurniaan mu yg tak ternilai untuk-Ku iaitu aku melahirkan anak syurga ini dalam rahim Ku

IKLAN

Ya Allah..
Ibu halalkan setiap titis susu ibu dkt kamu Sumayyah selama 2tahun..ibu abah rindukan kamu..kamu selalu dlm hati ibu dan abah..tarik ibu dan abah ke syurga Allah 1 hari nanti ya Sumayyah ..ibu yg melahirkan kamu Sumayyah ..ibu masih terasa pelukan pertama kamu dgn ibu..Ya Allah sesungguhnya kau maha besar lg maha berkuasa..aku terima ini takdir Ku..

Walaupon pahit aku Pasti ada manisnya nanti..saat kamu menghembuskan nafas terakhir diatas pangkuan ibu dgn berlumuran darah ibu akur Sumayyah ..kamu harta yg tak ternilai yg ibu ada didunia ini Sumayyah ..malam tido tanpa kamu amat pahit Sbb kamu tak pernah berpisah dgn ibu..ibu cuma ada bantal selimut kesayangan kamu..senyum ketawa kamu ibu tak lupa Sumayyah ..

IKLAN

Ibu rindukan kamu..anak syurga ibu
Annur Sumayyah Bt Syabandi 

Kelahiran Annur Sumayyah saat terindah dalam hidup.

Posting dibuat turut juga turut mengundang simpati netizen.

Ikhlaskan pemergiannya.

Ada hikmah di sebalik kejadian

Tinggal kenangan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI