
Kebanyakan daripada kita pasti mahukan tubuh yang cantik. Banyak cara sebenarnya yang kita boleh usahakan bagi mendapatkannya tetapi yang paling penting kita haruslah menggunakan cara yang sihat.
Seperti perkongsian Siti Rohayatul Husni Mokhtar di facebook yang mendapat ribuan share, dia telah berkongsi amalan dan rutinnya dalam menurunkan berat badan sebanyak 40 kg iaitu daripada 90kg kepada 50 kg.
Guna aplikasi di telefon untuk kira kalori. Jangan malas!
Mengambil masa selama 8 bulan untuk menurunkannya.

Say No To Sugar!
Ikut cara sunnah yang banyak manfaat.

Sangat banyak tips yang dikongsikan olehnya. Para hijabi bolehlah menjadikan tips yang diberikan ini sebagai panduan dalam mencapai berat badan yang diinginkan ataupun bagi menjaga kesihatan tubuh badan. Ayuh kita ke arah gaya hidup yang lebih sihat!
Gadis Ini Senaraikan Produk Yang Best Untuk Atasi Masalah Kulit Kusam. Barulah Glowing!

Bila kulit kita mulai kusam, keyakinan diri juga akan menurun. Pastinya rasa tak best apabila melalui perkara sebegini!
Sebenarnya, kulit kusam terjadi atas banyak faktor. Seperti yang dikongsikan oleh Nur Afiqah Syaqira, antara sebab-sebab utama terjadinya kulit kusam termasuklah:
•Kesan cahaya UV (tak pakai sunscreen)
•Kulit kering
•Tak exfoliate
Nak cerahkan kulit kusam tak susah pun yunk, cuma makan masa & makan duit sikit. Kat bawah ni I kongsi rutin skincare untuk cerahkan balik kulit kusam.
Tapi kalau korang ada masalah kulit yang lebih serius macam consistent breakout, selesaikan yang tu dulu. Baru fokus untuk rawat kulit kusam. It’s called priority, baby.
1. CLEANSER
Cleanser yang basic macam QV Gentle Wash dah cukup. Paling penting kena lembut & tak keringkan kulit. Cleanser takyah cari yang mahal & fancy yang ada bahan aktif itu ini. Akhirnya masuk longkang gak. Belanja dengan bijak👌
2. TONER
Toner ada banyak jenis. Antaranya; jenis exfoliating, hydrating & jenis astringent (tinggi drying alcohols). Bagi I hydrating toner yang terpenting.
Terutamanya untuk kulit dehydrated. Untuk exfoliate pakai produk lain. Sebab kalau uols beli exfoliating toner, uols takleh pakai 2-3x sehari. Rosak kulit.
3. MOISTURIZER
Antara faktor utama kulit kusam adalah kulit yang kering. Jadi penting untuk pastikan kulit sentiasa dalam keadaan lembap. SEMUA JENIS KULIT perlukan pelembap. Pilih jenis pelembap mengikut keserasian kulit memasing. Kalau takleh pakai siang, pakai malam (oily skin).
4. PRODUK PENCERAHAN
PP boleh jadi seketul serum, essence, ampoule atau toner dsb. PP secara asasnya produk yang mengandungi bahan-bahan yang boleh mencerahkan kulit seperti:
•Niacinamide
•Alpha Arbutin
•Licorice Root
•Kojic Acid
•Vitamin C
•Alpha Hydroxy Acids (exfoliate)
Jadi untuk “reverse” kekusaman tersebut, penting untuk masukkan PP kedalam rutin skincare. Pastikan agen pencerah tersebut antara bahan teratas dalam senarai bahan. Otherwise, jangan beli.
5. EXFOLIATE
Walaupun sel-sel kulit mati akan jatuh dengan sendiri bila sampai kitarannya, tapi tak semua. The build up dead skin cells yang tertinggal akan buat kulit nampak kusam. Jadi kena exfoliate 1-3x seminggu. Efoliater terbahagi kepada dua jenis:
•Physical Exfoliater: Scrub, Peeling Gel, Wash Clothes, etc
•Chemical Exfoliate: Products with Hydroxy Acids (AHA, BHA, PHA)
I lebih suka chemical exfoliater berbanding physical. Ianya lebih berkesan, gentle & cepat nampak hasil. Terutamanya AHA (Glycolic, Lactic, Mandelic) sangat membantu dalam mencerahkan kulit. Untuk newbie, pastikan kaji dulu cara penggunaan Hydroxy Acids dengan betul & risikonya. Baru boleh mula guna 🙂
6. SUNSCREEN
Semua step yang kat atas akan jadi sia-sia kalau uols tak pakai sunscreen ataupun sekurangnya tak lindung kulit guna kain (topeng, topi, stongan etc).
Dia macam kau membaiki, UV merosakkan. Jadi macam satu kitaran yang tak sudah gitu. Pastikan pakai sunscreen setiap hari, dalam anggaram DUA jari & reapply setiap 2-3jam.
InsyaAllah kalau uols ikut rutin skincare ni kulit korang yang kusam akan beransur-ansur jadi cerah & glowy dalam beberapa bulan. USAHA TANGGA KEJAYAAN🦋
kredit: Nur Afiqah Syaqira
Cerahkan Ketiak Hitam Dengan Vaseline, Sapu Selepas Mandi, 3 Hari Dah Nampak Kesan

Wanita dan kecantikan sememangnya tidak dapat dipisahkan. Bermacam-macam rejim kecantikan telah dicuba. Sama ada produk yang dijual di pasaran mahupun menggunakan cara tradisional. Walau apa pun caranya, semua ini adalah usaha untuk menjaga kecantikan.
Bagi mereka yang ingin menjaga kecantikan tetapi mahu bajert, boleh gunakan cara yang dikongsikan oleh Rafidah Kassim Ida ini.
MESTI TAK PERCAYA VASELINE BOLEH BUAT MACAM NI KAN?
Vaseline, produk paling femes untuk lembapkan kulit. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh digunakan pada setiap bahagian di muka dan badan. Alaaa, yang tutup biru botol kuning-kuning cair tu.
Antara fungsi vaseline yang worldwide tip top semua orang tahu ialah baik untuk lembapkan bibir yang kering. Boleh digunakan untuk tangggalkan make up. Sangat bagus untuk rawat tumit kaki yang merekah dan boleh bantu putihkan kulit. Haaaa? Putihkan kulit?

Macam tak percaya kan, dengan budget bawah sepuluh ringgit dan boleh didapati dengan sangat mudah di drugstore seluruh Malaysia, vaselin bantu cerahkan kulit sampai nampak urat hijau seawal 7 hari. Wow!
Tekstur dia lembut, tak berminyak, tak berbau dan tak buat tangan berpeluh pun. Meresap ke dalam kulit dan bagaikan magis, tukar kulit yang gelap kepada cerah semulajadi. Bukan cerah-cerah kelabu tau. Memang cerah nampak urat hijau.
Jadi, untuk memantapkan lagi kesan dia. Korang sapu kat ketiak tiap kali lepas mandi dan sebelum tidur. 3 hari bole nampak ketiak tu cerah. Pakailah sebulan dua sampai cerah betul-betul. Biar putih melepak gitu.

Selain tangan, ketiak, sapu sekali kat lutut, siku, leher, celah kangkang, buku lali semuaaa pun putih. Wooo! Tak payah dah buat laser bagai kat spa. Try vaseline je.
Cara guna dia senang saja. Sapu vaseline ke tangan atau bahagian yang korang nak cerahkan sebelum tidur. Dan rasai perubahan seawal 3 hari. Ya ya, semudah ini sahaja. Dan kulit akan terasa lebih lembut dan lembap. Serious okeh! Tapi kene buat hari-hari tau. Konsisten.
Tip ini bukan hanya berguna kepada bakal-bakal pengantin yang nak tangan cantik, lembap gebu mulus nak sarung cincin dan rantai tangan kawin. Tapi, terbuka untuk setiap insan yang nak kulit cerah tanpa bahan kimia berbahaya, tanpa sakit-sakit injection, tanpa perlu telan ubat dan yang paling best tanpa modal yang besar.
Sumber kredit: Rafidah Kassim Ida
Bukan Setakat Bagus Untuk Kesihatan, Air Mineral Juga Sesuai Untuk Kecantikan Wajah & Rambut

Jika selama ini air mineral hanya untuk diminum, ada baiknya anda untuk mula menjadikan air mineral sebagai rejim kecantikan dalam rutin perawatan kecantikan sehari-hari. Air mineral bukan sahaja untuk diminum tetapi ternyata memiliki manfaat dalam perawatan kecantikan terutama untuk wajah.
Tertarik untuk mencuba? Jom kita semak bagaimana air mineral membantu anda merawat kecantikan selain menjadi item perawatan kecantikan yang paling mudah dan murah!

Manfaat Air Mineral Untuk Kulit
Sebelum memakai air mineral dalam rutin perawatan kecantikan, anda harus tahu dahulu mengenai manfaatnya. Mungkin anda tanya-tanya mengapa air mineral bagus untuk kulit. Ternyata dalam air mineral terkandung silika dalam jumlah tinggi.
Kandungan silika yang tinggi ini akan membantu memperbaiki kulit dengan cara menguatkan sel-sel span yang ditemukan antara serat elastin dan kolagen, serta memperlambatkan kedutan.

Memetik info dari bienetrespa.com:
Collagen, mainly made up of Silica, is the ‘glue’ that holds us together. If our body has enough silica glucosaminoglycane, the collagen will make us look younger…The presence of silica in our bodies can maintain the luster in our hair, the strength in our nails and the tone of our skin.
(Kolagen yang terdiri daripada silica adalah ‘gam’ yang menyatukan sel-sel dalam tubuh. Jika tubuh memiliki jumlah yang cukup silica glucosaminoglycane, kolagen akan membuatkan anda awet muda. Kehadiran silica pada tubuh dapat menjaga kilau pada rambut, kekuatan pada kuku, dan warna pada kulit.)

Dengan manfaatnya yang sudah jelas, berikut ini ENAM cara menggunakan air mineral dalam perawatan kecantikan.
GUNAKAN DI ANTARA PROSES PEMBERSIHAN DAN PELEMBAPAN WAJAH
Anda boleh membilas wajah dengan air mineral namun jika anda ingin berjimat, rendam kapas muka dalam air mineral kemudian bersihkan wajah. Anda juga boleh menyimpan air mineral dalam botol. Apabila hendak digunakan, hanya sembur pada wajah.
Setelah mencuci dan membersihkan wajah, lanjutkan dengan mengoleskan kapas atau sembur wajah dengan air mineral. Saat wajah dalam keadaan hampir kering barulah pakai pelembap wajah. Ini adalah cara jimat dalam menggunakan air mineral yang dapat membantu untuk mendapatkan tampilan kulit wajah yang lebih baik.

GUNAKAN BERSAMA DENGAN TONER
Anda boleh mengoptimumkan pemakaian toner dengan terlebih dahulu membasahkan kapas dengan air mineral secukupnya. Dengan cara ini, anda tidak perlu menggunakan banyak toner kerana kapas sudah basah dengan air mineral.
GUNAKAN DENGAN MASKER WAJAH BUATAN SENDIRI
Jika anda suka membuat sendiri masker wajah dari bahan alami, daripada menggunakan air paip, lebih baik gunakan air mineral kerana manfaatnya yang sudah jelas terbukti. Sebelum mengaplikasikan masker pada wajah, setelah wajah dicuci, semburkan dulu air mineral atau oleskan dengan kapas yang telah dibasahi air mineral.

GUNAKAN DENGAN MEKAP WAJAH
Ramai wanita selalunya gemar mengaplikasikan foundation atau eyeshadow dengan membasahinya terlebih dahulu. Jika anda salah seorang yang mengamalkannya, lupakan membasahinya dengan air biasa. Beralihlah pada air mineral kerana ia memiliki manfaat yang lebih baik untuk kulit.
GUNAKAN SEBAGAI FACIAL SPRAY
Jika anda selesa menggunakan facial spray untuk menjaga kelembapan wajah sepanjang hari, maka mulai sekarang anda boleh gunakan facial spray daripada bahan air mineral. Sebagai saranan, gunakan air mineral bersoda (sparkling mineral water).

GUNAKAN SEBAGAI SPRAY RAMBUT
Air mineral bukan sahaja baik untuk kecantikan wajah tetapi juga bagus untuk kecantikan rambut. Rambut yang dahulunya terlihat agak kusam, akhirnya kembali sihat setelah memakai air mineral sebagai spray rambut setelah mencuci rambut. Semburan air mineral pada rambut menjadikan rambut lebih sihat, kuat dan rambut kelihatan segar bermaya.
Sumber kredit: Top image: Photo by cottonbro from Pexels