Semangkuk yogurt yang kaya dengan vitamin D dan kalsium mampu membuat tulang semakin sihat dan kuat. Yogurt juga mengandungi asid laktik yang berfungsi sebagai penghalau sel-sel kulit mati. Seperti juga yogurt, madu juga mempunyai pelbagai manfaat kesihatan dan sering digunakan sebagai campuran minuman bagi menambah stamina tubuh.

Sebenarnya yogurt dan madu bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi juga baik untuk kecantikan dan perawatan kulit wajah. Kulit terbakar atau sunburn adalah keadaan kulit yang berwarna merah dan terasa perih seperti terbakar. Ia biasanya disebabkan terlalu lama berada di bawah terik matahari.

Ikuti perkongsianĀ Fitriah Azman

Sunburn!

Muka kak el ni memang alah pada panas cahaya matahari. Kalo kat sekolah dulu. Lari padang tak sampai 10 minit muka tu macam apa dah. Nampak gigi ngan mata jer duk kelip kelip mintak oksigen. Punyalah terukk sunburn.

Lani pun sebab kerap duk rempit g amik ank sekolah, muka agak rentung jugak la walau dah pakai sunblok. Kadang bila pakai sunblok tu kak el rasa muka makin hitam belegam. Mybe tak sesuai ngn kulit kak el.

Jadi, kak el terpaksa lah rajinkan diri buat rutin penjagaan muka kat umah. Orang lain tangan hitam muka putih. Kak el pulak muka itam tangan itam tapi versi cerah sikit dari muka. Haha

PAKAI DUA,TIGA KALI SEMINGGU

Jadi, dua atau tiga kali seminggu kak el akan paksa diri untuk pakai mask buatan sendiri dari yogurt asli dan madu ni.

Kulitt rasa lebih sejuk, freshh dan anjal. Klo rajin amal, cepatlah sikit sunburn tu hilang.

Campo yogurt dengan madu. Lebihkan kuantiti yogurt dari madu tau. Pastu pakai dalam tempoh 15 hingga 20 minit. Pastu bilas ngan air bersih. Kak el bilas ngan air coway yg cold tu. Seriuss freshh jer muka. Tiber rasa silau jer mata ni. Extra glowingg gitu.

Sumber kredit: Fitriah Azman