Bibir kering dan merekah sememangnya antara masalah yang kerap terjadi ketika dalam tempoh berpuasa. Tentunya ia akan memberikan rasa yang tidak selesa kerana bibir terasa begitu pedih dan kemerah-merahan.

Jika terlalu lama masalah ini dibiarkan berlarutan pastinya akan menyebabkan bibir kelihatan hitam dan lebam. Bagi mengatasi masalah bibir kering dan merekah sepanjang tempoh berpuasa, boleh cuba tip yang dikongsikan oleh Fadaliah Zainal ini.

Tip Atasi Bibir Kering Ketika Puasa

Apabila berpuasa, masalah yang biasa berlaku adalah bibir kering dan pecah-pecah.

Mungkin tak semua orang mengalaminya tetapi ada sesetengah wanita risau yang masalah bibir akan mencacatkan penampilan mereka menjadi lebih pucat dan kering.

Lebih menakutkan boleh sampai berdarah jika terlalu kering.

IKLAN

Bibir kering bukan berpunca daripada kurang minum air semata-mata, malah ada faktor lain yang menjadi punca bibir kering.

Kak Fada share sikit tip untuk atasi masalah bibir kering.

1. Gunakan ‘lip balm’
Rajin gunakan lip balm bagi mencegah bibir kering. Semasa memilih lip balm, pilihlah yang mengandungi minyak semula jadi dan SPF. Ia akan menjag bibir dari sinar matahari yang merupakan salah satu penyebab bibir kering.

IKLAN

2. Elak Makan Pedas dan Masin
Elakkan daripada mengambil makanan pedas dan masin kerana makanan ini akan membuatkan anda bertambah haus dan bibir menjadi kering. Hindari makanan ini ketika bersahur dan berbuka puasa.

IKLAN

3. Jangan Jilat Bibir
Jilat bibir bukanlah cara yang bagus untuk basahkan bibir. Malah, ia akan lebih keringkan bibir anda!

4. Madu
Madu merupakan bahan semula jadi yang digunakan bagi mengatasi bibir kering dan pecah-pecah. Sapukan terus madu ke bibir. Tetapi jangan pula menjilat bibir ketika berpuasa. Batal puasa nanti! Seeloknya sapukan madu sebelum tidur. Ketika waktu bersahur pula, minum sedikit madu kerana madu bukan sahaja mencegah bibir kering, malah madu juga memberikan kekuatan selama tempoh berpuasa.

Sumber kredit: Fadaliah Zainal

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI