Tidak susah pun sebenarnya nak sihat dan jadi awet muda secara semulajadi. Hanya gunakan petua alami dan salah satunya amalkan minum air detox buat sendiri. Seperti perkongsian wanita ini, Hazirah Maulana di laman sosial facebook yang memberitahu kelebihan minum air detok setiap kali bangun pagi. Menurutnya air detox ini sebagai intro sebelum kita mengambil air lain selepas itu.
Caranya haya menggunakan lemon yang diperah dan masukkan hirisan lemon ke dalam air suam putih. Biarkan seketika sebelum khasiat meresap dalam air berkenaan. Amalkan minum setiap pagi dan hasilnya memang tidak mengecewakan.
Lemon banyak khasiatnya.
Ini detox cara saya. Sihat dan awet muda secara semula jadi. Perah dan masuk kan hirisan nipis lemon ke dalam air suam putih. Biarkan seketika khasiat lemon meresap ke dalam air. Selepas itu, sejuk kan di dalam peti.
Bila bangun pagi. Minum sedikit air suam sebagai intro untuk badan dan minum air detox ini.
Ads
Khasiat lemon yang orang kene tahu:
1) mengalkalikan tubuh. Dah makan macam macam, asid jadi bnyak. Bila asid banyak, mudah lesu dan tak bermaya. Ini cara untuk alkali kan tubuh supaya kembali segar.
Ads
2) Vitamin C yang tinggi pada lemon boleh mencantikkan kulit dan awet muda secara semula jadi
Ads
3) Membantu penghadaman dan merangsang pergerakan usus. Efeknya akan rasa mudah membuang. Toksik dalam badan pun boleh keluar dengan mudah.
4) Minum air lemon pada waktu pagi boleh bakar lemak dengan efisyen. Asid sitrik dalam lemon membantu proses detox pada organ hati. Organ hati yang sihat dapat berfungsi dengan baik untuk memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar dan ini sangat penting dalam menurunkan berat badan.
Amalkan setiap hari. Korang akan rasa sihat, awet muda dan kurus tanpa sengaja.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Istilah rasuah telah digunapakai dalam bahasa Melayu yang bermaksud pemberian untuk menumbuk rusuk iaitu menyogok, menyuap. (Lihat Kamus Dewan Edisi Keempat). Syed Hussein Alattas dalam buku Rasuah, Sifat Sebab dan Fungsi, menyatakan rasuah merupakan penyalahgunaan kepercayaan untuk kepentingan peribadi.
Manakala menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), rasuah ialah penerimaan atau pemberian suapan sebagai upah atau dorongan untuk seseorang individu kerana melakukan atau tidak melakukan sesuatu perbuatan yang berkaitan dengan tugas rasmi. Suapan terdiri daripada wang, hadiah, bonus, undi, perkhidmatan, jawatan upah, diskaun.
Dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (22/220) mentakrifkan rasuah dengan:
“Sebarang pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan”.
Maksudnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah: 188)
Al-Sobuni berkata: “Janganlah sebahagian kamu memakan sebahagian harta yang lain dengan cara yang tidak dihalalkan oleh Allah seperti kamu memberi rasuah kepada hakim-hakim.” (Lihat Sofwah al-Tafasir, 1/112)
Dr Yusuf al-Qaradhawi berkata “Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah/suap. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya.” (Lihat al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, hlm. 626)
Dalam sebuah hadis, Abdullah ibn ‘Amr R.Anhuma meriwayatkan:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah”
Riwayat Abu Daud (3580), al-Tirmizi (1337) dan Ibn Majah (2313)
Di sini jelas bagi kita bahawa pemberi dan penerima rasuah adalah dilaknat oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.
DALIL PENGHARAMAN RASUAH
Pengharaman rasuah adalah jelas sama ada di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Larangan rasuah dalam al-Quran diambil daripada celaan Allah SWT terhadap kaum Yahudi yang biasa mengambil rasuah.
Allah SWT berfirman:
سَمَّاعُونَ لِلْكَذِبِ أَكَّالُونَ لِلسُّحْتِ
Maksudnya: Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Surah al-Maidah (42)
Jangan Ambil, Jangan Beri! Dua tindakan ini mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita, dan tindakan itu bermula dari diri kita sendiri.
Ideaktiv turut terpanggil menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan beliau RasuahBuster.
Menerusi RasuahBuster, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.
RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.
Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.
Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.
Ia boleh bermula dengan menyalurkan maklumat dan pertanyaan kepada: rasuahbusters@gmail.com atau (WA) : 019-3823635, 019-6680920
Bergabung sebagai #RasuahBusters di https://bit.ly/3ctmxSy atau boleh kunjungi laman berikut:
Kembali dengan membawakan koleksi ARIANI LAYAR RAYA 2023 bersama rekaan hijab dan busana yang lebih segar dengan paduan warna- warna menarik untuk digayakan dimusim lebaran ini.
Pertunjukan koleksi ARIANI dipersembahkan dengan cara yang unik dengan menampilkan artis profesional sebagai penyanyi pengiring ketika fashion runway dipersembahkan.
Rupa-rupanya disebalik pentas peragaan yang gah Majlis yang berlangsung di The Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur itu dihadiri lebih 800 tetamu, tersimpan satu impian anak gadis yang dipendam selama 4 tahun lalu.
Meletakkan keselesaan dan eksklusif sebagai elemen utama dalam penghasilan tudung, ARIANI mengilhamkan rekaan hijab dan busana terkini dengan pelbagai pilihan dan gaya yang cukup menawan.
Sebanyak lebih 101 rekaan hijab terbaru diperkenalkan dengan kombinasi warna, material dan cetakan yang lebih unik, moden dan elegan dalam setiap helaian hijab. Pertunjukan fesyen Layar Raya juga turut menampilkan barisan duta terkemuka untuk tahun ini seperti Datin Lisa Surihani yang juga merupakan duta Ariani yang baharu, pengacara Uyaina Arshad dan pelakon Bella Dally.
“4 tahun lalu, saya dijemput datang ke Fashion Show Ariani. Duduknya saya di belakang dewan sebelah kanan. Dalam hati terdetik, ‘Suatu hari nanti, aku juga akan berada di atas pentas itu,” kongsi Uyaina.
Menariknya 4 tahun kemudian, impian itu menjadi kenyataan. Walaupun ini adalah tahun ketiga Uyaina bersama Galeri Ariani, tetapi ini adalah tahun pertama berjalan di atas pentas megah Fashion Show Ariani yang cukup ikonik.
“Risau pun ada juga takut terpeleot atas stage tu Sempat saya berseloroh dengan Bella & Kak Lisa, “I’d rather talk than walk on stage, katanya”
Berkongsi rasanya di sidang akhbar, Uyaina juga berbangga, terharu, teruja, malah bersyukur walaupun ada perasaan gementar dan bermacam-macam perasaan lagi bercampur-baur. “Rasa macam hosting lagi tak nervous daripada catwalk. Bunyi macam aneh, tapi itulah Uyaina!”
Alhamdullilah! Impian saya pada umur 26 tahun, akhirnya menjadi kenyataan. Berjalan pula seiringan dengan wanita- hebat yang cukup saya kagumi, sayangi & hormati, ujarnya lagi.
ARIANI berpaksikan dengan identiti jenama ini yang sentiasa menghasilkan koleksi selendang dan hijab pada harga terbaik dan berpatutan seiring dengan kualiti tudung yang dihasilkan, baik untuk pasaran butik fizikal juga untuk pasaran online. Kesemua koleksi tudung ARIANI LAYAR RAYA 2023 ini disasarkan untuk semua wanita pelbagai peringkat usia.
Pada tahun ini juga ARIANI tampil kelainan apabila buat pertama kalinya melancarkan sub- brand baru khas kepada kaum adam, iaitu ARYAN. Bermula dari kanak-kanak sehingga golongan dewasa, ARYAN adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan kelainan untuk bergaya di musim lebaran nanti.
Koleksi ARYAN juga amat rapat dengan perwatakan lelaki di luar sana yang sukakan imej ringkas dan selesa. Pertunjukkan fesyen pada petang itu memperlihatkan seleksi pakaian ARYAN seperti baju melayu sedondon & kurta ditampilkan buat pertama kalinya kepada para jemputan dan akan dijual secara eksklusif di House of Ariani.
Majlis pada petang itu dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada petikan gitar professional daripada Man Kidal Bersama penyanyi Amir Masdi medendangkan lagu sejati, sebagai simbolik kepada peminat setia ARIANI yang terus menyokong selama jenama ini berada di pasaran.
Pertunjukan fesyen bagi segmen ini diserikan lagi dengan kehebatan paduan vokal pasangan Erni Zakri dan Syamel. Penggunaan material berkualiti tinggi dengan pelbagai rekaan potongan yang dilengkapi dengan aksesori bertatahkan swarovski antara keistimewaan koleksi The Premium Series ini.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Siapa yang biasa dengan hijab jenama Ariani pasti akan mengenali pemilik wajah jelita ini. Datin Farah Haryani Muhammad Philip yang juga merupakan Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufaturing (M) Sdn Bhd ini memang seorang yang begitu murah dengan senyuman. Malah kelembutan suara dengan kejelitaan wajahnya membuatkan mata tidak puas memandang. Ketika ditanya rahsia atau petua menjaga kecantikan, beliau tersenyum memberitahu hasil amalan pilates yang dilakukannya.
Menurut Datin Farah kerjanya yang memerlukan dia sentiasa berdiri dan bergerak ke sana ke mari menyebabkan beliau perlu sentiasa cergas dan aktif. Bukan itu sahaja, malah fizikal juga penting dalam memastikan perjalanan kerja berjalan lancar. Jadi beliau lebih senang memilih amalan pilates yang sudah diamalkan lima tahun lalu.
“Saya sudah amalkan lima tahun lalu untuk memastikan kekal sihat dan bertenaga. Saya akan peruntukan selama 1 jam dengan memanggil guru bertauliah datang ke rumah. Selain itu saya juga turut menjaga pemakanan,” ujar Datin Farah ketika ditemui sempena Majlis Pertunjukan Fesyen Ariani Luminous Lebaran 2018 di ibu kota baru-baru ini.
Beritahu Datin Farah, beliau juga pernah mengalami pertambahan berat badan sebelum ini. Salah satu tanda kenaikan berat badan adalah jika melihat pada bahagian perut.
“Jika rasa badan dah naik biasanya saya akan kurangkan pengambilan makanan. Saya akan skip makan malam tetapi tidak untuk sarapan pagi. Saya memang gemarkan sarapan nasi lemak atau roti canai.
“Cuma kalau rasa badan dah naik saya akan kurangkan kuantiti pengambilannnya. Kita memang perlu makan untuk mendapat energi dalam menghadapi rutin seharian yang sibuk,” tambah Datin Farah yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur antara 4 tahun hingga 14 tahun.
“Saya rajin buat skrub untuk penjagaan wajah. Dan satu lagi bagi memastikan mental dan fizikal terjaga adalah dengan memastikan mendapat tidur yang secukupnya. Saya memang akan tidur tepat pada masanya agar bila bangun pagi keesokan harinya kekal segar dan bertenaga.
“Dan satu lagi saya juga kalau stress saya suka buat kek. Rasa lebih tenang dapat melihat hasil kek yang dibuat dari air tangan kita,” katanya lagi yang juga seorang guru Bahasa Inggeris selama 5 tahun sebelum berhenti untuk membantu menguruskan perniagaan suami, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.
Untuk majlis pertunjukan fesyen petang itu juga Datin Farah cukup teruja memperkenalkan 200 rekaan terbaru Ariani bagi menyambut lebaran kali ini.
Menurut Datin Farah, Aidilfitri adalah detik terindah untuk kita semua mengeratkan silaturrahim. Inilah masanya berkumpul sesame ahli keluarga membantu melakukan persiapan meraikan hari raya dengan penuh kesyukuran.
Kesemua koleksi Ariani Lebaran 2018 yang dipersembahkan bukan sahaja cantik dipandang, tapi cukup praktikal untuk digayakan sepanjang lebaran ini.
Turut melengkapi pertunjukan fesyen petang itu, majlis juga tertumpu pada koleksi ARIANI READY-TO-WEAR (rtw) dengn mengetengahkan ketrjasama dengan dua selebriti popular iaitu Ayda Jebat serta Mira Filzah. Sementara tidak ketinggalan Duta Ariani, Bella Dally turut mempersembahkan koleksi Glam lebaran By Ariani dengan iringan persembahan muzikal Bollywood.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.