Siapa sangka percutian ke negara Gajah Putih, Thailand begitu bermanfaat apabila mendapat satu perkongsian resipi air minuman yang baik untuk kesihatan.

Perkongsian wanita ini di laman sosial Facebook Suttarat Wan Hanifah memberitahu dia mendapat resipi air minuman yang mempunyai pelbagai khasiat ini ketika berkunjung ke Thailand.

Antara khasiatnya adalah untuk meringankan tubuh, tidak sakit urat, mengeluarkan angin dalam tubuh, kurangkan kalesterol dan membantu kempiskan perut serta dapat mengurangkan berat badan.

Bahan yang digunakan juga tidak susah dicari dan hanya menggunakan bahan dapur. Menurutnya tukang urut yang mengamalkannya itu kelihatan tubuhnya nampak kemas, tidak gemuk, bertenaga dan jarang terkena penyakit.

Assalamualaikum.

Seperti dijanjikan kak ifah nak share satu minuman homemade yang diberikan oleh tukang urut yg ifah jumpa sokmo di salah sebuah resort di Satun,Thailand.

Alhamdulillah perkongsian ini juga dianggap rezeki dan kak ifah jgk nk share rezeki ni dengan uolls semua.

Resepi ni sgt mudah dan bahan2nya jgk senang nak dapat.

Kata kak Joh,”minuman ni dapat meringankan tubuh,jadi rajin,tak sakit urat orang kata,mengeluarkan angin2 dalam tubuh,mengurangkan kolesterol dan membantu mengempiskan perut serta mengurangkan berat badan.”

IKLAN

Selain itu kulit cantik dan muda.

Uolls blh la refer khasiat bahan2 ni yer.Patutla kak ifah perasaan kak Joh ni nampak bertenaga,surat,tubuh pom nampak kemas xgemuk nyakit walaupom dah berumur akhir 50an..

insyaAllah jika istiqomah berjaya.

Bahan2:

5 batang serai diketuk

3 biji buah epal HIJAU dan dibelah dua

IKLAN

satu periuk air anggaran dlm 1-1.5liter air

Cara:

Masukkan semua bahan.Rebus sehingga epal menjadi lembik.

Minum samada dalam keaadaan suam atau sejukkan.

IKLAN

Kak ifah jenis suka minum suam atau minum dlm shui bilik.

Boleh gantikan rebusan ni sbg air minuman /air putih.

Kak ifah hbskan air ni dlm sehari.xcukup buat lagi..

Selain tu uolls blajr menyatu makanan.Bykkan proteins, dan sayur2.

Paling akhir k.ifah ambik meal pada waktu petang.bila dah maghrib blh la nk buat amalan2 sambil tunggu isyak.

Buat senaman yoga

Slps isyak tidokan ank.Boleh la kita rehat dan tido awal..

sesekali buat senaman.Dengan umur dan tahap kemalasan k.ifah..k.ifah buat yoga atas katil jew.sbb xpenat sgt tp result alhamdulillah ok.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI