Rambut memainkan peranan penting dalam menonjolkan penampilan menarik dan menawan. Manusia dianugerahkan kira-kira 100,000 helai rambut pada kulit kepala.

Rambut gugur adalah perkara yang biasa berlaku pada setiap orang. Setiap hari kira-kira 100 helai rambut akan gugur dan diganti dengan rambut baru.

Masalah akan timbul apabila rambut yang gugur tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak. Botak boleh berlaku sementara atau kekal.

Beriut perkongsian Emy Shafinaz cara dia merawat masalah rambut gugur yang dialaminya. Mungkin tip yang diamalkannya juga sesuai untuk anda.

MASALAH RAMBUT GUGUR?

Mesti korang ada masalah macam aku ni kan? Rasa most of ladies ada masalah ni.. Lagi2 yang dah bersalin.. Aku ada 3 jenis shampoo so far.. Sebelum ni macam-macam shampoo aku try tapi entah tak menjadi kat aku.. Aku pakai herbal essence dengan lagi satu shampoo ni hah, FOLLOW ME Green Tea 6 in 1 SHAMPOO dengan 2 lagi produk rambut yang aku guna..

Aku nak cite pasal shampoo follow me ni.. Pada aku, shampoo ni memang best.. Sebulan dah aku guna, rambut gugur semakin baik.. Dah makin kurang.. Kalau tak dulu, lepas shampoo macam nak nangis tengok rambut kat lubang perangkap rambut kat toilet tu.. Dah macam orang sakit leukimia… Sedih…

IKLAN

Aku kan suka layan k-drama.. So setiap kali iklan mesti ada iklan shampoo FOLLOW ME ni.. So tergerak hati nak cuba.. Shampoo ni ada jual kat pasaraya je.. Kat drugstore so far tak pernah nampak sebab beberapa kali aku gi cari last-last jumpa kat tesco.. Shopee pun adoo kalo malas sangat nak jalan gi cari.. Huhu..

Untuk rakan-rakan wanita lain yang ada masalah yang sama bolehlah cuba ya. mana tahu serasi dengan anda.

Tapi nak cakap jugak, setiap orang tak sama tapi tak salah mencuba.. Aku pun sebab cuba-cuba la ni.. Sekali serasi pulak..

Ni adalah 4 jenis barang yang aku guna untuk rambut:
1. Follow Me Green Tea 6 in 1 Shampoo
2. Garam (ni kena ada tau)
3. Naturals by Watson Hair & Scalp Tonic
3. Watsons Repairing Hair Serum

IKLAN

Ok.. Shampoo ni ada 6 benefits.. Salah satunya untuk rambut gugur dgn kelemumur.. Yg bestnye pasal shampoo ni, dia ada effect sejuk je.. So kepala ko rasa nyaman je masa shampoo.. Best sgt..

Garam.. Nape ada garam? Sebab garam elok utk scalp.. Bile scalp sihat maka kuranglah kelemumur & rambut gugur..
Aku campur garam kat shampoo sebelum aku lumur ke rambut.. Aku tak masukkan garam terus dalam botol sebab tekstur garam boleh mencairkan shampoo so shampoo jadi sangat cair & kurang buih dah.. So cara nye, ko tuang shampoo sikit atas tapak tangan then ko tuang garam.. Ikut ko la byk mane nak letak garam tu.. Aku memang standby garam bekas kecik ni dalam toilet..

IKLAN

Ni pun best.. Tonic ni lama dah aku guna.. Brand watson je.. Ada aloe vera.. Kite memang sedia maklum, aloe vera elok untuk rambut..
Lepas shampoo, dah keringkan rambut sikit, ko spray je direct ke kulit kepala.. Dia ada muncung panjang so senang hala ke kulit kepala.. Lepas spray, ko urut2 kepala tu supaya tonic ni resap ke kulit kepala keseluruhannya..

Ni lagi satu produk watson yg aku suka.. Aku sapu bila rambut dah kering.. Dia ada habbatus sauda, vit E & argan oil..
Takyah letak banyak pun.. Picit je sebesar duit 50 sen lama tu.. Pastu sapu je kat rambut.. Paling penting hujung rambut.. Dah siap.. Rambut pun wangi je sepanjang hari..

Sumber kredit: Emy Shafinaz

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI