Teh hijau merupakan antara minuman paling berkhasiat dan kaya dengan antioksidan. Kebaikan teh hijau bukan sahaja menambah fungsi otak malah membantu membakar lemak, menurunkan risiko kanser dan banyak lagi.
Selalunya ramai yang mengamalkan minum teh hijau ketika dalam proses menurunkan berat badan. Sebenarnya teh hijau bukan sahaja bermanfaat untuk membantu menurunkan berat badan sahaja tetapi dalam masa yang sama mencantikkan kulit wajah.
Amalan minum teh hijau bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan tetapi juga mempunyai khasiat lain untuk merawat kesihatan secara semula jadi. Teh hijau mengandungi banyak zat dan setiap zat mempunyai peranan yang berbeza untuk tubuh.
Photo by charlotte-may-from Pexels.
TEH HIJAU KECUTKAN FIBROID?
Kajian klinikal berkenaan penggunaan teh hijau untuk masalah fibroid telah diterbitkan dalam Journal of Women’s Health pada tahun 2013. Kajian ini melibatkan 39 wanita yang mengalami masalah fibroid.
Photo by maik-kleinert from Pexels.
Dalam kajian ini, 22 wanita diberi kapsul yang mengandungi ekstrak teh hijau manakala 17 wanita diberi placebo (bukan teh hijau). Kajian telah dilakukan selama 4 bulan.
Ads
Hasil kajian mendapati saiz fibroid pada 22 wanita yang diberi ekstrak teh hijau mengecut sebanyak 32.6% manakala saiz fibroid bagi kumpulan yang diberi placebo (bukan teh hijau) meningkat 24.3%
Simptom anemia juga bertambah baik dengan ketara pada kumpulan yang diberi ekstrak teh hijau. Contohnya, kehilangan darah dalam kumpulan yang diberi ekstrak teh hijau menurun dengan ketara (dari 71 mL/sebulan menjadi 45 mL/ sebulan).
Ads
Kajian ke atas teh hijau merupakan sebahagian dari kajian Ph.D saya di University of Glasgow, Scotland. Epigallocatechin-3-gallate (EGCG) adalah antara bahan berkhasiat yang banyak dalam teh hijau.
Ads
Sebaiknya, teh hijau disediakan menggunakan serbuk teh hijau dan air panas dan diperahkan sedikit jus limau kasturi. Ini kerana bahan ini akan terekstrak dengan lebih banyak dalam minuman.
Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by charlotte may from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan wanita sahaja mengalami pertambahan berat badan, tetapi kaum lelaki juga tidak terkecuali. Mereka juga begitu mementingkan penampilan diri dan berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan berat badan ideal. Perkongsian dari lelaki muda ini yang turutn 10 kg dalam masa dua bulan hanya dengan mengamalkan diet dari segi pemakanan.
Harith Faisal bukan sahaja mengamalkan minum teh hijau yang sebelum ini jadi viral, tetapi dia juga ingin berkongsi cara sarapan yang diamalkan dan dibuat secara homemade. Menurutunya cara ini tidak susah dan juga paling penting sedap seperti minuman lain.
Jom ikuti perkongsiannya di sini. Walaupun amalan diet ini dilakukan oleh lelaki, tetapi tidak salah untuk hijabi yang mahu menurunkan berat badan mengamalkannya juga.
Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 16,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.
Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak 4-6 sudu besar oat 2 sudu Nestum
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perjalanan hijrah masing-masing mempunyai cerita tersendiri. Kita sebagai manusia biasa usah menilai terlampau awal jika kita tidak tahu pengakhiran sesuatu cerita. Hijrah itu juga bermaksud berubah kepada arah yang lebih baik. Mungkin dengan cara membakar, membuang atau menanam pakaian lama dapat membantu gadis ini berubah, jadi biarkan ia.
Hijrah hijab bukan perkara yang mudah apabila seseorang itu sudah terbiasa dengan kehidupannya yang dahulu, sebagai contoh memakai pakaian yang sangat seksi. Kekal istiqamah itu bukanlah perkara yang mudah. Pasti macam-macam cara telah dilakukan buat mereka yang ingin berubah ke arah kebaikan. Bahkan, ada yang terima ujian berat dan ada juga yang dipermudahkan perjalanannya!
Baru-baru ini tular tentang wanita yang bernama Tasha ini menerusi akaun Tiktoknya apabila dia menanam baju-baju seksi miliknya dahulu. Ia menjadi bahan bualan warganet atas sebab baju yang ditanam itu masih dalam keadaan yang elok. Ada juga yang berpendapat Tasha hanya inginkan viral. Ramai juga yang menyokong dengan apa yang dilakukan oleh Tasha kerana perkara ini hanya akan menambahkan dosa lebih-lebih lagi pakaian-pakaian tersebut seksi dan tidak menutup aurat.
“Baju seksi lebih baik saya tanam sahaja, kalau prelove nanti saya hanya tanggung dosa hampa.
“Baju-baju seksi saya banyak sudah terperam dalam almari. Ada juga yang dah dibeli tapi tak sempat pakai dan saya lupuskan sahaja,” luah Tasha
Tujuan utama Tasha adalah dia ingin berhijrah dengan lebih sempurna tanpa melihat belakang akan masa lalunya yang sudah biasa berpakaian terdedah. Lokasi baju-baju seksi itu ditanam dia belakang kawasan lapang rumahnya dan dibantu rekod oleh pekerjanya yang ingin menyimpan video tersebut sebagai kenangan.
Dahulu Tasha merupakan seorang kru kabin yang sudah terbiasa dengan kehidupan sosial sehingga lupa akan agama. Tetapi bukan berhenti di situ sahaja. Tasha mengambil keputusan untuk berhenti berkhidmat sebagai kru kabin dan mula menjadi usahawan buat perniagaannya sendiri.
“Saya nak kosongkan almari sebab tu saya tanam pakaian seksi tu. Untuk pakaian yang muslimah saya juga menjualnya mengikut apa yang pengikut mahukan.
“Saya juga teringat pesan mak dahulu. Kalau baju itu saya tak tahu nak buat apa, boleh saja buat ia sebagai pengelap kaki,” kata Tasha yang nekad berhijab.
Banyak yang telah Tasha hadapi sepanjang penghijrahannya memakai hijab itu. Antaranya, Tasha terpaksa membuka tudung sewaktu bekerja kemudian pakai semula bila sudah habis kerja. Menurut Tasha, penghijrahan ini juga ingin melatihnya menjaga dirinya dan peluang untuknya mempelajari agama lebih mendalam.
Selain itu, Tasha juga mempunyai pakaian yang boleh digunakan buat para wanita muslimah. Malah dia menjual dengan harga yang sangat murah kerana ramai juga permintaan baju-baju cantik dan branded dijual online. Jelas, Tasha tidak mahu berkompromi dengan hal berkaitan tuntutan agama dan kerana itulah dia tidak mahu sedekah atau beri baju-baju seksi ke tempat pengumpulan baju tersebut.
Bagus sungguh melihat apabila saudara sesama Islam berusaha untuk terus istaqamah memakai hijab. Ternyata lain individu lain cara penghijrahan dan istaqamahnya. Ramai warganet mendoakan Tasha agar terus istiqamah dengan penghijrahan hijabnya itu. Semoga dipermudah! Amin.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bantal perjalanan yang baik boleh membuat perubahan dalam perjalanan jauh. Sebaik-baiknya, bantal akan memberikan sokongan untuk leher atau badan anda supaya boleh tidur dalam keadaan santai, walaupun dalam perjalanan kapal terbang yang sempit dan tidak selesa. Pilih bantal yang sesuai dengan gaya tidur anda dan cuba posisi yang berbeza untuk mencari tempat yang paling selesa.
Kerana video TikTok yang ini telah membawa perhatian adakah anda memakai bantal leher dengan betul selama ini.
Anda yang biasa dengan ruang TikTok mungkin mengetahui pencipta @sidneyraz. Seluruh getarannya mencipta video perkara yang dia ingin tahu sebelum dia berumur 30-an. Dan tidak hairanlah, banyak pelajaran yang dia temui adalah perkara yang orang lain juga tidak tahu tentangnya. Kami menganggap satu ilmu yang berharga pada bantal leher perjalanan ini adalah yang relevan untuk disentuh. Berikut adalah ringkasan daripada @sidneyraz.
Terdapat juga 3.2 juta orang yang telah menonton video ini setakat ini dan kira-kira 136.2K orang yang menyukainya pada masa penulisan. Jadi, agak selamat untuk mengatakan bahawa segelintir daripada kita telah terpesona oleh kebenaran tentang bagaimana seseorang harus memakai bantal leher perjalanan. Ohhh selesanya!
Realiti mudahnya ialah anda harus meletakkan bahagian terbuka bantal di belakang leher anda. Jika anda membayangkan bantal perjalanan sebagai bentuk U, bahagian terbuka adalah apa yang terletak di pangkal belakang leher anda, bukan di bahagian depan seperti yang sering dilakukan oleh kebanyakan kita.
Terkejut? Tidak yakin? Bagaimanakah bom kebenaran tentang pemakaian bantal leher perjalanan ini membuatkan anda rasa bersalah selama ini? Jom cuba nak lihat betapa selesanya cara baharu ini.
Untuk tip tambahan, tutup bantal anda dengan baju-T atau selendang untuk menjadikannya lebih lembut. Beberapa bantal leher, terutamanya bantal kembung yang lebih murah, diperbuat daripada plastik dan mungkin tidak mempunyai permukaan yang sangat selesa. Gunakan sehelai pakaian nipis dan lembut seperti kemeja-T atau selendang ringan untuk menutup bantal anda dan menjadikannya lebih selesa.
Anda juga boleh membeli sarung bantal yang boleh tanggal. Pastikan ia sesuai dengan bantal anda sebelum membelinya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.