Rambut adalah lambang keyakinan diri. Ia umpama aset yang amat berharga bagi setiap orang, malah ia ibarat mahkota bagi wanita. Bagi sesetengah orang, penjagaan rambut sama penting dengan kulit wajah, namun tidak kurang juga yang mengabaikannya hingga timbul pelbagai masalah rambut.

Bagi wanita berhijab, penjagaan rambut juga perlu dititik beratkan meski pun anda berhijab. Kesibukan bukanlah alasan untuk anda mengabaikan penjagaan rambut. Sama seperti kulit wajah, rambut juga memerlukan belaian dan ‘layanan’ yang baik dari anda.

Wanita Berhijab, Kalau Mahu Rambut Cantik, Sihat & Kuat, Amalkan Cuci Rambut Dengan Air Sejuk
Photo by cottonbro from Pexels

Tip Penjagaan Rambut Bagi Wanita Berhijab

Pilih fabrik yang sesuai
Pilih jenis kain yang selasa dan boleh memudahkan aliran udara ke kepala

Ads

Pilih anak tudung yang sesuai
Elakkan memakai anak tudung yang terlalu ketat menekup kepala dan seeloknya pilih yang diperbuat daripada kain kapas.

Wanita Berhijab, Kalau Mahu Rambut Cantik, Sihat & Kuat, Amalkan Cuci Rambut Dengan Air Sejuk
Photo by Monstera from Pexels

Elak pakai berulang
Sama ada hijab atau pun anak tudung, elakkan pakai secara berulang tanpa dicuci. Jaga kebersihan rambut dengan memastikan hijab dan anak tudung yang dipakai dalam keadaan bersih

Cuci rambut secara berkala
Tak perlu nak cuci rambut setiap hari. Selang sehari adalah yang disarankan atau sebaiknya jika anda terasa kulit kepala berminyak atau gatal. Sambil cuci, gosok dan urut kulit kepala secara perlahan-lahan.

Ads
Wanita Berhijab, Kalau Mahu Rambut Cantik, Sihat & Kuat, Amalkan Cuci Rambut Dengan Air Sejuk
Photo by cottonbro from Pexels

Keringkan rambut secara semula jadi
Pastikan rambut betul-betul kering sebelum mengenakan hijab. Keringkan secara semula jadi dan elakkan daripada membalut rambut dengan tuala.

Cuci rambut dengan air sejuk
Elakkan mencuci rambut dengan menggunakan air suam kerana ia akan menjadikan rambut kasar, kering dan susah untuk diurus. Mencuci rambut dengan air sejuk bukan sahaja bagus untuk rambut tetapi juga melegakan kulit kepala.

Ads

Wanita Berhijab, Kalau Mahu Rambut Cantik, Sihat & Kuat, Amalkan Cuci Rambut Dengan Air Sejuk

HIJABISTA: Minyak zaitun ialah bahan yang sering digunakan untuk mengatasi masalah rambut kering. Minyak zaitun banyak mengandung vitamin E dan antioksidan yang dapat membuat rambut menjadi sihat kembali.

Sumber kredit: H-Growth Hair Expert Photo by Leah Kelley from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI