Walaupun Tutorial HIJAB Digayakan ELFIRA LOY Dikecam, Tapi Dapat Lebih SEJUTA Tontonan di Media Sosial

Share

Tahun lepas kisahnya viral gara-gara membeli barangan mekap sehingga RM10 ribu di US. Pelakon kecil molek ini memang obses dengan dunia kecantikan sehingga sanggup berhabis duit untuk tujuan itu. Bukan itu sahaja sejak berhijab, Elfira Loy juga bijak menggayakan tudung dalam pelbagai gaya. Baru-baru ini Elfira berkongsi tutorial hijab yang digayakan olehnya dengan pilihan hijab panjang rona terang. Tutorial yang dimuat turun ini mendapat perkongsian lebih 300 ribu tontonan dari followernya.

Walaupun ada yang mengecam hijab yang dipakai tidak cantik, tetapi ramai juga yang memuji penampilan

Elfira dalam pemilihan hijab rona terang ini.

fabricperfumeby_sha menyerlah lagi El pakai shawl kaler tu

nabilah9591 Suka lah elfira pki wrna ni

murni_mohammad91 Cantik sangat el guna color tu.

Tunangan kepada Sufian Suhaimi ini juga turut berkongsi tutorial hijab bawal yang digayakan untuk tujuan ke gim. Istimewanya Elfira tidak menggunakan kerongsang

untuk dipin di bawah dagu, sebaliknya menggantikannya dengan jarum peniti.

Walaupun dikecam kerana tudung dipakai pendek dan tidak menutup dada, tetapi posting ini mendapat tontonan lebih setengah juta. Jom layan tutorial penuh hijab digayakan Elfira Loy. Cukup mudah dan sangat simple. Malah bawal yang digayakan menurutnya sentiasa dapat perhatian pencinta bawal dan ia bukan jenis bermusim.

mummyjedot kagum pakai pin je buat ganti brooch.. kalau i menguap sikit dah tanggal tu

gaga.amira Senang..kemas..

rinaahairil Tak penah tak cntik..

hasniza_mz Maaf sekadar teguran…tudung yg sebenar bukan lilit leher tp menutup dada..tutup la dada tu..

KREDIT FOTO: INSTAGRAM ELFIRA LOY

 

 

 

 

 

 

IKLAN