Wakili Pasukan Pelarian Di Olimpik, Atlet Jelita Ini Mahu Sebarkan Mesej Kedamaian Kepada Dunia

Share

Masomah Ali Zada ​​dari Afghanistan bertanding dalam Sukan Olimpik pertamanya bersama pasukan Olimpik pelarian iaitu Refugee Olympic Team (ROC) dalam percubaan masa individu wanita bagi acara berbasikal pada hari Rabu yang lalu.

kredit foto: Getty Images

Bukan hanya menunjukkan semangat kesukanan dan memenangi pingat, penyertaan Masomah ini ​​mengirim mesej yang lebih kuat sebenarnya untuk menuntut hak wanita dan harapan serta makna kedamaian kepada pelarian di seluruh dunia.

“Ia sangat hebat, percubaan kali pertama saya, Sukan Olimpik pertama saya. Sebagai pengalaman pertama, saya sangat gembira dengannya kerana saya berusaha untuk itu dan saya menggunakan semua pengorbanan dari beberapa bulan yang lalu. Saya tidak menyesal,” kata wanita jelita ini ​​setelah selesai acara percubaan masa di Fuji International Speedway.

kredit foto: The Jakarta Post

“Saya sangat gembira mewakili ROC kerana dapat menghantar mesej harapan dan kedamaian kepada 82 juta orang yang terpaksa meninggalkan negara mereka kerana alasan yang berbeza,” kata Masomah.

“Saya di sini untuk menunjukkan hak-hak wanita Afghanistan. Walaupun saya berasal dari Afghanistan dan mewakili ROC, namun kedua-duanya sama penting dalam hati saya,” Ali Zada.

kredit foto: UNCHR

kredit: cyclingnews.com

IKLAN