
Apabila kita sebut sahaja urutan, pasti akan terbayang urutan badan atau kaki. Ia tidak salah tetapi HIJABISTA mahu mengenengahkan urutan wajah. Jika dilakukan secara konsisten anda akan dapat hasil yang tidak mengecewakan.
Tahukah anda urutan wajah banyak kebaikannya?
- Meningkatkan peredaran darah dan membuang toksin pada wajah yang memberikan natural glow pada pipi.
- Mengurangkan tanda penuaan dan membantu anda de-stress serta menghilangkan puff di bawah mata.
- Cara yang bagus untuk menguruskan wajah dan emphasis tulang rahang.
Sumber: Youtube (Glamrs.com)
Anda boleh lakukan senaman ini di mana sahaja, tidak kira di pejabat atau rumah. Kekerapannya boleh dalam sehari atau seminggu.
Tip HIJABISTA: Pastikan anda mencuci tangan anda sebelum urutan untuk mengelakkan semua bakteria pada tangan hinggap ke wajah. Gunakan pencuci wajah, moisturiser atau oil cleanser sebagai pelincir untuk memudahkan urutan.
Pastikan urutan yang anda lakukan cukup lembut namun memberi kesan kepada wajah. Selamat mencuba!
Artikel Berkaitan: Datin Seri Shahida Amal Makan Ulam Untuk Kekal Cantik
6 Rahsia Diet Untuk Berjaya Kuruskan Badan. Tanpa Melibatkan Emosi

Menurut statistik, rata-rata individu yang cuba menurunkan berat badan sekurang-kurangnya empat kali setahun. Tetapi hanya 1 daripada setiap 100 orang menurunkan berat badan untuk kebaikan dan dengan bangganya boleh berkongsi kisah kejayaan penurunan berat badan mereka.
Adakah anda mahu jadi salah seorang daripada mereka, jadi kami memutuskan untuk mendedahkan rahsia ini untuk membantu anda mengurangkan penderitaan dan mencapai matlamat anda dengan lebih mudah.
Emosi, bukannya kekurangan kemahuan yang menghalang kita daripada menurunkan berat badan secara kekal. Oleh itu adalah penting anda mengetahui tentang rahsia ini sebelum memulakan perjuangan anda dengan penurunan berat badan:
1. Konsisten
Sentiasa sangat sukar untuk memulakan diet yang menggalakkan makan hanya buah-buahan dan sayur-sayuran jika anda biasa makan terutamanya makanan segera. Ia adalah tekanan yang besar untuk badan anda dan ia akan bertindak balas dengan sewajarnya. Cuba untuk tidak menuntut terlalu banyak daripada diri anda sekaligus, sebaliknya buat perubahan progresif.
2. Jejaki kemajuan anda
Percaya atau tidak, adalah sangat penting untuk memantau kemajuan anda dengan teliti. Ini akan memberi anda gambaran sebenar tentang berapa banyak berat badan yang telah hilang. Dalam kebanyakan kes, anda perlu menunggu beberapa bulan sehingga dapat melihat beberapa perubahan ketara dalam badan, jadi untuk tidak kehilangan motivasi, simpan rekod semua perubahan.
3. Aktif secara fizikal
Pelan diet yang sihat memang membantu anda menurunkan berat badan, tetapi sangat penting untuk menggabungkan pemakanan yang baik dengan beberapa jenis senaman fizikal. Malah aktiviti berisiko rendah, seperti berjalan, jika dilakukan setiap hari ianya sangat membantu.
4. Cari sokongan daripada rakan dan keluarga
Sokongan moral orang sekeliling anda amat penting apabila sedang berdiet. Mereka tahu bahawa apabila anda menyerah kepada godaan, anda akan berasa bersalah selepas itu, jadi mereka boleh mengingatkan anda untuk berhati-hati dengan makanan berkalori tinggi apabila mereka bersama anda. Itu cara mereka menyokong anda dalam pertempuran anda.
5. Tentukan jenis metabolisme
Jika anda rasa sedang melakukan segala-galanya untuk menurunkan berat badan tetapi masih tiada hasil yang ketara, tidak mengapa. Sebenarnya, ia adalah masalah yang sangat biasa. Tetapi sebelum berputus asa, ketahui lebih lanjut tentang metabolisme anda. Jika anda mempunyai metabolisme yang perlahan, lengkapkan diri anda dengan kesabaran dan jangan biarkan diri anda lemah. Ingat bahawa keputusan jangka panjang akan dapat dilihat satu hari nanti. Anda boleh mempercepatkan metabolisme anda dengan pengambilan air biasa dan sayur-sayuran dan buah-buahan tertentu.
6. Sebarang diet memerlukan pengawasan
Jika anda memutuskan untuk memulakan diet, fikirkan tentang menghubungi pakar pemakanan yang baik untuk pengawasan dan nasihat. Ingat! dengan semua “diet ajaib” yang menjanjikan untuk membakar kilogram lemak dalam masa yang singkat, anda menghadapi risiko serius untuk membahayakan kesihatan. Pelan diet rendah kalori kekurangan nutrien penting untuk berfungsi dengan baik badan anda, jadi ia akan memberi kesan negatif terhadap kesejahteraan mental dan fizikal.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Lepas Setahun Berjaya Turun 17 KG, Catriona Ross Kekal Langsing Dengan Hanya Amalkan 5 Tip Berguna

Kebanyakan wanita yang melahirkan anak, pastinya akan berdepan dengan masalah berat badan. Tetapi ada juga juga yang tekad mendapatkan kembali bentuk badan idaman untuk kepentingan kerjaya.
Salah seorang adalah Catriona Ross yang semua maklum dia berjaya menguruskan berat badannya dan kembali langsing lepas lahirkan anak ketiganya. Malah kejayaannya itu turut menjadi inspirasi kepada wanita di luar sana.
Dalam perkongsiannya di laman Instagram, Catriona yang pernah dikritik gara-gara berbadan gempal mendedahkan tip bagaimana untuk kekal langsing dan sihat.
Menurut Cat atau nama penuhnya Catriona Norhayati Bahrin Ross berkata dalam pengurusan berat badan dan penjagaan kesihatan, perlu menitik beratkan kepada tiga kriteria. Iaitu diet yang seimbang, disiplin dan latihan senaman.
Dia juga turut memberitahu diet yang dilakukan adalah dengan mengurangkan pengambilan minyak dan lemak tetapi melebihkan sayuran.
catrionabrianross@shafikah_anis just kurangkan lemak and minyak. Lebihkan sayur
Malah dalam posting terbarunya itu juga turut menunjukkan betapa dia gigih menjalani senaman di sebuah gym. Juga turut menerima pujian dari netizen yang kagum dengan usaha Catriona untuk kekal langsing.
lilly_haniza Patut la body cantik sis… Suka tgk
ermiriaibrahim@mrsfbi41 fuhhhh..patut body solid huh…
ziqrymunchkin Its amazing to watch ur transformation, inspired!
Inilah rahsia sebenar bagaimana Catriona berjaya mengekalkan berat badannya. Sebelum itu Catriona telah mengalami berat badan mendadak dan pernah mencapai sehingga 75 kilogram berbanding 58 kilogram sebelumnya.
Ternyata ibu kepada 3 cahaya mata ini tekad untuk kembali langsing dan hanya mengambil masa lima bulan untuk melenyapkan 17 kilogram berat badannya.
Dalam pada itu dia turut berkongsi 5 tip berguna yang dibuat sepanjang lima bulan proses menurunkan berat badannya itu.
1. Daki Gunung
“Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,”
2. Berenang & Bersenam
“Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,”
3. Eat Clean Diet
“Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih) sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,”
A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross) on
4. Makanan Kukus Tanpa Minyak
“Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,”
5. Beras Perang
“Saya tetap makan nasi, cuma tengahari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,”
KREDIT FOTO: INSTAGRAM CATRIONA ROSS
5 Kunci Utama Untuk Dapatkan Dewy Skin Dan Glass Skin, Kulit Wajah Nampak Muda!

Memiliki kulit yang bersih dan bercahaya merupakan impian setiap wanita. Selain dewy skin yang popular, tren kecantikan wajah pada wanita kini bertambah dengan adanya glass skin. Apa itu glass skin dan apa langkah perawatan yang perlu dilakukan untuk mendapatkannya?
Apa itu glass skin?
Glass skin merupakan istilah untuk menggambarkan kulit yang sangat halus seperti tanpa pori, tegang, dan bercahaya sehingga kelihatan hampir bening dan transparan serta tampak seperti kaca. Tren kecantikan kulit ini pertama kali diperkenalkan dari Korea Selatan. Kini, tren tersebut sudah menular ke seluruh dunia, termasuk Malaysia.
Sama seperti dewy skin, kunci untuk mendapatkan kulit sebening kaca, iaitu kulit yang sangat lembap, tampak sangat muda, dan juga sihat. Namun, tidak seperti dewy skin, glass skin menonjolkan kehalusan pada kulit serta kulit yang sangat terhidrasi.
Langkah-langkah perawatan untuk mendapatkan glass skin
Tidak ada cara segera dan cepat untuk mendapatkan glass skin. Anda perlu melakukan pelbagai langkah perawatan kulit yang konsisten dan rutin untuk mendapatkannya. Lalu, apa langkah perawatan yang perlu dilakukan? Berikut tip bagaimana yang dilakukan wanita Korea Selatan:
1. Menghilangkan breakout atau kerosakan pada kulit
Kunci utama mendapatkan glass skin, iaitu kulit yang halus. Apabila memiliki breakout atau kerosakan pada kulit, seperti kulit yang berjerawat, bekas jerawat, kulit jeragat dan lainnya, anda perlu menghilangkan kondisi tersebut untuk mendapatkan kulit yang halus.
Jerawat terjadi pada siapapun yang disebabkan oleh sel kulit mati atau bakteria yang menyebabkan radangan. Selain menggunakan ubat jerawat dari doktor, boleh guna juga cara alami mengubati jerawat, seperti minyak pohon teh (tea tree oil), baking soda dan madu. Namun, perlu diingat, tidak semua cara ini kuat untuk semua orang dan tidak semua jerawat boleh hilang secara segera.
2. Pakai skin care secara teratur dan rutin
Kunci kedua untuk mendapatkan kulit sebening kaca, iaitu rutin dan teratur menggunakan produk perawatan kulit atau skin care pada pagi dan malam hari. Berikut langkah penggunaan skin care yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan glass skin.
- Membersihkan kulit wajah dengan teknik double cleansing dengan membersihkan wajah secara dua kali (double cleansing). Pertama, bersihkan muka dengan bahan dasar minyak atau micellar water, lalu kedua dibilas atau dicuci dengan menggunakan sabun cuci muka.
- Lakukan eksfoliasi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan sel kulit mati, meminimakan pori-pori kulit sehingga kulit tidak tampak kusam. Gunakan scrub atau exfoliating toner yang mengandung AHA atau BHA yang bermanfaat untuk kulit.
- Gunakan hydrating toner untuk memaksimakan pembersihan sekaligus melembutkan kulit.
- Gunakan essence dan serum untuk mengatasi masalah kulit, seperti jeragat pada kulit, penuaan, serta memberikan kelembaban.
- Jangan lupa untuk menggunakan moisturizer atau pelembap pada wajah agar kulit semakin lembap.
- Anda perlu menggunakan sheet mask atau masker alami untuk wajah yang bermanfaat menenangkan kulit, memperbaiki kerosakan kulit, serta melembapkan kulit.
3. Gunakan sunscreen
Jangan lupa untuk menggunakan tabir suria atau sunscreen saat beraktiviti luar rumah untuk mendapatkan glass skin. Sunscreen akan melindungi anda dari bahaya sinar UV untuk kesihatan kulit. Gunakan sunscreen dengan minima SPF 30 untuk mendapatkan perlindungan maksima.
4. Perbanyakkan minum air putih
Selain melakukan perawatan langsung pada kulit, anda pun perlu memperbanyak minum air putih. Air putih bermanfaat untuk kesihatan anda, termasuk kulit. Dengan banyak minum air putih, anda akan terhindar dari dehidrasi kulit sehingga boleh menjadi lebih lembut dan halus. Selain air putih, makan makanan yang mengandungi banyak air, seperti timun, melon, dan tomato pun sangat dicadangkan.
5. Pola hidup sihat
Anda pun perlu menerapkan pola hidup sihat untuk menyokong perawatan kulit, demi mendapatkan glass skin, seperti tidak merokok, rajin berolahraga, dan memakan makanan yang bergizi.