
Bunga telang atau Clitoria ternatea dalam bahasa saintifiknya ibarat ramuan penting dalam menghasilkan nasi kerabu.
Selain itu juga bunga telang juga boleh dijadikan minuman untuk menyejukkan badan. Bunga telang ini dipercayai mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan dan juga kecantikan terutama wanita.
Melalui perkongsian Suzy Honey, wanita ini berkongsi tentang kebaikan amalan minum teh bunga telang untuk kecantikan wanita.
Rutin saya dan suami bila masuk keluar kampung kebiasaan akan singgah di warung kopi yang ada pengunjung terdiri dari orang lama yang berusia sekitar 70an ke atas. Mereka semua ini masih kelihatan sihat dan segar.
Kebetulan ada seorang Makcik ini datang bersama suaminya.
” Alaa…mek . Kalau orang perempuan nak awet muda tegang tak berkedut kulit mudah aje. Kenal tak bunga telang ? Ambik sedikit bunga telang rendam dan minum seminggu 2 ke 3 kali . Tak payah nak telan hak pelik-pelik zaman leni” katanya kepada saya.
.
Kalian kenal tak bunga telang? Biasa orang gunakan untuk buat sebagai bahan pewarna untuk nasi kerabu. Pokok bunga telang ini banyak terdapat di kampung.
CARA PENYEDIAAN TEH BUNGA TELANG:
1. Rendam 5 bunga telang di dalam segelas air panas selama 15 minit
2. Keluarkan bunga dari cawan apabila tiada warna yang tinggal di kelopak
3. Teh bunga telang biasanya ditambah dengan serai untuk meningkatkan rasa
4. Teh ini juga boleh dicampur dengan beberapa titis air perahan lemon untuk menghasilkan rasa masam yang manis
.
Di percayai antara khasiat bunga telang ialah:
• Sistem saraf – mempunyai kesan menenangkan saraf
• Sistem pencernaan – merupakan antimual, antipencernaan dan cholagogue
• Sistem peredaran – merupakan haemostatic yang membantu menghentikan pendarahan dan pembersih darah
• Sistem pernafasan – bertindak sebagai expectorant untuk mengurangkan kerengsaan organ pernafasan
• Sistem urin – membantu masalah sukar kencing
• Sistem pembiakan – membantu pengeluaran sperma
• Sistem integumen – meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengekalkan keanjalan kulit
Amalan orang lama memang bagus sis!
Sumber kredit: Suzy Honey
Tanpa Suplemen Tapi Hanya Ambil Sarapan Oat Rahsia Lelaki Ini Hilang 10KG. Sedap & Mengenyangkan!

Bukan wanita sahaja mengalami pertambahan berat badan, tetapi kaum lelaki juga tidak terkecuali. Mereka juga begitu mementingkan penampilan diri dan berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan berat badan ideal. Perkongsian dari lelaki muda ini yang turutn 10 kg dalam masa dua bulan hanya dengan mengamalkan diet dari segi pemakanan.
Harith Faisal bukan sahaja mengamalkan minum teh hijau yang sebelum ini jadi viral, tetapi dia juga ingin berkongsi cara sarapan yang diamalkan dan dibuat secara homemade. Menurutnya cara ini tidak susah dan juga paling penting sedap seperti minuman lain.
Jom ikuti perkongsiannya di sini. Walaupun amalan diet ini dilakukan oleh lelaki, tetapi tidak salah untuk hijabi yang mahu menurunkan berat badan mengamalkannya juga.
SARAPAN OAT SMOOTHIES
Straight to the point. Dua minggu lepas perkongsian saya viral dengan lebih 16,000 shares pasal saya guna teh hijau untuk turunkan 10 kg berat dalam masa 2 bulan. Memang betul. Sebab bila saya amalkan teh hijau tu, perut rasa selesa, tak kembung, tak berangin.
Kali ni saya nak kongsi pula apa sarapan yang saya ambil sepanjang 2 bulan tu. Sepanjang tempoh diet, saya sarapan dengan oat smoothies home made je. Ala, bukan susah pun. Kejap lagi saya bagitau caranya.
Yang paling penting, bila sarapan dengan oat smoothies ni, perut boleh tahan sampai tengahari. Kalau setakat pukul 12 tengahari tu, biasanya memang tak rasa lapar sangat pun. Dalam pukul 10 pagi sampai 11 pagi, kau layanlah teh hijau segelas dua. Memang best!
BUAT OVERNIGHT
Saya punya resepi oat smoothies ni sebenarnya try and error je. Masa mula-mula diet, saya buat overnight oat. Sebelum masuk tidur, siap-siap campurkan oat dengan susu sebab nak bagi kembang elok. Esok pagi, makan. Tapi muak gila, macam nak termuntah.
Lepas tu, saya dapat idea dan ilham untuk buat oat smoothies ni. Sampai sekarang saya sarapan benda ni je pagi-pagi. Okay, dah ready nak belajar buat oat smoothies, kan.
BAHAN-BAHAN
300 ml susu segar rendah lemak
4-6 sudu besar oat
2 sudu Nestum
Guna tiga bahan ni saja. Masukkan tiga bahan ni dalam blender. Switch on blender, siap terus. Tunggu dalam 5 minit bagi dia kembang sikit. Kemudian, boleh minum dengan nikmatnya. Gila mudah dan pantas.
Kalau kau takda blender, kau campur dan rendam je 3 bahan tu selama 15 minit. Boleh juga. Tak payah nak pening-pening kepala, okay.
Sebelum mula diet, sejak kecik saya memang jenis tak suka minum susu segar rendah lemak ni. Biasanya kalau beli Dutch Lady tu, mesti beli perisa Coklat atau Strawberry.
Tapi dah nama pun nak diet, kan. Takkan kau nak buat oat smoothies campur susu perisa Coklat dan Strawberry yang manis tu. Memang kencing manis dan bertambah gemuklah kau dan aku. Haha!
GUNA SUSU SEGAR
Saya pakai susu segar jenama Farm Fresh. Boleh cari yang tutup oren atau tutup biru. Yang tutup biru lebih rendah lemak. Harga sama, takda beza walaupun lemak tutup oren lagi banyak.
Try and error. Sebelum nak tekad tetap dengan brand Farm Fresh, saya dah cuba buat oat smoothies dengan susu segar jenama HL, Dutch Lady, Summerfield, GoodDay, semuanya tak kena dengan tekak.
Bagi saya brand Farm Fresh yang paling sedap, tak muak. Yang paling penting, terang-terang dia kata “No sugar. No preservative”. Saya akan beli yang 2 liter punya, boleh tahan 6 hingga 7 hari. Tapi sebab anak saya pun suka, 3 hari habislah.
ELAK JEMU
Biasalah manusia ni cepat bosan, kan. Saya pun bosan juga asyik sarapan benda yang sama je berminggu-minggu. Jadi, saya fikir saya kena tambah sesuatu dalam oat smoothies saya tu.
Jenuhlah fikir akhirnya dapat idea untuk tambah pisang. Tak susah pun. Tiga bahan yang sama macam tadi, kau tambah saja dengan separuh pisang. Kau akan dapat rasa pisang dia sikit-sikit. Kalau nak letak sebiji terus pun boleh. Lagi sedap dan pekat wei.
Pisang apa yang saya pakai? Saya pakai pisang jenis Cavendish. Ala, pisang yang cantik-cantik kat supermarket tu. Saya tak pernah cuba pisang lain untuk buat banana oat smoothies ni. Kau nak cuba, dipersilakan.
Sekali sekala saya akan buat juga Nescafe oat smoothies. Saya pakai Nescafe Gold. 3 bahan yang sama, cuma kau tambahlah separuh sudu Nescafe Gold tu. Rasa dia memang terangkat beb. Lagi sedap daripada kopi Starbucks!
Ada yang tanya, saya ni diet atkin ke. Jawapannya tak. Saya diet ikut suka saya. Saya enjoy turun berat 10 kg dalam 2 bulan. Saya cheat day 2 hari seminggu. Biasanya, saya cheat day hari Sabtu dan Ahad.
Kau faham-fahamlah, weekend kan. Banyak jemputan kenduri itu ini, balik kampung pula ibu dan mak masak sedap-sedap takkan tak nak makan beb.
Saya makan nasi suku pinggan pada hari diet. Kadang-kadang sehari saya tak makan nasi sebab tak teringin sangat dah dengan nasi tu. Makan ayam dan sayur grill tu pun dah kenyang.
TAK STRESS & TAK LAPAR
Kadang-kadang kitorang masakkan untuk anak. Anak-anak makan tak habis, saya tolong habiskan juga. Tapi masih jaga kuantiti makanan tu lah. Kena faham pasal pengambilan kalori.
Yang paling penting, saya enjoy jaga makan, tak stress, tak berlapar sebab sarapan dengan oat smoothies, tak kembung perut sebab teh hijau sangat membantu. Tau-tau dalam masa 2 bulan dah turun 10 kg. Best sangat.
10 Tip Kecemasan Kurus Sebelum Raya, Ikut Cara Coach Ini In Shaa Allah Boleh Pakai Kebaya

Tinggal beberapa hari lagi kita menyambut Syawal. Bagi yang belum berputus asa untuk kuruskan badan, masih sempat untuk melakukannya. Perkongsian dari Coach di laman Instagramnya menggunakan akaun nama fae.fittrainer ini memberi tip kecemasan untuk yang nak kurus sebelum raya.
Menurutnya hanya perlu lakukan 10 tip ini dan jika dilakukan bersungguh-sungguh tidak mustahil masih sempat menyarung kebaya raya nanti.
Jika dilakukan bersungguh-sungguh, tidak mustahil akan turut sedikit dan menyebabkan anda boleh menyarung kebaya.
Ayuh lihat perkongsiannya ini. Apa yang penting anda perlu disiplin dan komited untuk melakukannya.
NAH AMBIL TIP EMERGENCY NI. BUAT! JANGAN BACA JE TAU
1. Mulai hari ini sampai malam raya.. hanya makan karbo dari sayur, atau 2 keping roti wholemeal sebagai sumber karbo. No nasi.
2. Lauk ikan sahaja.. cara masak ikan : steam, grill, singgang atau bakar.
3. Cuba minum air putih lebih sikit dapat 3 liter sehari lagi bagus. Scroll ig saya untuk tips minum air 3 liter ketika berpuasa.
4. Jangan bazirkan kalori dengan kuih-muih manis atau manisan, cukup dengan kurma je.
5. Cari 15 minute workout burn fat kat youtube dan buat sebelum berbuka or malam lepas terawih.
6. Atau mulai malam ini skipping start dengan 100x dan increase 50 setiap hari sampai 500x.
7. Skip air manis , milo or apa-apa yang bergula dan fokus pada air suam, barli kosong atau lemon
8. Jangan stress!! Visualize pagi raya ni anda nampak sangat gojes bila nak tidur malam dan bangun tidur.
9. Jangan timbang berat hari-hari.. fokus on size badan dan reference depan cermin saja yg penting buat masa ni.
10. Tidur awal .. dan mesti cukup rehat kalau tak metabolisma jadi rendah dan semua tips diatas kurang berkesan.. so perlu rehat yang cukup.
Semoga hari raya nanti sis-sis semua mampu kembali slim dan dapat menyarungkan kebaya idaman!
Sumber kredit: Instagram fae.fittrainer
.
Manfaat Utama Cendawan Untuk Kecantikan Kulit, ‘Trend’ Kecantikan Baharu!

Manfaat utama cendawan untuk kecantikan kulit, Trend kecantikan baharu. Jika anda mengikuti trend kecantikan, anda mungkin tahu bahawa cendawan adalah bahan makanan yang telah dikreditkan dengan manfaat kecantikan kulit.
Terdapat banyak produk penjagaan kulit yang menggunakan cendawan sebagai salah satu bahan utamanya. Apakah faedah cendawan untuk kulit?
Artikel Berkaitan : Tak Sangka Dengan Cendawan Kulit Cerah Dan Licin, Trend Baharu Magis Dalam Produk Kecantikan
Kaya dengan antioksidan
Cendawan dianggap sebagai salah satu tumbuhan yang kaya dengan antioksidan. Dengan tahap antioksidan yang tinggi, cendawan boleh membantu mengekalkan kulit kelihatan lebih sihat. Antara kebaikan yang diberikan oleh antioksidan ialah ia membantu mengubah tekstur kulit menjadi lebih baik dan mengekalkan kelembapan kulit.
Melembapkan kulit
Cendawan kaya dengan antioksidan dan juga boleh bertindak sebagai pelembap kulit semulajadi. Kandungan asid laktik yang terdapat dalam cendawan boleh melembapkan dan melembutkan kulit yang kering atau menggelupas. Tidak hairanlah produk penghidratan seperti krim, pelembap dan balm biasanya mengandungi cendawan yang menyuburkan kulit.
Ia menyatukan warna kulit
Cendawan mengandungi asid kojik, yang mencerahkan warna kulit. Oleh itu, produk penjagaan kulit yang mengandungi kulat secara amnya juga mempunyai fungsi mencerahkan kulit, melawan tanda-tanda penuaan dan bintik-bintik gelap, serta membantu menyekatakan tona kulit.
Anti-penuaan
Mengandungi ceramide, asid lemak omega-3, asid laktik dan asid lemak, yang juga boleh membantu mencegah kemunculan tanda-tanda penuaan, yang biasanya dirujuk sebagai anti-penuaan. Menurut satu sumber, kandungan anti-penuaan yang paling biasa ditemui dalam cendawan shiitake kerana ia mengandungi sebatian kompleks dan menghalang aktiviti elastase. Nah, aktiviti ini menyebabkan pemecahan dan membawa kepada keanjalan tisu, mengubah integriti dan ketegasan kulit.
Menghapuskan sel kulit mati
Bagi anda yang mempunyai kulit kusam, cendawan juga mempunyai manfaat untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih berseri. Kerana kulat boleh membantu untuk mengelupas kulit dan juga merangsang pembentukan lapisan baru kulit dengan lebih cepat. Memandangkan ia dapat merangsang pembentukan sel kulit baru dengan cepat, penampilan kulit kusam dapat dihilangkan dengan lebih semula jadi.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.