Dalam video Instagram, Bieber mendedahkan dia telah didiagnosis dengan keadaan yang dipanggil ‘Ramsay Hunt Syndrome’, yang telah melumpuhkan sepenuhnya bahagian kanan mukanya. Apa itu? Bolehkah ia dirawat? Hijabi kalau ada simpton ini jangan ambil mudah!
Apakah Sindrom Ramsay Hunt?
Sindrom Ramsay Hunt, atau herpes zoster oticus, adalah gangguan neurologi yang jarang berlaku yang biasanya membawa kepada lumpuh saraf muka dan ruam yang biasanya menjejaskan telinga atau mulut. Ia kadangkala menyebabkan telinga berdengung, atau tinnitus, dan kehilangan pendengaran.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
“Ia adalah daripada virus ini yang menyerang saraf di telinga saya dan saraf muka saya dan telah menyebabkan muka saya lumpuh,” kata Bieber dalam videonya.
Ads
Keadaan ini disebabkan oleh virus yang sama yang menyebabkan cacar air pada kanak-kanak dan kayap pada orang dewasa iaitu virus varicella zoster. Ia biasanya berlaku apabila wabak kayap menjejaskan saraf muka berhampiran telinga anda. Paling biasa diketahui meninggalkan ruam kayap yang menyakitkan, sindrom ini juga boleh menyebabkan kelumpuhan muka dan kehilangan pendengaran dalam kes yang lebih serius.
Apakah tanda-tanda Sindrom ‘Ramsay Hunt’?
Gejala yang paling biasa ialah ruam merah, hujan di sekeliling telinga, muka lemah dan lumpuh. Sakit telinga, kehilangan pendengaran, tinnitus, mulut dan mata kering dan kesukaran menutup sebelah mata juga merupakan gejala biasa keadaan ini.
Ads
Adakah Sindrom ‘Ramsay Hunt’ menular?
Tidak, tetapi pengaktifan semula virus boleh menyebabkan serangan cacar air pada individu yang tidak pernah menghidap penyakit itu atau telah diberi vaksin untuknya.
Bolehkah Sindrom ‘Ramsay Hunt’ dirawat?
Ads
Walaupun penyakit itu hampir selalu hilang, dalam keadaan yang jarang berlaku, kelumpuhan muka dan kehilangan pendengaran boleh menjadi kekal, kata doktor dalam satu temubual di The New York Times.
Individu yang menghidapi sindrom ini, biasanya diberi ubat anti-virus dan dalam kes yang lebih serius, steroid. Dalam catatan Instagramnya, Bieber berkata bahawa dia sedang mengamalkan senaman muka.
SUMBER:The New York Times
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bukan mudah untuk mendapatkan pekerjaan meskipun anda sudah punya kelulusan dari pusat pengajian tinggi. Pendek kata walaupun sudah punya kelulusan yang bagus, ia bukanlah ‘jalan mudah’ untuk mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan.
Budaya mendapat kerja menggunakan ‘orang dalam’ tidak kiralah dengan bantuan ahli keluarga dan juga kenalan seakan menjadi perkara biasa pada hari ini. Persoalannya ia dianggap melanggar hak orang lain selain menyalahi etika serta diragui hukum hakamnya.
Apakah hukum dapat kerja menggunakan ‘kabel’ atau ‘kroni’? Jika ada satu syarikat yang mahu cari pekerja dan salah seorang daripada calon yang ditemuduga berjaya dapat kerja tersebut tetapi dengan bantuan ‘kabel’ atau orang yang rapat dia dalam syarikat tersebut, tidakkah menafikan hak yang lain?
Berkenaan isu dapat kerja menggunakan kabel atau kroni ini boleh dilihat dari segi perspektif yang berbeza. Perspektif yang pertama adalah melalui cara yang dibenarkan seperti meminta tolong rakan-rakan untuk memudahkan urusan memohon pekerjaan, atau seorang majikan memilih pekerja atas dasar telah mengenali pekerja tersebut yang datang daripada keluarga yang miskin dan pada masa yang sama mempunyai nilai kompetensi dan kelayakan yang bersesuaian.
Perspektif yang kedua pula adalah melalui sogokan, rasuah atau atas dasar kenal semata-mata tanpa sebarang nilai kompetensi atau kelayakan. Maka inilah contoh yang buruk dan haram dilakukan kerana ia telah menzalimi mereka yang berhak.
Isu kabel atau favouritism[1] sudah menjadi budaya di dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi di dalam dunia pekerjaan. Konsep menggunakan kabel atau kroni untuk mendapatkan pekerjaan boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza.
Maksudnya: “Sesiapa yang memberikan syafaat yang baik nescaya ia akan memperoleh bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan syafaat yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” Surah al-Nisa’ (85)
Syeikh Wahbah al-Zuhaili dalam tafsirnya mengatakan syafaat atau pertolongan terbahagi kepada dua iaitu baik dan buruk. Syafaat yang baik (حَسَنَةً)seperti mengambil berat hak-hak seorang Muslim dengan cara menghindarkannya daripada bahaya, atau mendorongnya ke arah kebaikan dengan niat ikhlas demi Allah SWT serta tidak mengambil sogokan atau rasuah. Maka pertolongan seperti ini adalah diharuskan kecuali menolong orang untuk meringankan hukuman hadd atau melanggar hak orang lain.
Syafaat atau pertolongan yang buruk (سَيِّئَةً) pula adalah berlawanan dengan syafaat yang baik. Antara contoh sekarang adalah seperti orang tengah atau pertolongan dalam perkara keburukan dengan cara menyogok menggunakan wang dan harta, untuk menafikan hak orang lain atau mengambil harta orang lain.
Berdasarkan huraian tafsir di atas, kita dapat mengenal pasti bahawa pertolongan boleh dibahagikan kepada dua perspektif. Perspektif yang pertama adalah melalui cara yang dibenarkan seperti meminta tolong rakan-rakan untuk memudahkan urusan kehidupan tanpa menafikan hak orang lain. Contohnya, seorang majikan memilih pekerja atas dasar ingin membantu pekerja tersebut yang datang daripada keluarga yang miskin.
Perspektif yang kedua pula adalah melalui cara yang buruk dan haram. Islam melarang menggunakan ‘kabel’ dengan cara membayar sejumlah wang atau harta kepada orang lain dengan niat untuk mendapatkan sesuatu. Sabda Nabi Muhammad SAW:
لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي فِي الْحُكْمِ
Maksudnya: “Rasulullah SAW melaknat orang yang memberi rasuah dan orang yang menerima rasuah dalam membuat keputusan berkenaan sesuatu perkara. Riwayat Tirmizi (1336)
Imam al-San’ani dalam syarah Bulughul Maram menerangkan bahawa Islam melarang dan melaknat orang yang memberi serta menerima rasuah dalam memutuskan sesuatu keputusan. Perkataan (الرَّاشِي) juga boleh diertikan dengan orang tengah yang menjalankan urusan rasuah sama ada dia mengambil sedikit daripada hasil rasuah tersebut ataupun tidak.
Muhammad Soleh al-Munajjid pula menghuraikan dengan teliti berkenaan hukum mendapatkan sesuatu pekerjaan menggunakan ‘kabel’. Beliau mengatakan jika pertolongan oleh seseorang dalam syarikat itu mengakibatkan lucutnya hak orang yang lebih layak dari segi kompetensi serta keupayaan untuk menjalankan tugas dengan cekap, maka pertolongan itu adalah haram hukumnya.
Ia adalah ketidakadilan kepada mereka yang lebih layak, serta ketidakadilan yang dilakukan oleh autoriti kerana menghalang keupayaan orang lain untuk berkhidmat dengan cekap, tidak membantu mereka untuk membina potensi diri, dan menjadi satu kehinaan kepada negara dan rakyat. Keadaan ini akan membuatkan orang berhasad dengki, bersangka buruk dan merosakkan masyarakat secara tidak langsung. Ada pun jika tidak melanggar hak orang lain, maka ianya tidak mengapa dan dituntut di dalam Islam.
Mari kita bersama-sama renungi sepotong hadis Nabi SAW:
Maksudnya: “Apakah kamu tahu siapakah itu golongan yang muflis?” Mereka berkata orang yang muflis itu ialah orang yang tidak mempunyai dirham dan harta. Lantas Rasulullah SAW berkata: “Sesungguhnya orang yang muflis daripada kalangan umatku ialah orang yang di akhirat kelak dia akan datang bersama dengan amalan solat, puasa dan zakat (kebajikan), tetapi disebabkan dia mencela orang lain, menfitnah, memakan harta orang lain dengan cara yang haram, menumpahkan darah sesama manusia, maka pahala amalannya akan berpindah kepada sesiapa yang dizalimi olehnya. Dan jika pahala amalan baiknya tidak cukup untuk menebus dosanya, maka dosa-dosanya itu akan dikira sebagai amalannya lantas dimasukkan ke dalam neraka”. Riwayat Muslim (2581)
Imam Nawawi melalui hadis ini menjelaskan mengenai akibat orang yang menzalimi dan melanggar hak orang yang lain. Pelaku dosa tersebut akan dibinasakan oleh Allah SWT dengan teruknya sehinggakan dia tidak mempunyai apa-apa. Maka amalan baiknya akan diambil oleh orang yang berhutang (dizalimi) kepadanya, dan jika amalan baiknya sudah sikit maka akan diisi dengan amalan kejahatannya pula lalu dimasukkan ke dalam api neraka. Ini adalah balasan bagi orang-orang yang melanggar batas hak orang yang lain.
Berdasar kepada penjelasan di atas maka kami simpulkan terdapat dua jenis ‘kabel’ iaitu yang pertama yang dibuat atas dasar telah saling mengenali dan bertujuan membantu pada masa yang sama individu berkenaan mempunyai kompetensi yang bersesuaian. Maka ‘pertolongan’ yang sebegini adalah harus dan dibenarkan.
Sementara kategori yang kedua iaitulah ‘pertolongan’ dengan cara sogokan atau apa-apa bentuk favouritisme yang tidak berasaskan kompetensi. Maka inilah jenis yang diharamkan kerana ia menzalimi hak orang lain dan boleh menyemai budaya kerja tidak sihat dan pelbagai kemudharatan yang lain.
Kata orang jodoh itu tak kemana. Kadang-kadang jenuh menunggu, alih-alih rakan sekolah lama yang jadi imam kita. Jodoh, ajal dan rezeki itu semua urusan Allah. Seperti perkongsian di ama twiteer di mana lelaki ini memberitahu jodohnya hadir ketika dia sedang berurusan dengan satu klien. Perkongsiannya ini mendapat respon positif yang baik dari netizen dengan mendapat sebanyak 17K retweet dan 12K like. Pasangan itu kini sudah melangkah ke fasa pertunangan dan akan mengakhiri hubungan itu dengan hubungan halal nanti.
Memang sangat sweet membaca tread ini. Kata orang jika mahukan sesuatu kena berusaha dan jangan berputus asa. Begitu juga soal jodoh. Jika tak mahu si dia diambil orang, cepat-cepat usahakan supaya kita dulu jadi yang pertama singgah di hatinya.
Admin doakan pasangan akan cepat mendirikan rumah tangga. Hubungan yang halal itu lebih manis dan nikmat yang paling indah.
“11 Januari 2024. Hari raya Siti Nurhaliza. Terkadang untuk menzahirkan dalam bahasa, kita cuba mencari kata-kata paling puitis, untuk melahirkan sebuah ungkapan, kita perlukan pembendaharaan kata yang termanis, namun jika segalanya mengalir dengan sendiri, pasti tak perlu dengan tulis, cukup dengan tulus.
“Selamat ulangtahun kelahiran buat boss saya, Siti Nurhaliza @ctdk Semoga segala ke hadapan ini adalah nikmat paling disyukuri, kehidupan, keluarga dan kerjaya lancar, apa yang diinginkan terlaksana dan menjadi bintang paling benderang dalam dunia yang menghargai dan menyayangi Siti.”
Rozi turut mendoakan agar ibadah umrah DS Siti Nurhaliza dipermudahkan.
“Selamat mengerjakan umrah, semoga urusan ibadah lancar dan sempurna.”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata para pengikutnya menitipkan ucapan buat DS Siti Nurhaliza.
Tak ketinggalan, ada yang menitipkan kata-kata penghargaan buat Rozi yang selama ini banyak berjasa kepada penyanyi kesayangan ramai itu.
“Terima kasih Kak Zie sebagai tulang belakang Dato Sri Hajah Siti Nurhaliza Tarudin.”
“Tiada kak zi, maka Siti Nurhaliza yang ada pada hari ni tidak mampu terbang setinggi itu. Terima kasih kak zi kerana sentiasa ada di belakang figura no 1 Malaysia ini, merencana kerjaya beliau hingga ke tahap yang tidak terbanding dengan siapa-siapa, juga kekuatan dan tulang belakang buat insan bernama SITI NURHALIZA.
“Terus kak zi, jangan berhenti menemani figura itu, figura kesayangan dan buah hati Malaysia. Happy birthday Siti Nurhaliza, 45 hanyalah angka yang melambangkan anjakan usia, tapi kilauan anda masih cerah dan terus menerangi segenap pelosok seantero dunia. We Love U, Siti Nurhaliza”
Semoga bintang kesayangan ramai ini kekal bahagia bersama keluarga tersayang sampai syurga. Didoakan juga agar ukhwah persaudaraan antara Rozi dan Datuk Seri Siti Nurhaliza kekal selamanya, Aamiin.
Kredit Foto: Instagram Rozisangdewi & Dato’ Seri Siti Nurhaliza
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.