Semua sudah maklum pelakon Zarina Zainuddin mempunyai sepasang anak kembar yang menghidap autism. Dia juga rajin muat turut gambar dan posting berkongsi pengalaman menjaga kedua anaknya ini, Azil dan Azal. Namun satu posting video yang dimuat turut semalam mengundang rasa sedih di hati netizen. Video ini turut mendapat lebih 1 juta tontonan di laman sosial instagram.
Posting yang dimuat turun tanpa caption panjang sekadar perkataan ‘Azil’ meraih simpati netizen yang turut terkesan dengan melihat video berkenaan.
Situasi dalam kereta menunjukan Azil yang hanya berseluar pendek menangis sambil mengesat mata dengan bajunya beserta perlakuan tanganya seperti melukis tanpa diketahui sebab.
Dia juga turut menggaru kepalanya dan tiada kata-kata yang diluahkan dalam vdeo berkenaan, sekadar sendu tangisannya yang kedengaran.
Tiada kata-kata diluahkan oleh Azil mahuun Zarina. Bukan sahaja Azil yang menangis, Malah Zarina yang duduk di kerusi depan juga turut menangis dan mengelap matanya dengan tisu.
Ternyata perlakuan ini memang mengundang simpati netizen. Malah ruangan komen juga turut mendapat respon daripada follower selebriti ini. Menerima hampir 5 ribu komen termasuk rakan-rakan artis.
Masing-masing terharu dengan ketabahan Zarina menjaga anak autism ini dan memberi kata-kata semangat kepada dirinya.
Ibu yang tabah menjaga anak-anaknya
@dilaabl@zarinazainuddin_salam puan..selalu tgk vid2 puan dgn anak2..tp harini br sy terpangil tuk memberi komen..tiada lain yg dpt sy katakn hny sy doakn pn tetap dan trs tabah tu menghadapi hari2 mendatang selagi hayat dikandung bdn..secare jujur memang bkn semua org boleh jd setabah pn tuk menjaga anak2 yg dikategorikn sbg anak2 istimewa..tp trnyata diantara ramai yg diduga pn antara yg plg tabah menangani mereka..seberat2 mata yg menatap kisah pn berat lagi bahu pn yg mngalas dugaan..tp ternyata allah swt tidak menduga pn klu pn bkn org yg berhati kental yg boleh melalui tiap ujian yg allah swt sudah tetapkn..mg sgl urusan pn dpermudahkn dan mg allah swt je la yg dpt memberi sebaik2 ganjaran buat puan..amin
Di Syurga nanti jejaka yang sempurna menarik tangan ibunya
@lilprincesswa21 Di Syurga kelak dialah jejaka yang sempurna yang tak tergambar kesempurnaannya,di dunia ni hanya sementara,pasti tgnnya akan menarik ibunya bersama-sama ♥️@zarinazainuddin_
Ibu yang kuat mengalahkan pahlima perang
@iamfairuzz Sesungguhnya seorang ibu itu adalah seorang yg kuat mengalahkan panglima perang.. Stay strong @zarinazainuddin_rasa mcm hiris bawang pulak dh
Ads
Ibu dari Brunei ini juga turut tersentuh melihat video ini
@nani.zainDear God…. pls give Kaka kesabaran dan kekuatan untuk menjaga anak2 nya… Dear God pls give kaka semangat agar setiap Hari-Hari nya dpt ditempuh dengan ketenangan… Dear God.. sungguhnya engkau lah pencipta Yg terbaik buat kmi semua.. Akak @zarinazainuddin_Kak memang KUAT!! Ter Haru dan tersentuh hati adik tengok Kak.. sesunggunya.. anak2 kita adalah ahli syurga… akak kuat… akak kuat! Love and hugs dari seorg ibu kepada seorg ibu… love from brunei
Ibu paling sempurna & bersabar
@novadedekSabar ya Kak @zarinazainuddin_Allah selalu menyertai umat nya yg selalu bersabar..Allah akan menempatkan kakak dalam posisi tertinggi dihadapannya. Karna kakak adalah ibu yg paling sempurna dan ibu yg paling sabar…selalu kuat ya Kak..
Minta bacakan surah AlIkhlas ketika bangun tidur dan mahu tidur
@nesaradiyah_25Coba ibu bacakan di air satu gelas surat al ikhlas 10x setiap pagi bangun tidur dn mau tidur..in shaa alloh semoga ada jalan kebaikan dn kesembuhan
Ramai yang sedia maklum betapa besar pengorbanan Zarina yang setia menjaga anak-anak autism yang dikesan sejak usia mereka 3 tahun lagi. Azil menghidap hyper austism, manakala Azal pula adalah mild autism.
Ads
Dia memang sering berkongsi pengalaman menjaga anak-anak austim ini di laman sosial, tetapi video kali ini begitu menyentuh perasaan.
Sebelum itu Azil juga dikatakan mengamuk kerana Zarina menegur sikapnya yang mandi hingga habis basah kawasan sekitarnya. Walaupun bukan berniat untuk marah, tetapi teguran itu menyebabkan Azil berkecil hati.
Setelah sekian lama, tak salah dikatakan bahawa filem Top Gun: Maverick merupakan antara filem yang dinantikan pada tahun ini dan berita baik untuk anda, ia sememangnya berbaloi!
Berkesempatan menonton tayangan perdana di pawagam IMAX TGV, penulis berasa begitu terhibur melihat aksi jet-jet pejuang yang sedang mengejar antara satu sama lain dan seolah-seolah kita turut ikut berperang bersama.
Menariknya, penampilan Tom Cruise di dalam filem ini juga tetap sama seperti dahulu seolah-olah tidak dimamah usia.
Di samping itu, anda tidak akan keliru ketika menonton filem ini biarpun anda tidak pernah menyaksikan filem Top Gun yang terdahulu.
Filem ini mengisahkan tentang Kapten Pete ‘Maverick’ Mitchell yang ditugaskan untuk melatih juruterbang baharu bagi tugasan khas. Dia dihantui kenangan lalu apabila bertemu dengan salah seorang pelajarnya, Rooster. Mendapat tekanan daripada pelbagai pihak, Maverick harus memilih di antara mereka semua siapakah yang layak melakukan misi berbahaya ini.
Berdurasi selama 2 jam 17 minit, filem hebat ini dibintangi oleh Tom Cruise, Miles Teller, Monica Barbaro dan lain-lain lagi.
Mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula harini, pastikan anda semua tidak terlepas menonton Top Gun: Maverick untuk melihat aksi hebat Tom Cruise memandu jet itu sendiri di dalam filem ini!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Segala urusan jodoh, maut dan rezeki itu terletak di tangan Allah. Kita hanya merancang dan Tuhan jua yang menentukan. Namun sebagai hambaNya, kita juga digalakkan untuk berusaha dan selebihnya terpulang pada Maha Pencipta. Begitu juga dengan soal jodoh. Kita boleh mengamalkan beberapa usaha dan antaranya dengan mengamalkan bacaan Surah Yasin potongan ayat ke 36.
Ayat ini jika adalah Doa Pengasih yang diamalkan dan digunakan secara istiqamah bagi mereka yang belum bertemu jodoh dengan niat baik. Insya-Allah dengan izin Yang Maha Esa akan dipertemukan dengan insan yang baik.
Bacaan Surah Yasin ini dari potongan ayat ke 36 ini dibacakan oleh Nur’Ain Mahmedkhan dengan bacaan tersendiri sebagai kempen sempena penganjuraWorld #QuranHour oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas tahun lalu.
Maksud ayat ini:
Katakanlah: “Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasang-pasangan; sama ada daripada apa yang ditumbuhkan oleh bumi, atau daripada diri mereka sendiri, ataupun daripada apa yang mereka tidak mengetahuinya”.
Wallahualam
p/s: Bacaan ayat Al-Quran oleh model Nur’Ain Mahmedkhan, ini adalah sempena menyokong kempen World #QuranHour yang dianjurkan oleh Yayasan Warisan Ummah Ikhlas. Ustaz Mohamad Amiro yang turut menyokong video ini dan berkata mudah-mudahan memberi semangat kepada orang lain untuk turut mengaji. Salah silap sedikit itu adalah biasa dalam bacaan dan jika sudah belajar, insya-Allah sebutan akan semakin lancar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Bawang merah merupakan ramuan masakan yang cukup popular dan kerap digunakan di seluruh dunia. Sama seperti bawang putih, bawang merah juga turut dikenali sebagai ‘superfood’ kerana ia mengandungi pelbagai nutrien yang bermanfaat untuk kesihatan.
Bawang merah juga sering digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit untuk rawatan tradisional sejak berkurun lamanya. Selalunya bawang merah ditumis sebagai bahan penyedap dalam masakan. Tahukah anda bahawa bawang mentah lebih banyak khasiatnya berbanding bawang yang dimasak? Berikut kupasan daripada saintis Dr Suri Roowi
Photo by mart-production from Pexels.
BAWANG MENTAH LEBIH BERKHASIAT BERBANDING BAWANG YANG DIMASAK ?
1. Bawang merah mentah kaya bahan khasiat seperti organosulfur dan flavonoid.
2. Bahan ini bersifat antiplatelet dan antikanser terutamana antikanser usus, perut dan kerongkong.
3. Sumber bersifat antiplatelet biasanya digunakan untuk mencegah terjadinya penggumpalan darah. Sumber ini boleh digunakan oleh pesakit dengan masalah pembuluh darah sumbat seperti penyakit jantung koronari dan penderita stroke.
4. Justeru, makan bawang merah mentah bagus untuk membantu mengelakkan penyakit-penyakit ini.
5. Sebaliknya, bahan khasiat ini akan mudah hilang jika bawang dimasak. Kajian ke atas 12 pesakit menunjukkan sifat antiplatelet akan musnah dalam masa 3 dan 6 minit selepas bawang dimasak. Selepas 10 minit memasak, bawang sebaliknya berubah sifat dan ia merangsang aktiviti platelet (jadikan darah mudah bergumpal).
6. Bawang kuning tinggi mineral seperti fosforus, potassium, magnesium dan zat besi. Manakala, bawang merah pula tinggi antioksidan dan vitamin C.
Photo by skyler-ewing from Pexels.
7. Simpan bawang dalam freezer selama 5 minit untuk elakkan pedih mata. Kaedah ini juga tinggikan khasiat bawang di mana bahan antioksidan (quercetin) akan terhasil dengan lebih banyak lagi.
Justeru kurangkan `membawang’, sebaliknya makanlah bawang mentah sebagai ulam untuk membantu mengelakkan sakit jantung dan ‘stroke.’
Sumber kredit: Dr Suri Roowi Top image: Photo by mali-maeder from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.Segalanya mesti...