Usung Jenazah Selepas Solat Antara ‘Hobi’ Hafiz Mahamad, Berhasrat Dikurniakan Rezeki ‘Meninggal’ Di Tanah Suci!

Share

Umum sedia maklum baru-baru ini usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad bersama pasanganya yang juga seorang ‘influencer’, Syafiqah Aina telah menyewa sebuah kapal terbang terbang khusus untuk membawa staff Ainaa Beauty, orang susah, anak yatim dan warga OKU menunaikan umrah. 

Lebih menarik lagi, Hafiz mendedahkan sejak menjejakkan kaki di Mekah dan Madinah, dia mempunyai satu hobi baharu yang sering dilakukan usai menunaikan solat di dua Tanah Suci tersebut iaitu mengambil peluang mengusung jenazah mereka yang meninggal di sana.

Pahala Angkat Jenazah Besar!

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Hafiz mahamad sendiri menerusi satu perkongsian di laman Tik Tok miliknya, dalam video itu Hafiz mendedahkan bahawa dia mempunyai tiga hobi baharu sepanjang berada di Mekah!

Menurutnya, selain gigih berusaha dan merebut peluang mengangkat jenazah, Hafiz
juga sentiasa berusaha merebut peluang solat di kawasan ‘Raudah’ yang dikenali sebagai ‘Taman-Taman Syurga’ serta kerap menziarahi makam baginda nabi Rasulullah saw.

Artikel berkaitan: Selalu Bahagiakan Orang Lain, Syafiqah Aina ‘Hadiahkan’ Ferrari Buat Suami!

“Antara perkara yang saya tidak akan lepaskan peluang adalah ziarah
makam Nabi Muhammad, solat di dalam Raudhah dan satu lagi saya akan
rebut peluang untuk angkat jenazah.

“Setiap kali saya pergi Madinah atau Makkah, selepas menunaikan solat
saya akan usahakan untuk angkat jenazah.

“Pahala angkat jenazah ini besar. Cumanya kalau nak ambil peluang itu
kena pandai cari tempat yang betul,” kongsi Hafiz menerusi beberapa
hantaran di Instagram Stories miliknya.

Hafiz Berhasrat Dikurniakan Rezeki Meninggal Di Mekah

Selain itu, suami kepada Syafiqah Aina itu juga dalam diam menyimpan hasrat untuk dikurniakan rezeki menghembuskan nafas terakhir dan menemui pengakhiran yang baik di Tanah Suci, Mekah.

“Meninggal dunia di bumi Makkah adalah satu rezeki yang besar. Kita kena
minta-minta tau meninggal dunia dekat sini (Madinah), namun sekarang
minta dipanjangkan umur dulu supaya dapat berbakti kepada agama.

“Saya tengok ramai yang ambil peluang untuk usung jenazah, confirm
mereka yang meninggal ini insan-insan syurga. Insyallah. Berjuta orang
yang mendoakan jenazah yang meninggal di sini. Subhanallah,” ujarnya.

Artikel berkaitan: Suka Beri Kejutan & Lihat Isteri Bahagia, Hafiz Mahamad Hadiahkannya Iphone Terbaru!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN