Dewasa ini ramai yang begitu prihatin menjaga kuku dan pancaindera yang satu ini memang diberi perhatian khusus hingga sanggup merapikan kuku setiap minggu.
Tidak salah untuk memanjakan tangan, tetapi bukanlah caranya dengan menyimpan kuku panjang. Memang nampak cantik setelah merapikannya, tetapi hukum yang diberi ustaz ini juga menakutkan. Jika ada yang menyimpan niat, sila abaikan kerana kuku pendek itu lebih terjamin kebersihannya.
Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus bagi lelaki atau perempuan yang menyimpan kuku panjang menyerupai orang kafir.
Ads
Menurutnya, sunat bagi kita memotong kuku lebih rendah daripada jari. Hukumnya jadi harus pula jika kita menyimpan sama tinggi dengan jari.
Dan jika kuku panjang lebih dari jari, hukumnya tidak berdosa tetapi jatuh makruh. Walau bagaimanapun, jika kuku itu panjang menyerupai orang kafir, hukumnya terus jatuh haram.
Ads
Ada pula yang berkata dosa menyimpan kuku panjang ini umpama membela sekandang babi. Menurut beliau, ia tidak betul. Tetapi tetap menekankan hukum membela kuku panjang menyerupai orang kafir adalah HARAM.
Ads
Wallahualam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penceramah terkenal negara, Ebit Lew atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew berkongsi kisahnya membantu seorang wanita memeluk Islam.
Seorang wanita bernama Miss Paweena mengucapkan syahadat hari ini. Ustaz Ebit bercerita di Facebook tentang seorang wanita yang bertanya kepadanya tentang Islam di aplikasi tersebut.
“Alhamdulillah baru bawa Miss Paweena memeluk Islam. Ucap syahadah dan terus daftarkannya. Allah sayang Paweena. Tiadalah yang lebih berharga di dalam hidup melebihi dapat dekat dengan Allah.
“Katanya inilah hari paling bahagia dalam hidupnya. Tidak pernah rasa begini. Dia hubungi melalui Facebook tanya soalan berkenaan Islam.
Ebit bercakap dengan seorang wanita di Facebook yang mempunyai beberapa soalan tentang Islam. Dia kemudian berkata dia mahu menjadi seorang Muslim.
“Dia contact melalui Facebook tanya soalan berkenaan Islam. Syukur pada Allah. Saya ajar syahadah dan Islam kemudian terus dafarkan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
“Semoga Allah bantu Paweena untuk terus belajar Islam,” katanya.
Walaupun cuaca panas tetapi tidak menghalang hijabi untuk melakukan aktiviti luar. Ia boleh dilakukan tetapi perlu dibuat dengan lebih terkawal tanpa memudaratkan diri. Dan biasanya kita pasti akan terdedah dengan masalah sunburn akibat panahan cahaya matahari.
Jika tidak memakai sebarang perlindungan seperti sunscreen, pasti akan menyebabkan wajah berbelang. Perkongsian seorang gadis Nur Safidatul di laman sosial facebook memberitahu petua ringkas untuk mengurangkan sunburn secara semulajadi.
Hanya menggunakan bahan alami dan boleh digunakan tiga kali seminggu dan masalah sunburn atau wajah berbelang akan berkurangan.
TIP RINGKAS KURANGKAN SUNBURN SECARA SEMULAJADI
1. Bahan-bahan yang diperlukan adalah ❤aloe vera asli ❤coffee scrub by #temyracle
2. Bersihkan aloe vera dan hiris kulitnya untuk dapatkan lendirnya.
3. Ambik satu bekas kecik, campurkan aloe vera dan coffee scrub mix sampai jadi pes!
4. Tepek pes tadi pada muka secara rata dan biarkan selama 20 minit dan bilas sampai bersih.
5. Lakukan selama 3 kali seminggu dan sunburn akan kurang
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap kali tibanya musim persekolahan memberi peluang kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci Mekah. Dan setiap kali ke sana, pastinya setiap jemaah tidak akan melepaskan peluang untuk berswafoto terutama di Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. Maklumlah kita tidak tahu entah bila lagi akan ke sana dan inilah peluang yang ada untuk mengabadikan memori sepanjang melakukan ibadah di sana.
Namun baru-baru ini tular di media memberitahu terdapat larangan buat jemaah untuk berswafoto di Masjidi Haram di Makkah dan Masjidil Nabawi Di Madinah. Larangan mengambil gambar atau video bagi melindungi dan memelihara kesucian tempat itu, selain supaya tidak mengganggu kelancaran jemaah lain beribadah. Apakah memang benar larangan dari kerajaan Arab Saudi itu dan jika ia dilaksanakan memang sangat menyedihkan buat jemaah kerana tidak dapat bergambar di sana.
Namun seorang kolumnis di akhbar online Mstar, Raihanah Abdullah yang menulis di situ memberitahu seorang temannya yang berada di sana tidak mendengar mengenai larangan untuk berswafoto di Makkah dan Madinah.
Menurutnya minggu lalu rakan yang pernah bersama-samanya menguruskan jemaah haji baru-baru ini mengesahkan tidak mendengar atau dikuat kuasan larangan berkenaan. Temannya itu berada di tanah suci selama sebulan dan memang tidak mendengar sebarang larangan.
Menerusi perbualan dalam Whatsapp, temannya memberitahu tiada pula pengawal keselamatan merampas telefon atau melarang jemaah bergambar atau berswafoto dalam atau luar kawasan masjid.
Malah temannya itu sendiri turut bergambar bersama-sama jemaah dalam Hijir Ismail dan perbuata itu turut dilihat oleh pengawal keselamatan yang sentiasa mengawal ketat kawasan di Hijir Ismail.
Begitu juga di Madinah, tiada larangan bergambar dan jemaah masih bebas mengambil gambar walaupun dalam masjid. Menurutnya lagi jika larangan dikuatkuasa sudah tentu pengawal keselamatan yang menjaga di pintu hadapan masjid tidak membenarkan jemaah membawa telefon bimbit atau kamera.
Jom baca perkongsiannya ini dan pasti selepas ini setiap jemaah yang pergi pasti tidak akan rasa ragu-ragu untuki mengabadikan kenangan bersama jemaah di kawasan tanah haram ini.
ASSALAMUALAIKUM.
Cerita mengenai larangan swafoto di Tanah Suci Makkah dan Madinah tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini. Ramai rakan dan kenalan yang bertanya mengenai kesahihan cerita itu apatah lagi bukti larangan itu turut dimuatkan di dalam akhbar negara jiran.
Ada juga yang bersetuju dengan larangan itu demi kebaikan dan kelancaran ibadat jemaah. Tidak kurang juga berpendapat apabila bergambar, ia boleh menimbulkan riak pada seseorang dan boleh menjejaskan tumpuan jemaah lain.
Suatu ketika dahulu, sememangnya jemaah dilarang membawa kamera di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Justeru, memang tiada peluang mengabadikan gambar dan kenangan menunaikan umrah mahupun haji.
Larangan mengambil gambar lebih ketat di Masjid Nabawi kerana setiap kali memasuki pintu masjid, setiap jemaah akan diperiksa oleh pengawal keselamatan dan jika didapati membawa kamera atau telefon bimbit, jemaah tidak dibenarkan masuk atau telefon mereka akan disimpan di tempat lain.
Untuk mengetahui di mana telefon bimbit disimpan, saya dengan sengaja membawa telefon bimbit ke dalam Masjid Nabawi ketika hendak menunaikan solat Asar berjemaah. Jika tidak silap pada 2005.
Sejurus memeriksa beg galas saya, pengawal keselamatan wanita menyuruh saya masuk ke dalam sebuah bilik di sebelah kanan saya.
Di situ, seorang wanita bertubuh gempal meminta saya meletakkan telefon bimbit jika mahu bersolat di dalam masjid. Saya menyerahkan telefon bimbit saya dan selepas itu menulis nama saya di dalam sebuah buku.
Wanita itu mengatakan, hanya setelah solat, saya boleh mengambil telefon itu. Saya memerhatikan sekeliling bilik yang seumpama sebuah perpustakaan mini. Selepas solat, saya mengambil semula telefon bimbit itu.
Masih saya ingat lagi, ketika membuat liputan pada 2012, jurugambar saya dikejar oleh pengawal keselamatan lelaki di perkarangan Masjidil Haram sekitar jam 10 pagi. Disebabkan kebimbangan kamera dirampas, jurugambar itu berlari lintang pukang berkaki ayam untuk menyelamatkan diri.
Namun, jurugambar itu tidak serik kerana apabila saya hendak menemuramah petugas wanita di dalam Masjidil Haram, sekali lagi dia perlu merakamkan gambar tetapi pada kali itu dia membawa kamera kecil.
Di Makkah lebih mudah mengambil gambar kerana bukan semua pintu masuk ke masjid ada pengawal keselamatan dan jika jemaah wanita memasuki pintu yang dijaga pengawal lelaki, sudah tentu mereka tidak akan diperiksa.
Berbalik semula kepada cerita larangan swafoto di Makkah dan Madinah. Saya bertanya kepada seorang kenalan yang mengikut suaminya bertugas di Makkah. Bagaimanapun, beliau sendiri tidak mendengar sebarang berita mengenainya.
Alhamdulillah, minggu lalu, rakan yang pernah sama-sama bertugas menguruskan jemaah haji baru-baru ini mengesahkan mengenainya menerusi aplikasi Whatsapp.
Secara kebetulan, kawan saya itu, Haji Rashid, berada di Tanah Suci selama sebulan dan beliau maklumkan bahawa larangan itu tidak dikuatkuasakan sebagaimana digembar-gemburkan.
“Saya perhatikan tiada pula pengawal keselamatan merampas telefon atau melarang jemaah bergambar atau swafoto di dalam ataupun di luar masjid,” ujarnya dalam Whatsapp.
Malah, beliau sendiri turut bergambar bersama-sama jemaah di dalam Hijir Ismail dan perbuatan mereka itu dilihat oleh pengawal keselamatan yang sentiasa mengawal ketat di kawasan Hijir Ismail.
Di Madinah begitu juga tiada larangan bergambar. Jemaah masih bebas mengambil gambar walaupun di dalam masjid. Jika larangan itu dikuatkuasa, sudah tentu pengawal keselamatan yang menjaga di pintu hadapan masjid tidak membenarkan jemaah membawa telefon bimbit atau kamera.
Hanya beberapa tahun kebelakangan ini, jemaah bebas mengambil gambar di dalam masjid, di dataran Kaabah atau di mana-mana ruang sekali pun. Amat sukar untuk melarang jemaah bergambar kerana ketika ini, telefon bimbit lengkap berkamera umpama keperluan dan kemestian kepada sesiapa saja untuk dibawa ke mana-mana.
Justeru, sangat sukar jika larangan itu dikuatkuasakan. Bagaimanapun, jemaah perlu memastikan setiap perlakuan mereka terutama apabila swafoto tidak menjejaskan konsentrasi jemaah lain atau mereka hilang fokus pada ibadat.
Adab, perlakuan dan tindakan jemaah perlu dipelihara lebih-lebih lagi di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.