Faktor umur yang semakin meningkat membuatkan keadaan kulit wajah seiring berubah. Antara kesan ketara terhadap kulit adalah adalah kelembapan serta keanjalan semakin berkurangan. 

Sumber gambar: Goodhousekeeping

Kulit matang memerlukan penjagaan yang lebih rapi dan kami ada caranya untuk membantu mengekalkan hidrasi kulit.

1. Pengelupasan Kulit
Teknik pengelupasan amat penting terhadap kulit matang kerana ia membantu untuk mengikis sel kulit mati sekaligus membuatkan wajah tampil bersih dan segar. Ianya turut berkesan menghilangkan garis halus pada wajah selain membantu kulit untuk menyerap nutrisi yang terdapat dalam produk penjagaan kulit yang digunakan.

2. Produk Pelembab
Produk pelembab berkesan dalam membantu hidrasi kulit matang. Pilih produk yang bersesuaian dengan kondisi kulit dan sapu dengan urutan perlahan di wajah.

IKLAN
Sumber gambar: Moose

3. Sinaran Matahari
Kulit matang menjadi lebih sensitif sekiranya terdedah kepada cahaya matahari kerana kekurangan pengeluaran kolagen akibat faktor umur. Gunakan produk perlindungan sinar matahari untuk memelihara wajah dari rosak akibat sinaran UV.

4. Elak Wap Muka
Elakkan dari melakukan wap muka atau facial steaming secara berlebihan kerana ianya boleh menyebabkan kulit menjadi lebih kering.

Sumber gambar: Zhugewala

5. Pemilihan Produk Komestik
Sekiranya sering menggunakan solekan, pastikan untuk memilih produk kosmetik yang membantu untuk mengekalkan hidrasi wajah dan tidak menyebabkan kulit bertambah kering.

IKLAN

6. Makanan Tambahan
Makanan tambahan seperti vitamin B complex dan Omega 3 berkesan untuk membekal nutrisi terhadap wajah.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

IKLAN

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI