Ummi Nazeera Teruja Hamil 4 Bulan,  Kongsi ‘Ultrasound Baby’ Kali Pertama Di Laman Sosial

Share

Tahniah buat pelakon cantik manis, Ummi Nazeera yang disahkan hamil anak pertamanya. Dia yang tahu hamil setelah berjumpa doktor ketika membuat pemeriksaan kecederaan kaki ketika sedang shooting. Nampaknya seri ibu mengandung ini jelas terpancar di wajahnya. Ummi juga turut berkongsi ultrasound

buat pertama kali di laman sosialnya.

Bukan itu sahaja malah baby bump Ummi juga turut terserlah apabila mengenakan baju yang menampakkan perutnya. Usia kandungan Ummi baru memasuki empat bulan.

SUAMI ORANG PALING GEMBIRA

Ummi Nazeera yang mendirikan rumah tangga dengan Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani lebih sembilan bulan lalu dan pasangan ini dikatakan cukup romantik dan begitu bahagia sekali. Mereka juga baru pulang mengerjakan ibadah umrah bersama bulan lalu.

Malah menurut Ummi suaminya juga adalah orang yang paling gembira mendengar perkhabarannya itu. Dia juga berharap kehadiran anak ini nanti akan memberi sinar kepada rumah tangga yang dibina.

Sehari yang lalu Ummi juga ada memuat turut video ‘ultrasound baby’ kali pertama di laman instagramnya. Pelakon serba boleh ini bersyukur dengan kurniaan Allah tetapi dalam masa sama sangat takut berhadapan pengalaman pertama ini.

PEMINAT DOAKAN DIPERMUDAH SEGALA URUSAN

Rata-rata follower Ummi turut memberi ucapan tahniah padanya dan suami. Mereka berharap agar Ummi akan sentiasa di rahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan.

kyra_mala Alhmdulillah…congrats

gurlsgerobok Congrats ummi.. Take care ok..

ena139_syurgaidaman Alhamdulillah, Semoga @umminazeera sihat disepanjang berbadan dua ini. Aameen

noranasuha94 Wahhh.. Tahniah kak @umminazeera

epo_evapremiumoutlet Congrates ummi and husband!take care

misz.nysa Same goes with me mummy, as a first timer still afraid till now…but excited. Alhamdulillah

Hijabista ucapkan tahniah buat pelakon Bisik Pada Langit ini dan lalui pengalaman bergelar ibu ini dengan penuh rasa gembira.

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE

KREDIT FOTO: INSTAGRAM UMMI NAZEERA 

 

IKLAN