Wanita yang mengasihi dan menyukai kucing adalah calon isteri yang paling sesuai untuk dijadikan pasangan hidup. Memetik yourtango.com, pencinta kucing ternyata individu yang penuh perasaan dan kasih sayang. Begitu juga dengan wanita yang menyukai kucing dipercayai punya empati tinggi, dan penuh dengan cinta.
Selain itu, wanita pencinta kucing dianggap memiliki peribadi yang mengkagumkan kerana ia penuh dengan kasih sayang dan hal-hal baik lainnya yang ada di dalam dirinya.
Maka sebab itulah wanita pencinta kucing adalah wanita idaman dan isteri yang mampu memegang tanggungjawab besar seorang isteri apabila sudah berumah tangga.
Berikut ini beberapa alasan kenapa perempuan pencinta kucing itu adalah calon istri terbaik, untuk kamu yang masih sendiri:
Ads
1. Perasaannya Tulus
Salah satu hal yang wajib dimilliki oleh isteri terbaik adalah hati yang baik. Wanita pencinta kucing memiliki peribadi dengan perasaan yang tulus. Lihat sahaja bagaimana dia menyelamatkan kucing, merawat dan memelihara kucingnya. Ini adalah ciri-ciri wanita terbaik untuk dijadikan isteri.
2. Tidak Takut Berkomitmen
Beberapa kajian menyebutkan bahawa wanita pencinta kucing adalah wanita yang tidak takut untuk ada komitmen.
Dia akan berusaha untuk menjaga komitmennya sebaik mungkin. Maka sebab itulah wanita si pencinta kucing adalah calon isteri yang terbaik.
Ads
3. Jujur
Wanita pencinta kucing adalah wanita yang jujur, yang bersifat terbuka, bahkan ia merupakan pendengar setia dan mampu menjaga rahsia.
Ads
4. Sabar
Wanita si pencinta kucing memiliki peribadi yang sangat sabar, penuh kasih sayang, memberikan sepenuh perhatian bahkan ringan tulang menolong orang lain. Ketika memiliki pasangan ia akan menghargai dan menghormati pasangannya.
5. Bertanggung Jawab
Wanita si pencinta kucing adalah wanita yang bertanggung jawab. Ia juga memiliki semangat yang tinggi dan selalu inginkan yang terbaik dalam hidupnya.
Kesimpulannya wanita si pencinta kucing adalah calon isteri yang jangan sesekali dilepaskan kerana merekalah calon isteri yang terbaik. Hijabi pula, adakah anda tergolong sebagai wanita si pencinta kucing? Jika Ya! Andalah calon isteri yang terbaik!
Sumber kredit: Fimela.com
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Berdoa adalah salah satu cara yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berdoa juga merupakan salah satu cara seseorang memohon atau meminta sesuatu kepada Allah. Agar keinginan kita dimakbulkan oleh Allah SWT, terlebih dahulu kita perhatikan adab berdoa atau tata cara berdoa yang sepatutnya.
BERIKUT PANDUAN TATA CARA BERDOA:
1. Angkat tangan ke paras dada.
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan.
3.“Apabila urat tangan bertemu ia akan menjadi seperti huruf ba ب . Titik ba terletak di hati kita.
4. Kedudukannya rendah dari tangan yang kita tadah. Setiap huruh hijaiah di dalam al quran ada malaikat yang menjaganya. Huruf ba dijaga oleh malaikat bernama ‘har hayaail’. Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus menghadap Allah tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.
5. Duduklah dalam keadaan sopan seperti duduk iftirasy dan duduk tahiyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul dan jangan menyandar/bersandar.
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain yang bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya jika berdoa mohon dipermudahkan rezeki, sebutlah nama Allah ar-razaq dan disusuli juga dengan berselawat kepada Nabi SAW.
7. Berdoalah bersungguh-sungguh dari hati. Gunalah bahasa yang dapat difahami kerana Allah Maha pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus hamba-hambaNYA.
8. Ajarkanlah adab berdoa kepada seluruh ahli keluarga sejak dari usia kecil kerana In sha Allah ia akan dapat membentuk peribadi yang baik dalam kehidupan.
Sumber: JAKIM Cawangan Sabah
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mati itu pasti dan setiap individu pasti akan merasai kematian. Setiap amalan anda di dunia akan dihisab oleh Allah Taala, tidak kira sama ada amalan yang baik ataupun sebaliknya.
Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan pahala meskipun anda sudah pergi menghadap Ilahi. Malah, dengan lakukan 6 cara ini, pahala anda tetap akan mengalir jika ia bermanfaat untuk semua orang.
TIada istilah sudah terlewat kerana realitinya, kita masih belum terlambat. Moga inisiatif kita diambil kira Allah SWT. Mudah-mudahan.
InsyaAllah, amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
“Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Ibu dan ayah tidak ada gantian di dunia”.
Kata-kata tersebut, mungkin telah biasa atau acap kali kita baca dan dengari. Tetapi itulah pesanan yang selalu dan perlu diingatkan kepada kita semua, insan yang digelar anak.
Setinggi mana darjat, pangkat dan jawatan tokoh itu, namun ingatlah, lahirnya ia daripada seorang ibu dan ayah. Sekaya mana harta dan wang seorang jutawan itu, tidak ada nilai kekayaan dan tandingan terhadap kasih ibu dan ayah.
Ibu dan ayahlah yang mengasuhmu wahai anak, sehingga kamu berjaya. Ingatlah kita semua memegang gelaran sebagai anak, maka janganlah kita sombong dengan kedua ibu bapa, walau sehebat mana sosok dirimu di dunia.
Oleh itu, tidak ada ruang sebagai seorang anak dalam menidakkan kewajipan untuk menjaga dan berbuat baik terhadap ibu dan ayah. Sedarlah wahai anak-anak sekalian, kita dipertangungjawabkan keatas kewajipan yang diperintahkan oleh Allah SWT ini.
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah memerintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” (Surah Al-Isra’: 23)
Sheikh Mustafa al-Maraghi ketika mengulas ayat ini menyatakan bahawa Allah SWT benar-benar mewasiatkan tanggungjawab terhadap kedua-dua ibu dan ayah secara serius, sehingga anak-anak yang derhaka terhadap ibu dan ayah akan meremang bulu romanya dan merasa ngeri apabila mendengarnya.
Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah SWT dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3932).
Namun ada situasi anak-anak membenci ibu mereka. Berikut perkongsian daripada Instagram Imam Muda Hassan Adliseperti yang dikongsikan di Instagramnya.
BENCI IBU TAK MENGUNTUNGKAN
Mungkin ada di kalangan kalian yang sangat sayangkan ibunya.
Dan mungkin juga ada di kalangan kalian yang bencikan ibunya.
Dan boleh jadi juga di kalangan kalian yang sangat bencikan ibunya.
Saya pernah ditanya soalan tentang ibu, seorang anak yang memang bencikan ibunya. Sebab ada kisah silam yang menjadikan hidupnya berubah gara-gara kerana sikap ibunya.
IBU KITA MANUSIA BIASA BUKAN MALAIKAT
Sayang ke, benci ke, sangat benci terhadap ibu ke, ianya tidak dapat hendak mengubah takdir, dan ia tetap tidak boleh ubah status seorang ibu. Kalau hendak buang ibu jauh-jauh, hendak putus hubungan sekalipun, ibu kita tetap ibu kita walau apa keadaan sekalipun.
Ibu tetap seorang manusia yang ada kekurangannya. Ibu kita tetap ada dosanya, adakalanya kata-katanya mengguris hati. Kadangkala perbuatannya tersalah jua sebab dia seorang manusia, dia bukan malaikat.
Kadangkala kasihnya pada anak tidak sama antara Along dengan Angah, Ucu dengan Ude. Ada lebih, ada kurang. Sebab dia seorang manusia yang ada hati dan perasaan. Iri hati Along pada Angah sebab ibu lebihkan Angah. Apa-apa sahaja Angah. Along ibu tidak pandang langsung. Ye, sebab ibu seorang manusia yang tidak sempurna.
Sebenci-benci anak kepada ibunya, satu perkara yang WAJIB kita tahu dan sedar, dia adalah SYURGA kita.
Ada sesiapa yang teringin hendak masuk neraka? Saya yakin semua hendak masuk SYURGA. Kalau syurga depan mata kita sekarang ini pun kita benci, agak-agaknya dapat ke tidak kita masuk syurga hakiki nanti?
Jika ada di kalangan kita yang berhadapan dengan masalah ibu, anggaplah ia sebagai ujian. Ujian bagi orang Mukmin sebagai hiburan. Jangan anggap ia sebagai tekanan, nanti kita stres, berkat pun tak dapat.
Jika ibu benci pada kita, jangan pula kita benci dengan ibu. Teruskan berbuat baik dengan dia, anggaplah dia sebagai jalan yang sukar untuk menuju syurga. Memang hendak pergi ke syurga jalannya sukar!
Sabarlah dan syukurlah sebab kita masih punyai syurga.
Kesimpulannya seburuk mana pun ibu, dia tetap ibu yang melahirkan kita ke dunia ini. Hargailah dia selagi dia masih bernyawa.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.